Laman Webantu   KM2A1: 3659 File Size: 23.3 Kb *



TAG MT 13: 'Bila Badan Dimamah Usia, Kenyataan Adalah Mainannya'
By Arjuna Ranawana dll

25/1/2001 1:53 pm Thu

TAG013

[Memanglah sesiapa pun yang hidup dalam dunia ini akan dibenci atau disayang. Soalnya yang mana lebih banyak itulah yang dijadikan garis panduan siapakah diri kita yang sebenarnya di mata rakyat.

Mahathir mengatakan orang yang diberi projek itu yang berbakat belaka. Jika mereka betul-betul berbakat mereka sudah lama kaya tanpa perlu meminta apa-apa! Kalau berbakat berhutang dan menjadi proksi itu bolehlah kita percaya.

Jika orang Cina yang membuat rayuan sahaja dikatakan ekstrim, bagaimana pula dengan pemuda Umno yang menjerit melalak dan memanjat pagar sambil mempamirkan kain rentang berslogan 'mandi darah'. Tidakkah itu namanya satu 'tuntutan kekerasan' yang berunsur geram?

Perhatikan Mahathir menuduh sekumpulan Cina sebagai ekstrim, PAS sebagai penghasut dan Anwar beragenda. Dia masih mengata dan berprasangka, apakah dia boleh diharapkan untuk menyatukan seluruh bangsa Malaysia dan orang melayu khususnya? Sebagai seorang Perdana Menteri Mahathir tidak sepatutnya menuduh orang sesuka hati kerana itu bukan tugas yang dimandatkan oleh para pengundi. Patutlah dia gagal menyelesaikan masalah kerana bukan orang lain yang menjadi punca masalah sebenarnya. - Editor ]


Penterjemah: -MT-

"Bila Badan Dimamah Usia, Kenyataan Adalah Mainannya"

("When You Grow Old, You Face Reality")

Oleh: Salman Wayne Morrison, Dorinda Elliot, Arjuna Ranawana

Sumber: Asiaweek Januari 26, 2001 Vol.27 No.3


Rakyat Malaysia memang mempunyai perasaan kasih dan benci terhadap Perdana menteri Mahathir Mohamad. Namun, tidak ramai yang menafikan bahawa beliau mempunyai semangat juang yang kental. Demikianlah sentimen itu setakat ini. Namun, Mahathir yang kini menghampiri ambang usia 75 tahun, ternyata sudah semakin kehilangan semangat juang yang dianggap sebagai satu legenda itu. Ketika Editor Dorinda Elliot, Managing Editor Salman Wayne Morrison dan Wartawan Arjuna Ranawana mengadakan wawancara dengan beliau di pejabatnya di Putrajaya, Mahathir duduk terperusuk di kerusinya dan ternyata keletihan kerana dihenyak dengan pelbagai kutukan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. Dia mengaku betapa partinya UMNO (Baru) telah kehilangan wibawa dan dia sendiri pun tidak lagi mampu bertindak sebagai mahaguru untuk melakar destini negaranya.


Asiaweek (AW): Perkauman menjadi isu hangat lagi. Kumpulan etnik Cina telah meminta meritokrasi. Tiga puluh tahun setelah DEB (Dasar Ekonomi baru dimulakan, ketegangan kaum masih kekal. Apakah DEB itu sudah gagal?

Mahathir (M): Beberapa kumpulan Cina memang bersifat ekstrim. Mereka membuat tuntutan yang tidak masuk akal, sehingga mencemarkan kontrak sosial yang disetujui ketika kemerdekaan dicapai. Namun, ramai lagi orang Cina yang masih toleran. Mereka faham bahawa alasan yang kita buat mengenai perbezaan yang positif. Mereka sudah lihat apa yang berlaku di negara lain di mana tidak ada usaha untuk mensetarakan kemajuan masyarakat yang berbilang kaum dan bagaimana orang lain mengganyang masyarakat Cina kerana geram. Tetapi ada satu persepsi bahawa orang Melayu itu sudah berpecah dan inilah masanya untuk mereka membuat tuntutan itu.


