Laman Webantu   KM2A1: 3700 File Size: 4.0 Kb *



SOH22 - MAHATHIR DATANG DAN AKAN PERGI
By La Domeng3

30/1/2001 4:41 pm Tue


SOH22 - MDDAP

MAHATHIR DATANG DAN AKAN PERGI

Maka berkatalah Pak Lah - Pemimpin datang dan pergi tetapi umno tetap wujud sampai kini. Gementar sahaja bunyinya suara TPM ini. Seperti ada sesuatu yang tersangkut dikerongkong dan pedih tekak lagi. Maklum sajalah selama ini terpaksa akur dengan agenda Mahathir, takut-takut kalau tak diturutkan, kena ketepikan pulak nanti. Maklum sajalah sekarang ini kalau kulit setakat 'sawo matang' tetapi tidak kelihatan kemamak-mamakan sedikit payah Mahathir nak percaya lagi. Oleh itu berkokok sakanlah Pak Lah saban hari ke sekeliling kampung membodek bos dari pagi hingga dinihari, kesana kemari untuk mempastikan supaya nasib malang TPM sebelum ini tidak datang menjengah diri.

Senario politik Malaysia kini terus bergolak khususnya dalam UMNO/BN. Sebagai rakyat kita melihat tiada pemimpin kerajaan pusat (khususnya pemimpin Melayu) yang dapat dibanggakan untuk membela nasib bangsa. Soal penyalahgunaan kuasa bukanlah cerita lagi malah telah menjadi budaya dan darah daging para pemimpin Melayu yang masih yakin UMNO tidak akan mati.

Pemimpin datang dan pergi. Siapa yang datang dan siapa yang akan pergi? Siapa yang datang dan pergi dalam Kabinet Mahathir telah dikenalpasti kini. Semuanya pengampu profesional yang dibawa masuk ikut 'jalan belakang' - senator yang menepati kehendak hati Mahathir dan kroni. Mahathir sebenarnya sejak dulu lagi sudah tidak menghormati keputusan pilihanraya yang rakyat sertai. Masihkah kalian orang UMNO mahu berPresidenkan orang tua ini, yang telah jelas memperlekeh ahli sendiri? Kenapalah bangang sangat kalian menurut apa sahaja yang direncana oleh si tua bangka ini? Tiadakah maruah dan harga diri pada diri kalian lagi?

Usahlah bermimpi di siang hari. Umno tidak akan pulih dan tidak dapat diselamatkan lagi sebab bukankah Mahathir sudah katakan bahawa selagi UMNO tidak pulih selagi itu dia tidak akan berhenti? Itulah sebenarnya yang direncanakan agar kelihatan perpecahan orang Melayu menjadi realiti. Mahathir sebenarnya memang sengaja memecah-belahkan orang Melayu supaya menjadi lemah. Kalau lemah senanglah dia hendak mengawal dan mengarahkan apa sahaja. Bila lemah orang Melayu akan datang melutut kepadanya minta belas kasihan. Serendah itukah maruah kalian orang Melayu UMNO?

Apakah Melayu akan hilang di dunia? Selagi kalian masih lagi menerima Mahathir dalam hidup kalian, selagi itulah kalian akan kehilangan Melayu dalam diri kalian semua. Janganlah mendabik dada dan ingin mandi darah untuk mempertahankannya sedangkan para pemimpin Melayu, kalian biarkan melacurkan orang Melayu menjadi barang hidangan untuk 'diratah' oleh Mahathir dan kroninya.

Salahkah kalau saya katakan bahawa orang Melayu UMNO rata-ratanya adalah spesis hidung bercincin yang akan menurut apa sahaja kata dan kehendak si Mamak Tua itu? Spesis yang takut mati? Spesis yang cintakan dunia? Spesis yang tidak tahan dugaan dan godaan? Spesis yang sanggup menjual maruah diri demi sesuap nasi?

Soal arah perjuangan umno kalian tidak perlu diulangi lagi. Telah acap kali didedahkan sampai kini. Kalian kata kalian adalah juara orang Melayu yang akan mempertahankan hak istimewa orang Melayu. Tetapi apa yang berlaku, semua orang telah tahu, ianya hanyalah slogan kosong buat meraih simpati Melayu UMNO yang dungu. Jujurlah pada diri dan ikhlaslah dalam hati. Tanyalah pada diri kalian sendiri, kenapa kalian masih mahu dibodoh-bodohkan lagi.

Yakinlah pada diri kalian. Mahathir bukanlah jawapan kepada semua persoalan. Hanya KEADILAN kepada semua rakyat jelata SAHAJA yang akan MENYATUKAN SEMUA biarpun komponen BA berlainan ideologi tetapi tetap bersatu dalam perjuangan menegakkannya. Fikirlah dengan waras dan bertindaklah dengan pantas sebelum kalian 'dilelong' selama-lamanya oleh Mahathir al-Kutty yang rakus dan ganas.


La Domeng
30.1.2001