Laman Webantu   KM2A1: 3694 File Size: 8.9 Kb *



TJ MT MGG: Siapa Pilih Ikut Yang Saya Suka
By M.G.G. Pillai

30/1/2001 4:24 pm Tue

MGG2501

[Kebimbangan pengaruhnya semakin merosot dibayangi oleh pencabarnya yang lebih berkaliber menyebabkan Mahathir memilih senator yang tidak ada sokongan di peringkat akar-umbi. Pilihan itu bermakna Mahathir mahu terus kekal berkuasa kerana jawatan kabinet selalunya menjadi tiket untuk semakin popular Tanpa pengalaman dalam kabinet, adalah sukar untuk sesiapa di dalam Umno untuk mencantas Mahathir, tambah lagi beliau kini dipenuhi oleh banjingan belaka. Terpaksalah mereka memendam sahaja kerana bimbang terkubur karier dan pengaruh jika dihukum diktator seaib-aibnya. Itulah nasib akarumbi Umno yang masih setia sedangkan tidak beroleh apa-apa. Sepatutnya mereka memberontak untuk menyelamatkan Umno barulah rakyat dapat menilai kejantanan mereka. -Editor]

Penterjemah: -MT-


Siapa Pilih Ikut Yang Saya Suka

(MGG: Dr. M: I Appoint Who I Like Into My Government)

Perdana Menteri telah memperingatkan ahli parlimen UMNO jangan merasa kecewa kalau dia memilih bukan ahli parlimen (MP) menganggotai kerajaannya. Itu adalah haknya untuk melantik sesiapa yang dia suka. Pada kali ini dia memilih mereka dari kalangan senator semuanya. Ada kalanya kia melantik orang yang bukan MP kerana 'kita perlu mengambil kira beberapa pertimbangan tertentu.' Apakah 'beberapa pertimbangan tertentu' itu? Dia tidak pula memberikan penjelasannya. Inilah yang mengegarkan keadaan. Kenapakah dia memilih senator sahaja? UMNO sudah terlalu sarat dengan kayu hanyut di kalangan pemimpin yang ada; sehinggakan presiden parti yang merangkap perdana menteri, tidak lagi berupaya merombak kabinetnya tanpa menghadapi risiko yang berbahaya. Satu ketika dulu, Pedana Menteri tidak mahu mengambil kira langsung senator dalam pemilihan kabinetnya. Kini, dia melantik mereka secara eksklusif pula. Sebabnya hanya satu: Mereka semua bukannya dilantik oleh akar umbi parti, tentunya mereka tidak akan menentangnya, nanti.

Dia memang sedang tertekan teruk dan tidak berupaya berhadapan dengan akar umbi. Keadaan UMNO bukanlah lagi seperti di tahun 1981 ketika dia mula-mula memimpinnya. Parti itu sudah berpecah-pecah dan berpuak-puak sehingga menjadi semakin sukar untuk dikuasai oleh seorang insan sahaja. Tidak juga oleh Seorang Insan di Langgak Golf ataupun Insan Yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara Jua. Mereka berdua ini mempunyai kumpulan pendesak yang berpengaruh dalam parti itu. Kalaulah Perdana Menteri mahu sedikit kelegaan, sepatutnya dia telah memilih beberapa MP (ahli Parlimen) yang mempunyai sokongan dan berkelayakan untuk menyerikan suasana kabinetnya yang terlalu suram. Orang-orang seperti Dato' Shahrir Samad, seorang menteri yang pernah disingkirkan tetapi kini menjadi seorang pengkritik yang berbisa dan Tengku Razaleigh Hamzah, setakat mencadangkan dua nama sahaja.

Perkara semacam ini tidak pun dilakukannya. Tentu ada sebabnya bukan? Sebenarnya inilah satu rencana jangka panjang agar presiden UMNO di masa hadapan akan terus menjadi Perdana Menteri. Dia mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang ditakluki oleh pemerintahan yang berkonsepkan 'kuasa-presiden' di mana Perdana Menteri mempunyai kebebasan melantik sesiapa sahaja yang dia suka untuk menganggotai kabinet, waima sesaorang daripada puak pembangkang. Mereka tidak perlu menjadi seorang wakil rakyat dulu untuk dilantik ke situ.

