Laman Webantu   KM2A1: 3670 File Size: 6.3 Kb *



Beberapa Perlantikkan Yang Kontrover'SIAL'!!
By Amin Sapiro

27/1/2001 10:00 am Sat

Amin Sapiro (telefon nih berdering saja..!! heheh)

[Dengan melantik Mohtar sebagai Hakim F.C. Mahathir sebenarnya telah mempersendakan Ketua Hakim Negara yang baru dilantik, Tan Sri Md Dzaiddin, walhal beliau baru sahaja ditonjolkan sebegitu hebat dengan sengaja dalam lapuran muka depan semua akhbar meloya.

Ini bermakna kalaulah Dzaiddin baru sahaja nak meniup sampah keluar Mohtar yang baru sampai itu hanya akan menutup semua pintu supaya sampah tidak terkeluar. Sampai bila pun mahkamah tidak akan bersih dan berfungsi seperti yang diharapkan. Tambah lagi tempoh khidmat Dzaiddin tidak lama, sudah tentu sebarang arahan dan kes yang terrestu oleh Hakim Negara dapat di 'betulkan semula' oleh penggantinya (cuba teka!) supaya tidak mengena diktator ledakkan 'fire-cracker'nya (mercunnya). Lagipun rakyat takkan boleh lupa, kes Rahim Nor dan Khalid Jefri (50 dalil) asyik ditunda walaupun sudah jelas kesalahan mereka. Tambah lagi peguam negara Ainum Saaid adalah 'anak buah setia' Mohtar - tentunya dia sudah kerap bergambar dengan 'abang' Mohtar yang 'dihormati' sehingga terakam dalam akhbar kasih yang diterima dan dan diberi. Semuanya terbukti dalam lapuran prestasi... - Editor]


BEBERAPA PERLANTIKAN YANG KONTROVER'SIAL'!!


RAMAI yang menganggap perlantikan Mokhtar 'Dugong' sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai cerita kontroversi seorang terdesak. Sebelum itu perlantikan Mid Man yang secara tiba-tiba menjadi Penasihat Agama kepada Mahathir, pun jadi bahan ketawa juga.

Soalan Mencabar Minda

Beberapa soalan yang mencabar timbul dari segenap lapisan rakyat. Mereka sangat ragu-ragu dengan perlantikan pihak terbabit.

Misalnya, Mokhtar 'Dugong' Abdullah sudah terkenal seorang hakim yang belum terlepas dari tuduhan rasuah yang ada bukti bergambar.

Dalam kes Anwar pula, Mokhtar 'Dugong' inilah orang yang berstatus peguam negara yang dibayar gaji oleh Mahathir dengan wang rakyat untuk membantu beliau (Mahathir) melepaskan diri sebagai 'kepala Konspirator'. Mahathir diharap sangat untuk merealisasikan agenda beliau mengaib dan memenjarakan 15 tahun. Dah beres. Ok! Passsssssss''!!

Jadi, kewbawaan Mokhtar dengan sendirinya terangkat ketahap 'Dugong' spesis peliharaan Mahathir paling 'sontot' sekali.

Khabar mereka yang empunya cerita dari 'itu kort punya dalam', pada mulanya nama Mokhtar tidak termasuk dalam senarai Hakim-hakim yang dicalunkan kepada Majlis Raja-raja untuk kelulusan bagi jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan.

Mokhtar yang telah tamat tempoh dan disarakan pada penghujung bulan Januari lalu telah merayu kepada Mahathir mengenai namanya yang siang-siang ditolak oleh Majlis Raja menggantikan Eusoff Chin yang disarakan. Frust juga dia.

Walaupun Majlis Raja-raja sudah memberi kelulusan kepada 2 orang calun yang direstui, Mahathir telah mendesak supaya menerima Mokhtar sebagai orang ke-3. Sebab Raja-Raja Melayu masih mau menerima cadangan diluar jangka Mahathir itu ialah, mereka masih ingat 'buhul' tali seluar dalam mereka sejak lama dulu dipegang oleh Mahathir. Bila-bila masa Mahathir boleh tarik dan lucutkan sampai terlonceh. Maka dengan itu, diiktiraflah secara proxy oleh Agung.

Maknanya, kehadiran Mokhtar 'Dugong' sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan adalah satu 'blackmail'. Mokhtar berfungsi bagi menjamin kepentingan Mahathir dalam kes-kes melibatkan Mahathir, khasnya mengenai rayuan Anwar.

Tan Sri Dzaiddin tak boleh buat apa-apa. Tambahan pula belum dapat 'Tun' - masih dalam 'probation'. Calit belum cukup satu susun (ikut takrif pangkat dalam polis)!!' Hhihihih'!!

Kes Ke-2:

Ini Mid Man punya story pulak. Mahathir memang meluat kat Mid Man sebab: Dah lah tak menang lawan Pak Shahnon, merayu nak jadi menteri. Mahathir lantik dia jadi senator - terus jadi Menteri JAKIM. Malangnya Mid Man berubah jadi 'JAKUN', ikut Islam yang tak direstui Mahathir, ie 'tak cukup sekular'.

Jadi, Mahathir suruh Mid Man letak jawatan sesudah 'dibasuh' oleh Mahathir. Maka dilantiklah seorang 'penjilat' terkini bergelar 'Hamid the Hermit' yang sudah proven kesanggupannya 'main wayang' waktu berkhutbah di atas mimbar Masjid Negara.

Tentu 'sojar' pencen itu mau sesaja. Mana boleh tak mau, dari 'ustaz' jadi 'Brig Gen' bersenapang buluh, kemudian jadi menteri jaga 'Lembu-lembu Mamak Krala'. Hahah' life is full of surprises, kan?

Mahathir punya idea cukup bagus. Dia sudah arahkan 'Hamid the Hermit' keluarkan perentah mensekularkan Islam. Bila rakyat bantah dan timbul isu, Mahathir akan kata, 'Itu bukan saya punya kelulusan, cadangan datang dari jabatan 'Hamid the Hermit', dan atas nasihat 'Mid the Man' merangkap Penasihat Agama Islam'. Mana ada jalan boleh salahkan saya', katanya.

Jadi akhirnya, yang salah ialah 'Hamid the Hermit' dan 'Mid the Man'. Mahathir lepas!! Majlis Fatwa dan Mufti-mufti negeri sebok dengan bervolvo sana sini, beri ceramah di masjid-masjid 'collect' elaun ceramah RM150 satu jam..!! kalau 15 hari satu bulan + gaji dan elaun, sikit punya makmurkah rezki yang dilimpahkan Mahatir' Tak patutkah 'bersyukur' kepada Mahathir''Hahaha'

Tahukah Anda?

Since life is full of surpirses, jangan main-main, Mahathir adalah orang yang 'paling' wajib dikenang budi, tau tak?

Siapa sanggup jual maruah dan gadai harga diri demi 'menegakkan Kezaliman dan menumbangkan Keadilan' kalau tidak bekas Hakim Besar. Beliau wajib bayar tunai dengan ganjaran teristimewa!

Disnilah, Eusoff Chin mendapat ganjaran khidmatnya kerana memutarbelit undang-undang. Kabarnya, beliau akan dilantik Mahathir jadi Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang mengganti Tun Hamdan !

Aikkk!. Syabas Eusoff Chin. Tertutup segala peluang Reformis dan rakyat nak heret beliau ke mahkamah. Jadi semua kes rasuah Mahathir tutup habissss'.!!

Yang tinggal cuma Dzaiddin.. MELOPONG saja lah nampaknya dia!! Haihhhh' apa nak jadilah negera ku ini!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)