Laman Webantu   KM2A1: 3660 File Size: 9.3 Kb *



TAG MT 14: Masyarakat Yang Dilupakan
By Santha Oorjitham

25/1/2001 2:05 pm Thu

TAG014

[Rencana ini memaparkan betapa kaum India tidak mendapat perhatian yang sewajarnya walaupun logo dacing yang seimbang itu sudah bertahun dipangkah menjelang pilihanraya. Alangkah peliknya negara boleh membina menara yang tinggi-tinggi dan memecahkan pelbagai rekod yang tidak berguna tetapi masih tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kaum India sekian lama.

Kerajaan nampaknya lebih berminat untuk menonjolkan kekuatan luarbiasa 'superman' menarik keretapi dengan rambut atau gigi sahaja. Atau mengadakan temasya kaum India sebagai bahan pamiran untuk tontonan mata betapa orang India sanggup menyiksa diri berjalan di atas bara api atau menikam pipi sendiri. Sebaliknya penderitaan dan kemelut hidup kaum India langsung tidak mendapat publisiti baik di kaca tv mahupun di dada akhbar. Yang banyak tersiar hanyalah mereka yang tertangkap atau ditembak mati kerana jenayah luarbiasa yang diceburi. Sepatutnya kerajaan sudah lama menyusun strategi untuk membantu kaum India tetapi itu sengaja tidak dilakukan kerana jika mereka dibantu, beberapa syarikat kroni yang menindas mereka akan lingkup satu persatu.

Sila Rujuk



  1. Siri 18 YTDT -MT-KM2 No 3322
  2. Siri 21 YTDT -MT-KM2 No 3363
  3. Siri 30 KTLBELB -MT-KM2 No 2879
  4. Rencana Collin Abraham 'Penoreh Getah Menjadi Samseng' KM2 No 3285.

- Editor
]


Penterjemah: -MT-

Masyarakat Yang Dilupakan

(Forgotten community)

Oleh: Santha Oorjitham - Kuala Lumpur


Panjalai Venkatraman, ialah seorang balu berusia 60 tahun yang tinggal dengan keluarga anaknya di sebuah rumah papan di sebuah kawasan yang dulunya sebuah ladang getah di Selangor. Pada 1993, dia berhenti kerja sebagai seorang penoreh getah apabila majikannya menjual ladang itu kepada seorang pemaju perumahan. Di Selangor ada satu undang-undang yang memestikan para majikan menyediakan kediaman alternatif kepada pekerja yang diberhentikan. Panjalai tidak pernah menerima haknya itu. Kerana itu dia bertegas untuk menetap di situ sehingga rumah yang dijanjikan itu diberikan kepadanya. "Walaupun saya semakin tua, saya akan lawan sehingga saya diberikan rumah seperti yang mereka janjikan," kata Panjalai dengan berani.

Kisah Panjalai merupakan cerita duka di sebalik kejayaan ekonomi Malaysia. Di sebalik segala gambaran yang memaparkan kerukunan perkauman dan peluang perkerjaan kepada semua, ramai di kalangan masyarakat India yang tidak mempu menikmati kemudahan perumahan, pendidikan dan pekerjaan. Sekitar 54% kaum India bekerja di ladang-ladang ataupun sebagai pekerja di bandar-bandar dan gaji yang mereka terima itu tidakpun berubah mengikut peredaran masa. Ketika Panjalai dan suaminya memulakan kerja sebagai penoreh getah pada 1960, mereka dibayar gaji bulanan sekitar 250 ringgit sebulan (USD81). Tiga puluh tahun kemudiannya, pendapatan mereka bertambah sebanyak 50 ringgit sahaja.

Kaum India memang berada jauh di belakang kaum-kaum yang lain. Walaupun jumlah mereka merupakan 7% daripada jumlah penduduk negara, mereka menyumbang kepada 63% daripada kumpulan yang ditahan di bawah Ordinans Dharurat kerana kesalahan jenayah. Begitu juga, mereka menyumbang kepada 41% pengemis negara dan 20% pendera kanak-kanak. Mereka juga berada di tahap terbawah dalam ujian penilaian sekolah rendah. Sekitar seorang daripada setiap 12 kanak-kanak India tidak pun belajar di sekolah rendah. Mengikut ahli Sains Politik P. Ramasamy, "kaum India telah menjadi satu masyarakat yang terpinggir"

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu program bertujuan memberikan ruang hak keistimewaan dengan tujuan menyediakan orang Melayu dan Bumiputra peluang yang lebih baik daripada kaum lain. "Usaha menerapkan pembangunan ekonomi menyebabkan kaum minoriti dipinggirkan," kata Ramasamy. Pada satu ketika dulu ramai orang India yang berkhidmat dengan perkhidmatan awam, tetapi jumlahnya menurun disebabkan kuota untuk Bumiputra. Berbeza dengan orang Cina, kaum India tidak mempunyai kuasa ekonomi untuk mengimbangi kesan DEB; lagipun bilangan mereka memang berkurangan untuk menyerlahkan pengaruh politik. Kesannya dapat dilihat kepada wujudnya sebuah negara yang berpecah mengikut perkauman dan kelas ataupun kasta.

