Laman Webantu   KM2A1: 3652 File Size: 6.1 Kb *



TAG MT 9: Pengalihan Kuasa Secara Aman
By MSNBC

25/1/2001 12:55 am Thu

TAG 009

[Kebangkitan kedua rakyat Filipina sungguh menakjubkan kerana ia berlaku tanpa pertumpahan darah dan kacau bilau sebagaimana yang asyik disebut oleh memanda diktator malaysia. Yang suka membuat kacau hanyalah puak loyalis Estrada yang semakin hari semakin pudar sinar mereka. Di negara kita tidak ada seorang reformis pun dihukum penjara sampai kini kerana kesalahan mengganas dan menyebabkan pergaduhan. Yang peliknya gambar beberapa kemusnahan asyik disabitkan kepada reformis jalanan. Tidakkah itu bermakna ada pihak upahan tertentu yang berada di atas undang-undang yang telah melakukan adegan ganas itu? - Editor]


Penterjemah: -MT-



Pengalihan Kuasa Secara Aman

(Peaceful Transition As Filipinos Force Out Leader)

Panas terik yang menggila, kelesuan yang semakin ketara dan emosi yang terus membara di antara penyokong dan penentang bekas presiden Joseph Estrada, nyaris-nayaris mencetuskan peristiwa tumpahan darah di perkarangan istana.

Ketika dia melangkahkan kakinya untuk keluar dari perkarangan istana untuk kali yang terakhir diringi anak dan isteri; senarai mangsa yang bunuh-membunuh tetap tidak berisi. Yang dirakamkan oleh sejarah hanyalah nama mereka yang luka tercalar sana-sini dialami oleh insan-insan yang terlebih berani.

Para penyokong kumpulan yang mahukan Estrada undur telah menyebutkan kisah betapa mereka berusaha sedaya upaya menonjolkan keunikan permberontakan yang diasaskan oleh 'kuasa rakyat' yang menjatuhkan Ferdinad Marcos pada 1986 dulu.

'Saya merasa bangga betapa kami mampu mengajar dunia betapa rakyat marhaen masih mampu berkumpul ramai-ramai di jalanraya untuk menegakkan haknya tanpa sebarang bencana,' seorang penunjuk perasaan anti-Estrada bernama Raul Car Uri telah menyatakan apa yang terpendam dalam hatinya.

Seorang sukarelawan Palang Merah yang bertugas merawat kebanjiran manusia di Jambatan Mendiola, Manila melaporkan bahawa dia hanya memberikan rawatan kepada lima orang sahaja. Salah seorang yang dirawat itu dimasukkan ke hospital kerana cedera di kepala, walaupun keadaannya tidak serius.

Insiden yang paling buruk melibatkan kumpulan anti-Estrada yang dirangsang oleh kumpulan yang memusuhi mereka. Mereka telah membolosi sekatan polis untuk mengejar penentang yang pro-Estrada itu sambil bertukar-tukar penumbuk dan membaling apa saja yang ada di tangan. Polis bertindak tangkas meredakan keadaan.

Di sebelah pagi, pasukan polis pencegah rusuhan yang berbekalkan belantan dan perisai telah memasang sekatan untuk memisahkan dua kumpulan yang mudah berantakan. Para petugas awam di kalangan anti-Estrada memang bijak menenangkan suasana.

Pemerhati asing telah bertindak cepat memuji peralihan kuasa secara aman daripada presiden yang diaibkan itu kepada naibnya Gloria Macapagal-Arroyo.

Perdana Menteri Australia John Howard telah mengalukan peristiwa itu dengan berkata 'inilah penyelesaian berasaskan perlembagaan yang dilakukan secara aman untuk menyekat krisis politik daripada berpanjangan.'

Pujian juga diberikan oleh Kedutaan Amerika di Manila.

Kalau ada pun rusuhan yang dirakamkan ketika kempen itu, ia berlaku pada hari Jumaat. Ketika itu loyalis yang pro-Estrada telah menceroboh kawasan niaga Makati untuk membaling batu ke arah musuh mereka.

Makati ialah kubu kuat kumpulan yang anti-Estrada.

Beberapa orang telah mendapat sedikit luka dan calar-balar dalam pertembungan kecil itu.

-Reuters-

>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Source: MSNBC

Peaceful transition as Filipinos force out leader

MANILA, Jan. 20 - With the heat, fatigue and emotions running high between supporters and foes of ousted president Joseph Estrada, there had been fears of bloodshed around the presidential palace.

But by the time he left the grounds for the last time on Saturday, the casualty list amounted to nothing more than a few cuts and bruises after some brief skirmishing between opposing camps.

Anti-Estrada supporters said they had gone to great pains to show the restraint of the ''people power'' revolt that brought down dictator Ferdinand Marcos in 1986.

''I'm proud that we can still prove to other parts of the world that we can go to the streets fighting for our rights without any violence,'' anti-Estrada protester Raul Car Uri said.

Red Cross staff at the Mendiola bridge in Manila, site of one of the gatherings, said they had treated just five people.

One of those was hospitalised with a head injury but it was not judged too serious.

The worst incident came when anti-Estrada supporters, goaded by the pro-Estrada group, charged through a police barricade and chased their opponents down a street exchanging missiles and punches.

Police quickly restored order.

Throughout the morning, riot police with shields and batons used barricades to keep the two sides well apart.

Civilian marshals on the anti-Estrada side also helped calm tempers.

Foreign observers were quick to praise the peaceful transition of power from impeached and disgraced Estrada to his vice-president, Gloria Macapagal Arroyo.

Australian Prime Minister John Howard said he welcomed ''the apparently peaceful and constitutional resolution to the political crisis.''

The U.S. Embassy in Manila also offered praise.

The only other violence in the campaign to oust Estrada came on Friday when Estrada loyalists ventured into the Makati business district had rocks thrown at them.

Makati is an anti-Estrada bastion.

A handful of people received minor injuries in the exchanges.