Laman Webantu   KM2A1: 3690 File Size: 13.2 Kb *



Lompat..!! Lompat Ap*k Lompat! Haiiiiyyaaaaaaa.!!
By Amin Sapiro

30/1/2001 12:18 am Tue

Amin Sapiro (sudah lama lompat.. hehehe..!!)

[Satu sindiran tajam dari Wak buat pemimpin Umno yang melenting tidak habis dalam isu 'Melayu Singapura Lebih Berjaya'. Selagi pemimpin Umno yang menganggap diri mereka betul belaka selagi itulah maruah orang melayu tidak akan terbela. Ramainya orang melayu Malaysia yang berkerja di Singapura sudah cukup untuk menilai di mana ada harapan yang bercahaya.

Jika Umno betul-betul juara, seluruh dunia akan memuji Umno tetapi malangnya yang asyik kedengaran kini hanya projek yang tidak menjadi, hutang yang melangit tinggi, dan penyakit pelik-pelik yang tidak kunjung reda. Malang sungguh, mereka masih buta membaca tanda-tanda kubur sudah menjelma. Kelembapan ekonomi Amerika kini diramalkan akan membuat lebih ramai ternganga kerana banyak syarikat elektronik yang akan tertutup dari terbuka. Bukankah orang melayu ramai bekerja di kilang mereka? Dan eskpot inilah antara penyelamat yang tidak disangka. Sekarang bagaimana? - Editor]


LOMPAT..!! LOMPAT AP*K LOMPAT!. Haiiiiyyaaaaaaa.!!

KENYATAAN Encik Goh Chok Tong, PM Republik Singapura, membandingan 'kedudukan orang Melayu di republik itu adalah lebih baik daripada Melayu di Malaysia', dan riaksi spontan pemimpin kerajaan dan kehebohan media tempatan yang mencanangkan kenyataan itu mungkin telah diperkirakan (calculated) risikonya oleh Encik Goh terlebih dulu.

Pemimpin UMNO Wajar Berterima Kasih

Ada pihak yang cuma senyum melihat pemimpin Melayu UMNO yang lebih hebat terloncat-loncat bagai kera sumbang bila PM Republik itu cuma 'melompat' sekali saja. Pemimpin UMNO kebebangan bagai ayam lepas bertelur - rioh sekampung..!!

Mungkin telor ayam UMNO itu tembelang. Itu sebab bising macam nak rak satu alam! Tetapi, seperti orang termakan cili padi spesis mantaram yang pedas sampai memanas cuping telinga, pemimpin UMNO mengambil kesempatan yang mewah menghentam Encik Goh. Seolah-olah inilah masanya pemimpin UMNO menunjukkan betapa patriotiknya mereka demi menjaga maruah orang Melayu kunun..!! (Hahaha! bila lagi nak tayang penumbok, yek?).

Dalam hati pemimpin UMNO, mereka amat berterima kasih kepada Encik Goh. Kerana, dalam waktu-waktu kritikal UMNO mencanangkan kempen 'perpaduan Melayu' hingga mempelawa Pembangkang Melayu (ekoran dari pelbagai masalah yang timbul yang kununnnya ditafsir oleh mereka sebagai 'perpecahan Melayu'); Encik Goh datang memberi semacam 'pertolongan cemas' pula.

Pemimpin UMNO Jaguh Mengigau

Kita masih ingat lagi, satu ketika dulu Ketua Pemuda UMNO - Zahid Hamidi pernah mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan tahap kematangan seorang yang tidak wajar berstatus pemimpin. Puncanya kerana Lee Kuan Yew kata di JB banyak kes rompak samun dan curi kereta. Pemuda UMNO heboh macam 'keling kena karan'.

Tetapi akhirnya beliau sorong tangan jari sepuluh memohon maaf dari 'paduka ratu Lee'. Itulah kualiti pemimpin Pemuda dari puak UJMNO..!! Dia fikir 'k*t*'nya saja yang keras' Rupanya 'buah s*nt*lnya' kecut tinggal kelonsong'..Hehehe!! (maaf - sekadar pembayang kata).

