Laman Webantu   KM2A1: 3697 File Size: 11.6 Kb *



Bandingkan Siapa Dr Mahathir dan Siapa Tunku Abdul Rahman
By Amin Sapiro

30/1/2001 9:14 pm Tue

Amin Sapiro (beristighfar pajangggg masih..!!)

[Mahathir sudah lama memperlekehkan Tunku, sehingga dia menulis buku untuk tujuan itu. Tetapi Tunku tidak pun memenjarakan beliau dengan harapan dia sedar di hari kemudian. Akhirnya Umno berpecah dan dibubarkan kerana penipuan diperingkat cawangan dan membilang. Kuasa akhirnya berpusat kepada presiden yang sudah mengaibkan semua timbalan. Kini dia mengaibkan seluruh ahli umno dengan melantik barua yang menjalar tanpa berakar.

Mahathir sanggup bersekongkol dengan Bush mengizinkan pegeboman Iraq tetapi Tunku tidak sanggup diperdaya British untuk menyerang Indonesia. Inikah sikap 'wira dunia ketiga' yang begitu mudah mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa? Kini dia beria-ria mengimpot pendatang Myanmar yang penuh dengan komando dan penyangak yang pandai menyamar. Sepandai Mahathir dan barua yang sentiasa menyamar wira agaknya? - Editor]


BANDINGKAN SIAPA DR. MAHATHIR DAN SIAPA TUNKU ABDUL RAHMAN?

Baca Ini

[[SERANG INDONESIA: TUNKU TOLAK RANCANGAN BRITISH

"Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman telah menolak satu rancangan British yang akan membolehkan Malaysia melancarkan perang ke atas Indonesia dalam masa konfrontasi Indonesia di awal tahun 60-an.

Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Said Zahari mendedahkan di dalam bukunya Meniti Lautan Gelora bahawa rancangan British itu ialah untuk meledakkan sendiri sebuah kapal perangnya di perairan Selat Melaka dan kemudian menuduh Indonesia melakukannya.

Menurut Said, berikutan dengan itu ''Tunku Abdul Rahman lantas akan mengisytiharkan perang ke atas Indonesia.''

Sebalinmya, Tunku telah meminta setiausaha politiknya, Yap Chin Kwee mencatatkan penolakannya terhadap rancangan British itu kerana, kata Tunku beliau hanya bergaduh dengan Sukarno dan bukan dengan rakyat Indonesia yang sedarah sedaging dengannya.

Ketika itu Malaysia sudahpun memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Indonesia"]]


Sekadar Pandangan untuk jati diri pejuang Reformasi dan Islah..

SEBAGAI orang Melayu, kita merasa terpanggil meneliti sinopsis buku itu. Kita harus bertanya kepada diri sendiri dan mengimbanginya dalam fikiran kita:

Mahathir Mohamad yg itu sudah jadi Presiden UMNO(?) dan PM Malaysia sejak 20 tahun dulu. Ada bukti sejarah bahawa Mahathir itulah yang telah mengkhianati Allahyarham Tunku, mengutuk dan memperlekeh beliau dengan panggilan kurang sopan: 'anak Siam'. (Tidak patut kita mengungkit asal-usul Mahathir pula?)

Mahathir mengkhianati wadah perjuangan UMNO yang ditubuhkan bersama-sama pejuang anti Malayan Union, mendendami kita sebagai orang Melayu yang berasal (kebanyakannya) sama rumpun bangsa Indonesia, menyebabkan UMNO Lama terkubur kerana Mahathir tamak kuasa.

Nah! Alang kepalang berseteru dengan si munafiq tua ini, adakah dan apakah jasa besar Mahathir yang mengaku diri 'patriotik'? Darah siapa yang mengalir dan siapakah yang mati berjuang menentang gorila komunis? Suku-sakat Mahathir kah? Lt. Adnan itu keturunan Mahathir kah?

Akhirnya, setelah UMNO Asal dikuburkannya, Mahathir ini menubuhkan sebuah parti yang diciplak-plagiat nama 'UMNO' yang kemudiannya di BARUAkan oleh beliau. Dan sekarang UMNO Baru(A) itu telah ditukar identiti menjadi 'uMMno' (United MAMAK-MALBARI Nesynal Organization) pula.

Fikir sekarang, tidakkah anda ingat bahawa Mahathir inilah juga yang telah memberi laluan bebas kepada Presiden George Bush untuk MENYERANG Iraq dalam Perang Desert Storm? Padahal Iraq adalah sebuah negara Islam, dan banyak khazanah Islam musnah dalam serangan terbabit..!!

