Laman Webantu   KM2A1: 3687 File Size: 12.1 Kb *



TAG MT 25: Usaha Mahathir Untuk Memesongkan Sahaja
By Spirit of Truth

29/1/2001 6:20 pm Mon

TAG025

[Perubahan sikap Mahathir melambangkan beliau sudah tersepit dan cuba meredakan kemarahan rakyat. Dulu dia meminjam Anwar, kini dia cuba pula meminjam PAS dan KeADILan, dengan isu perpaduan sebagai hantaran. Tetapi perkahwinan beliau dengan segerombolan barua dalam tambahan kabinet baru-baru ini menimbulkan banyak keraguan keikhlasan. Makin ragu lagi kerana BN baru tertewas di Lunas dan tragedi ganas di lebuhraya Kesas. Dan lebih mencurigakan lagi kerana Umno sanggup menggunakan hantu untuk menipu di Lunas sedangkan calun BA seorang anak melayu. Malah kita terlalu curiga kerana sempadan pilihanraya yang asyik diubah-ubah supaya BA sentiasa kalah. Itupun belum dikira lagi beribu-ribu pengundi BA yang tiba-tiba hilang dari senarai daftar atau peti undi yang dicampak ke dalam sungai.

Pihak BA perlu berhati-hati kerana Mahathir sanggup membunuh peribadi kesemua bekas perdana menteri dan timbalannya dalam Umno sendiri demi tembolok sendiri. Akibatnya Umno sendiri berpecah lebih dua kali sehingga Tunku sendiri tidak merestui Umno baru(A) sehingga beliau mati.

Dulu dia meminjam Anwar sehingga ABIM berpecah dan PAS menjadi tawar. Kemudian dia mengambil semangat 46 tetapi Ku Li berakhir sebagai gurkha. Kini PAS sedang dilambung dilema penyokong supaya pecah terburai. Itukah muslihat yang cukup pandai? - Editor (sila baca koemn Pak -MT- di bawah)]


Penterjemah: -MT-


Usaha Mahathir Untuk Memesongkan Sahaja

(Mahathir's UMNO Malay Unity talk - Nothing more Than An Insincere Distraction Exercise)

Oleh Spirit of Truth

Sumber: FeU

Pelawaan untuk membincangkan isu perpecahan orang Melayu oleh diktator tua yang sewel itu adalah satu muslihat putarbelit yang sememangnya tidak ada sebarang unsur keikhlasan. Taktik mencetuskan isu berganda kali untuk menarik perhatian dan memukau minda rakyat marhen daripada mengamati dan menyoal segala amalan jijik dan rakus adalah di antara beberapa kaedah yang dilakukan oleh orang yang tidak berguna, apalagi kalau orang itu adalah seorang diktator yang dibenci oleh rakyatnya.

Isu terbaru mengenai perpecahan orang Melayu itu memang tidak ada pengecualiannya. Walaupun ajakan itu disalut dengan kata-kata 'dilakukan dengan niat yang baik,' Inilah caranya si penyangak ini mengelakkan perhatian rakyat terhadap motif sebenar agar mereka terpedaya dan tidak menyedari akan segala tipu dayanya melakukan jenayah yang besar-besar seperti usaha menyelamatkan MAS. Mahathir terpaksa melakukan semua itu kerana sudah kehilangan kuasa sebenar sehinggakan dia sudah tidak lagi popular dan dihormati rakyatnya. Taktik semacam ini memang pernah diamalkan oleh pemimpin empayar Roma dulu ketika berada di mercu kegemilangan dan ketika semakin hampir kepada kehancuan mereka. Ketika itu empayar Rom mengadakan pergelutan gladiator dalam satu acara yang sungguh tersusun rapi, lengkap dengan stadium besarnya sekali. 'Collesium' itulah nama gelanggang perlawanan gladiator itu. Ia menjadi satu temasya besar yang menarik minat ribuan manusia daripada segenap lapisan bangsa, sehinggakan setiap temasya perlawanan itu mampu memesongkan perhatian rakyat kepada keadaan sebenarnya. Sambil rakyat Rom sibuk dengan perlawanan itu, kumpulan Senator yang rakus bersama pemimpin kerajaan yang lainnya, sibuk membalun harta-benda Roma. Begitulah juga caranya Mahathir dan kumpulan elit Mahathirputra membalun harta negara sehingga semakin kontang tabung dana yang ada. Inilah caranya Mahathir menyelamatkan seorang peniaga tolol bernama Tajuddin Ramli.

