Laman Webantu   KM2A1: 3653 File Size: 3.9 Kb *



TAG MT 10: Malaysia Cuba Berbaik Semula
By MSNBC

25/1/2001 12:23 am Thu

TAG 0010

[Kebangkitan rakyat Filipina akan membuat Mahathir merasa tertekan. Cuma tinggal dia seorang yang masih degil walaupun suara menyeru beliau berundur sudah kedengaran dari luar dan dalam. Dia bertindak-balas dengan isu 'perpaduan melayu' tetapi kemudian menambah kabinet dengan barua yang akan lebih menjahanamkan lagi orang melayu berserta dengan budaya dan ugama mereka bersekali. Selagi Anwar tidak dibebaskan, selagi itulah Mahathir dan Umno bersatu dengan Umi Hafilda. Hanya orang melayu yang tidak tahu malu sahaja yang sanggup melakukan begitu takkan 'ayah' Ummi tidak tahu menahu? - Editor]


Penterjemah: -MT-


Malaysia Cuba Berbaik Semula

(Malaysia Seeks To Turn Page With Philipines)


Kuala Lumpur, Jan, 20 - Malaysia sedang membuat rancangan untuk berbaik semula dengan Filipina selepas tersingkirnya Presiden Joseph Estrada. Sebelum ini kerajaan Malaysia memang mempunyai hubungan yang dingin dengan kerajaan beliau.

Dalam satua laporan Bernama, Perdana Menteri Mahathir Mohamad, telah menyambut baik perlantikan Gloria M-Arroyo pada Sabtu lalu dan berkata beliau merasa lega dengan selesainya krisis presiden di manila itu.

Namun, seorang pemimpin pembangkang berkata perubahan kuasa di Filipina itu akan membuatkan Mahathir merasa semakin terpinggir dalam menghadapi tekanan pergerakan reformasi di rantau ini.

"Saya yakin Presiden baru Filipina akan berkerjasama dengan Malaysia," kata mahathir yang kini berada di Jepun.

Arroyo telah mengangkat sumpah pada hari Sabtu selepas mantan presiden Joseph Estrada kehilangan sokongan angkatan bersenjata dan polis dan terpaksa akur kepda keputusan Mahkamah Tinggi yang melucutkan jawatannya.

Hubungan diplomatik di kalangan negara berjiran memang sudah kendur untuk beberapa waktu selepas Estrada menyatakan sokongannya kepada mantan menteri kewangan Malaysia Anwar Ibrahim.

Mahathir pernah menuduh isteri Anwar Wan Azizah Wan Ismail yang kini mengetuai sebuah pergerakan politik bagi pihak suaminya, sebagai boneka Estrada. Bekas pemimpin Filipina itu pernah menemui Wan Azizah sebanyak dua kali sejak Anwar disingkirkan pada September 1998.

Malaysia dan negara jirannya memang mempunyai perjanjian tidak bertulis agar tidak campurtangan dengan urusan dalaman pihak lain.

Mahathir yang telah memegang kuasa sejak 1981 dan merupakan pemimpin Asia yang paling lama berkhidmat, berpendapat bahawa Arroyo harus menumpukan usaha untuk memulihkan ekonomi negara.

"Ini adalah kerana nilai peso, sebagai contohnya, telah merudum begitu teruk sekali," katanya. Beliau menyarankan betapa Malaysia berminat untuk meningkatkan hubungan niaga dengan Filipina.

Pemimpin pembangkang (bekas pemimpin sebenarnya-penterjemah) Lim Kit Siang berpendapat Mahathir mungkin merasa lega dengan penyingkiran Estrada itu kerana sokongan Estrada secara terbuka kepada Anwar Ibrahim. Namun, kata Lim melalui satu kenyataannya, Mahathir yang akan berusia 75 tahun bulan depan, boleh juga merasakan dirinya semakin terpinggir.

"Di waktu yang sama, Mahathir akan merasa dirinya semakin terpinggir dan tertekan oleh tekanan pergerakan reformasi. Lagipun dia merupakan pemimpin (golongan lama) terakhir di rantau ini yang masih degil untuk berundur ataupun menerima tuntutan popular yang mahukan perubahan kepada iklim politik, ekonomi dan sosial." Lim adalah ketua parti pembangkang bernama DAP.

Di Indonesia, Presiden Suharto telah dijatuhkan sebaik sahaja tercetusnya krisis kewangan 1997/98 dulu.


-Reuters-