Laman Webantu   KM2A1: 3686 File Size: 11.0 Kb *



TAG MT 24: Mahathir Cuba Berlembut (FEER)
By S. Jayasankaran

29/1/2001 6:07 pm Mon

TAG024

[Media kroni kini begitu banyak memberi fokus kepada Mahathir, seolah-olah sudah tiada orang lain dalam Umno. Strategi tersebut akan menenggelamkan kredibiliti semua pencabar beliau dari dalam. Satu ketika dulu Pak Lah ditonjolkan sebaik sahaja Anwar dilucutkan, sedangkan Pak Lah berada di Afrika dan cuma memberi komen sepatah dua. Kini Pak Lah seolah-olah tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno - kerana dilapurkan setaraf dengan kuman sahaja.

Sudah banyak kali Mahathir mengatakan beliau sedia berundur, dan kini sedia berbincang pula. Soalnya mengapa soal royalti, fitnah terhadap Anwar, hujah Datuk Shapei dan keganasan polis dibiarkan sahaja? Itu semua antara faktor yang akan menyebabkan orang melayu membenci Umno sampai bila-bila walaupun Mahathir menangis se baldi banyaknya. - Editor ]


Penterjemah: -MT-


Mahathir Cuba Berlembut

(Mahathir Reaches Out)

Oleh S. Jayasankaran/Kuala Lumpur

Sumber: FEER - Far Eastern Economic Review Issue cover-dated February 1, 2001


Perdana Menteri Mahathir Mohamad semakin kepanasan sekarang ini. Kebencian orang Melayu terhadap kepimpinannya sedang mencabar beliau dan juga parti yang dipimpinnya. Dalam usaha menyekat keadaan mereput itu, Mahathir yang selalunya bersikap tegas telah mencadangkan agar diadakan perundingan dengan pihak pembangkang dan memberikan satu bayangan betapa sudah sampai masanya untuk kemunculan pemimpin muda daripada kalangan generasi baru.

Usaha berdialog itu menunjukkan sudah wujud fahaman pluralisme yang disuntik ke dalam politik Malaysia selepas keaiban yang dilakukan kepada Anwar Ibrahim pada 1998 dulu sehinggakan beliau kini dipenjarakan untuk 15 tahun lamanya. Keengganan salah satu daripada dua parti pembangkang untuk berunding dengan UMNO, membayangkan betapa pengaruh pemimpin yang berusia 75 tahun itu sudah semakin mereput juga.

Sambil berusaha meredakan kekalutan politik, Mahathir mengemukakan masalah kepimpinan dalam ucapannya pada Januari 22 yang lalu. 'Pemimpin yang ada mungkin sudah lama di pucuk kepimpinan dan terpaksa berundur untuk memberi ruang kepada mereka yang lebih cekap daripada kalangan generasi muda. Biarlah mereka meneruskan perjuangan dan menjadikan negara sebuah negara maju pada 2020 nanti,' katanya. Mahathir telah mengulangi kenyataannya bahawa inilah tempoh terakhir kepimpinannya. Pemilu yang terdekat hanya dijadualkan pada November 2004.

Cadangan agar perbincangan diadakan dengan pihak pembangkang itu telah dibuat oleh seorang pendidik. Pada Disember lalu, Ahmad Fauzi Basri timbalan VC di Universiti Utara Malaysia telah mencadangkan agar tiga parti Melayu terbesar duduk di satu meja dan cuba menyelesaikan masalahnya. 'Kesinambungan orang Melayu di alaf baru adalah lebih penting daripada kepentingan semua politik parti apabila dicampurkan bersama,' demikian pendapat Ahmad.

Idea itu telah disokong oleh sebuah akhbar parti, dan menggerakkan jawatankuasa pengurusan UMNO mengemukakan cadangan agar Mahathir bersua muka dengan kepimpinan PAS dan Keadilan yang dipimpin oleh isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail.

Mahathir menerima cadangan itu, menunjukkan betapa tertekannya beliau dalam usaha menarik balik sokongan orang Melayu. Selama dua tahun sejak Anwar diaibkan, orang Melayu masih lagi berpecah dan ada pegawai UMNO yang memberikan cadangan bahawa Mahathir adalah merupakan masalah sebenar kenapa sokongan itu terus kendur.

Jemputan untuk berbincang itu dihulurkannya kepada Presiden PAS, Fadzil Noor dan presiden Keadilan Wan Azizah. Dia mencadangkan perbincangan tiga parti itu untuk membincangkan perpaduan Melayu. UMNO memang telah lama berjuang untuk orang Melayu yang merupakan majoriti (60%) penduduk negara yang berjumlah 22 juta. Sebagai rakan utama dalam satu koalisi politik Barisan Nasional, UMNO memang telah menganut konsep keistimewaan orang Melayu untuk menaikkan taraf ekonomi mereka agar setara dengan masyarakat minoriti.

Tetapi pihak pembangkang berpendapat bahawa anggapan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan hak orang Melayu adalah satu anggapan yang salah. Walaupun Keadilan dan PAS mempunyai pendekatan yang berbeza-beza dalam perjuangan politik mereka, mereka tetap menyokong konsep hak keistimewaan orang Melayu. Malahan, rakan poltik yang bukan-Melayu pun menyokong rancangan itu. Namun, sokongan orang Melayu terhadap UMNO, menjadi kendur selepas tercetusnya episod Anwar Ibrahim. Pada pemilu 1999 yang lalu hampir setengah pengundi Melayu di Semenanjung memihak kepada calon parti pembangkang. Sebelum itu UMNO mampu merangkul antara 70%-80% undi Melayu itu.

