Laman Webantu   KM2A1: 3656 File Size: 12.9 Kb *



TAG MT 11: Hak Untuk Bertanya (FEER)
By S. Jayasankaran

25/1/2001 1:23 am Thu

TAG 0011

[Sekali pandang SUHAKAM nampaknya sedang dibicarakan. Sudah lebih setahun berlalu dan banyak perkara sudah berlaku, tetapi SUHAKAM masih diam mebisu. Ia sendiri sengaja tidak menghadirkan diri alam perhimpunan rakyat dengan pelbagai alasan yang tidak mencerminkan sikap bertanggungjawab. Sepatutnya SUHAKAM tiba lebih awal dan pulang paling lewat dalam setiap perhimpunan reformasi - barulah rakyat dapat menilai apakah ia satu badan pemerhati atau sekadar menyibukkan diri. Badan ini harus merasa malu dengan gerakan Green Peace dan Hak Asasi Dunia di negara luar yang bersusah payah merakam penganiayaan terhadap manusia walaupun nyawa mereka sendiri terancam. Tanpa kesungguhan seperti ini SUHAKAM hanyalah layak menjadi satu lagi perhiasan buat pelancung memandang. Sampai bila pun keganasan polis tidak akan menemui penghujung jalan. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Hak Untuk Bertanya

(Right To Inquire)

Oleh: S. Jayasankaran / Kuala Lumpur.

FEER Issue cover-dated January 25, 2001


Seorang suri rumah telah memberitahu bagaimana dia diarahkan untuk berbogel oleh seorang polis wanita ketika dalam tahanan polis dan disuruh pula selepas itu untuk berketuk ketampi. Para doktor telah juga membuat pengakuan bagaimana mereka merawat beberapa orang pesakit kerana luka-luka, calar-balar dan terseliuh yang ada kaitan dengan kes pukulan. Ahli Parlimen pembangkang Wan Azizah Wan Ismail telah menceritakan mengenai gas pemedih mata. "Saya terdengar orang menjerit" "gas, gas". Kemudian saya terdengar bunyi "pop, pop, pop" sambil terlihatkan kelongsong gas yang ditembakkan itu menuju ke arah saya secara berurutan." Penjelasannya itu membuat semua yang ada di situ, senyap menyepi.

Demikianlah majlis penyiasatan pertama mengenai pelanggaran hak asasi manusia pada awal Disember dulu. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti segala tuduhan terhadap kekejaman polis kepada para penunjuk perasaan yang pro-Anwar yang berhimpun di pinggir Kuala Lumpur pada November 5. Penyiasatan itu dilakukan oleh SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) sebagai badan bebas yang pertama yang diberikan hak untuk melakukan penyiasatan mereka secara bebas.

Reaksi pertama yang muncul daripada pegawai tinggi polis dan ketua hakim negara ialah menyoal hak Suhakam mengadakan siasatan itu. Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi akhirnya terpaksa campurtangan untuk meyakinkan suruhanjaya itu akan kerjasama pihak polis. Sehingga kini belum ada seorang pegawai polis yang telah disoal-siasat walaupun mereka dijangka akan dipanggil juga.

Siasatan ini menunjukkan betapa wujudnya perubahan sikap sejak Anwar dijatuhkan. Inilah contoh tuntutan rakyat marhaen yang semakin mendesak terhadap kebertanggungjawaban pihak berkuasa dan peranan pegawai yang dipersoalkan. Dalam satu jangka masa yang panjang, suasana ini akan mewujudkan satu masyarakat awam yang lega dengan tekanan pemerintahan yang otokratik. Sejak beberapa tahun yang lalu, perbuatan menggunakan kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan yang tidak diberikan keizinan merupakah sesuatu yang dianggap perkara biasa. Tetapi sejak Anwar dijatuhkan pada September 1998, diikuti pula oleh perbicaraannya yang disusuli terus oleh pemenjaraannya, telah mengubah cara cara rakyat marhaen menilai pihak yang memerintah dan mereka yang dipilih untuk menjadi wakil rakyat. Kedudukan Suhakam yang memberi penekanan kepada pentingnya setiap insitusi memikul tanggunjawab itu adalah satu pertanda kepada perubahan yang dinantikan. Dengan tidak menyanggah Suhakam, para pemimpin sudah memberikan isyarat betapa mereka bersedia menerima sebarang perubahan.