Selepas itu, Dr. Mahathir datang ke Johor meraung lantang dengan seruan keramat..'DENGAR..!! DENGAR..! DENGAR..!'. Mahathir berjaya membangkitkan emosi orang Melayu. Tetapi segala-galanya berakhir 'abok pun tarakkkk 'Deyyyy'!!'. Yang untung hanya Mahathir, UMNO dan pemimpin mereka. Orang Melayu masih ditakuk lama jugak..!! Rupa-rupanya Mahathir belanja teh tarik dan roti canai saja'..!! Yang untung mamak-malbari juga.. Orang Melayu melopong lagi'. hehehe)

Kali ini pun begitu jugalah nampaknya. Malah kenyataan Goh itu memberi sebanyak-sebanyak kudos politik kepada Mahathir dan pemimpin UMNO. Lebih-lebih lagi sekarang pemimpin UMNO dalam keadaan semakin terdesak dan kehilangan maruah kesan dari karenah dan perbuatan mereka sendiri.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang - maka terlenalah pemimpin UMNO bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Bermimpilah mereka bagai orang bermimpi di siang hari dengan igauan yang bukan-bukan. Ada yang terbersin menyembur hingus, ada yang terkencing membasah tilam, ada yang meleleh air liur basi di bantal macam-macam karenah.

Anjing Buruk Kepala - Kepalang Hina!!

Hematnya, pemimpin UMNO wajar mengakui kenyataan bahawa tahap pencapaian orang Melayu di negara ini secara purata belum sampai ke tahap orang Melayu di seberang selat di hujung tambak sebelah sana. Mungkin di negara ini memang wujud pelbagai Dasar yang indah-indah; malangnya ia cuma indah kabar dari rupa saja.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah tamat tempoh 30 tahun, tetapi orang Melayu tahu apa pemimpin UMNO sudah buat. Mahathir adalah 'bapak segala Kroni' yang bernepotisme dan paling rasuah hingga sanggup melakukan pelbagai agenda untuk menipu rakyat dengan 1001 macam penyelewengan dan perlanggaran undang-undang negara..!!

Ramai pemimpin dah jadi 'anjing buruk kepala'. Hujung ekor bergelumang taik, cuma kokok saja berderai. Masing-masing buang janggut tinggalkan misai. Tapi misai kontot, tak ada rupa macam pendekar!!

UMNO Sudah Dimakan 'Anai-anai'

Kebangkitan Pembangkang Melayu bukan bersebab semata-mata kerana Anwar di aib, ditangkap, dibelasah hingga lebam mata, dibicarakan secara 'cacamarba', dipenjarakan 15 tahun tanpa terbukti kesalahan beliau, dinafikan rawatan yang diperlukan dan seumpamanya saja; tetapi ia berpunca dari kesedaran orang Melayu yang sekian lama jenuh bersabar menanti buah tak gugur demi pemimpin UMNO yang berkepentingan mengikut karenah Mahathir dan para konspirator terpilih yang telah membaru(A)kan UMNO.

Yang menyedihkan orang Melayu, Mahathir yang sudah menjadi 'tunggul lapok' masih disangka oleh pemimpin UMNO sebagai 'berteras keras' lagi. Inilah faktor yang menyebabkan UMNO yang nampak gah sudah dimakan anai-anai didalamnya. Sebenarnya, UMNO sudah lapok didalam, dan mereput akan tumbang antan bila-bila masa..!!

Yang mengaibkan orang Melayu, UMNO yang dulu unggul sekarang sudah di'Mamak-Malbari'kan oleh segelintir pemimpin UMNO sendiri! UMNO yang wujud dari wadah nenek-moyang yang berjuang dengan darah dan nyawa.

