Laman Webantu   KM2A1: 3698 File Size: 13.5 Kb *



TAG MT 27: Apakah Sudah Tiba Giliran Gus Dur?
By The Economist

30/1/2001 10:22 pm Tue

TAG 027

[Estrada sudah gugur selepas ke mahkamah. Gus Dur pula sedang berdolak-dalih dengan pelbagai kes yang mencurigakan. Majoriti yang sedikit di parlimen itu akan menyukarkan Gus Dur bertahan jika dia gagal menjawab semua persoalan dengan menyakinkan. Selama ini Gus Dur kekal kerana Parti Megawati masih memberi ruang. Pendedahan dua kes penipuan boleh menggoncang Gus Dur jika skandal beliau dan tukang urutnya dapat dibuktikan.

Apa yang berlaku di Asia Tenggara kini sepatutnya membuka mata seluruh rakyat Malaysia. Setiap yang palsu akan tumbang, walaupun ia cuba disembunyikan. Lambat-laun semua yang tertutup itu akan terbuka juga walaupun polis membelasah rakyat di jalanraya, peguam negara membuang kes, atau hakim menidakkannya. Program penswastaan negara sudah menyerlahkan sesuatu yang tidak kena dan saham sudah semakin susut nilainya. Sesuatu perlu dilakukan segera sebelum tergadai semua yang ada kerana itu semua milik rakyat belaka. Lakukan sesuatu sebelum yang ada menjadi tiada, termasuk nyawa. - Editor]



Penterjemah: -MT-


Apakah Sudah Tiba Giliran Gus Dur?

(Will Wahid Be next?)

Oleh The Economist - cover dated February 1, 2001

Teks Kiriman MGG Pillai

Satu laporan mengenai korupsi yang melibatkan seorang presiden akan muncul di Indonesia minggu hadapan.

Jakarta,

Selama 15 bulan, kuasa presiden yang dipegangnya mungkin kelihatan rapuh, tetapi Abdurrahman Wahid (Gus Dur) masih menunjukkan kerseronokan mengejek para musuhnya. Pada 29 Januari, 2001, satu jawatankuasa parlimen akan melaporkan dua kisah skandal yang telah menghantui Gus Dur sejak pertengahan tahun lalu. Kisah yang pertama melibatkan penyelewengan bernilai 35 bilion rupiah (US$3.7 m) daripada sebuah agensi negara; kisah yang kedua berkaitan dengan sumbangan berjumlah US$2 juta pemberian Sultan Brunei. Setelah lama tertunda, Gus Dur telah bersemuka dengan 50 ahli parlimen yang menganggotai jawatankuasa itu dan yang lama menunggu mahu menyoalnya. Sebelum soalan bermula, Gus Dur telah menyeranah dengan berkata bahawa mereka tidak ada hak menanya semua itu.


[Gambar: Presiden.. Sultan dan Tukang Urut]

Kehalusan budaya Jawa memang sudah tiada lagi seperti yang ditunjukkan oleh Gus Dur. Insan yang bergelar 'Kiai' itu hanya berusia 60 tahun, tetapi dia telah menuduh para penyiasat mencampur-adukkan undang-undang dengan politik, sambil mempersoalkan kuasa yang ada padanya untuk menyoal-siasat sambil berani mengenakan tindakan undang-undang terhadapnya. Memang ramai musuh politik Gus Dur yang lama menunggu melakukan perkara itu, dan mereka semakin terangsang dengan kejadian di Filipina.


Kumpulan yang memusuhi beliau memang percaya mereka akan mempunyai ruang yang lebih mudah jika dibanding dengan pengalaman rakan mereka di Filipina. Joseph Estrada telah melawan gelombang yang memusuhinya dengan bantuan majori ahli dewan Senat sehingga mampu melengahkan prosedur yang formal. Parti pimpinan Gus Dur hanya mempunyai 10% kerus di dewan parlimen. Ramai ahli koalisi yang dulunya menyokong beliau kini sudah menyesali perbuatan mereka kerana pilihan itu. Amien Rais, pengerusi MPR (Majlis Perundingan Rakyat) yang merupakn badan lejislatif yang tertinggi di Indonesia, telah meminta keampunan rakyat jelata seluruh negara kerana peranannya dulu mengampu Gus Dur. Musuh-musuh Gus Dur percaya, kalau mereka mampu memulakannya, mereka menjangkakan dapat meraih undi sokongan yang secukupnya untuk menggulingkan Gus Dur dalam satu sessi pendakwaan yang khas sebelum berakhirnya tahun ini, tanpa melakukan tindakan-tindakan yang samar-samar kesahihannya seperti yang dilakukan di Manila.