AW: Bukankah perpecahan Melayu itu disebabkan UMNO dan juga keseluruhan system Malaysia Inc. yang tercemar oleh kronisme?

M: Kronisme ialah satu istilah yang bukan lahir di sini. Ia mula muncul di akhbar asing, termasuk Asiaweek. DEB telah memberi manfaat kepada sekitar 7 juta orang Melayu. Bukannya hanya satu juta ataupun dua - tetapi 7 juta Melayu. Kami telah menjanjikan kesetaraan di antara orang Cina dan kaum bumiputra di semua tahap. Di tahap yang paling atas, dalam bidang perniagaan besar memang tidak ramai orang Melayu. Mereka terpaksa dikutip dan dididik supaya ada perkongsian yang setara dalam pembangunan negara ini. Jika tidak, orang akan berkata bahawa kami hanya mengongsi kemiskinan dan tidak kekayaan. Apabila syarikat mula mengagihkan saham, kita ambil peluang itu untuk mengagihkan saham kepada segelintir orang Melayu yang mampu menunjukkan bakat mereka. Masalahnya sesiapa sahaja yang diberikan saham itu, sama ada dia terkenal ataupun tidak, menonjol ataupun tidak, terus dicop sebagai kroni. Kami menjadi mangsa segala tuduhan yang kami mempunyai kroni. Tetapi, kepada siapakah yang kami beri semua itu?


AW: Kalau anda terus melindungi Bumiputra melalui pemberian hak istimewa apakah Malaysia tidak akan tertinggal kebelakang dalam putaran ekonomi global?

M: Kami terpaksa melindungi mereka kerana ini adalah untuk kebaikan stabiliti negara. Memang ramai pakar antarabangsa dan juga pakar ekonomi bahawa hak keistimewaan itu adalah tidak baik. Ada yang beranggapan kalau orang miskin biarlah dia terus miskin dan sekiranya orang itu kurang kepandaian janganlah dia dibantu. Apakah anda mahu melihat Malaysia dengan kumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk terbesarnya dipinggirkan?


AW: Ramai rakyat Malaysia yang muda-muda naik meluat dengan sistem itu.

M: Saya pernah menjadi muda satu ketika dulu. Apabila badan dimamah usia, kenyataan adalah mainan kita. Kita mesti terima hakikatnya bahawa ada banyak benda yang tidak termampu kita laksanakannya.


AW: Apakah usaha menyusun semula syarikat yang besar-besar itu melembabkan pemulihan ekonomi negara?

M: Tidak. Kita telah mengalami kemajuan yang lebih baik daripada negara lain. Apabila nilai matawang menurun hingga setengah harga asalnya, dan kemudian itu berlaku pula penurunan harga saham sehingga terhakis 90% nilainya, sudah tentu setiap syarikat yang tergugat itu akan gagal juga. Tidak kiralah betapa cekap pengurusannya. Kerajaan Amerika pernah mengeluarkan dana sekitar USD2 billion, sebagai hadiah semata-mata, kepada Chrysler ataupun GM ataupun Ford, kalau saya tidak silap akan nama sebenarnya. Pemberian itu adalah satu pertolongan jika tidak syarikat itu gulung tikar. Kepada saya itu adalah usaha menyelamat bersifat "bailing out". Bukannya saya tidak mengaku betapa adanya korupsi di Malaysia. Tetapi, kalau anda sebut kronisme, saya tentu akan membantahnya. Saya tidak membantu orang kerana merka kroni saya. Saya membantu mereka kerana mereka ada bakat.


AW: Pelaburan asing di Malaysia semakin berkurangan. Tetapi anda terus mengkritik Barat, yang merupakan sumber dana yang masuk melabur.

