Laman Webantu   KM2A1: 3666 File Size: 19.5 Kb *



TAG MT 16: Rayapan Yang Radikal (AsiaWeek)
By Santha Oorjitham

27/1/2001 8:08 am Sat

TAG016

[Rencana ini disiarkan sebagai satu bahan kajian. Ia menuduh Islam sebagai satu ajaran yang mengongkong kehidupan semua kaum di negara ini. Inilah bahananya kerana mereka didedahkan dengan pemikiran songsang oleh orang yang bernama Islam sendiri atau mereka mengambil kesimpulan yang songsang kerana menemuramah orang yang tidak faham. Atau ia sengaja ditulis untuk beberapa dalang...

Walaupun begitu kita tertarik dengan rentak Umno yang tiba-tiba membawa isu murtad untuk menonjolkan keislamannya. Tetapi mengapa kes Anwar sendiri tidak pula dibicarakan mengikut kaedah syariah? Nampak sangat Umno mengambil yang sesuai untuk dirinya sahaja dan membuang jauh-jauh ajaran Islam yang terkena batang hidung sendiri. Makin pelik lagi bila Mahathir mengaku (berfatwa?) Malaysia adalah sebuah negara Islam. Kalau ya pun, nyatakan dulu apakah dia syarat-syarat sah untuk menjadi Negara Islam, jangan 'berfatwa' sebarangan.
- Editor (sila baca komen Pak -MT- di bawah)
]


Penterjemah: -MT-


Rayapan Yang Radikal

(Creeping Radicalism)

Oleh: Santha Oorjitham

Sumber: Asiaweek January 26, 2001. Vol. 27 No.3


Kesengsaraan Zarina di maktab itu bermula pada petang pertama dia membuka tudung-kepalanya di dormitori. Rakan sebiliknya menjadi gugup melihatkan juraian rambut yang berwarna ungu yang terserlah di situ. Angin desas-desus pun bertiup kencang keesokan harinya. Seorang pelajar mendekatinya sambil menjerit 'bohsia' kepadanya. Ini adalah satu panggilan yang menghina membayangkan seseorang itu sudah keruntuhan moralnya. Pada hari yang ketiga seorang guru lelaki berucap di hadapan himpunan pelajar dengan berkata: ' Saya tahu ada seorang pelajar di antara kamu yang datang daripada latarbelakang yang samar dan tidak biasa dengan cara hidup ajaran Islam.' Dia mengecap 'orang semacam itu' sebagai seorang yang keruntuhan akhlaknya, dan kerap digunakan untuk menggambarkan para pelacur dan penagih dadah. 'Saya sedar dia bercerita mengenai diri saya,' kata Zarina, seoroang Melayu Islam berusia 19 tahun. Pada akhir minggu itu dia telah ditumbuk oleh seorang 'kakak' di bilik mandi. Zarina keluar dan lari daripada sekolah yang terletak 20 km. di bahagian selatan Melaka. Dia lari tanpa pulang semula.

Pengalaman Zarina itu adalah satu bahagian yang kelam dalam kebangkitan Islam di Malaysia. Di waktu yang sama negara itu sedang meminggirkan unsur-unsur perkauman dan keagaman yang mengawani sejarah silam negara dengan mempergiatakan kekuatan identiti keIslaman yang terdapat dalam budaya Melayu. Inilah kaumnya yang merupakan penduduk majoriti. Di beberapa wilayah di utara negara yang memang lama dikuasai oleh pengaruh PAS memang mengamalkan ajaran Islam, tetapi di hari kebelakangan, Kuala Lumpur dan Selangor yang dianggap sebagai wilayah dan negeri yang termoden di Malaysia, telah mula dirasuk trend keIslaman itu. Pada November, majlis agama telah melancarkan satu siasatan ke atas kawasan hiburan di Bangsar Baru. Dua gadis beragama Islam yang berpakaian mini-skirt telah dibawa keluar daripada sebuah bar dan dikenakan tuduhan berpakaian yang tidak menyenangkan. Mereka dijumpai dalam ruang niaga yang menjual minuman alkohol. Kini, ramai yang berfikir apakah mereka sedang menyaksikan bermulanya kewujudan satu negara yang tidak bertoleransi terahadap agama lain - apa pula akibatnya nanti kepada orang melayu yang beragama islam dan golongan minority yang bukan beragama Islam.

