Laman Webantu   KM2A1: 3672 File Size: 7.2 Kb *



TAG MT 19: Kabila yang Menghampakan
By Reuters

27/1/2001 9:00 pm Sat

TAG019

[Peristiwa yang menimpa Kabila seharusnya menjadi pengajaran buat pemimpin negara yang masih berdegil walaupun sudah tidak popular. Kabila cuba berkonfrontasi dengan sesiapa sahaja sambil menonjolkan kehebatannya, tetapi dia tak kemana juga. Dia memerintah mengikut acuan sendiri dan bertindak memagari ekonomi untuk mengelak krisis sehingga mengeluarkan matawang baru. Tetapi dia gagal dan terpaksa mengubah polisi kewangan acap kali namun pelabur tidak juga berminat dan semakin meminggiri Kongo. Bayangkan kekayaan bumi Kongo pun gagal menghidupkan ekonomi. Akhirnya Kabila dibunuh oleh pegawainya sendiri yang sudah tidak tahan dengan sikap dan egonya yang asyik meninggi. Kabila sudah mati tetapi dia meninggalkan satu negara yang sudah punah segala-galanya. Bukan salah orang lain, tetapi salah dirinya sendiri. - Editor (Hmmm... banyak persamaan nampaknya) ]


Penterjemah: -MT-


Kabila yang Menghampakan

(Kabila Failed To Live Up To Expectations)


Bekas presiden Republik Demoktarik Congo (DR) disahkan mati ditembak pada hari Khamis yang lalu. Dia mula berkuasa sebagi seorang presiden pada 1997 dengan iringan seribu harapan seluruh dunia untuk memulihkan negaranya.

Kematiannya hampir empat tahun kemudiannya oleh tembakan daripda salah seorang pengawal peribadinya menyebabkan negara yang ditinggalkannya itu berperang lagi kerana di situ memang sudah sedia terkumpul beberapa kelompok askar bersenjata yang lengkap dengan segala kelengkapan perang tercanggih di dunia. Mereka inilah yang berantakan sejak dua tahun yang lalu.

Kongo adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber buminya. Ia merupakan negara ketiga terbesar di seluruh benua Afrika. Kabila naik memegang kuasa dulu selepas ratusan ribu manusia terbunuh dalam satu peperangan melawan bekas sekutunya, sehinggakan sekitar 1.5 juta manusia menjadi mangsa kehilangan rumah tangga mereka.

"Kematian Kabila tidak akan menamatkan konflik yang ada. Ia hanya merumitkan lagi situasi yang sememangnya berserabut itu." Demikian pendapat bekas presiden Botswana, Ketumile Masire, yang telah dipilih sebagai ketua perunding oleh pemimpin Afrika tetapi telah ditolak oleh Kabila.

Pada hari Rabu yang lalu, kabinet Kabila telah melantik anaknya yang berumur 31 tahun, Joseph Kabila untuk menyambung tugas seorang presiden untuk menentukan kesinambungan pemerintahan. Joseph Kabila pernah menerima latihan di China dan sebelum itu merupakan ketua turus angkatan tentera Kongo.

Sebelum Mei 1997 dulu, Kabila tidak dikenali ramai. Tetapi dia telah lama memerangi diktator Mobutu Sese Seiko dan muncul setelah berkempen selama lapan bulan mengganyang diktator itu, dengan bantuan pasukan bersenjata Rwanda dan Uganda yang diketuainya.

Tidak lama kemudiannya, Kabila telah mengusir keluar tentera Rwanda yang bermati-matian dalam peperangan di kawasan belantara. Kesannya membuatkan permberontak Tutsi bangkit denan sokongan Rwanda dan Uganda untuk menyerangnya pada Ogos 1998.

Rwanda yang merasa terancam kerana keselamatan sempadannya, telah menuduh Kabila kerana mengamalkan nepotisme dan kronisme. Acnaman Rwanda itu menarik minat Zimbabwe, Angola dan Namibia untuk mengirimkan peralatan dan anggota tentera. Satu perjanjian telah disain di Lusaka, ibukota Zambia pada 1999. Namun perjanjian itu gagal disebabkan mungkir janji yang dicetuskan oleh tembakan semula oleh semua pihak. Pasukan pemberontak sudah menguasai sebahagian besar bahagian Timur dan sebahagian kawasan utara Kongo. Kabila menuduh Rwanda dan Uganda dalam konflik itu dan menuntut agar mereka mengundurkan tentera dulu sepagai pra-syarat untuk meneruskan perundingan.