M: Kita telah mengkritik negara asing sejak dulu lagi. Tetapi pelaburan asing tidak berhenti. Orang lain masih lagi melabur di negara ini kerana mereka sukakan stabiliti negara dan mereka suka dengan cara kita menguruskan matawang.


AW: Tetapi pelaburan terus menurun?

M: Keadaan ini berlaku di seluruh rantau ini. Banyak dana yang masuk ke Eropah, ke Amerika dan sedikit sahaja yang masuk ke rantau ini. Ekonomi Jepun sedang merudum kerana itu mereka tidak melabur di sini. Bukannya dasar dalaman Malaysia ataupun dasar luar yang agresif yang memudaratkan pelaburan. Kalu ada pun, tidak banyak.


AW: Apakah anda akan mengubah sistem mengekang ringgit?

M: Saya tidak faham kenapa semua orang terus mengemukakan soalan ini. Sehingga hari ini sistem matawang kita telah banyak membantu kita. Selagi sistem kewangan antarabangsa tidak diubah, untuk menyekat pemusnahan ekonomi negara oleh orang yang mahu membuat duit darinya, saya tidak akan merobah sistem matawang kami.


AW: UMNO sudah kehilangan sokongan pada pemilu 1999 dulu, dan terus kehilangan sokongan itu. Kenapa?

M: Banyak sebabnya. Cara menggunakan isu Anwar telah memainkan peranan yang besar, terutama sekali gambar mata lebam, seolah-olah saya yang membaham matanya itu. Pihak pembangkang tidak pernah menjelaskan bahawa mata lebam itu bukannya kerja saya. Orang lain yang membuatnya. Bukannya saya mempunya kuasa menyekat perbuatan yang menggila orang bawahan saya. Tetapi saya yang menerima tuduhannya, begitu juga dengan parti yang diseranah sehingga kami kehilangan sokongan kerananya.

Kemudian, kita mempunyai PAS yang mengugut orang yang tidak arif dalam ajaran Islam, dengan mengatakan kalau mereka memangkah UMNO, mereka akan masuk neraka jahanam. Ramai wanita UMNO yang selama dulu memangkah UMNO tetapi sanggup berkata kini: aku sudah tua sekarang ini dan mungkin mati tidak lama lagi. Aku akan mula pangkah PAS sebagai jaminan tidak masuk neraka. Mereka menakut-nakutkan orang. Mereka tanam bibit kebencian terhadap kerajaan. Untuk pertama kalinya kita dapati rakyat yang berpendidikan tinggi, para professional yang membenci kerajaan. Mereka menuduh kerajaan sebagai korup, tidak telus dan mengamalkan kronisma. Tetapi, mereka adalah golongan yang menikmati segala dasar itu.


AW: Kebencian itu bermula daripada politik di Malaysia. Anda singkir timbalan anda Anwar Ibrahim, yang dihukum oleh proses kehakiman yang ramai orang Malaysia kata terlalu zalim. Bukankah ini yang merangsang rakyat marhaen berhimpun di jalanraya?

M: Orang ini telah naik kerana saya. Saya yang melantik dia menjadi timbalan saya, tetapi dia berkerja sendirian sahaja. Kecenderongan awalnya ialah untuk menjadi ahli PAS. Tetapi dia memasukki UMNO kerana dia nampak lebih awal lagi betapa dia tidak ada peluang yang baik dalam PAS. Memang tidak ada sebab kenapa PAS akan melantiknya menjadi perdana menteri. Dia memasuki UMNO kerana beranggpan dia akan mampu memperalatkannya. Selama itu dia berencana. Saya tersilap memandang remeh keupayaannya untuk mencetuskan huru-hara.


AW: Tetapi, anda berdua sedang bermain satu lakonan. Anda bawa Anwar menganggotai UMNO kerana anda memerlukan UMNO yang mempunyai wajah keIslaman.