Sekarang tidak ada sesiapa yang berani menjamin perundingan itu akan dilangsungkan. Keadilan telah menolak jemputan itu sedangkan tarikh pertemuan di antara PAS dan UMNO masih belum dipastikan lagi. Para analis berkata PAS berkemungkinan menuntut konsessi daripada perdana menteri. 'Ia semacam satu santapan ringan kepada sentiman rakyat,' kata Khatina Nawawi, seorang ekonomis dan penganalis politik dengan SG Securities. 'Saya tidak fikir akan mucul sebarang keputusan politik yang bermakna dalam episod ini.'

UMNO memang yakin akan kebaikan perundingan itu. 'Kenapa tidak?' Tanya Sharizat Jalil seorang menteri kerajaan pusat. 'Kita terpaksa mulakannya dan kalau kita mampu bersetuju, sebagai contohnya membebaskan masjid daripada pengaruh politik, kita sudah berjaya mencapai sesuatu yang bermakna.'

Tetapi ketika memberikan alasan untuk tidak menerima jemputan UMNO itu, Wan Azizah telah mempersoalkan isu perpecahan orang Melayu itu. 'Sokongan orang Melayu sudah beralih kepada parti pembangkang'. Itulah kenyataan yang dikeluarkannya. 'Masalah utama masakini adalah krisis keyakinan dalam kepimpinan dan isu lain seperti salahguana kuasa, korupsi, keganasan polis, pengurusan ekonomi yang lemah dan sistem kehakiman yang haprak.'

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

http://www.feer.com/_0102_01/p029region.html

Mahathir Reaches Out

Premier Mahathir Mohamad sounds a conciliatory tone and seeks a dialogue on Malay unity, but it may be too late to repair the damage


By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR

Issue cover-dated February 1, 2001


MALAYSIA'S FEISTY PRIME MINISTER Mahathir Mohamad is feeling the heat. Opposition to his leadership from within the Malay community is challenging both his and his party's legitimacy. In a bid to stop the rot, the normally uncompromising Mahathir has called for talks with opponents and hinted that it may even be time for a new generation of leaders.

The move for dialogue amounts to a tacit recognition of the pluralism injected into Malaysian politics with the upheaval over the 1998 sacking and arrest of former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim--now serving prison terms totalling 15 years. But the refusal of one of two invited opposition parties to come to the table with Mahathir's ruling United Malays National Organization also underlines the 75-year-old's waning influence as unifier of the nation.

Trying to calm the political waters, Mahathir touched on the leadership problem in a speech on January 22. "The current leaders may be rather too old to be at the helm and will have to make way for credible and efficient ones among the younger generation to carry on the Umno struggle and make us become a developed nation by 2020," he said. Mahathir has said that this will be his last term in office. The next general election is due by November 2004.

The suggestion of talks between Umno and the opposition came from an academic. In December, Ahmad Fauzi Basri, the deputy vice-chancellor of the Northern University of Malaysia, proposed that the country's three Malay-based parties sit down to thrash out their differences. "The survival of the Malays in the new millennium is more important than the political interests of the parties put together," Ahmad warned.

After the idea was vigorously endorsed by a party paper, Umno's management committee recommended that Mahathir meet his counterparts from the Islamic Party of Malaysia, or Pas, and Keadilan--led by Anwar's wife, Wan Azizah Wan Ismail.

Mahathir heeded the call, which says much about the pressure he is coming under to regain Malay support. For two years after the sacking of Anwar, Malays remain deeply split and some Umno officials have even suggested that Mahathir himself is the real reason for the loss of support.

So in January he invited Pas President Fadzil Noor and Wan Azizah for tripartite talks on Malay unity. Umno has always fought for unity among Malays, who comprise the majority (60%) of the country's 22 million people. With Malays as its cornerstone, Umno--the leading partner in the National Front coalition--embraced affirmative action to push poorer Malays to economic parity with richer minorities.

DEEPER PROBLEMS

But the idea that only Umno can protect Malays is flawed, the opposition says. Although they have differences in approach, both Keadilan and Pas back Malay special rights and affirmative action. They also have non-Malay partners that accept the programmes. It was the Anwar affair that prompted many Malays to part with Umno. Just over half of all Malay voters in Peninsular Malaysia sided with the Malay opposition in the last general election in 1999. Previously Umno took 70-80%.

It isn't even certain talks will take place. Keadilan turned down the invitation and no date was set for Pas and Umno to meet. It's hard to see what they could agree on. Analysts say Pas will seek concessions from the combative premier. "It looks like a sop to public sentiment, " says Khatina Nawawi, an economic and political analyst with SG Securities. "I don't think there will be any actual political outcome."

Umno is sure the talks are a good idea. "Why not?" says Shahrizat Jalil, an Umno federal minister. "We have to start somewhere and even if we agree on something like, say, keeping politics out of the mosques, we would have achieved something significant."

But in explaining her decision not to attend, Wan Azizah questioned the whole notion of Malay division as the problem. "Malay support has merely shifted to the opposition," she said in a statement. "The main issue today is a crisis of confidence in the leadership and other issues like the misuse of power, corruption, police brutality, weak economic management and a subservient judiciary."