PAS mungkin memahami agenda tersorok di sebalik ajakan UMNO itu. Adalah penting bagi Barisan Alternatif memahami rencana itu sepenuhnya yang dirancang oleh UMNO dan Mahathir yang mahukan rakyat marhaen sentiasa terpesong daripada isu sebenar yang boleh melumpuhkan UMNO. Mujur juga Keadilan telah menolak isu itu bulat-bulat, menidakkan Mahathir peluang untuk menjerat kerana semua orang sudah tahu bahawa ajakan Mahathir itu adalah satu tipu muslihat yang tidak ada ketelusan dan keikhlasannya. Apakah yang diharapkan daripada seorang pembohong bersiri seperti di diktator sewel ini? Apakah yang boleh diharapkan daripada bajingan ini yang sanggup memfitnah dan bersekongkol untuk mencetuskan bukti palsu terhadap Anwar Ibrahim? Bolehkah si penipu seperti Mahathir ini dipercayai? Jauh panggang dari api. Dia harus dilihat sebagai seorang pintar yang berhati syaitan yang begitu tamak dan haloba dan zalim dan tidak lagi mempunyai pilihan selain membohong, menipu dan memesongkan serta mengugut orang ramai untuk menjamin keselamatannya.

PAS mesti menunjukkan kebijaksanaan yang lebih terserlah dan seharusnya tidak menunjukkan kerendahan hati dengan berkata ia mempunyai sikap terbuka kepada sebarang bentuk perbincangan dengan UMNO. Mahathir bukan bercakap lurus kerana dia sengaja mengelirukan dan melambat-lambatkan isu untuk membeli masa sambil terus menyamun harta negara. Janganlah kita mudah terpukau dengan kaa-kata manisnya ataupun dirasuk oleh perbuatan 'indrajala' - pameran kekuasaan yang palsu. Semua serapah politiknya seperti yang ini adalah berupa perangkap yang menjebak rakyat marhaen, untuk mencuit minda mereka dan terus memukaunya. Janganlah kita menjadi mangsa kepada taktik 'cetusan isu yang memesongkan'. Kita mesti mampu mengelak daripada pukauan syaitan ini daripada terus menipu kita. Kita mesti meruntunya dan membenamkannya untuk kebaikan bersama.

-Spirit of Truth-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<





Catatan Penterjemah:

Kepimpinan PAS Yang Mengada-ngada

Kemelut yang menghantui PAS dalam isu ini semakin menyerlahkan beberapa kelemahan pucuk kepimpinan PAS itu sendiri. PAS tidak boleh menolak hakikatnya walaupun ia sudah lama berusaha untuk menambat hati rakyat agar ramai menyokongnya, ada juga unsur-unsur mengada-ngada yang semakin menonjol dan menjadi tandatanya rakyat marhaen.

Kalau kita dengar kata-kata Mahfuz selaku ketua pemuda PAS, ajakan Mahathir sudah pun ditolak. Tuan Guru Nik Aziz masih tidak mempamerkan sentimen yang lebih jelas selain terus bersyarah dan menyindir secara berkias. Dato' Fadhil Nor yang kini berada di tanah suci nampaknya masih merupakan orang yang misteri. Ada cakapannya yang diterbitkan oleh akhbar kerajaan, mengatakan dia sudah bersetuju. Apakah betul semuanya itu? Inilah yang membuatkan rakyat marhaen mencelaru.

Sepatutnya PAS mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang menjawab beberapa soalan ini:


  1. Kalau setuju sebutkan kenapa dan bila mahu berjumpa. Tetapkan tarikhnya dan jangan berubah pula.

  2. Kalau tidak setuju, sebutlah dengan jelas tanpa perlu berkias. Tiru cara Keadilan yang bersikap terang, tegas dan jelas.