Namun, segala bukti yang menyanggah Kiai Wahid itu setakat ini - banyak lagi yang akan muncul minggu hadapan - adalah kurang berbisa jika dibandingkan dengan apa yang dikemukakan terhadap Estrada. Presiden Indonesia itu telah secara terbuka menafikan penglibatannya dengan Bulog, sebuah agensi bekalan makanan. Dalam kes ini ada bukti menunjukkan pemindahan dana sejumlah US$2.7 juta dilakukan kepada akaun seorang bernama Suwondo, pada bulan Mei yang lalu. Oleh kerana hanya satu nama yang digunakan, tuduhan dihalakan kepada Suwondo yang bertugas satu ketika dulu sebagai tukang urut persendirian Gus Dur. Selain daripada memicit presiden, Suwondo memang ada hubungan dagang dan juga politik dengan presiden negaranya. Secara kebetulan pula dia menghilangkan dirinya dengan dana yang dikeluarkannya. Pemindahan itu telah diizinkan oleh timbalan ketua Bulog, Saudara Sapuan. Ketika skandal itu meletup Sapuan membuat kenyataan bahawa dia menyerahkan dana itu setelah tukang urut itu menyebut nama Presiden Wahid sebagai orang yang memintanya. Khabarnya wang itu mahu digunakan sebagai sumbangan membantu penduduk Aceh yang bergolak dengan masalah pemberontakannya.


Mengikut Sapuan, tukang urut itu telah menjanjikan jawatan utama agensi itu sebagai ganjaran kesanggupannya melakukan pemindahan dana itu. Suwondo dan beberapa orang lain yang menerima pembayaran itu akhirnya dapat dijejaki dan disoal-siasat oleh kumpulan 'polisi'. Usaha untuk mendedahkan penglibatan presiden Wahid dalam tindakannya akan menjadi tajuk utama dalam laporan khas itu minggu hadapan.


Dalam kisah yang lagi satu segala bukti utama mengenainya memang amat mudah diketahui. Presiden Wahid memang sudah mengaku yang dia ada menerima US$2 juta daripada Sultan Brunei. Dia menyatakan (seperti juga dalam kes yang pertama di Bulog) wang itu adalah bertujuan untuk digunakan sebagai bantuan kemanusiaan di Aceh. Tetapi tidak ada pun bukti yang dana itu sudah dikirimkan ataupun disimpan oleh agensi kerajaan yang sepatutnya berurusan dengan wilayah itu. Segalanya bergantung kepada bagaimanakah dana itu dibelanjakan, kerana selama ini presiden Wahid telah berdolak-dalik dalam perkara itu. Ada yang menyebut dana itu digunakan sebagai perbelanjaan kempen dulu dan ada juga yang menyebut unsur rasuah kerana wang itu, seperti juga sumbangan daripada penderma lain telah digunakan untuk pembiayaan parti. Presiden Wahid memang tidak pernah berterus-terang dalam hal itu dan sayugia boleh dituduh kerana tidak telus dalam urusannya.

Gus Dur cuba menolak usaha mendakwanya tanpa tidak mahu berlembut dengan parlimen. Sekaligus dia cuba memperlekehkan usaha maukan para pemimpinnya mempunyai semangat kebertanggungjawaban. Kelakuan yang sama telah berlaku tahun yang lalu di antara Gus Dur dengan parlimen apabila dewan rakyat itu mempersoalkan tindakannya menggugurkan beberapa wakil daripada wilayah dan beberapa kumpulan sosial. Kesannya, ramai ahli parlimen yang bertindak untuk menukarkan sessi tahunan MPR itu menjadi sessi khas mendakwa presiden. Mujur juga timbalan presiden Megawati Sukarnoputri telah menyokong Gus Dur dan membantunya melenturkan cabaran itu. Parti Megawati merupakan yang terbesar di parlimen dan juga MPR; kalau dia membuat keputusan untuk menjatuhkan Presiden Wahid, tidak ramai yang yakin Wahid dapat bertahan. Sama ada Embak Mega bertindak melakukannya ataupun tidak, bergantung kepada bukti yang akan dibentangkan dan reaksi rakyat marhaen terhadap kisah skandal yang akan didedahkan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Received from Joyo Indonesian News

The Economist

cover dated February 1, 2001

Will Wahid be next?