Ia merupakan satu langkah pertama yang penting," kata Param Coomaraswamy, seorang peguam yang bertindak sebagai "rapporteur" kepada PBB, mengenai kebebasan hakim yang ada. "Apa juga yang akan berlaku, inilah satu proses evolusi untuk Malaysia. Kita sedang melangkah ke arah kehidupan yang mengamalkan demokrasi yang lebih luas lagi."

Suhakam tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendakwa, tetapi boleh mengemukakan cadangannya untuk kerajaan bertindak. Semua cadangan yang dikemukaan itu memang disiarkan untuk pengetahuan umum. Namun, beberapa aktivis seperti Elizabeth Chin tidak berapa selesa dengan keadaannya. "Kalau semua ini tidak menghasilkan sesuatu, bererti tidak ada bezanya dengan, sebagai contohnya, menulis surat kepada akhbar-akhbar" kata beliau. Chin ialah setiausaha agong kepada Human Rights Association of Malaysia, satu kumpulan bukan kerajaan. "Kita mungkin perlu melihat pilihan lain seperti menyerlahkan rintihan kita di jalanraya."

Beberapa aktivis dan pemimpin politik pembangkang menganggap Suhakam sebagai satu alat yang sengaja diwujudkan oleh Mahathir untuk meredakan kemarahan rakyat marhaen terhadapnya dalam isu membabitkan Anwar Ibrahim. Tetapi, Mahathir telah bersetuju dengan penubuhan Suhakam ini pada 1997 lagi, sebelum Anwar diaibkan. Cuma penubuhannya itu berlaku pada tahun sudah (2000). Chandra Muzaffar seorang ahli politik pembangkang berkata: "Suhakam terpaksa menonjolkan keredibilitinya sendiri. Buat masa ini adalah terlalu awal untuk mengatakan semua ini akan menjurus arah demokrasi yang lebih luas. Lagipun penubuhannya adalah satu usaha untuk memperbaiki imej kerajaan.

Pengerusi Suhakam, Musa Hitam, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri memang terkenal dengan pendapat liberalnya. Beliau meletakkan jawatan selepas bertelagah dengan Mahathir pada 1985. Perlantikannya mengetuai Suhakam adalah untuk memberikan kredibiliti yang amat diperlukan oleh kerajaan. "Tidak ada sesiapa di dalam kerajaan yang mencuba untuk mempengaruhi kerja-kerja kami," kata beliau. "Tetapi kami bukannya bekerja untuk menyenangkan sesiapa - bukan pihak pembangkang, bukan pertubuhan bukan kerajaan dan bukan juga kerajaan."

Musa telah memilih 12 pesuruhjaya itu sendirian dan sikapnya untuk bersendirian mungkin akan mencetuskan perbalahan dengan pihak kerajaan. Bekas Ketua Hakim Anuar Zainal Abidin yang mengetuai sessi siasatan sekarang ini dengan disertai oleh tiga orang pesuruhjaya, mengatakan segala bukti yang diterima akan menjadi asas tindakan sivil.

Sementara itu, Musa telah membangkitkan isu kebebasan rakyat untuk berhimpun yang sengaja disekat di Malaysia. Suhakam sedang menyediakan satu pindaan kepada undang-undang mengenai hak berhimpun, yang akan dikeluarkan pada bulan Februari. Tidak ada satu pun yang boeh dianggap suci. Bagaimana dengan Akta Keselamatan Negara (Internal Security Act) yang membenarkan penahanan tanpa bicara" "Apa pula denganya"" tanya Musa. "Tidak ada sesuatu yang berkata kami tidak boleh menyiasatnya dan melakukan cadangan. Itu adalah kerja kami."

Akhirnya, Musa beranggapan bahawa Suhakam adalah laksana mahkamah terakhir dalam isu moral. Bukannya senang untuk memajukan hak asasi manusia dalam satu budaya yang menghina mereka sejak berdekad lamanya. Namun siasatan itu adalah permulaannya. "Walaupun tidak ada sesuatu yang berkesan darinya, orang yang memegang kuasa tentu sudah sedar akan kewujudannya," kata Coomaraswamy. "Mereka sedar betapa mereka sedang diperhatikan dan akan dipertanggungjawabkan. Tentunya ini sesuatu yang baik untuk negara saya."

