Laman Webantu   KM2A1: 3682 File Size: 10.5 Kb *



TJ MT MGG: Antara Ikan Yang Reput Kepala Dengan Kata Hikmahnya
By M.G.G. Pillai

29/1/2001 12:16 am Mon

MGG2101

[Ling cuba berhujah dengan konsep majoriti minoriti untuk menegakkan benang basah dalam krisis SRJK Cina Damansara. Sebelum itu dia mengejutkan kita dengan Tan Sri Musa yang akur kepada sikap minoriti. Jika majoriti perlu diikuti Anwar tidak sepatutnya berada di penjara dan Ling sendiri sudah lama bersara. Lesen sudah lama terbang dan hutang anaknya sudah cukup untuk mengirim beliau pulang ke kampung halaman yang tentunya tidak akan bising dengan kritikkan. Kita percaya ramai pihak bersedia untuk memberikan khidmat pengangkutan percuma untuk membawa beliau 'pulang' atau menghadapi keadilan - Editor]


Penterjemah: -MT-

Antara Ikan Yang Reput Kepala Dengan Kata Hikmahnya

(Ah! Some Words of Wisdom From The Rotting of Fish head)


Insan yang suka menggunakan bidalan yang berbunyi ikan mula mereput di kepalanya, sudah pun menunjukkan kebenaran kenyataan itu setiap kali dia membuka mulutnya. Apabila masalah dapat diselesaikan dia pun muncul dengan kata-kata hikmahnya yang tidak pun didengar orang. Inilah yang dilakukan oleh Dr. Ling Liong Sik, presiden MCA yang tidak boleh diganti-ganti yang terkejut dengan tindakan rakannya Taman Sri Musa Mohamed yang tunduk kepada rayuan segelintir ibubapa di SRJK © Damansara. Tan sri Musa telah berkata kalau 1,000 pelajar yang kini berpindah di SRJKC Puey Chai II di Bandar Utama tidak dapat memujuk 67 pelajar yang degil menetap di sekolah lama, mereka semuanya bolehlah pulang balik ke Damansara.

Mengikut pendapat Ling, ini merupakan satu penapian amalan demokrasi.

"Tidak ada di dunia ini di mana kumpulan majoriti mesti mengikut kehendak kumpulan minoriti," katanya. Kalau and masih tidak faham isu ini Ling berkata lagi:

"Di mana saja, yang 5% itu mesti ikut yang 95%."

Tetapi di manakah Ling ketika perkara ini menjadi satu isu yang hangat? Sebagai seorang yang menggelar dirinya pemimpin masyarakat Cina, Ling dan para juak dan kroni yang kelihatan ketika masalah ini mula-mula diketengahkan. Namun mereka menerima hakikatnya secara bersenyap sahaja, bahawa si majoriti harus berpindah supaya si minoriti menjadi lebih mewah dengan mengambil alih tapak sekolah yang sudah pun direncana oleh pihak yang berkuasa. Apakah ini yang Dr. Ling maksudkan dengan perkataan 'kumpulan minoriti mesti mengikut kumpulan majoriti'? Bukankah ini menunjukkan belaiu sengaja memutar belitkan kenyataannya? Ataupun apakah beliau fikir adalah tidak bersalahan kalau kumpulan minoriti mengambil kesempatan daripada kumpulan majoriti dalan usaha niaga tetapi bukan dalam usaha politik, sahaja?

Lima organisasi yang pro-kerajaan telah membuat kenyataan agar minoriti mengamalkan demokrasi dengan menolak falsafah bahawasanya 'golongan minoriti memang selalu didera oleh golongan majoriti.' Ini bermakana adalah salah apabila si minoriti - dalam kisah ini seorang individu - mengancam kerajaan yang ada, seperti yang sedang dilakukannya - daripada sebuah kamar berjeriji besi di penjara Sungai Buluh? Dia didera, seperti yang ditegaskan oleh kepala besar (berhidung besar -penterjemah) yang reputnya memang sudah lama bersama pemimpin partinya BN, bahawa deraan itu adalah mengikut lunas undang-undang. Tetapi, setiap kali golongan majoriti melaungkan nama seorang insan, siapakah golongan minoriti yang menggigil sampai ke gigi? Kalau benar mereka itu contoh terbaik demokrasi, kenapa mesti menggigil sampi ke gusi?

Dua tahun yang lalu Presiden Estrada dilantik oleh majoriti terbesar dalam sejarah di negaranya. Namun satu golongan minorti mampu menyingkirnya minggu yang lalu. Apakah itu satu amalan demokrasi juga? Bagaimana pula kisahnya apabila seorang perdana menteri selalu merepet berhari-hari dengan bertegas bahawa kemenangannya dulu disebabkan pilihan majoriti. Oleh itu kumpulan majoriti tidak berhak mempersoalkannya lagi sehinggalah muncul pemilu yang baru?