Para penyokong Kabila menyalahkan konflik yang berpanjangan itu sebagai penghalang kepada usaha Kabila untuk melaksanakan wawasannya - perpaduan negara, kedaulatan negara dan proses pemulihan. Diluar negara imej Kabila menurun kerana dia dikenal sebagai seorang yang suka bersendirian tanpa berminat untuk menjalin keamanan.

Satu penghantaran misi keselamatan PBB telah tertunda kerana Kabila mempunyai fikiran berbeza mengenai ke mana mereka harus bertugas dan bila mereka boleh menjalankan tugas. Segala usaha untuk berdialog mengenai masa depan negara kerap terbantut kerana Kabila enggan menemui pemimpin pemberontak dan mudah menolak usaha Masire.

Laurent Desire Kabila telah dilahirkan pada 1939 di Jadoville di Kongo yang masih dijajah oleh Belgium. Dia mempelajari falsafah politik di sebuah universiti di Peranchis dan menjadi aktif dalam dunia politik Kongo ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1960. Berbadan gempal dan berkepala licin, dia pernah mengambil kira antara sahabatnya dulu; ialah Erneso 'Che' Guevara, yang pernah berjuang di Timur Zaire pada awal 1960-an.

Pada 1965, Kabila menganggotai satu kumpulan pemberontak yan dipimpinoleh Pierre Mulele, yang menjadi seorang menteri kabinet Patrice Lumumba. Itulah kerajaan yang wujud lima tahun sebelumnya ketika negara itu hampir berpecah-pecah sebaik sahaja kemerdekaan dicapai.

Ketika itu Mobuto menjadi ketua angkatan tentera dan berjaya merampas kuasa tanpa pertumpahan darah yang menumpaskan pemberontak. Namun, Kabila terus kekal dengan wawasannya.

Beberapa ketua negara di Afrika berpendapat, Kabila yang bukan merupakan anak kaum Tutsi telah menjalin hubungan dengan orang Tutsi selama itu dengan niat untuk mewujudkan satu wilayah besar Tutsi (Tutsiland) di Afrika Tengah. Kabila menolak teori mereka itu.

Kabila telah berkahwin dengan beberapa wanita hingga menghasilkan ramai zuriatnya. Kabila merasa nikmat perjuangannya selama 30 tahun itu selepas mampu menumpaskan Mobuto Sese Seiko dengan bantuan 'llianc of Deocratic Forces for the Liberation of Congo-Zaire' (AFDL) yang diketuainya dan dibantu oleh seorang etnik Tutsi bernama Banyamulenge.

"Perjuangan saya yang panjang adalah laksana menabur baja di atas ladang. Tibalah masa untuk menuai hasilnya." Inilah kata-kata Kabila dalam bahasa Inggeris yang fasih kepada Reuters satu ketika dulu.

Sebaik merangkul kuasa Kabila mengharamkan semua parti politik melainkan AFDL. Inilah yang meminggirkan pihak pembangkang. Dia menjanjikan pilihanraya umum pada April 1999, tetapi gagal menepatinya. Hubungannya dengan masyarakat antarabangsa terus tergugat apabila PBB cuba menyelidik kisah penyembelihan sekitar 20,00 pelarian Hutu oleh tenteranya ketika peperangan yang menaikkan kuasanya.

Ekonomi negaranya merudum walaupun dia memperkenalkan satu matawang baru bernama Congolese Franc yang terpaksa diubah-ubah kadar tukarannya berkali-kali. Kerajaannya enggan membayar balik hutang lama bernilai USD14 bilion yang dibuat oleh kerajaan Mobutu dulu.

Beberapa institusi kewangan antarabangsa bertindak meminggirkannya. Inilah juga yang membuatkan kerajaan gagal melaksanakan rancangan pemulihan negaranya.

-Reuters-