Laman Webantu   KM2A1: 3695 File Size: 10.6 Kb *



TJ MT MGG: Menantikan Kucing Bertanduk
By M.G.G. Pillai

30/1/2001 5:19 pm Tue

MGG2601

[Umno nampaknya lantang bersuara untuk 'perpaduan melayu' tetapi semua perpecahan terbesar kini adalah kerana sikap Umno sendiri yang mengundang benci. Kes Anwar dan kes royalti perlu diselesaikan segera sebelum Umno boleh bersekemuka, barulah dapat dinilai apakah Umno memang ikhlas atau cuma berpura. Lagipun PAS tidak boleh lupa muslihat dan luka lama, begitu juga KeADILan yang teruk didera sehingga ulamaknya sendiri diseluar-pendekkan hina di penjara. Umno sudah bukan melayu lagi untuk menitip bicara, ia sudah barua yang langsung tidak boleh dipercaya, walaupun setakat bersekemuka. Biarkan Umno merasa, jika tidak ia akan bermaharaja-gila sepanjang masa. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Menantikan Kucing Bertanduk

(MGG: When The Iron Tree Blossoms)

Satu ketika dulu presiden Indian Progressive Front, Dato M.G. Pandithan telah membuat permohonan untuk menjadi ahli komponen Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri telah menegahnya. Sebaliknya, IPF harus dibubarkan dan ahlinya masuk menjadi ahli Malaysian Indian Congress (MIC). Itulah caranya orang India dapat bersatu. Di waktu yang sama dia telah berkata UMNO tidak akan menolak kalau PAS mahu menyertai BN seandainya rakan koalisi yang lain mengizinkannya. Dengan lain perkataan, IPF yang berminat tidak dibenarkan masuk, PAS yang tidak pun berselera boleh pula diterima. PAS dan UMNO boleh hidup seiring jalan; tetapi kalau parti lain di kalangan orang India, mereka tidak boleh melakukannya. Apakah Perdana Menteri tidak boleh bertegas agar PAS menyertai UMNO untuk menganggotai Barisan? Bukankah sayap agama UMNO yang mula-mula dulu menarik diri daripada parti sebaik sahaja Dato Sri Onn Jaffar turun daripada pucuk kepimpinan parti pada 1951 dulu?

Kenyataan perdana menteri mengenai PAS menganggotai BN adalah satu taktik berlembut oleh UMNO untuk menarik perhatian orang Melayu sebelum perbincangan perpaduan Melayu itu mahu dimulakan. Apakah perbincangan itu akan dilaksanakan? Dia cuba melepaskan dirinya daripada masalah itu setelah didesak oleh rakannya dalam kabinet. Lagipun apa juga yang diingini oleh UMNO tentunya pertemuan itu akan membincangkan lebih banyak isu, selain hak keistimewaan orang melayu. PAS masih lagi memikirkan pembabitan orang bukan Melayu dalam pasukannya. Seorang pegawai PAS menjangkakan perkara itu mungkin dilangsungkan pada akhir tahun, setelah selesainya mesyuarat agong UMNO. Presiden PAS, Dato' Abdul Fadhil Nor kini sedang berada di Mekah dan hanya akan pulang pertengahan Mach. Mesyuarat Bahagian UMNO sedang berlangsung sekarang. Dari sekarang sehinggalah persidangan UMNO yang dijangka pada Mei tahun ini, perhatian Perdana menteri dan juga UMNO tentulah tertumpu kapada masalah parti sendiri.

UMNO mahukan perpaduan Melayu itu dibincangkan untuk meminggirkan PAS. Pada 1972, sebaik sahaja Dasar Ekonomi Baru mula bertapak, Perdana Menteri Tun Abdul Razak telah bertemu presiden PAS, Dato' Asri Muda yang ketika itu memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Mereka berbincang untuk bersatu bagi kepentingan orang Melayu. PAS pun menganggotai Barisan Nasional ketika ia dilancarkan pada tahun berikutnya. Lima tahun kemudiannya PAS tersingkir daripada gagasan itu dan juga kehilangan kuasanya di Kelantan yang dipegangnya selama 20 tahun itu berikutan satu krisis yang dirancangkan oleh UMNO. Merempatlah PAS tanpa kuasa memerintah sebarang negeri untuk 12 tahun lamanya sebelum ia berjaya naik semula di Kelantan pada 1990. Pada 1986, PAS berbincang dengan masyarakat Cina untuk membentuk satu jawatankuasa perundingan Cina. Ketika itu UMNO berpecah dua di antara pengaruh Perdana Menteri dengan pengaruh Tengku Razaleigh. Gelagat PAS menunjukkan kuasa yang ada padanya membuatkan UMNO tidak senang duduk. Perdana menteri dan juga timbalannya ketika itu, Dato Seri Anwar Ibrahim merancang satu perbincangan secara rahsia. Itulah rahsia yang dibocorkannya selepas itu sehingga sokongan rakyat terhadap PAS menjadi kematu. Masyarakat Cina menarik balik sokongan mereka. PAS menghadapi masalah besar dalam pemilu pada tahun itu dengan memenangi hanya satu kerusi parlimen yang dipertandingkannya.

