Laman Webantu   KM2A1: 3667 File Size: 6.8 Kb *



TAG MT 17: Dilema Mahathir (AsiaWeek) [Mesti Baca]
By Peter Codingley

27/1/2001 10:13 am Sat

TAG017

[Banyak peristiwa yang mengejutkan Mahathir berlaku sejak akhir-akhir ini. Dia semakin hilang sokongan di luar dan dalam Umno. Bukan itu sahaja, dia dibenci dan dihamun pula lantaran ego dan celuparnya. Sentuhannya kini hanya mempurak-purandakan lagi nasib Umno yang sudah gundah dan gelana itu.

Dia mengoyak-rabakkan DEB untuk diberi kepada kroni. Banyak antara mereka sudah sesak nafas dan rugi. Dia menikam Suqui tetapi BN terluka sendiri. Tetapi reformasi menyatukan semua dan meruntuhkan perkauman yang dijaja Mahathir sekian lama. Lunas tumpas dan BN termalu sendiri. Mahathir sudah tidak diyakini lagi walau di bumi tumpah darah celupnya sendiri.

DEB rupa-rupanya menjadi sarang kroni manja berjoli meratah semua kekayaan negara. Keistimewaan itu menyebabkan mereka menjadi lembab dan tidak berdaya saing sehingga akhirnya terpaksa diselamatkan dengan alasan serba-serbi yang tidak berguna sama sekali. Tindakkan Mahathir hanya akan menjahanamkan lagi ekonomi negara yang masih sakit dan terkial-kial itu.

Negara kini sudah semakin kelmarau pelaburan luar. Ramai sudah lari kerana polisi dan janji yang saban bertukar mengikut kesewelan Mahathir dan semua menteri. Ketua Hakim Negara yang baru terpaksa bersuara untuk melegakan pemerhati tetapi siapa mahu percaya lagi?

Mahathir sudah tidak dapat berfikir dengan baik lagi. Dia semakin meruntuhkan semua yang dibinanya sendiri. Apa yang disentuh semakin tidak menjadi kerana yang dilakarnya selama ini bukanlah asli. Patutlah ia pudar dan tidak berkilauan lagi. Cogankata dan ucapkata yang indah-indah sudah tidak mampu untuk menghidupkan semua kekayaan yang semakin terbang dan impian yang sudah terbengkalai selama ini.. - Editor ]


Penterjemah: -MT-


Dilema Mahathir

(Mahathir's Dilemma)

Oleh Peter Codingley

Sumber: Asiaweek January 26, 2001 Col.27 No.3

Kata-kata hamunan itu adalah semacam yang kerap keluar daripada mulut Mahathir Mohamad kerana tidak senang hati terhadap para menteri dan juga para pegawai partinya. Tetapi, pada kali ini perdana menteri pula yang menjadi sasaran hamunan itu. Inilah adegan yang berlaku pada satu mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada bulan Disember yang lalu. Pegawai tinggi parti terkejut menyaksikan babak itu ketika seorang ahli parti, Shahrir Abdul Samad memberitahu perdana menteri bahawa beliau merupakan orang yang bertanggungjawb kepada kekalahan yang mengaibkan parti. Shahrir merujuk kepada kekalahan di pilihanraya kecil yang baru sahaja berlaku sebelum itu. Mengikut cakap seorang ahli parti yang hadir di mesyuarat itu, Mahathir terkejut dan tidak mampu berkata-kata banyak untuk mempertahankan dirinya.

Siapa boleh sangka seorang pemimpin negara yang paling lama di Asia boleh diaibkan di hadapan para pegawai tingginya? Apatah lagi apabila yang menghamun itu masih boleh bangkit selepas mesyuarat itu, tanpa dipenggal kepalanya? Malaysia sedang mengalami banyak perubahannya. Masalah yang dihadapi oleh Mahathir yang sudah pun berusia 75 tahun itu, mengikut para kritik, terletak kepada kegagalannya untuk mengikut rentak suasana. Satu ketika dulu dia mampu memperalatkan perasaan benci-membenci yang memecah-belahkan pihak pembangkang kepada puak yang Islamik dengan puak Cina. Keadaan seperti itu sudah lama berlalu. Mahathir tidak lagi dapat bergantung kepada sokongan orang Melayu. Ramai yang telah menentangnya. Mereka masih merasakan kepahitan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dirangka agar mereka dapat berkongsi kekayaan negara, tetapi dijadikan alat untuk mengagihkan kekayaan kepada peniaga kroni sahaja. Para pelabur asing telah cabut lari, mengadu betapa perubahan yang penting telah sengaja diabaikan untuk memajukan ekonomi para kroni.

Ramai rakyat marhaen berfikir apakah yang sudah jadi kepada impian mereka melihat kewujudan sebuah negara yang moden, yang dapat dihuni bersama oleh sebuah masyarakat pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya. Mahathir sudah memerintah selama 20 tahun. Negara ini masih lagi berpecah-pecah mengikut susur-galur perkauman dan kasta sosial. Satu kajian yang dilakukan akhir tahun lalu di Universiti Malaya telah mengejutkan negara. Kajian itu mendapati hanya 10% pelajar yang menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia, dulu. Yang lainnya memberikan keutamaan identiti mereka sebagai Melayu, Cina ataupun India. Tetapi dalam dunia politik, satu bentuk Malaysia baru sedang muncul. 'Reformasi' sudah menjadi slogan perjuangan para penyokong mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim yang kini masih terpenjara. Semangat itu masih kukuh memberikan harapan betapa tembok besar perkauman itu akan runtuh juga. Tian Chua, timbalan presiden Keadilan yang berada di pihak pembangkang yang didominasi oleh orang Melayu tealh berkata: 'Korupsi dan kronisme adalah isu yang lebih besar daripada masalah indentiti bangsa'.

Kaum - adalah perkataan yang mempunyai empat abjad yang mudah mencetuskan masalah besar di Malaysia - seperti mudah dibca di muka hadapan akhbar-akhbar, kebelakangan ini. Sebuah pertubuhan Cina yang bertindak sebagai kumpulan pendesak telah mengemukakan satu permohonannya. Inilah yang digunakan oleh Mahathir untuk meraih simpati orang Melayu dengan melabelkan kumpulan itu dan juga para pengikutnya sebagai kumpulan pelampau. Malangnya, pemimpin pembangkang telah bersetuju mengenal pasti musuh bermasa mereka: Mahathir.

Satu contoh terbaik sudah teserlah seperti yang dialami oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang mahukan sebuah negara Islam tetapi kini cuba merapati masyarakat Cina. Kini, PAS mencetak akhbar parti DAP, ROCKET, yang diterbitkan dalam bahasa Inggeis dan Melayu. Akhbar itu muncul berselang-seli dengan HARAKAH, akhbar PAS, sebagai menjamin adanya terbitan parti pembangkang untuk bacaan rakyat marhaen. 'Dulu, politik berkembang mengikut susur galur perkauman, tetapi kini yang menjadi isu ialah keadilan, penapian hak manusia dan usaha mendaptkan hak itu semua,' demikian yang dikatakan oleh setiausa agong Pas, Nasharudin Mat Isa. 'Itu sebabnya para penyokong kami membaca akhbar parti kawan.' Secara peribadinya, warga muda parlimen daripada DAP dan PAS berpendapat mereka mudah saling bekrjasama. Seorang ahli perlimen PAS berkata: 'kami masih muda dan se