Apakah sebenarnya di sebalik gelombang baru yang berunsur keagamaan ini? Kesan tekanan yang dibawa oleh keadaan ekonomi yang merudum dan yang lebih penting lagi, krisis politik yang menghantui negara sejak beberapa tahun lalu - khususnya, pengaiban mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim meruapkan faktor utama yang merunsingkan. Ahli politik pembangkang Chandra Muzaffar telah berkata betapa rakyat mencari perlindungan oleh Islam kerana mereka kecewa dengan kerajaan. 'Pucuk pimpinan telah melanggar norma yang fundamental dalam budaya melayu dan peradaban Islam dalam caranya mengaibkan Anwar Ibrahim,' katanya. Masyarakat Melayu sedang menyerlahkan kekecewaan itu dengan memberi penekanan kepada identiti keIslaman mereka, kerana kumpulan elit yang memerintah dilihat sebagai hidup menyimpang jauh daripada identiti itu.

Sebaliknya, barisan hadapan kebangkitan Islam itu diwarnai oleh mereka yang secara tradisinya dianggap sudah progresif: golongan muda-mudi dan terpelajar. Ajaran Islam berjaya mempengaruhi oraganisai pelajar di Universiti. Seorang pelajar maktab, Pushpa, 21, merupakan seorang gadis India yang merasakan getaran kebangkitan arus islam di maktabnya yang tereletak di pinggir Kuala Lumpur. Puspha memang tidak pernah mengalami sebaran gtekanan untuk menganut ataupun mematuhi nilai-naili Islam, walaupun ramai pemimpin pelajar yang aktif dengan usaha mempromosinya. Pada bulan September, mereka telah menganjurkan 'Minggu Bertudung', di mana semua pelajar wanita beragama islam digalakkan memakai tudung kepala. 'Semua pelajar wanita diberikan 'scarves', kata Pushpa. 'Mereka pun menganjurkan satu pertunjukan fesyen menunjukkan model yang memakai tudung dan pakaian Melayu. Mesej yang jelas memberi kiasan bahawa anda masih boleh bergaya dengan berpakaian yang sempurna.'

Oleh kerana unsur mendedahkan identiti Islam itu tidak dilakukan secara sederhana, selalunya kaum wanita kerap terjebak kepada perangkap yang menunjukkan bahagian kegelapan kegelapan trend itu. 'Kami dapati segala usaha untuk menguasai wanita dan gadis-gadis muda merupakan manifestasi yang amat penting (dalam kebangkitan Islam itu),' kata Ivy Joseph setiausaha kerja Malaysian Women's Aid Organisation. Dia menceritakan kisah seorang gadis berumur 22 tahun yang tinggal di Kuala Lumpur dan telah dipaksa menghuni sebuah pusat pemulihan akhlak untuk gadis yang bersalah. Wanita itu telah keluar selalu untuk bertemu seorang pemuda bukan Islam yang tidak dipersetujui oleh ibu-bapanya. Mereka telah mengadukan hal itu kepada majlis agama yang kemudiannya menangkap wanita itu untuk 'dipulihkan' di pusat pemulihan akhlak itu. Mengikut undang-undang Malaysia, sesiapa yang berumur melebihi 21 tahun adalah bebas daripada pengawalan ibu bapanya, tetapi ada pula hukum Islam yang diamalkan di negeri-negeri yang membolehkan ibu bapa untuk menguasai anak perempuan mereka yang belum bernikah, tidak kiralah apa umur mereka.