"Kami menanti selama 15 tahun," kata seorang pemimpin PAS kepada saya, "untuk mendapatkan balik sokongan rakyat dan maruah parti". Malahan, ketika jawatankuasa Suqui berbincang untuk merangka strategi baru-baru ini, ia mempunyai seorang ahli yang bukan Cina untuk turut serta - seorang Melayu daripada PAS. Inilah yang membuatkan PAS berwaspada dengan kata-kata Perdana Menteri. PAS tidak boleh menolaknya sembarangan kerana tidak mahu mencemarnya lagi; Ia tidak menerima hakikat bahawa perpaduan Melayu sudah tergugat, kerana beranggapan bahawa orang Melayu sebenarnya sudah berganjak dalam memberikan sokongan mereka dan tidak berpecah lagi sebagai satu bangsa. Tidak ada sebarang perbincangan mengenai perpaduan orang Melayu selagi nasib Dato Seri Anwar Ibrahim tidak diambil kira dan selagi kerajaan pusat menafikan hak rakyat Terengganu kepada wang royalti petroleum mereka. Dua perkara ini adalah lambang perpecahan orang Melayu yang dicetuskan oleh UMNO.

UMNO beranggapan perbincangan mengenai perpaduan orang Melayu akan mengembalikan maruah mereka untuk meraih kembali sokongan orang Melayu. Terdayakah mereka selagi tidak diselesaikan apa yang sebenarnya menyebabkan masalah itu: Perbuatan aib yang dilakukan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dan segala tuduhan yang boleh dipertikaikan dan menyebabkan terjatuhnya hukuman ke atasnya. Parti Keadilan tidak mahu terlibat dalam perbincangan itu. Kalaupun perbincangan itu mahu dilaksanakan, pembebasan beliau mesti diambil kira. Inilah yang membuatkan UMNO jatuh terpelusuk laksana beruk duduk diceruk. Usaha UMNO itu tidak akan berjaya selagi Anwar tidak dibebaskan dan selagi pembayaran royalti minyak rakyat Terengganu tidak dilunaskan.

Orang UMNO hanya mampu berkhayal dengan impian itu. Kata orang barat; 'When the iron tree blossoms and the cow jumps over the moon.' Serupalah seperti menanti kucing mula bertanduk. Akhirnya yang usul akan pulang ke asal juga.

-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


When The Iron Tree Blossoms ...

When the Indian Progressive Front of Dato' M.G. Pandithan asked to join the National Front, the Prime Minister said it should not; instead it should dissolve itself and its members join the Malaysian Indian Congress. That way there would be a united Indian community. In the same breath, he says UMNO would not object to PAS in the National Front if the other coalition partners allow it. In other words, IPF which wants in is out; PAS, which does not, can. PAS and UMNO, as Malay parties, can co-exist in the National Front but not Indian parties. Should not the Prime Minister insist PAS join UMNO to be in the coalition? After all, it was the religious wing of UMNO that left it when Dato' Sir Onn Jaffar walked out of the presidency in 1951.

But his irrelevant remarks of PAS in the National Front is UMNO "softening" the Malay ground before Malay unity talks with it. Would it be held? He tries to wriggle out of it after his cabinet colleagues pushed him over the edge, and despite what UMNO wants, and more than Malay rights will be discussed. PAS still toys with non-Malays in its team. When? A PAS official expects it later in the year, after the UMNO general assembly. The PAS president, Dato' Abdul Fadhil Nor, is on a pilgrimage to Mecca and only returns mid-March. The UMNO divisional meetings are now on. From now on until the UMNO general assembly, in May but could be later, the Prime Minister's, and UMNO's, focus is on that.

UMNO wants Malay unity talks to isolate PAS. In 1972, with the New Economic Policy in place, the prime minister, Tun Abdul Razak, met the PAS president and Kelantan mentri besar, Dato' Asri Muda. for a grand coalition to further Malay interests. PAS joined the National Front when it was formed the next year. Five years later, PAS is out of the coalition, and out of office, in street riots over a crisis UMNO engineered, from Kelantan which it had governed for 20 years. It was of office for another 12 before it returned, in Kelantan, in 1990. In 1986, PAS forged a link with the Chinese community, and established the Chinese Consultative Committee. UMNO was split between the forces of the Prime Minister and of Tengku Razaleigh Hamzah. PAS's show of force frightened the UMNO rump. The Prime Minister and his then deputy prime minister, one Dato' Seri Anwar Ibrahim, negotiated in secret for secret talks. They leaked it. The public outcry broke PAS's back. The Chinese deserted it. It was returned in the elections of that year with only one seat in Parliament.

"It took us 15 years," a PAS leader told me, "to get back that support and respect." Indeed, when the Suqiu committee met to discuss strategy recently, it had one non-Chinese -- a Malay from PAS. So, PAS is wary of what the Prime Minister has in mind. It cannot reject it, for that would harm it more; it does not accept that Malay unity if fractured; it believes there is a shift, not a rift. No Malay unity talks could succeed now if it ignores Dato' Seri Anwar Ibrahim and Kuala Lumpur's denial of oil royalties to Trengganu. Both are symbols of Malay disunity UMNO caused.

UMNO hopes the talks would return it the Malay cultural ground. Could it if it would not resolve what caused it: Dato' Seri Anwar's humiliation and questionable convictions for s###my and corruption. His National Justice Party (KeADILan) declined to be in on the talks. If it is held, his release must be discussed then. UMNO is painted into a corner. It cannot succeed unless Dato' Seri Anwar is released, and Trengganu is restored its oil royalties. That would happen, in present UMNO thinking, when the iron tree blossoms. So, we would back to Square One.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my