Laman Webantu   KM2A1: 3668 File Size: 10.2 Kb *



TAG MT 18: Apakah Reformasi Sudah Basi? [Mesti Baca]
By Charles Hector

27/1/2001 12:19 pm Sat

TAG018

[Satu rencana yang amat baik buat renungan pejuang reformasi dan semua pecinta keadilan. Kami kategorikannya sebagai MESTI BACA dan MESTI SEBAR. Reformasi tidak mati, tetapi ia sedang dibawa untuk diserap bisanya oleh ramai pencari. Apabila mereka bertemu akan meledaklah kuasa yang menggegarkan bumi yang mereka jejakki....

Reformasi menemukan banyak pihak tidak kira kaum atau parti mereka. Malah ramai yang tidak berparti rasmi, mereka berparti 'reformasi' sebenarnya. Mereka bersama bukan kerana Anwar, tetapi kerana sesuatu yang memusnahkan semua nilai ugama dan maruah bangsa demi kuasa. Anwar secara kebetulan menjadi seorang mangsa kezaliman itu dan mata lebamnya pula adalah simbol kezaliman yang tiada taranya.

Rakyat menyertai laungan reformasi dan demo jalanan kerana sistem pilihanraya dan parlimen kini sudah tidak berfungsi. Beberapa isu tidak dibenarkan dibicara oleh speaker. Wakil rakyat pula begitu terhad capaian mereka. Majoriti dua pertiga BN dan sikap mengampu sahaja semua polisi kerajaan menyebabkan banyak isu berakhir dengan kecewa dan lebih berpihak kepada keuntungan BN semata-mata.

Rakyat sebenarnya tidak perlu bising dan berada di jalanraya jika semua sistem berjalan dengan sempurna. Kerajaan BN asyik menyembunyikan beberapa jawapan dan sengaja berdolak dalih dengan rakyat. Mereka menakutkan rakyat, sedangkan mereka sepatutnya menjadi 'hamba rakyat' yang setia berkhidmat melayan perasaan dan keluhan rakyat. Apabila apa yang diharapkan tidak menjadi, maka rakyat akan tercari-cari. Di sinilah bermula arus reformasi. Pihak BA perlu mencari dan mengumpulkan semua mereka yang mencari ini barulah BN tidak dapat bermaharaja lela sesuka hati.
- Editor (juga seorang pencari tetapi low profile sampai kini)
]


Penterjemah: -MT-



Apakah Reformasi Sudah Basi?

(Is Reformasi Dying?)

Oleh: Charles Hector


Catatan Penterjemah:

Ini adalah satu emel yang dikirim oleh Charles Hector kepada Adrian Morris yang dipanjangkan oleh MGG Pillai kepada saya. Tajuknya ialah 'Is reformasi dying?'. Kalau diterjemahkan secara literal bererti 'Apakah reformasi sudah nazak?'.


KE MANAKAH DENGAN REFORMASI??????

Selama tiga tahun, laungan 'reformasi' bergema di seluruh Malaysia. Sudah muncul kini satu koalisi di antara parti politik di pihak pembangkang, yakni PAS, Keadilan, DAP danPRM. Ada juga usaha untuk menubuhkan parti baru seperti PSM dan PRIN (dasar politik yang terakhir itu masih menjadi tandatanya kita).

Pihak pembangkang yang kini lebih terkenal dengan nama Barisan Alternatif (BA) nampaknya telah mengambil alih kepimpinan Pergerakan Reformasi (yang bererti kebangkitan rakyat marhaen terhadap kerajaan yang memerintah).

Pihak media dan juga kerajaan telah melabel pergerakan itu sebagai satu 'pergerakan pro-Anwar' (kerana Anwar merupakan mantan timbalan perdana menteri yang disingkirkan) - tetapi, satu kajian rambang di kalangan rakyat marhaen itu menunjukkan bahawa ini bukannya satu pergerakan ahli-ahli parti pembangkang ataupun para simpatian dan bukannya juga kebangkitan pro-Anwar. Ia merupakan satu kebangkitan rakyat marhaen daripada segenap lapis hidupnya, etnik dan kumpulan keagamaan dan kefahaman politik yang berbeza-beza. Mereka bertindak terhadap keadaan negara ditadbir oleh kerajaan yang sedang berkuasa.

Gegaran gema laungan reformasi yang membelah suasana dari jalanraya Kuala Lumpur, menunjukkan beberapa kisah menarik. Walaupun semakin ramai rakyat marhaen yang menjadi anggota parti pembangkang masih ramai juga yang tidak menjadi ahli mana-mana parti. Kenapakah agaknya? Ramai yang keluar berhimpun menyanggah kerajaan yang ada, tetapi ramai juga yang bukannya menyokong kuat koalisi pembangkang itu.

Sistem pendidikan dan pengawalan media di negara ini telah membuatkan ramai rakyat marhaen yang ketandusan idea untuk mencari perubahan. Apakah yang mereka patut lakukan untuk mendesak perubahan? Apakah melalui proses pengundian yang berlaku setiap 5 tahun - ramai yang tidak bersetuju dengan hal ini. Kerana apa? Kerana tidak ada jawapan yang menyeluruh mengenainya.