Di pusat pemulihan yang sebenarnya untuk pemulihan penagih dadah, wanita itu bersama empat orang lain seperti dia disuruh bekerja sebagai orang gaji (pengasuh) di rumah kediaman ketua institusi itu. Kelas 'pemulihan' yang dilakukan oleh pegawai di situ ialah dengan cara menyuruh setiap wanita di situ masuk ke bilik pegawai itu untuk berbincang. Cara perbincangan bermula dengan bilik itu dikunci dan setiap wanita yang berdepan berseorangan dengan pegawai lelaki itu diarah untuk menceritakan pengalamaannya dan dipaksa mengaku kepada setiap kesalahan yang dilakukannya. Semua pengakuan itu 'termasuklah kisah dan aksi-aksi yang dilakukan oleh setiap wanita itu dengan bekas teman lelakinya.' Setelah didera dengan kaedah pemulihan itu, lima wanita itu bertindak keluar secara haram dan mencari perlindungan. Josiah telah membantah perkara itu kepada pihak yang berkuasa mengenai peranan pusat itu yang beroperasi dengan menerima bantuan kerajan. 'Kami dapati pusat itu mempunyai lesen untuk memberikan kemudahan pemulihan kepada penagih dadah sahaja,' katanya.

Perdana Menteri Meahathir Mohamad dan UMNO memang cepat melenting menuduh PAS kerana bersikap keterlaluan dalam penghayatan ajaran Islam kerana niat PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam. 'PAS memang suka melihat orang Islam memandang ke dalam, berpisah bukan sahaja dengan orang bukan Melayu, malahan juga dengan orang Islam yang terlalu berkawan baik dengan orang bukan Islam,' kata Mahathir. Namun, inilah lakonan yang dimainkan oleh UMNO sekarang. Ketika episod Anwar bergolak, ramai Melayu Islam, yang merupakan penyokong kuat di akar umbi UMNO, beralih 'akidah' untuk menyokong PAS. Dalam usaha meraih kembali sokongan mereka UMNO telah bertindak meniru bebrapa kaedah yang pernah mereka cemuh dulu. Pada tahun yang lalu, Dewan Undangan Negeri Perlis yang dikuasai oleh UMNO telah meluluskan rang undang-undang Murtad di mana setiap yang murtad dihantar untuk menjalani pembersihan di pusat pemulihan. Undang-undang yang lebih ketat, mengikut Hishamuddin Rais seorang penulis skrip, adalah 'merupakan jawapan UMNO kepada tuduahn PAS yang mengatakan mereka kurang Islamik.'

Kumpulan minority memang memberikan tumpuan kepada gelombang Islamisasi. 'kami tidak mahu perlumbaan di antara PAS dan UMNO berakhir dengan satu proses di mana setiap pihak memberi penekanan kepada menggunakan Islam,' kata S. Vijayaratnam, seorang India yang mempengerusikan Jawatankuasa Hubungan Kaum dalam Gerakan, sebuah parti komponen Barisan Nasional. 'Saya amat mengharapkan agar perkara semacm ini tidak berakhir dengan beralkunya perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam semata-mata kerana tujuan politik.' Setiausaha Agong PAS, Nasharuddin Mat Isa bertegas meyakinkan orang bukan Islam agar tidak memikirkan yang bukan-bukan. 'Negara Islam dan undang-undang islam kerap dikemukakan (kepada golongan minority) dengan cara dan maklumat yang songsang,' katanya. 'kami masih mencuba memberi penerangan betapa semua itu adalah kerja yang sengaja dibuat untuk menakut-nakutkan.'

Tetapi, penjelasan begitu masih tidak mampu melegakan kumpulan minority dan juga orang Melayu yang berfikiran liberal. 'Kalaulah mereka cuba mentafsirkan ajaran Quran ke atas kesenian dan kebudayaan,' kata Hisyamuddin sebagai satu amaran, 'Malaysia akan berubah menjadi sebuah negara yang ketandusan budaya.' Dalam hal ini Josiah berpendapat: 'kami amat sangsi kalau setiap negeri itu akhirnya dikuasai oleh majlis agama. Sesiapa juga yang menjadi pendakwah agama, tidak kiralah apa agamanya, seharusnya tidak berhak untuk menguasai kehidupan kita.'