Sejak Raja Mandeliar dan Si Kitul berkonspirasi menumbangkan empayar Melayu 450 tahun dulu, hari ini wadah itu sudah diketepikan. UMNO sudah menjadi 'uMMno' - siapa punya salah' Bagi orang Melayu, 'anti Malayan Union' sudah bertukar menjadi 'Anti uMMno''!! UMNO sebenar sudah reput terkubur!!

Orang Melayu Semakin Insaf

Mahathir dan jongos-jongosnya patut tahu bahawa orang Melayu hari ini bukan lagi orang Melayu yang bangang dan akur dengan ragam-karenah seorang 'pengadu-domba' seperti Raja Mandeliar dan si Kitul. Anak-anak muda Melayu kini adalah lapisan masyarakat yang sedar, insaf dan maklum dengan tanggungjawab mereka.

Mereka berwawasan dan sudah bijak menilik sepantas kilat, hingga kenal 'ikan dalam air mana satu jantan-betinanya cuma dengan sekilas saja'.

Jika Mahathir dan 'uMMno'nya masih berkeinginan menerapkan pemerentahan 'feudalistik' dengan menganggap anak muda Melayu sama 'bahlol'nya dengan Pemuda UMNO - kalian sudah bikin silap besar!! Mereka sudah menunjukkan kepada kalian semua bahawa 'uMMno' tidak releven lagi - mereka tahu apa yang mereka mau.

Mereka sanggup tunggu 'belantan dan cotar'. Mereka sudah kebal (hardened) menghadapi ugut-gertak. Mereka sudah jati diri dan sanggup menerima cabaran!! Mereka tidak macam 'pondan siam' yang jadi falsafah Pemuda UMNO..!!

Orang Melayu sudah sekian lama nampak bahawa insiden bersahutan cakap antara pemimpin UMNO (?) dengan pihak Singapura cuma satu 'sandiwara' saja. Kini, ketahuilah bahawa jika itu yang menjadi bahan canangan UMNO menunjukkan betapa 'patriotik'nya pemimpin mereka terhadap orang Melayu, jangan harap ia mampu menarik minat orang Melayu menyokong UMNO.

Adalah lebih baik jangan 'buang karen' dan cuba memanaskan isu itu. Tentu kita sudah tahu apa makna cerita 'Anak gembala kambing dengan serigala'. Orang Melayu pun tahu makna 'once bitten twice shy..!!'. Orang Melayu sudah lama tahu kehebohan Malaysia-Singapura itu cuma baik dan berguna untuk membangkitkan emosi dan sentimen bagi meraih simpati orang Melayu kepada UMNO saja.

Kaji Dasar Kemana Halanya

Jika pemimpin UMNO betul-betul jujur mahu membela diri, jangan terima kritikan jiran secara negatif - cermin-cerminlah diri dulu dan bertelanjang sesekali sebelum orang lain bogelkan anda. Jika anda ditelanjangbogelkan oleh orang lain, malunya diri tidak terkata. Tentu panau salap dan pekung di dada akan jadi cemuhan satu dunia.

Goh bercakap dengan fakta dan angka-angka. Sebaliknya pemimpin UMNO membalas dengan sentimen dan emosi berdasarkan alasan rambang. Cuba tengok dengan mata kepala puak UMNO yang membuat keputusan: Mengapa Royalti minyak rakyat Terengganu dikelecekkan? Alasan yang diberi kununnya rakyat Terengganu melampaui paras kemiskinan.

Rakyat tahu bahawa yang kayaraya melimpahruah adalah puak pemimpin UMNO yang menerajui negeri itu selama 20 tahun. Apa mereka sudah buat?

Nelayan dan penduduk desa di Terengganu dan Kelantan semacam menunggu buah tak gugur. Nelayan pulang dengan ikan se raga cuma, penduduk desa mencari rotan dan manau, petai dan pucuk paku untuk menambah pendapatan keluarga. Pembangunan 'kepala bapak' pemimpin UMNO ke tu? Itukah asas Keadilan UMNO?