M: Saya bawa dia memasukki UMNO agar tidak menjadi ahli Pas dan seterusnya mencetuskan kekecohan. Apabila anda menjadi ahli UMNO anda harus menerima perjuangannya itu. Dia telah memperalatkan UMNO untuk matlamat sendiri. Dia wujudkan sel-sel (cabang klandestin) di setiap organisasi, dalam perkhidmatan polis, tentera, perkhidmatan awam, di kalangan pelajar, pensyarah universiti tempatan dan di seberang laut. Dia telah membangunkan satu sistem yang taat setia kepadanya dengan menggunakan kuasa yang ada. Apabila dia menjadi timbalan perdana menteri tindakan seterusnya ialah untuk menggulingkan saya. Saya memang tidak terbayangkan bahawa seorang yang pernah saya bantu mahu melakukan semua itu.


AW: Selain daripada Anwar sebagai pemangkinnya, pihak pembangkang telah mendapat modal politik berasaskan persepsi bahawa UMNO adalah untuk kumpulan elitis dan berteraskan wang.

M: Saya telah menasihatkan UMNO agar berubah sikap. Sejak beberapa tahun yang lalu, kejayaaan negara ini telah membuatkan ramai rakyat yang bersifat kebendaan. Saya akui ini adalah satu cabaan yang besar untuk diperjuangkan.


AW: Apakah anda menang?

M: Segelintir ahli UMNO di akar umbi berkata, kami hanya dapat sedikit duit sahaja. Orang yang kami pilih membalun lebih banyak wang ringgit lagi untuk diri mereka sendiri - kenapa anda tempelak kami sendangkan yang kami dapat hanyalah sedikit sahaja. Kalau kami enggan menerimanya, orang lain akan melakukannya. Bagaimana anda boleh berdebat dalam perkara itu? Pemikiran begini memang salah. UMNO menjadi lemah sekarang ini kerana sudah ketiadaan semangat berjuang seperti dulu. Tujuan menjadi ahli UMNO bukanlah untuk menjadi menteri ataupun membuat harta. Tujuannya ialah berkhidmat.


AW: Ramai orang yang kagum dengan anda pada masa lalu, merasakan anda akan mengakhiri kerjaya itu dalam suasana yang dingin; sebagai seorang otokrat anda telah musnahkan timbalan anda, menyuburkan kronisme dan sengaja menentang penubuhan globalisasi. Apakah perkara ini tidak menyedihkan anda?

M: Saya tidak peduli semua itu. Saya lakukan apa yang saya fikirkan mesti dilakukan. Dan saya puashati dengan keputusannya. Saya tahu apa yang orang kata mengenai saya adalah tidak benar, tetapi saya tidak boleh lakukan sesuatu agar mereka sedar. Saya tidak kisah kalau mereka tuduh saya seorang diktator kerana saya tahu saya bukannya diktator. Kalau mereka menuduh saya mengamalkan kronisme, saya tahu saya tidak melakukannya. Dalam hidup harian seorang ahli politik, memang ada manusia yang bersedia memberitahu dunia bahawa inilah insan yang paling hebat di dunia, namun ada juga manusia yang mahu membunuh saya. Sedarkah anda betapa mereka kerap menyebut di setiap majlis UMNO, perdana menteri yang dikasihi dan lain-lain lagi? Saya jawab, janganlah puji-puja saya. Saya tahu satu hari nanti anda juga yang akan membenci saya ini. Yang pentingnya ialah apa yang kita lakukan bersama dan apa yang telah kita sempurnakan. Kalau anda lakukan perbandingan di antara apa yang dilaksanakan di negara ini dengan apa yang terlaksana di negara membangun lain, anda akan mendapat ilham apakah sudah tercapai kejayaan itu ataupun tidak.


AW: Kalau anda merenung masa silam, apakah sesalan anda?