  3. Kalau mahu masa untuk bertempoh cakap juga secara terus dan tidak secara gopoh. Sebutkan tarikh untuk bertempoh itu dan nyatakan alasannya agar semua ahli dapat tahu.


Mahathir memang terdesak dan semakin tersedak. Apa perlunya PAS bermain sandiwara lagi. Biarkan sahaja Mahathir memainkan lakonan itu sampai satu tarikh yang dia tidak akan tahan lagi. Bukannya Mahathir tidak akan mati, satu hari nanti!!!!

-Marhaintua-
26.1.2001






Rencana Asal:


Mahathir's UMNO Malay Unity talk

- Nothing more than an Insincere Distraction Exercise


The call for Malay unity talk by the foremost corrupt senile old dictator Mahathir is purely a distraction exercise without any element of sincerity. This tactic of raising issues after issues to capture and keep on hold the minds of the people from observing and questioning his corrupt practices is one of the many methods used by worthless, people rejected dictators to control the people.

The latest issue on Malay unity talk is no exception, garbed with seemingly "done with good intention", this tyrant Mahathir eludes the people by creating this new issue, with the real motive of engaging the people in order to keep them distracted from his mega crimes such as the infamous MAS Bailout. Mahathir has to do such scheming and ploting because he has lost all popular support and intrinsic power, he must keep the mind of the people occupied all the time so that they will not be able to focus on his corruption and crimes.This tactic was employed by the Roman leaders at the peak of the empire's corruption prior to its collapse. In the case of Rome the distraction show was the "gladiator fights" well organised in the famous theatre " collesium".. The gladiator fights attracted hundreds of thousands of romans of all walks of life continuously, creating a permanent distraction for the people. While the people were busy watching these horrendous fights, the Roman Senators and other leaders were plundering the wealth of Rome, just the same way Mahathir and Mahathirputra elite group is plundering the already depleted Malaysia' s wealth as typified by the highly corrupted bailout of the stupid businessman Tajuddin Ramli.

PAS might know the secret agenda behind the UMNO's Malay unity talk, but the very fact PAS has responded and engaged in the issue is already a strategic victory for Mahathir's distraction tactic to deflect and distract the people. PAS may say that they are open to consultation but little they realise by their very positive response, PAS has fallen into UMNO's distraction trap paving the way for people to engage in this issue. PAS may not have realised that UMNO's primary motive is creating a distraction exercise but hidden in the seemingly "noble motive of Malay unity". The very fact that PAS is busy with this issue, and the people are busy talking about it everywhere is a defeat for PAS and BA.

Instead of engaging in it, PAS must bury the issue as soon as it is created by UMNO, it is vital for BA to understand in its entirety the scheming and ploting of UMNO and Mahathir to keep people continuously distracted from issues which can weaken UMNO . It is good Ke ADILan buried the issue as soon as it was created, confounding and outsmarting Mahathir, because everyone knows for a fact that Mahathir's call for Malay unity is a trickery devoid of sincerity and good faith. What can we expect from a perenial serial liar like Mahathir, what good can come out of this political scoundrel who can conspire and falsely incriminate Anwar Ibrahim? Can such a dishonest Mahathir be trusted? Far from it, he must be seen as a desperate evil genius, who having become so highly corrupted and cruel, has no choice but to artfully mislead, deceive, distract and intimidate the people for his very survival.

PAS must exhibit greater ingenuity and should not show meaningless humility by saying it is open to any form of talk even from UMNO. Mahathir is not in the game of talking, he is deceiving and delaying issues to buy time and keep on ruling and plundering the nation. Let us not be mesmerised by his "sweet lies" or bewitched by his "indrajala" - false show of power. His political mantras like this are nothing more than traps for people, to capture their mind and keep it under control. Let us not cloud our vision by falling a prey to this tactic of "create issue to distract", we must outsmart this evil satan from tricking us, we must haul him down and bury him for good.


-Spirit of Truth-