Ramai yang percaya apa yang diperlukan sekarang ialah rakyat mula terlibat dalam setiap tahap proses membuat keputusan. Mereka harus melibatkan diri dalam Persatuan Penduduk, Persatuan Guru dan Ibubapa (PIBG), persatuan pengguna, kesatuan sekerja, Jawatankuasa Surau dan Masjid, Gereja dan Kuil dan apa juga persatuan yang membabitkan rakyat agar mudah mencadangkan perubahan. Mereka harus berani bersuara lantang meminta kebertanggungjawapan kerajaan - bukan sahaja daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri tetapi daripada kerajaan tempatan (majlis bandaran dsbg.).

Perdana menteri dan juga kerajaan yang ada kerap menyarankan agar rakyat menggunakan saluran yang betul - oleh itu kita mesti gunakan saluran itu juga. Ini bererti kita mesti sanggah ahli parlimen dan wakil rakyat DUN dengan masalah yang ada dengan membawa idea baru kepada mereka. Kita perlu mengawasi apa yang telah mereka laksanakan dan apa yang mereka rancangkan. Lagipun mereka adalah 'wakil' kita dan 'suruhan' kita untuk menyambungkan pendapat kita, idea dan keputusan kita - bukannya pemikiran mereka ataupun pemikiran parti yang mereka anggotai.

Adalah tidak memadai kalau kita menjerit slogan 'anti-Mahathir' setiap hari. Rakyat tidak seharusnya menyerahkan kerja-kerja melakukan 'reformasi' kepada ahli politik semata-mata. Tanggungjawab melakukan reformasi ini janganlah diserahkan bulat-bulat kepada wakil rakyat dengan cara memangkah undi di pilihanraya umum yang akan datang. Proses menggerakkan reformasi itu mesti dilakukan di semua tempat.

Usaha untuk mengumpulkan parti pembangkang yang berdaftar sebagai usaha melakukan reformasi adalah satu usaha yang tidak mencukupi. Kalau Barisan Alternatif betul-betul berminat melakukan reformasi, ia mesti bersedia berganding bahu dengan semua organisasi yang melibatkan rakyat marhaen, kerana di situlah letaknya kuasa berbisa barisan reformasi itu sebenarnya. Jika tidak??..fikirlah sendiri apa akan jadinya.

-Kiriman Charles Hector-

>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Is Reformasi Dying?

ARE WE GOING ANYWHERE WITH "REFORMASI"??????

Over the past years - the cries of Reformasi sounded all over Malaysia. In the political front, there has emerged a coalition of opposition political parties, i.e. PAS, Keadilan, DAP and PRM. There has also been efforts to establish new parties being the PSM and PRIN (the politics of the later is still a question-mark).

The opposition parties, now known as the Barisan Alternative (or the BA) appears to have assumed the leadership of the Reformasi Movement (which was a people's uprising against the government of the day).

The press and the ruling government has labelled it as a "pro-Anwar movement" (Anwar being the former Deputy Prime Minister) - but a quick survey of the people involved seem to indicate that this is not a movement of opposition party members or sympathisers, and also not a pro-Anwar uprising. It was indeed the uprising of the people from all walks of life, ethnic and religious groups, political affliation - who were just reacting to the state of affair of the country under the present ruling coalition.

Following the intial cries of "Reformasi" that was heard from the streets of Kuala Lumpur, it is interesting to note that while many have joined the opposition parties - many are still out there without joining these opposition parties. The question is why?? They still come out in protest against the ruling coalition government - but at the same time they are not in total support with the opposition coalition.

The education system and the control of the media of this country have left a lot of Malaysians devoid of ideas for change. What can they do to bring about change? Is it through the electoral process every 5 years - some believe not. Why? This is an unanswered solution.

What is required, some believe, is for people to begin getting organised and involved in all decision making process. They should begin to get involved actively in Resident's Associations, Parent-Teacher Associations, Consumer movements, Trade Unions, Surau Committees, Church committees, Temple committees and all other people's organisations and bring about changes. They should stand up and demand for a more accountable and responsible government - not only the national government, the state government but also the local governments (the town councils).

The Prime Minister and the current government is calling on people to use the "proper channels" - then we must also use this. This would mean badgering our MPs and State Assemblymen with our problems and ideas. This will mean keeping an EYE on what they have done and doing. After all they are our "representatives" and they are our "servants" to communicate our views and ideas and decisions - not their own or those of the political party that they belong.

Shouting "anti-Mahathir" slogans and other slogans are not enough - the people should not leave the task of "reformasi" just to the politicians. The people must not abdicate their responsibilities for "reformasi" to these politicians and just vote at the next election. The "reformasi" process must happen in all quarters.

A mere coalition of registered opposition political parties alone will not bring about reformasi. The Barisan Alternatif, if it truly wants to bring about this process of "reformasi" must just hands will all other organisations of the people and then there is a chance. If not ....one wonders....

-Charles Hector-