M: Mungkin saya menyesal memasuki politik. Sepatutnya saya terus kekal sebagai seorang doktor. Ketika saya mengamalkan bidang perubatan, saya memang sudah popular. Rakyat kasihkan saya.


AW: Apakah yang fikiran anda yang akan menjadi ingatan orang terhadap anda?

M: Saya tidak kisah pun.

-Asiaweek-

>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Subject: Asiaweek : Dr M - 'When You Grow Old, You Face Reality'

From Asiaweek
Issue 26th January 2001

'When You Grow Old, You Face Reality'
At 75, Mahathir Mohamad sounds worn down by unprecedented criticism of his rule

Malaysians either love or hate Prime Minister Mahathir Mohamad, but few have doubted his fighting spirit. At least until now. At 75, Mahathir's legendary combativeness has faded. When Editor Dorinda Elliott, Managing Editor Salman Wayne Morrison and Correspondent Arjuna Ranawana interviewed him in his office at the new administrative capital Putrajaya, Mahathir slumped in his chair and appeared tired and worn down by the unprecedented criticism of his rule. He acknowledged that his party has lost its way and that he is no longer master of his country's fate. Excerpts (a longer version appears on www.asiaweek.com):

Race is in the headlines again. Ethnic Chinese groups are demanding meritocracy. Thirty years after the NEP began, racial tensions persist. Has the NEP failed?
Some Chinese are extremists. They make unreasonable demands, which negate the social contract we entered into at the time of independence. The vast majority of the Chinese are very tolerant. They understand the reasons behind the policy of positive discrimination. They have seen what has happened in other countries where there is no attempt to equalize the development of the different communities, and how people take it out on the Chinese community. But there is a perception that Malays are divided and this is the time to make demands.

Aren't the Malays divided because UMNO and the whole Malaysia Inc. system have been tainted by cronyism? The idea of cronyism is not a local idea. It appeared first in foreign magazines, including Asiaweek. The NEP has benefited some 7 million Malays. Not just one or two - 7 million Malays. We promised that there would be equality between the Chinese and the indigenous peoples at all levels. At the highest level, at the big business level, there have been hardly any Malays. They had to be brought up, so that there is equitable sharing of the growth of this country. Otherwise, people will say that we share only the poverty, not the wealth. So when companies allocate shares, we use the opportunity to give the shares to a few Malays if they show the capability. But anybody who is given shares, whether he is known or not known by government leaders, or prominent or not, is immediately labeled a crony. We become open to the accusation that we have cronies, but then to whom do we give?

But if you keep protecting bumiputras through affirmative action, won't Malaysia be left behind in a globalized economy? We have to protect them because it is in the interest of the country's stability. There is a feeling among international experts, among economists, that affirmative action is bad. That people who are poor should remain poor, people who are lacking in skill should not be helped. Do you want to see a Malaysia where the Malays, the majority, are thrown to the side?

Many young Malaysians are frustrated by the system.

I was young once also. When you grow old you face reality. You have to accept there are certain things that you cannot do.

Is the delayed restructuring of top companies slowing the economy's recovery?

No. We have made better progress than most other countries. When you halve the value of a currency, and then you reduce the share prices by 90%, any company, no matter how strong, no matter how well-managed, will fail. The American government came up in support of Chrysler or GM or Ford - I forget which - with almost a gift of $2 billion. That's how they recovered. They would have gone under without help. That to me is real bailing out. I'm not saying there is no corruption in Malaysia. But cronyism, that I will refute. I don't help people because they are my cronies. I help people who have ability.

Foreign direct investment in Malaysia is falling. Yet you keep criticizing the West, the source of the funds coming in. We have been criticizing other countries a long time, yet the investments keep coming in. People are still investing in this country because they like the stability, they like our currency management.

Yet investment has been declining.

It has been declining throughout the whole area. A lot of money is going to Europe, to America, and little is coming to this region. The Japanese economy is in bad shape and they are not investing either. It is not Malaysia's internal policy or aggressive foreign policy which is affecting investment. At least not much.