-S.Jayasankaran-





Source: FEER

http://www.feer.com/_0101_25/p021region.html


Right to Inquire

The Human Rights Commission's first public inquiry is a test of accountability and reflects changes in society since Anwar Ibrahim's fall

By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR

Issue cover-dated January 25, 2001


A HOUSEWIFE TOLD how she was ordered by a policewoman to strip in custody and do knee bends. Doctors testified about treating patients for wounds, abrasions and fractures consistent with beatings. Opposition MP Wan Azizah Wan Ismail told of tear gas. "I heard people shouting ... 'gas, gas.' Then I heard 'pop, pop, pop, pop' as tear gas canisters were fired in my direction repeatedly," the wife of jailed former Deputy Premier Anwar Ibrahim told a hushed hearing.

Malaysia's first public inquiry into alleged human-rights abuses opened in early December, looking into charges of police brutality at a demonstration in support of Anwar on the outskirts of Kuala Lumpur on November 5. The inquiry is the work of the new government-approved Human Rights Commission, or Suhakam in Malay, the first such body with considerable freedom to decide what it investigates.

The initial response from the nation's top police officer and the attorney-general was to question Suhakam's right to hold an inquiry. Deputy Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi finally had to intervene to assure the commission that the police would cooperate. No police have testified so far but are expected to be called soon.

The inquiry reflects changes under way since Anwar's downfall--such as growing demands for official accountability and questioning of leaders. These may even in the long term lead to the emergence of a genuine civil society in a country long used to authoritarianism. Forcibly breaking up an illegal assembly would have provoked little reaction a few years ago. But the September 1998 sacking of Anwar and his trials and imprisonment changed the way that many Malaysians view their government and those they elect. Suhakam's position that institutions must be accountable is symptomatic of that shift. By not opposing Suhakam, leaders have signalled their tacit acceptance of that change.

"It's an important first step," says Param Coomaraswamy, a lawyer and United Nations rapporteur on the independence of judges. "Whatever happens, it's an evolutionary process for Malaysia. We're slowly getting into greater democratization."

Suhakam has no powers to prosecute but can recommend government action. All the inquiry's recommendations are made public. Still, activists such as Elizabeth Chin aren't holding their breath. "If nothing comes out of this, then it's no different from, say, writing a letter to the newspapers," says Chin, secretary-general of the Human Rights Association of Malaysia, a non-governmental organization. "We may have to look for other options, like taking our case to the streets."

To some rights activists and opposition politicians, Suhakam is a sop from Prime Minister Mahathir Mohamad to international outrage at Anwar's treatment and an attempt to co-opt the human-rights movement. But Mahathir agreed to the commission in 1997, before Anwar's sacking. It was formed last year. Says opposition politician Chandra Muzaffar: "Suhakam's enhanced its own credibility. But it's still too early to say all this will lead to greater democratization. It was, after all, set up to refurbish the government's image."

Suhakam's chairman is Musa Hitam, a former deputy premier known for his liberal views. Musa resigned after clashing with Mahathir in 1985. He was appointed to Suhakam apparently to give it much-needed credibility at a time when the government had little. "To be fair, no one in power has tried to influence us to do anything," he says. "But we are not here to please anyone--not the opposition, not the non-governmental organizations, and not the government."

THE POWERFUL PUT ON NOTICE

Musa chose his 12 fellow commissioners himself and his independent streak may eventually put him at odds with the government. Former Chief Justice Anuar Zainal Abidin, who is heading the current inquiry by three commissioners, has said that evidence from it could be a basis for civil suits.

Meanwhile, Musa has raised in public the right to free assembly, tightly circumscribed in Malaysia. Suhakam is producing a review of laws on the right of assembly, to be issued in February. Almost nothing seems sacrosanct. What about the Internal Security Act that permits detention without trial? "What about it?" Musa replies. "There's nothing that says we can't look at it and make recommendations. That's our job."

Ultimately, Musa sees Suhakam being the final court of moral suasion. It won't be easy to promote human rights in a culture that was largely contemptuous of them for decades, but the inquiry is a start. "Even if nothing results from it, people in power are being put on notice," says Coomaraswamy. "That they are under scrutiny and they will be held accountable. That's good for any country."