Laman Webantu   KM2A1: 3680 File Size: 9.3 Kb *



TJ MT MGG: Kebijaksanaan Monorel
By M.G.G. Pillai

29/1/2001 12:41 am Mon

MGG2201

[Kenyataan Lee Liong Sik amat memelikkan.


  1. Dia menyebut kos tambang monorel yang terlalu murah sedangkan kos untuk membina landasan sekitar RM100juta se km. Ada 8.6 km lagi baki yang belum terbina. Itu belum dikira lagi kos membeli koc yang kepakarannya tidak ada dalam negara kita. Kalau adapun tidak berbaloi membinanya kerana pengalaman tidak seberapa dan tidak teruji teknologinya. Lagipun, KTM sudah lama membinanya jika kita ada kepakaran sendiri dan banyak negara sanggup membeli.

  2. Projek monorel dikatakan terbengkalai kerana kemelesetan ekonomi sedangkan kerajaan Jepun membiayainya dengan Hitachi sebagai kontraktor utama yang juga dijangka membekalkan sistem koc untuk monorel. Kegagalan Vincent Tan membayar Hitachi sebagaimana terjanji menyebabkan syarikat itu undur diri. Kini projek itu dilanda kemelut ada landasan tetapi tak ada isi?.


Vincent Tan sudah lari tetapi apa yang sudah jadi akan menjerat tengkuk rakyat sendiri. Ini semua angkara wawasan sewel perdana menteri.. - Editor
]


Penterjemah: -MT-


Kebijaksanaan Monorel

(Monorail Ingeniuity)

Kerja-kerja menyiapkan monorel Kuala Lumpur sedang dipergiatkan, demikian laporan Dato' Seri Ling Liong Sik. Kerja-kerja yang bermula pada Januari 1997 sepatutnya siap untuk digunakan bagi Sukan Komanwel pada 1998. Ia tergendala kerana krisis kewangan Asia yang datang melanda. Demikianlah alasan yang Ling mahukan setiap rakyat marhaen mesti percaya. Projek itu diserahkan kepada pengerusi Berjaya Group Tan Sri Vincent Tan dalam bentuk konsessi untuk membina dan menguruskannya. Beliau gagal segagalnya. Sedangkan ketika dihadiahkan konsessi itu dia diberi pinjaman mudah (soft loan) sebanyak RM300 juta untuk dibayar bila termampu (payable when able). Projek itu tergendala juga sedangkan Sukan Komanwel sudah lama selesai tanpa menyaksikan landasannya. Kini, dua tahun setengah kemudiannya, kerja-kerja itu disambung semula dengan Tan Sri Vincent Tan sebagai penerajunya. Oleh kerana dia sedang sesak nafas kerana hutang sekeliling pinggang, dia telah pun menjual kepentingannya di situ dan keluar lintang pukang.

Kini, Dr. Ling memberitahu projek itu akan siap di akhir tahun ini. Sebagai umpan dia menyebut harga tambang di antara RM1.20 hingga RM2.50. Bagaimanakah dia membuat pengumuman itu sedangkan kos pembinaan setiap kilometer menjangkau RM100 juta. Tetapi soalan semacam itu tidak boleh dikemukakan dalam Darulboleh. Projek monorel itu mempunyai satu beban hutang lagi sebanyak RM610 juta untuk menyudahkan 8.6 kilometer yang masih berbaki. Kita diberitahu kos membuat setiap kilometer memerlukan RM100 juta. Ini bererti satu sistem yang bernilai RM860 juta memerlukan pinjaman mudah sebanyak RM910 juta. Dengan hutang sebanyak itu sedangkan harga tambang begitu murah, bagaimanakah projek ini memperolehi keuntungannya. Apakah pemegang konsessi dulu tidak sedar bahawa mereka tidak mampu menguruskan projek itu? Apakah ini satu lagi muslihat menipu rakyat marhaen dengan membuat keuntungan dalam kerja-kerja pembinaan, kemudiannya membiarkan rakyat marhaen menangggung bebannya seperti yang berlaku kepada system kenderaan awam?