Are you reviewing the peg on the ringgit?

I don't know why everybody keeps on asking me this question. Up until now it has done us a lot of good. Until the international financial system is changed, so that people cannot destroy whole economies simply because they want to make money for themselves, I will not review the peg.

UMNO lost support in the 1999 general elections and is still losing support. Why?

There are many reasons. The clever use of the Anwar issue played a very big role, especially that picture with the black eye. [It's] almost as if I went and beat him up. The opposition never tried to explain that it was not I but somebody else. I don't have control over some spontaneous reaction by people, even if they serve under me. But I got the blame and the party got the blame and we lost support because of that. Then the Islamic party Pas threatened people not well versed in religion, that if they voted for UMNO, they would go to hell. We had UMNO ladies, who had consistently voted for UMNO, saying, I am old now, I am going to die soon, I will vote for Pas to make sure that I will not go to hell. They frightened people. They have built up hatred toward the government. For the first time we find people who are well-educated, professionals, hating the government. They say the government is corrupt, the government is not transparent and practices cronyism. Yet they are the beneficiaries of our policies.

The hatefulness stems from Malaysian politics. You dismissed your deputy Anwar, who was caught in a judicial process that many Malaysians found cruel. That's what brought people into the streets. This man who had been brought up by me, pushed up until he became my deputy, was all along working for himself. His inclination would have been to join Pas. But he joined UMNO because he foresaw no future for Pas. There was no way Pas could ever make him prime minister. He came into UMNO because he thought he would be able to turn it his own way. All along he was plotting. I underestimated his capacity for creating trouble.

But you were both playing a game. You brought Anwar into UMNO because you needed to give UMNO an Islamic face.

I brought him into UMNO to keep him from joining Pas and creating mischief. Once you are in UMNO you must accept UMNO's struggle, and not make use of UMNO for your own personal purpose. He built up cells in every organization, in the police, in the armed forces, in the civil service, among the students, among the university teachers, abroad. He was building up personal loyalty to himself, using his power. Once he became deputy prime minister his next step was to overthrow me. I could not imagine that a person I helped would do that.

Aside from the Anwar factor, the opposition has capitalized on the perception that UMNO is elitist and moneyed.

I have told UMNO you have to behave yourself. Over the years, because of the success of the country, these people have become materialistic. I admit that. It is a very tough battle to fight.

Are you winning?

Some grassroots people say, well, we only get a few dollars. The people we elect make so much money for themselves - why do you grudge us these few dollars? If we don't take [the money] then somebody else will. How do you argue against that? But this mentality is wrong. I've got my frustrations with my own party. UMNO is weak because there is no dedication [like] before. The purpose of getting into UMNO is not to become ministers and make money. The purpose is to serve.

Many people who have admired you in the past say that you are ending your career on a low note: as an authoritarian figure who destroyed his deputy, tolerated cronyism and unreasonably fought globalization. Does this sadden you?

I just don't care. I do what I think I should do, and I am satisfied with the results. I know what they say about me is not true, but I cannot make them believe otherwise. I don't care if people say I am a dictator, because I know I am not. If they say I practice cronyism, I know I don't. In the life of any politician there will be people who want to tell everyone this is the greatest guy in the world, and there will be people who want to kill me. You know, in UMNO meetings they keep on saying, the beloved prime minister, etcetera, etcetera. I said, please don't praise me. I know one day you are going to hate me. What is important is what we do together, and we have done it. If you make a comparison between what is done in this country and what is done in other developing countries, you will have a fair idea about whether there has been success or not.

As you look back over your career, what are your regrets?

Maybe I regret going into politics. I should have stayed a doctor. When I was practicing, I was very popular. People loved me.

What do you think you will be remembered for?

I don't care.

http://cnn.com/ASIANOW/asiaweek/