Hingga ke detik ini, rakyat Islam Iraq masih merengkok dalam kemiskinan dan kehinaan di mata dunia dengan berlanjutnya sekatan dagangan yang tidak ada hujungan.

Apa yang Mahathir buat untuk menebus dosa negara kita (maksudnya kita juga sebagai ummah). Cuma setakat bermuka-muka mengantar Siti Hasmah melawat Iraq dulu? Mungkin Siti Hasmah diutus untuk melihat kesan perbuatan terkutuk bersubahatan suaminya dengan Yahudi - satu agenda yang sangat membanggakan suaminya?

Apakah seluruh orang Melayu masih menganggap Mahathir ini layak bercakap tentang Kemerdekaan tanahair kita, masih diyakini punya kasih sayang sesama rumpun bangsa Melayu, betul-betul berniat mengiktiraf kedaulatan wakil rakyat zuriat Melayu.?

Mahathir bercakap kunun kulitnya 'sawo matang'. Betulkah Mahathir mengerti makna 'sawo matang' itu? Yang nampak kepada orang Melayu, kulit Mahathir seperti lurikan kulit 'ular sawa' - berbelang-belang mengikut edaran iklim politik yang dicenderunginya. Hingga, beliau menyokong Yahudi dan memenjarakan bangsa Melayu sendiri.

Apakah beliau maksud Mahathir membawa masuk pekerja Nepal dan Myanmar - warisan suku-sakat pemberontak Horiger kaum India dan Gurkha Nepal utara India. Beliau pulang dari Myanmar dengan pujian setinggi langit!! Apa agenda beliau sebenar?

Beliau pulang dari Cuba. Yang terbit ialah: Wadah beliau untuk 'membunuh' semangat Reformasi anak-anak mudah Melayu yang mahu memerdekakan masyarakatnya yang tertindas dan tertipu? Mungkin itu hasil persahabatannya dengan Fidel Castro?

Mengapa tidak diimpot pekerja dari negara jiran Indonesia? Mereka pun miskin juga, malah lebih miskin kerana baru melepaskan diri dari rompakan beragenda oleh Soeharto, rakan sekarenah Mahathir, bukan?

Adakah kerana Mahathir takut rakyat Indonesia berketurunan Melayu dan berbudaya yang sama akan merosakkan agendanya; maka dengan itu pilihannya ia pekerja dari Nepal dan Horinger Myanmar? Agenda apa? Tengok di Mahligainya, siapa pengawalnya? Boleh agak bukan?

Bukti Mahathir tidak percaya kepada orang Melayu, Mahathirlah PM dari puak 'UMNO' yang
meMAMAK-MALBARIkan Kabinet UMNO Baru(A). Yang jelas sekarang - Mahathir sewenang-wenangnya bersikap 'gunting dalam liptan' @ 'ular dalam selimut' kepada pemimpin Melayu UMNO(?) dengan melantik suku-sakat 'mamak-malbari' ke dalam Kabinetnya. Apakah orang Melayu tidak layak menganggotai Kebinetnya?

Apakah kita pasti ketaatsetiaan mereka menjadi ahli-ahli Kabinetnya yang dilantik dari Senator itu. Mereka bukan wakil rakyat yang dipilih rakyat yang dipastikan bersumpah dan berjanji dihadapan rakyat akan beramanah. Tapi Mahathir melantik barua-baruanya itu walaupun secara 'pintu Belakang - Senator' saja. Tidakkah Mahathir sudah nekad mahu mencucuk anak mata orang Melayu. Apakah pemimpin UMNO tidak merasa terpinggir dan sebaliknya masih mau taat.?

Mereka yang terpilih menambah kekuatan Kabinetnya adalah pilihan Mahathir seorang saja - dicabut dari kaumnya, diangkat dan dimartabatkan mengikut kehendaknya. Di mana letaknya martabat UMNO, wakil rakyat Melayu dan kedaulatan bangsa dan sistem yang diperjuangkan oleh bapak-bapak dan ibu-ibu kemerdekaan kita? Ke b*nt*t Mahathir?

Apakah waris-waris orang Melayu yang beragama Islam dalam uMMno tidak merasa diri mereka terhina dan diperhina oleh si 'Mamak Tongkang' ini? Tidakkah orang Melayu telah sanggup terpinggir dalam sistem pemerentahan regim Mahathir ini? Ini adalah isu mutlak yang hakiki yang mempersoalkan samada darah orang Melayu 'merah atau hitam', kalian Malbari atau Melayu, negara hak anda atau anda cuma pendatang haram!!