Satu kertas laporan mengenai konsep pemerintahan ini sudah pun tersedia, sepanjang 200 muka surat, khabarnya. Kalau perkara ini diterima, kerajaan yang akan datang akan bermajoritikan orang Melayu daripada berunsurkan orang Malaysia. Ini akan meminggirkan orang bukan Melayu, parti politik di Sabah dan Sarawak, lebih terserlah lagi. Tentunya, suasana politik di negara ini akan bercorakkan fahaman perkauman lagi. Saya memang gusar apakah perkara ini sudah difikirkan semasak-masaknya. Selalunya laporan semacam ini memang tidak mempunyai unsur begitu. Cuma kali ini laporan itu beranggapan PAS akan sama menerimanya. Bagaimanakah agaknya, sedangkan selama ini PAS dinafikan untuk berkuasa? Kalau ahli politik Melayu tidak akan menyokongnya apakah rakyat Marhaen Melayu sanggup menerimanya?

Terdapat satu kecacatan dalam rancangan itu: Dato Seri Anwar Ibrahim. UMNO dan PAS secara kadar yang berpada, memang tidak mahu melihat Anwar Ibrahim keluar daripada penjara. Dia akan menggugat kedua-dua parti itu. Sebarang perjanjian di antara UMNO dan PAS akan menghadapi jalan buntu selagi dia berada di situ. Sebarang kerajaan yang dibentuk secara berahsia dan di luar bidang perlembagaan negara tidak akan dapat bertapak sebagai satu ubat yang mujarab dan berguna. Ia akan mendedahkan segala kekalutan dan percanggahan yang tersorok begitu lama dalam masyarakat negara. Cakap-cakap mengenai perpaduan Melayu telah mencakar ketenangan yang ada di permukaan kekalutan yang terpendam itu, lebih hebat lagi daripada isu Suqui dan juga isu Sekolah Wawasan. Sebarang usaha UMNO untuk memulakan satu ikatan UMNO-PAS, akan berakhir dengan pergolakan dikalangan sokongan orang Melayu hinggakan usaha itu akan merudum lebih cepat lagi daripada sebarang ramalan yang mampu dibuat mengenai kesan-kesannya. Apatah lagi kalau usaha itu akan meminggirkan lagi sokongan masyarakat terhadap UMNO itu sekali.


-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Dr M: I Appoint Who I Like Into My Government

The Prime Minister warns UMNO MPs not be be "demoralised" if he appoints non-MPs into his government. It is his prerogative to appoint whom he likes into his government. This time it was all senators. At times, he must appoint non-MPs because "we have to take into account certain considerations". What are these "certain considerations"? He does not say. It creates a rumble. Why does he appoint senators then? UMNO has so deadened itself with deadwood in its elected ranks; its president, the Prime Minister, cannot even reshuffle his cabinet without risk. The Prime Minister once would not even consider senators in his cabinet. Now, he appoints them exclusively. One reason: unelected, they cannot revolt.

He is under severe pressure. He cannot face the UMNO ground. UMNO is not what it was in 1981, when he took office. It is broken into cliques and divisions so severe that it becomes all but impossible for one man to control it. Not even the Hermit of Langgak Golf or He Who Must Be Destroyed At All Cost. But both have powerful pressure groups within. If the Prime Minister wants a breather, he should appoint MPs with substantial support, competent, who would enliven his deadbeat cabinet: men like Dato' Shahrir Samad, a sacked former minister and now vitriolic critic, and Tengku Razaleigh Hamzah, to name just two.

He did not. So, is there more to it than meets the eye? There is. It is part of the Prime Minister's long-term plan to ensure the UMNO president would for the forseeable future be Prime Minister. He wants the government to a presidential form in which the Prime Minister is at liberty to appoint whomsoeven he likes into the cabinet, even from the opposition ranks. And they need not be in elected office either.

A detailed report on this is ready, reportedly 200 pages. If it takes root, future governments would be more Malay, than Malaysian. This would alienate the non-Malay, Sabah and Sarawak parties, even more. And turn politics even more resolutely along racial lines. I doubt if this is well thought out. Few such reports are. It assumes PAS would go along. Would it, when it would deny it power in the long run? Would the Malay cultural, not political, ground accept it?

There is one flaw in this plan: Dato' Seri Anwar Ibrahim. UMNO, and to a limited extent, PAS, would not want him out of prison. He threatens both. Any agreement between UMNO and PAS would fail if he remains in jail. A new form of government in stealth and outside the constitution cannot be a permanent cure. It breaks open the divisiveness and contradictions in Malaysian society so far kept beneath the surface. The Malay Unity talks upset the surface calm, more so than Suqiu and Vision schools. If it is for UMNO to lead an UMNO-PAS Malay ground, it would dissemble quicker than one dare predict. Especially when it isolates the UMNO ground as well.

-MGG Pillai-