Berbalik kepada kisah Zarina, pengajiannya di maktab itu telah ditamatkan. Ibu bapanya mendaftarkannya di sebuah sekolah swasta. Di sana, gadis itu berjaya menyambung pelajarannya dengan penuh keceriaan bersama teman-teman yang berbilang kepercayaan. Namun, kebangkitan Islam itu akan berterusan. Hanya masa akan menentukan bilakah jengkauan panjang yang ada pada ajaran agama yang radikal mampu merayap mencecah halaman toleransi yang dijangkakan.

>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<

Catatan:

Simpanlah artikel ini, kalau boleh tulisan asalnya sekali. Apa yang dikatakan agama radikal ini adalah satu usaha untuk memperlekehkan agama Islam juga. Apakah ada dalang yang menajanya' - MT-





Rencana Asal:

Source: ASIAWEEK JANUARY 26, 2001 VOL.27 NO.3

http://www.pathfinder.com/asiaweek/magazine/nations/0,8782,95658,00.html


Creeping Radicalism

Malaysians wonder if they are edging toward an Islamic state

Zarina's ordeal in college began on her first evening when she took off her headscarf in her dormitory. Her conservative roommates were aghast to see pink-tinted hair tumble out. Word got around, and the next day, a fellow student came up to her and called her a bohsia, a derogatory label for a "loose" girl. On the third day, a male teacher told the school assembly: "I know there is one among you who comes from a certain background and is not used to conforming to the Islamic way of life." He labeled "that person" a social degenerate, a term normally reserved for prostitutes and drug addicts. "I knew he was talking about me," says Zarina, a 19-year-old Malay-Muslim. At the end of that week, she was punched by a senior in the bathroom. Zarina fled the school, located some 20 km south of Melaka, never to return.

Zarina's experience reflects the dark side of a new Islamic resurgence in Malaysia. At the same time the country is casting aside past notions of race and religion, it is seeing the strengthening of the Malay majority's Muslim identity. Rural areas in the north ruled by the opposition Parti Islam SeMalaysia (Pas) have always been known for their strict Islamic ways, but recently even Kuala Lumpur and the state of Selangor, considered the most modern regions in Malaysia, have been subject to the Islamizing trend. In late November, religious authorities launched a surprise raid on the capital's upmarket entertainment district of Bangsar Baru; two Muslim girls in mini-skirts were taken away from one bar and charged with wearing improper attire and being found in an establishment that serves alcohol. Now many are wondering whether they are witnessing the beginnings of an intolerant religious state - and what this means for both Malay-Muslims and non-Muslim minorities.

What is behind this new wave of religiosity? The stresses of the economic slowdown and, more significantly, the political crisis of the past few years - namely, the sacking and jailing of former deputy prime minister Anwar Ibrahim - are the main factors. Opposition politician Chandra Muzaffar says people seek refuge in Islam because of disenchantment with the government. "The leadership has transgressed very fundamental norms in Malay and Islamic culture in the treatment of Anwar," he says. "Malay society is expressing that disenchantment by asserting an Islamic identity, because the ruling elite is seen as un-Islamic."

Paradoxically, at the vanguard of the Islamic resurgence are those traditionally considered progressive: the youth and academia. Islamist ideas have especially influenced student organizations in universities. College student Pushpa, 21, a member of the Indian minority, says a strong wave of Islamic feelings has swept her school, which is situated near Kuala Lumpur. Pushpa herself has not felt any pressure to convert or conform to Muslim regulations, but student leaders have actively promoted Islamic values. In September they organized "Tudung Week," in which all female Muslim students were "encouraged" to wear a tudung (headscarf). "All the girls were given scarves," says Pushpa. "They also held a fashion show where the models wore headscarves and Malay dresses. The message was that you could dress according to the prescribed way and still be trendy."