Memang ada sebab yang kuat dan persis bagi kita orang Melayu wajib dan wajar meninggalkan uMMno sekarang. Kita wajib dan wajar tumbangkan BN yang menjadi kuda tunggangan Mahathir dan jongos-jongosnya.

Mahathir tidak nampak lagi akan membela orang Melayu dan agama Islam. Sudah terbukti selama 20 tahun beliau telah mencemuh Melayu PAS dan Islam PAS. Bukti sahih ada dalam dokumen ucapan beliau di setiap Perhimpunan UMNO. Bila PAS mengalami kekalahan, Mahathirlah yang bertepuk tangan dan mencemuh.

Tetapi, bila orang meninggalkan UMNO Baru(A)nya, dialah pertama yang bermati-matian berbohong untuk meyakinkan orang Melayu kununnya kita 'berpecah'. Tidakkah terbukti dengan nyata bahawa sebenarnya UMNO versi Mahathir inilah yang sudah reput dan terbelah hancur tidak mendapat sokong orang Melayu? Mahu bincang pasal apa? Jika tangannya yang mencincang maka bahunya lah yang wajib memikul. Apakah Mahathir ini seorang pengecut?

Jika benar Mahathir seorang yang jujur terhadap nasib orang Melayu, mengapa Royalti Minyak Terengganu ditarik balik tanpa berlandaskan undang-undang yang terpakai? Apa jenis pemimpin Mahathir ini, apa jenis pemerentah Islam yang dianut oleh regimnya jika Kerajaan tadbiran beliau semudah itu "mungkir janji'. Islam anutan Yahudi di zaman Rasulullah pun masih akur dengan 'perjanjian', bukan?

Sekarang ada berita tersebar luas bahawa:

[[PUNB telah mengeluarkan Bon bernilai US$5.0 Billion bersamaan RM19.8 Billion dengan jaminan kerajaan. Bon ini dikeluarkan pada 3hb. September 2000 hari-hari akhir Tan Sri Abu Hassan Sulaiman menjadi Gabenor Bank Negara]].

Persoalannya, jika berita ini benar, siapa yang bertanggungjawab dan bagaimana wang sebanyak ini digunakan. Oleh kerana wang yang terlibat begitu besar dan memerlukan pelbagai kelulusan kerajaan maka mereka-mereka ini tidak boleh lari dari tanggongjawab membentangkan isu di Parlimen untuk dianalisa!!

Sehungungan itu, persoalan yang timbul apakah negara ini sedang ditadbir secara 'Kleptocracy' yang bermaksud 'Kerajaan Perompak'? (Kleptocacy - the government of thieves).

Sekarang beliau mahu berbincang, kununnya demi perpaduan Melayu dan penghayatan Islam?? Masih percayakah kita kepada lidah ular yang memagut batang leher Nabi kita dengan mempersenda Baginda kununnya berjanggut kerana tak ada pisau Gilette. Ia terbukti memutar aqidah kita orang Islam ke zaman Jahiliah!!

Nak harap Abdulah Ahmad Bedawi penggantinya? Beliau sendiri berkata, 'Tidak ada yang kekal melainkan UMNO'. Habis, pengganti Mahathir ini menyuruh kita beranggapan bahawa Tuhan sudah matikah atau boleh mati? Nauzubillahhhhh. Inikah pemimpin sebuah negara Islam?

Kita semakin nampak semua (ulang: semua) pemimpinn uMMno yang hidup mewah kayaraya dalam regim Mahathir sudah 100% penjilat punggung si 'munafiq tua' ini. Jika sehingga kini mereka masih menjadi penyokong kuat regim Mahathir, bermakna mereka adalah golongan keparat yang tidak boleh diharap lagi. Jangan fikir uMMno ini akan berubah sikap.

Pepatah Melayu, 'biar bah tengkujuh merobah lupur, jika tidak tanaman padi di sawah tak akan subur'. Fahamkan? Faham-fahamkanlah maksud yang tersirat!!

Akhir sekali: Kita tidak dapat menggambarkan wajah Nabi saw. TETAPI kita semua tengok sendiri muka mummy FIRAUN yang dikupas dari bungkusan kain perca pembalut tubuh keringnya.

Rupa Firaun saling tak tumpah macam MAHATHIR anak lelaki Mohamad Iskandar Kutty - si mahaFIRAUN yang semakin kurus kering tinggal tulang..!!

Berfikirlah menanti tahun 2004.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)