Jikalau kerajaan sanggup memperlekehkan laungan demokrasi dan tidak mempercayai bahawa minoriti tidak berhak kepada sesuatu kerana mereka sudah dipilih di situ dan berbincang mengenai SRJKC Puey Chai II sebagai menjaga kepentingan golongan majoriti dan bukannya minoriti, kenapakah kerajaan masih menghadapi masalah dengan rakyat marhaen mengenai sekolah Damansara itu? Tidak kiralah kalau perkara itu mengenai perpindahan sekolah, penyelamatan para kroni ataupun sebagainya. Kumpulan majoriti masih memberontak. Kerajaan merasa tertekan apabila pemberontakan itu dilakukan melalui peti undi. Bukankah itu juga cadangan kerajaan sebagai cara menyelesaikan apa juga perkara yang rakyat tidak bersetuju dengannya?

Presiden MCA tidak memahami amalan berpolitik. Dalam banyak hal, golongan minoriti yang selalunya mendesak golongan majoriti supaya berubah. Himpunan rakyat marhaen di hujung minggu, episod Dato Seri Anwar Ibahim, tindakan pihak pembangkang menggugat kerajaan adalah contohnya. Berbeza dengan yang kerap disindir oleh Dr. Ling, DAP bukannya sebuah parti musuh. Parti itu wujud untuk menyerlah pendapat yang berbeza. Kalau MCA tidak mampu menangani sesuatu isu dengan berterus terang, bererti MCA yang akan kehilangan sokongan. Perkara yang sama berlaku apabila kerajaan kehilangan sokongan rakyat marhaen kerana Anwar Ibrahim. Kenapakah kerajaan menjadi gugup sehingga tidak sanggup membiarkan sebarang usaha untuk menyewa kemudahan awam untuk majlis jamuan ataupun persidangan? Banyak sangat yang akan menjadi perhitungan dalam setiap putar belit kerajaan itu.

-MGG Pillai-


>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<



Rencana Asal:

Nota penulis:

I got the schools mixed up in this piece; The SRJK (C) Damansara in Section 17 was moved to SRJK (C) Puey Chai II in Bandar Utama. Please make the necessary changes in copy.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my


Ah! Some Words Of Wisdom From The Rotting Fish Head

It is a truth universally acknowledged that rotting fish heads pour water over burning oil when they make a considered comment. He Who Insists Fish First Rots In The Head proves it every time he spaketh. When problems are settled, he rushes in with words of wisdom no one listens to. The primus inter pares amongst rotting fish heads, the esteemed and thoroughly dispensible president of the Malaysian Chinese Association, Dato' Seri Ling Liong Sik, is horrified his cabinet colleague, Tan Sri Musa Mohamed, has backed down to now say that if the 1,000 pupils who moved from SRJK (C) Damansara in Damansara New Village to SRJK (C) Puey Chai II in Bandar Utama cannot persuade the 67 who stay put to follow it, they would have to go back.

This, in the MCA president's view, is a denial of democracy. "No where in the world will the majority follow the wishes of the minority," he thunders, and in case you do not understand this, he adds: "Everywhere the five per cent must follow the 95 per cent." But where were his dulcet words of wisdom when it was needed most, when the issue was at its most threatening? Neither he, the self-proclaimed leader of the Chinese community, nor his satraps, cronies and courtiers uttered a word; discretion then the better part of valour. But they acknowledged, in keeping quiet, the majority must move out so a minority could benefit financially when the land it occupied is parcelled out to deserving cronies of the establishment. Is that, in Dr Ling's considered view, what "majority follow the wishes of the minority" means? Does this not make nonsense of what he now says of the power of the majority? Or is it his considered view that when it is all right for a minority to take advantage of the majority in business but not in politics?

Five pro-government organisations in a statement called on the minority "to practice democracy" and reject the philosophy that "the minority is always mistreated by the majority". So, is is wrong for the minority -- actually one man -- to hold the government to ransom -- as he does from his prison cell in Sungei Buloh? He is punished, as the rotting fish heads of the administration and the National Front insist he is, the courts being paragons of justice and all that, rightly and properly. Yet, why does the majority shiver every time his name is mentioned? As paragons of democracy why are they? President Estrada was elected president by the largest majority in history two years ago; yet a minority unseated him over the weekend. Is that an exercise of democracy or not, Dr Ling? How does it square with the Prime Minister's frequent rant that since he is returned to office with a huge majority, the majority should not question him, until the next general election?

If the government did not believe that a simulacrum of democray is not democracy, and did not believe the minority could get away with anything since they have been duly elected, and discussed matters such as the SRJK (C) Puey Chai II fiasco before hand, and had the interests of the majority, not the minority, it would not have run the gauntlet of the people as it now does. It does not matter if it is a school relocation, or bailout of cronies. The majority rebels. What upsets the government is that they do so at the ballot box, the same solution it offered to those who disagreed with what it does?

The MCA president does not understand political reality. In every instance, it is the minority that forced the majority to change. The Manila crowds over the weekend, Dato' Seri Anwar Ibrahim putting the government on notice, the opposition keeping the government in check. Despite Dr Ling's inference, the DAP is not the enemy. It represents a different point of view. If the MCA would not meet it head on, it is the MCA which loses ground. Similarly, as the government loses ground over Dato' Seri Anwar Ibrahim. Why is the government nervous that it would not allow the renting of public facilities from the administration to hold a meeting or celebrate a festival? There is more at stake than if a should should be relocated.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my