A report on alleged presidential corruption is due in Indonesia next week

Jakarta,

HIS 15-month-old presidency may be fragile, but Abdurrahman Wahid still delights in taunting his enemies. On January 29th, a special parliamentary committee will report on two scandals that have plagued Mr Wahid since the middle of last year. The first involves the embezzlement of 35 billion rupiah ($3.7m) from a state agency; the second relates to $2m in 'donations' from the sultan of Brunei. This week, after a long stand-off, Mr Wahid appeared before the 50 members of parliament who make up the committee and were eager to ask him some questions - but only to tell them that they had no business doing so.

[Photo: The president... the sultan and... the masseur]

There was no Javanese subtlety in Mr Wahid's message. The 60-year-old Muslim cleric bluntly accused his inquisitors of mixing law and politics, questioned their authority to interrogate him, and essentially dared them to impeach him. Many of his adversaries are itching to do just that, and they have been further emboldened this week by events in the Philippines.

In one way, Mr Wahid's foes believe they will have an easier time than their
Filipino counterparts. Whereas Joseph Estrada entered his battle with a majority in the Senate, and was able to use it to frustrate the formal procedure, Mr Wahid's party commands only 10% of the seats in parliament, and many of the coalition members who originally backed him now regret their choice. Amien Rais, chairman of Indonesia's highest legislative body, the People's Consultative Assembly (MPR), has publicly asked forgiveness for foisting Mr Wahid on the country. If they can get the ball rolling, his opponents believe, they will have enough votes to topple Mr Wahid in a special impeachment session later this year, without any need for the legally dubious steps that have just been taken in Manila.

However, the evidence against Mr Wahid so far - more may emerge next week - is much less damning than that against Mr Estrada. The Indonesian president flatly denies any involvement in a scandal at Bulog, the national food agency. It was discovered last May that the agency had transferred $3.7m to a Mr Suwondo (who, like many Indonesians, has only one name). Mr Suwondo, generally described as Mr Wahid's personal masseur - though he also has business and political links with the president - then absconded with the cash. The deputy head of Bulog, Mr Sapuan, had approved the transfer. When the scandal broke, he claimed he had handed over the money because the masseur had told him Mr Wahid had asked for it. Supposedly, it was to be used as humanitarian aid for the province of Aceh, where a secessionist revolt is under way.

Mr Sapuan has said that the masseur promised him the top job at Bulog in exchange for the transfer. But one obvious argument in Mr Wahid's favour has been apparent from the beginning: before the scandal broke, he had indeed appointed a new head of Bulog, and it was not Mr Sapuan. Mr Suwondo, and the others who had received payment, were eventually tracked down, and Mr Suwondo has been interrogated. Efforts to show that the president approved his actions will feature prominently in next week's report.

The main facts of the other scandal are more firmly established: the president has already admitted to accepting $2m from the sultan of Brunei. He says that this (like the other sum in dispute) was to be used as humanitarian aid for Aceh. But there is no sign that the money actually arrived there, or that it is in the keeping of any government agency supposed to deal with the province. Much will depend on where the money actually went, not least because Mr Wahid has already been accused for months of blurring the line between campaign finance and corruption, by lining his party's coffers with contributions from powerful tycoons. Mr Wahid has never deigned to be specific about what precisely he did with the sultan's money, so, at the least, he is guilty of a lack of the openness he is supposed to be trying to introduce.

In his efforts to head off impeachment hearings, Mr Wahid has shown little humility before parliament, further undermining Indonesians' efforts to make their leaders accountable. The president provoked a similar confrontation with parliament last year, when it tried to question him over the sacking of some coalition partners in his cabinet. Mr Wahid has consistently argued, with strong constitutional backing, that he is accountable only to the MPR, which appointed him, and which combines parliament with representatives from the regions and various social groups.

As a result, many parliamentarians pushed last year to transform the annual MPR session into a special session to impeach the president. But the support of his vice-president, Megawati Sukarnoputri, helped stave off such a challenge. Her party is the largest in both parliament and the MPR; and if she were to decide to bring down Mr Wahid, few believe he could survive. Whether she decides to do it will depend partly on the evidence in next week's report, and on how people react to it. *****

Paul Barber
TAPOL, the Indonesia Human Rights Campaign, 25 Plovers Way, Alton Hampshire GU34 2JJ Tel/Fax: 01420 80153
Email: plovers@gn.apc.org
Internet: www.gn.apc.org/tapol
Defending victims of oppression in Indonesia and East Timor, 1973-2000

****