Memang terdapat pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah orang India. Ramasami berkata sekolah yang menggunakan Bahasa Tamil hendaklah dibaikpulih dengan kemudahan yagn lebih baik lagi. Ada pula yang berpendapat, kanak-kanak India harus menerima pendidikan di sekolah Melayu dari awal lagi untuk mengelakkan masalah penyesuaian, nanti. Kumpulan Suqui telah mendesak agar program keistimewaan diberikan mengikut kehendak yang muncul.

Kerajaan berkata ia memang menolong masyarakat India. Malaysian Indian Congress, MIC memang menyediakan sumbangan untuk pinjaman perniagaan kecil-kecilan dan bantuan kewangan untuk para pelajar. Semua itu tidak meyakinkan Penjalai, yang berpendapat MIC tidak pernah membantu beliau. Keluarganya dan 13 yang lain di ladang getah itu telah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk berkempen mendapatkan rumah baru. Tetapi seperti yang dikatakan oleh Marimuthu Nadason, seorang aktivis, Kaum India adalah satu "masyarakat yang dilupakan di Malaysia." Ia memerlukan tugas yang lebih besar daripada penubuhan jawatankuasa kerja untuk melakukan perubahan itu.

-Santha Oorjitham-

>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:
From Asiaweek
Issue 26th January 2001

Forgotten Community

Many of Malaysia's poor are Indians

By Santha Oorjitham/Kuala Lumpur

Panjalai Venkatraman, a 60-year-old ethnic Indian widow, lives with her son's family in a wooden house on a former rubber plantation in Selangor state. She lost her job as a rubber-tapper in 1993 after her employer sold the estate to a property developer. Although plantation companies in Selangor must provide alternative housing for workers when they stop production, Panjalai has not been given a new home - and she refuses to move out until she gets one. "Although I am old, I will fight until I get the house that I was promised," she says defiantly.

Panjalai's story represents the underside of Malaysia's economic success. Despite the country's veneer of racial harmony and opportunity for all, many in the Indian community have limited access to housing, education and jobs. About 54% of Malaysian Indians work on plantations or as urban laborers, and their wages have not kept up with the times. When Panjalai and her husband started tapping rubber in 1960, they were paid 250 ringgit a month ($82 then). Thirty years later, they were earning just 50 ringgit more.

Indians lag behind other ethnic groups by almost all measures. Though they form just 7% of the total population, they account for 63% of those arrested under the Emergency Ordinance for violent crimes. They also constitute 41% of beggars and 20% of child abusers. Indians rank lowest in national elementary-school examinations; about one in every 12 Indian children does not even attend primary school. Indians, says political scientist P. Ramasamy, have become "the new underclass."

The New Economic Policy (NEP) was a national affirmative-action program designed to give an economic head start to Malays and other indigenous bumiputras. "With the strong push for bumiputra economic development, the minorities were neglected," says Ramasamy. Indians used to be well represented in the civil service, but their numbers dropped in the wake of NEP quotas for bumiputras. Unlike the Chinese, the Indians did not have the economic clout to counteract the NEP's effects; they were also too few in numbers to wield much political influence. The result today is a nation divided as much along race lines as along class lines.

Opinions differ on how to solve the Indian problem. Ramasamy says that the traditionally neglected Tamil-language primary schools should be upgraded with better facilities. Others think Indian children should be taught in Malay from the beginning to avoid adjustment problems later on. Social action group Suqiu has been calling for an affirmative-action program based on need.

The government says it is helping the Indians. Contributions by the Malaysian Indian Congress, a member of the ruling coalition, include small-business loans and financial aid for students. But that doesn't impress Panjalai, who claims the MIC never helped her. Her family and 13 others in the plantation have formed a committee to campaign for new homes. But as social activist Marimuthu Nadason says, Indians are the "forgotten community in Malaysia." It's going to require more than an action committee to change that.

http://cnn.com/ASIANOW/asiaweek/