Dr. Ling menempelak krisis kewangan Asia pada 1997 dulu sebagai penyebab kegagalan projek ini. Tetapi kenyataannya itu memang tidak benar. Kerajaan Jepun telah memberikan pinjaman yang mudah di mana Hitachi adalah kontraktor utama projek itu. Kerja-kerja awal dimulakan tetapi terhenti untuk sementara sedangkan tiang-tiang sudah terpacak di banyak kawasan projek. Hitachi mahu dibayar kerana 'downtime' yakni masa yang tergendala bukan disebabkan urusan mereka. Inilah yang tidak dipersetujui oleh Vincent Tan. Hitachi pun menarik diri. Kemudian Sistem Seattle dikaji untuk digunakan di sini. Tetapi dalam hal ini mereka mengenakan syarat untuk peniaga yang bertaraf Super Bumiputra itu memenuhinya. Dia gagal memenuhi syarat itu. Di sinilah kebijaksanaan mengikut acuan Darulboleh pun muncul. Masalah yang dihadapi dengan system Seattle ada kena mengena dengan masalah yang sama ketika Hitachi menarik diri dulu. Saya percaya ia mempunyai kaitan dengan bekalan koc kerana hanya Hitachi yang mampu membekalkannya. Kini, KTM berkemungkinan membina koc itu dan kalau betullah perkara ini akan berlaku bererti akan terserlah kebijaksanaan Darulboleh dalam hal ini.

Apakah koc yang akan dibina dalam negeri mempunyai unsur yang ekonomik? Tetapi, apakah penting soalan itu? Bolehkah koc itu nanti dijual ke luar negara? Pentingkah perkara itu? Kenapakah tidak dirundingkan dengan negara lain seperti India yang mempunyai segala kemudahan yang luas dan pengalaman yang lama dalam pengurusan sistem keretapi yang sungguh panjang di dunia? Berapakah agaknya kos membina koc untuk hanya satu pusingan sahaja itu? Kenapa pula saya sebut sekali saja? Koc-koc monorel mempunyai jangka hayat yang berdekad lamanya. Pembikinannya mesti menyahut kehendak skala ekonomi juga. Kalau benar kita mempunyai kepakaran untuk membuat koc kenapakah kita masih lagi mengejar koc buatan orang lain? Kenapakah KTM tidak membina koc untuk kegunaannya sendiri dan perkhidmatan kommuter dan untuk orang lain pula?

Selalunya sesebuah negara itu mencari teknologi asing apabila teknologi tempatan tidak mencukupi ataupun belum ada lagi. Dalam hal ini kita membuat perkara yang sebaliknya pula. Kenapa?


-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<

Jawapan kepada soalan MGG terakhir:

Untuk kelentonglah, apa lagi?.!!! - MT




Rencana Asal:


[MGG] Monorail Ingenuity

The KL Monorail is now on track, so the transport minister, Dato' Seri Ling Liong Sik, avers. Work on it began in January 1997 and was to have been completed in time for the Commonwealth Games in 1998. It was not. The Asian financial crisis is why, we are told. It was not. The Berjaya Group chairman and establishment crony, Tan Sri Vincent Tan, who was given the concenssion to build and run the monorail, could not. Despite a RM300 million soft loan, payable when able, it got stuck. The Commonwealth Games came and went. Now, two-and-a-half years later, work has re-started but with Tan Sri Vincent Tan. Strapped as he is for cash, he sold his interest and got out.

Now, Dr Ling tells us it would be completed by year-end. And, as a cart is put before the horse, the fares would be between RM1.20 to RM2.50. How it could with construction costs running at RM100 million a kilometre is a question one should not ask in Bolehland. The monorail has another soft loan of RM610 million to complete the 8.6-kilometre system. It cost, we are told, RM100 million to build a kilometre of track. So, for a system costing RM860 million, it has soft loans of RM910 million. But at this price, with fares kept so low, how could it ever turn in a profit? Did not the concessionaires know not only it could not but never would? Or is it another scam to make the profit in the construction and then load the company on to an unsuspecting public, as the other transport consessionaires did?

Dr Ling insists the Asian financial crisis in 1997 sank it. It did not. The Japanese government had given a substantial soft loan, with Hitachi as the main contractor. Work began and stopped, with the pillars in place for most of the stretch. Hitachi wanted compensation for downtime, which Tan Sri Vincent Tan would not allow. It pulled out. The Seattle system was then looked into, but this required conditions the international business man of unquestioned reputed aka Super Bumiputra would, could, not meet. This is where Bolehland ingenuity takes over. Now that the foreign collaboration is in doubt -- I suspect this may have to do with its problems with Hitachi -- no one else could supply the coaches. So KTM would now build it. This, we are led to believe, is what Malaysian ingenuity is all about.

But would the coaches be economical? Does it matter? Could it be sold to other countries? Does it matter? Why it did not approach a country like India with its extensive manufacturing facilities to ensure the smooth running of the world's most extensive railway system? How much would this one-time coachbuilding cost? One-time, did I say? Well, the coaches have a life of decades, so it would be extremely expensive to build them since economies of scale is not there. If we have the ingenuity to build what is required, why are we still running after foreign coaches? Why is not KTM building coaches for its train and commuter servers and others in the country? Normally, a country goes for foreign technology when local technology does not exist or is not good enough. Here we reverse it. Why?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my