Laman Webantu   KM2A1: 3702 File Size: 8.6 Kb *



TAG MT 28: Rusuhan Di Indonesia
By MSNBC

31/1/2001 1:28 am Wed

TAG028

[Rakyat Indonesia, khususnya pelajar mengadakan tunjuk perasaan lagi ekoran terbongkarnya dua skandal Presiden Wahid - 'Bulog' dan 'Bruneigate'. Terdapat bukti yang kukuh tetapi parlimen belum bersedia untuk mendakwa. Kejadian pengeboman dan pembunuhan ngeri tanpa henti melambangkan sesuatu yang tidak kena di dalam sistem, khususnya korupsi, ekonomi dan toleransi.

Sewajarnya pemimpin negara kita mengambil iktibar dari kejadian ini. Pemerintahan yang tidak telus dan berbau perkauman itu akan membuat rakyat semakin resah dan curiga-mencurigai. Ia akan menjadi bom jangka yang akan meledak bila-bila masa jika dibiarkan sahaja. Bila itu berlaku, polis dan tentera pun sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana kuasa rakyat akan mencairkan mereka juga. Lebih baik bersiap-sedia untuk lari kerana seribu alasan sudah tidak berguna lagi.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Rusuhan Di Indonesia

(Protest Turn Violent In Indonesia)

BreakingNews - Newsweek January 29


Jakarta Jan. 29 - Polis Indonesia terpaksa menembak gas pemedih mata dan tembakan amaran terhadap ribuan pelajar yang bersenjatakan batu dan menyerang pintu masuk parlimen dalam satu tunjuk perasaan yang terbesar terhadap Presiden Wahid sejak beliau menjadi presiden 15 bulan yang lalu. Tiga orang pelajar telah tecedera teruk dibedal oleh polis ketika berlakunya kejar-mengejar di kawasan perkarangan dewan yang dipertahankan dengan kekuatan senjata.

Dianggarkan seramai 10,000 penunjuk perasaan telah membanjiri jalanraya mendesak agar Presiden Abdurrahman Wahid meletak jawatan kerana dua skandal rasuah.

Di dalam dewan parlimen, ahli-ahli parlimen telah bersidang dalam satu sessi tertutup untuk mendengar keputusan satu penyiasatan yang panjang lebar menenai dua kesah korupsi yang meruntun pentadbiran Wahid yang berusaia 15 bulan itu. "Wahid mesti meletakkan jawatannya dengan segera," kata seorang pelajar bernama Ijan. Seperti ribuan orang lain di Indonesia dia hanya mempunyai satu nama sahaja.

Polis telah melapurkan bahawa terdapat sekitar 1,000 penyokong Wahid yang telah berkumpul dalam perkarangan dewan parlimen itu. Namun, jeritan dan laungan mereka tenggelam disebabkan suara laungan kumpulan anti Wahid yang lebih besar lagi.

Kewujudan penunjuk perasaan itu adalah satu ingatan kepada tunjuk persaan yang menggulingkan bekas dictator Suharto pada 1998 dan jua penggantinya B.J. Habibie pada 1999. Ketika berucap kepada para wartawan di istananya, Wahid menolak signifikasi tunjuk perasaan itu dan mentertawakan laungan yang mahukan beliau melepaskan jawatannya.

Cabaran Untuk Wahid

Dua skandal yang muncul itu merupakan cabaran poltik yang terbesar menghantuinya sejak beliau dipilih untuk memgang jawatan pada 1999, ekoran pemerintahan otokratik yang bertahun lamanya.

Para peguam masih belum mengeluarkan hasil siasatan mereka. Namun, ramai di kalangan merka yang berkata, terdapat bukti yang secukupnya untuk membaitkan Wahid dengan kedua-dua skandal walaupun presiden itu telah berkali-kali menafikan pembabitannya.

Adalah belum jelas apakah parlimen akan meneruskan kes itu dan memulakan proses pendakwaan yang dijangka memakan masa yang panjang.