Often the expression of Islamic identity is not so benign, and women in particular have been bearing the brunt of the trend's darker side. "We find that attempts to control women and young girls are the most important manifestations [of the Islamic resurgence]," says Ivy Josiah, executive secretary of the Malaysian Women's Aid Organization. She points to the case of a 22-year-old Kuala Lumpur resident who was forcibly sent to a so-called rehabilitation center for errant girls. The woman had been seeing a youth of another faith against her parents' wishes. The parents reported her to the religious authorities, who picked her up and had her institutionalized. Under Malaysian law, anyone over 21 years of age is free from parental control, but parallel Islamic laws in force in the states allow parents to police their unmarried daughters whatever their age.

At the rehab center, which was actually meant for drug offenders, the woman and four others like her were put to work as maids at the residence of the head of the institution. The "rehabilitation" consisted of the official locking himself up alone with each of the women and forcing them to confess to each alleged act of wrongdoing, including giving detailed descriptions of "whatever they had done with their boyfriends." After weeks of this regime, the five young women staged a breakout and went into hiding. Josiah says she has protested to the authorities about the center, which receives government aid. "We found that the institution was licensed to provide rehabilitation for male drug addicts only," she says.

Prime Minister Mahathir Mohamad and his United Malays National Organization (UMNO) have always been quick to blame any manifestations of religious extremism on Pas, whose stated aim is to establish an Islamic state. "Pas would like [Muslims] to be inward-looking, separated not only from non-Malays but also from Muslims who are too friendly with non-Muslims," says Mahathir. Yet UMNO has found itself playing the same game. In the wake of the Anwar affair, many Malay-Muslims, the bedrock of UMNO support, turned to the "purer" Islamic values that Pas was perceived to represent. In order to woo them back, UMNO has resorted to the same kind of religious measures that it once ridiculed. Last year, the UMNO-controlled state assembly in Perlis state passed a bill that would send apostates to rehabilitation centers. Stricter regulations, notes playwright Hishamuddin Rais, are "UMNO's response when Pas accuses them of being less Islamic."

The tussle between UMNO and Pas for the religious high ground has contributed to the escalating spiral of Islamization - and among those caught in the middle is Hishamuddin. One of his works, Toh Ampoo ("Brother Brown-Nose"), was due to be staged at Pas headquarters in Selangor state last September, but party officials canceled it three days before the show. "They said this was because there were women acting and because there was no separate seating for [men and women] in the audience," says Hishamuddin. Performances scheduled to be held in the states of Trengganu (controlled by Pas) and Pahang (controlled by the ruling Barisan Nasional coalition) were also axed.

Minorities are especially concerned about Islamization. "We don't want this political race between Pas and UMNO to result in each side over-emphasizing its 'Islamic-ness,' " says S. Vijayaratnam, an ethnic Indian who chairs the Race Relations Committee of Barisan Nasional member Gerakan. "I hope that this sort of thing will not result in there being a divide between Muslims and non-Muslims purely for political purposes." Pas secretary-general Nasharudin Mat Isa insists non-Muslims have nothing to worry about. "Islamic states and Islamic law have always been put to [minorities] in a distorted way," he says. "We are trying to explain that this is a fabricated fear."

But such words reassure neither the minorities nor liberal-minded Malays. "If they were to implement their Koranic interpretation on arts and culture," warns Hishamuddin, "Malaysia would be a cultural desert." Says Josiah: "What we are most concerned about is the control of the state by religious authorities. Any cleric, be it from any religion, should not have the right to control our personal lives."

As for Zarina, her parents took her out of the college and placed her in a private school. There, the teenager has thrived among students of different faiths. But if the Islamic resurgence continues, it might be only a matter of time before the long arm of religious radicalism reaches her oasis of tolerance.

With reporting by Santha Oorjitham/Kuala Lumpur