Tengok berapa hutang tertunggak yang ditinggalkan oleh pemimpin UMNO setelah Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS/BA. Rahsia ini tidak pernah dibongkar andainya PAS/BA tidak mengambilalih kerajaan.

Yang pasti, tak kurang dari RM1.5 billion hutang lapok yang diwarisi dari kepimpinan UMNO/BN yang telah ditumbangkan. Ke mana perginya wang sebanyak itu? Walhal, kerajaan PAS/BA Terengganu yang memerentah sekarang terpaksa membayar hutang lapok yang dipesakai dari kerjaan UMNO/BN - masih lagi regim Mahathir 'berdendam politik' tak habis-habis!

Bermakna, regim Mahathir yang didukung oleh UMNO/BN tidak harus kesal dan beremosi bila muka kalian di ludah oleh jiran. Rakyat sendiri sudah lama menegur kesilapan anda, tetapi mereka didiamkan dengan 'belantan dan cotar' FRU.

Sekarang, jika Goh Chok Tong kununnya berkata, sambil menepuk dadanya, menegaskan, 'Singapura boleh kelihatan lembut tetapi di dalam mesti penuh dengan ketegasan'; apa puak UMNO akan balas dengan bersikap liar macam 'cacing kepanasan''

Jika itu riaksi anda, rakyat akan ketawa lebih kuat lagi. Tengoklah nanti, panjang-panjang lidah menjelir ke muka pemimpin UMNO!! Bersorak mereka merayakan Gong Xi Fat Chai dengan Tarian Naga 'Tasek Bera'. Tahun Ular Emas bagi kaum Cina, tahun 'Biawak' bagi Mamak-Malbari yang sekor nihh..!! Hehehe'.

Patriotik Dangkal Amalan 'Orang Dungu'

Goh berkata dengan mengimbaskan isi hatinya, kata beliau:

[[''Jika kita tunduk, menyembah, melompat ketika orang lain suruh kita melompat dan duduk bila mereka suruh duduk, kita tidak akan ada masalah imej. 'Bagaimanapun saya kata 'tidak', kenapa pula saya perlu ikut mereka! Kita adalah negara berdaulat, kita sama rata. 'Jika cara ini kita dikatakan mempunyai masalah imej, jadi kita cukup gembira hidup dengan imej ini kerana itu saja cara bagi Singapura untuk terus selamat,'' kata Goh]]

Nah!! Diharap sangat para pemimpin UMNO sekarang supaya menerima hakikat bahawa PM Singapura tidak mau jadi si Apek dalam cerita 'Ali Baba Bujang Lapok' yang terloncat-loncat sambil ikut belakang memegang tongkat - melompat bila disuruh oleh Mardiana sambil menyanyi ikut gendang dan tarinya!! Pemimpin UMNO harus sedikit rasional.

Elok UMNO Keluar Dari Kepompong

Jika pemimpin UMNO mahu orang merobah tanggapan terhadap anda, lebih dulu obahlah pendirian sendiri sebelum orang mengata. Jangan cuba fikir apa yang anda buat dan lakukan semua betul belaka. Orang Melayu sudah lemas dengan sikap Mahathir dan kalian semua yang lebih buruk dari 'samseng-samseng' dalam arena antarabangsa.

Jangan fikir rakyat tak ada mata boleh tengok, tak ada telinga mau dengar, tak ada hidung mau hidu, tak ada lidah mau rasa - tak ada naluri menjana pancaindera. Jika kalian tidak ada semua itu tidak bermakna orang lain tidak ada juga.

Orang Melayu era Global dan IT sudah semakin peka. Anda saja yang masih dibalut Mahathir dalam kepomong ciptaannya!!

PS: Jom kita sama-sama pi Kedah jumpa keluarga Adik Norashikin Mohd. Noh. Paling kurang kita dapat tolong UMNO tutup malu depan Goh Chok Tong..!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)