Laman Webantu   KM2A1: 3673 File Size: 5.9 Kb *



TAG MT 20: Kad Laporan Prestasi Melayu Singapura (STS)
By Ahmad Osman

28/1/2001 12:35 am Sun

TAG020

[Orang melayu sebenarnya mampu hidup dan maju di mana-mana, walaupun di bumi yang sempit asalkan mereka diberi peluang bersama. Tanpa sebarang keistimewaan sekalipun mereka dapat hidup dan menjadi tunggak pembangunan negara. Tanpa orang melayu, Singapura tentu sukar untuk maju juga. Sebab itulah mereka dijaga walaupun tidak terlalu manja kerana naik kepala buruk akibatnya. Yang mustahak - berilah peluang dan pelajaran, bukannya memberi wang kerana ilmu itu pelita kehidupan.

Singapore puts investments where they will work, "but if it is just a matter of giving grants and financial aid which may not work we will not do it." - Goh Chok Tong (26/01/2001-AFP).

Minggu ini terdapat pergeseran dengan Malaysia berikutan kenyataan Goh mengenai orang Melayu Singapura lebih berjaya. Kita simpan dulu komen di hari muka.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-


Kad Laporan Prestasi Melayu Singapura

(Report Card On Malays 'Convincing')

Oleh Ahmad Osman

Sumber: STS - The Straits Times Singapore Prime News


Gambaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Goh Chok Tong betapa masyarakat Melayu telah maju sejak satu dekad yang lalu dan tidak terpinggir adalah satu kisah yang meyakinkan. Demikian pendapat Association of Muslim Professionals (AMP - Persatuan Profesional Islam) semalam.

Perangkaan yang disiarkan oleh Encik Goh dalam ucapannya pada Ahad yang lalu adalah menepati segala penelitian melalui hubungannya dan segala perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat Melayu itu. Perkara ini disebut oleh pengerusi AMP sambil beliau bersetuju dengan seruan yang dibuat oleh Encik Goh agar lebih ramai orang Melayu berusaha untuk melanjutkan pelajaran di universiti dan politeknik di masa akan datang.

"Kami fikir Perdana Menteri telah berkata benar bila membincangkan bahawa kemajuan masyarakat Melayu seharusnya dihakimi berdasarkan nilai kejayaan yang mereka capai yang akan merapatkan lagi jurang di kalangan masyarakat lain.

Kami juga tertarik dengan cadangannya supaya masyarakat Melayu menumpukan usaha terhadap mutu pencapaian. Kami memang berhasrat menyaksikan kemajuan Melayu-Islam menyerlah di peringkat nasional.

Encik Goh telah menyebut beberapa statistik di satu majlis minum teh pada hari Ahad dulu sempena meraikan tempoh 10 tahun sebagai perdana menteri. Angka perangkaan yang disebut itu menunjukkan kenaikan prestasi anak-anak Melayu dalam P1 yang diterima belajar di politeknik dan universiti naik meningkat daripada 13 peratus kepada 28 persen di antara 1990 hingga 1999. Angka untuk pelajar Cina meningkat daripada 42 persen kepada 68 persen, manakala anak-anak India meningkat daripada 18 persen kepada 37 persen.

Terdapat lebih ramai pekerja Melayu - 23 persen tahun lalu berbanding 12 persen tahun 1990, yang memegang jawatan pentadbiran, pengurusan, professional, teknikal dan pekerjaan yang berkaitan dengannya.

Encik Alami berpendapat bahawa angka statistik yang disiarkan oleh Encik Goh, harus dikaji dan digunakan oleh persatuan Melayu-Islam untuk merencana program mereka.

"Yang penting bagi kita sekarang, ialah orang Melayu Singapura memang telah mampu menunjukkan kemajuannya," kata beliau.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<





Rencana Asal:

http://straitstimes.asia1.com.sg/primenews/story/0,1870,19331,00.html

Report card on Malays 'convincing'

AMP chief agrees with PM's call for more Malays to go to university and poly, and to develop star performers

By Ahmad Osman

THE picture painted by Prime Minister Goh Chok Tong of how the Malay community has progressed over the last decade and has not been marginalised is a convincing one, the Association of Muslim Professionals said yesterday.

It added that the figures disclosed by Mr Goh, in a speech on Sunday, were in line with its observations through its contacts with, and the services it provides to, the community.

Noting this in an interview with The Straits Times, AMP chairman Alami Musa said he agreed with Mr Goh's call for more Malays to pursue university and polytechnic education in the years ahead.

He said: 'We think the PM hit the nail on the head when he argued that the community's progress from now should be judged more by the quality of our achievements, which would close the gaps with the other communities.

'We are also attracted by his suggestion that the community consciously develops star performers. We like to see Malay-Muslim progress climaxing with star performers creating impact at the national level.'

The statistics, cited by Mr Goh at a tea ceremony on Sunday to mark his 10th anniversary as PM, showed, among other things, that the percentage of Malays in a Primary-1 cohort pursuing polytechnic and university education jumped from 13 per cent to 28 per cent between 1990 and 1999.

The figures for Chinese and Indian students rose from 42 to 68 per cent and from 18 per cent to 37 per cent, respectively.

More Malay workers - 23 per cent last year, compared to 12 per cent in 1990 - are holding administrative, managerial, professional, technical and related jobs.

Mr Alami said the statistics, released for the first time by Mr Goh, should now be studied and used by Malay-Muslim bodies to plan their programmes.

'What is important to us now is that we have seen very clearly that the Malays have progressed,' he said.