Penyiasatan dimulakan sebaik sahaja Wahid menghadapi kesukaran menyelesaikan masalah yang menggugat sebuah negara yang merupakan nombor empat paling ramai penduduknya di dunia. Rusuhan yang disebabkan tindakan puak pemisah telah meragut ribuan nyawa di beberapa provinsi hingga menyebabkan krisis ekonomi terus tegang. Lagipun, pihak berkuasa masih gagal menangkap perencana beberapa peristiwa pengeboman yang sungguh berbahaya itu.

Skandal pertama yang menghantui Wahid membabitkan tukang urutnya yang pernah menjadi rakan perniagaannya satu ketika dulu. Tukang urut ini dikatakan telah menggunakan nama presiden itu untuk menipu agensi pembekalan makanan kerajaan, Bulog (Badan Urusan Logistik -penterjemah), untuk menyerahkan wang caruman dana pekerjanya yang berjumlah US$4 juta. Mengikut lapuran pegawai Bulog, beberapa bulan yang lalu Wahid pernah bertanya samada dana agensi itu boleh disalurkan untuk projek kebajikan di Aceh, sebuah provinsi yang kini bergolak kerana usaha pihak pemisah.

Wahid telah mengaku betapa pada tahap awalannya dia memang berniat melaksanakan cadangannya itu tetapi telah mengubah pendiriannya. Sebaliknya dia telah menerima US$2 juta daripada Sultan Brunei. Pengakuan ini telah mencetuskan satu skandal lagi yang disebut "Bruneigate" walaupun Wahid bertegas bahawa wang Sultan itu adalah pemberian secara peribadi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Protests turn violent in Indonesia

Students storm gates of parliament over presidential scandals


Anti-government student demonstrators push forward the gates to the Parliament complex after knocking it down during a mass protest in Jakarta on Monday.


ASSOCIATED PRESS

JAKARTA, Indonesia, Jan. 29 - Police in Indonesia fired tear gas and warning shots as thousands of rock-throwing student demonstrators stormed the gates of parliament on Monday in the largest protest yet against President Wahid since the Muslim cleric came to power 15 months ago.


THREE STUDENTS WERE badly beaten by police as running battles broke out on the lawns of the heavily guarded legislature.

An estimated 10,000 protesters had marched through the streets demanding that President Abdurrahman Wahid quit over two corruption scandals.

Inside the legislature, lawmakers convened in a closed session to hear the results of a long-running investigation into the twin affairs that have bogged down Wahid's 15-month administration.

"Wahid must resign immediately," said student Ijan, who like many Indonesians only goes by one name.

Police said about 1,000 supporters of Wahid had also gathered inside the gates of the parliamentary compound. However, their calls were drowned out by the much larger anti-Wahid demonstration outside.

Indonesian President Abdurrahman Wahid, center, laughs off suggestions he should resign as he speaks to reporters at the presidential palace in Jakarta on Monday.

The size and violence of Monday's rally was reminiscent of protests that led to the ouster of former dictator Suharto in 1998 and his successor B.J. Habibie in 1999.

Speaking to reporters at the presidential palace, Wahid dismissed the significance of the demonstration and laughed off demands that he step down.

WAHID'S CHALLENGE

The two scandals represent the biggest political challenge to Wahid since he was elected to office in late 1999 after years of authoritarian rule.

Lawmakers have not yet publicly released their findings. However, many say there is sufficient evidence to implicate Wahid in both scandals despite the president's repeated denials of wrongdoing.

It is far from certain, though, whether the parliament will pursue the case and initiate lengthy impeachment proceedings.

The investigation into Wahid comes as his popularity remains low due to his inability to fix problems besetting the world's fourth-most populous nation. Separatist and sectarian violence has killed thousands in several restive provinces and the economy remains in crisis. Authorities have also failed to catch the masterminds of a series of deadly terrorist bombings.

The first scandal centers on Wahid's masseur and one-time business partner, who allegedly used the president's name to dupe the government's main food agency, Bulog, into handing over $4 million from its employees' pension fund.

Bulog officials say that months earlier Wahid had asked if the fund's money could be channeled into aid projects in Aceh, a province wracked by bloody separatist fighting.

Wahid has admitted he initially considered doing this, but later decided against it. Instead he accepted $2 million from the sultan of neighboring oil-rich Brunei.

His revelation led to allegations of a second scandal, dubbed "Bruneigate," despite Wahid's insistence that the sultan's money was a personal donation.