Laman Webantu   KM2A1: 3650 File Size: 6.3 Kb *



B2: Mahathir Agenda 'Perpaduan Melayu' - Beberapa Kecurangan
By Amin Sapiro

24/1/2001 10:02 pm Wed

Amin Sapiro (orang Melayu sudah mulai sedar diri)

[Kebangkitan rakyat di Asia Tenggara akhir-akhir ini cukup mencemaskan Mahathir. Dia perlu bergantung dengan parti pembangkang supaya tidak terhanyut kelemasan. Agenda 'perpaduan melayu' ditiup sebagai salam, sedangkan itu bukan cara tradisi orang berkenalan. Pandang diri sendiri terlebih dahulu kerana penyakit kusta itu tiada ubatnya selagi tidak dipotong anggota badan... - Editor]


MAHATHIR-AGENDA PERBINCANGAN 'PERPADUAN MELAYU' - BEBERAPA KECURANGAN

Bahagian: 2


Mahathir Bagai Anjing Buruk Kepala

PERISTIWA terbaru yang dialami Estrada di Filipina, Fuji Mori di Chile, PM Thailand dan Gus Dur di Indonesia, hingga Laurent Kabila di Zaire - semuanya mendebarkan Mahathir. Sebelum itu, Nawaz Sharif telah digulingkan oleh tentera yang bercanggah dengan beliau.

Jika dirumuskan, kita dapati keadaan yang mendorong berlakunya peristiwa itu adalah berpunca sama, iatu mereka tercabar kerana rakyat bangkit menuntut hak mereka. Maka berberakhir tidakan rakyat dengan kemenangan total.

Walapun regim Kabila (umpamanya) melantik anaknya menerajui pemerentahan, tidak bermakna regim itu akan selamat.

Di Jepun, Fukushiro Nukaga, menteri negara bagi dasar ekonomi dan fiskal serta teknologi maklumat, akan menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) akhirnya bersedia untuk memberi keterangan kepada sebuah jawatankuasa Parlimen yang menyiasat dua skandal rasuah melibatkan beliau.

Kini Mahathir makin terasa diri beliau bagai 'anjing buruk kepala' pula; dihambat dengan seranah jijik oleh rakyat dan dipulau oleh masyarakat dunia. Mahathir sudah semakin tersingkir dan dianggap 'selangkanas' dan pengadu-domba. Alangkah hinanya beliau?

Petanda Yang Merunsingkan Mahathir

Andaian itu semacam petanda kepada Mahathir dan UMNO/BN, bahawa, walaupun parti itu akan diwariskan kepada sesiapa yang dipilih oleh Mahathir untuk menggantikan beliau; namun politik rakyat akan terus bergolak selagi rakyat tidak diberi hak memilih dan menentukan wadah mereka.

Bermakna, jika Mahathir 'main kayu tiga' dengan berundur dan melantik sesiapa dari puak UMNO menggantikan beliau - if that is NOT the real solution which the rakyat wanted; pengganti Mahathir akan terus terjebak dengan masalah yang sama.

Rakyat tahu apa mereka mahu. Rakyat adalah elemen terpenting dalam menentukan dasar negara. Kerajaan dipilih tidak harus mendabek dada dengan monopoli 2/3 semata-mata. Jika mahu sesebuah kerajaan disokong rakyat; fikir baik-baik jangan terlalu ego bikin sesuka hati. Itulah dia maksud demokrasi sebenar.

Seharusnya Mahathir sudah membaca 'mood' rakyat selama lebih 2 tahun ini. Bahawa, perjuangan 'menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman' adah essence REFORMASI yang dipelopori DS Anwar Ibrahim. Persamaannya ialah 'Islah' yang bawakan oleh pemimpin PAS yang sudah nampak terserlah dengan imbauan tenaga baru yang semakin mengugat UMNO/BN.

Mahathir wajar faham dan mengerti bahawa memenjarakan Anwar dan menyekat gelombang riaksi rakyat melalui kekerasan bukan jalan penyelesaian. Hari ini, jika Dr. Mahathir masih menyangka dirinya diminati orang - sila UMNO maklumkan kepada beliau bahawa 'Mahathir adalah sama seperti 'Anjing Buruk Kepala'".!!.

Kemana beliau pergi, orang mengutuk beliau. Orang jijik mendengar cakap beliau. Apahlagi memandang mukanya?!! Di Jepun, Mahathir bercakap umpama orang mengigau. Tidak ada siapa yang peduli. Tambahan pula, masyarakat Jepun adalah 'masyarakat terbuka'.

Mereka tidak semudah itu mempercayai pandangan dan ugutan orang luar - apatahlagi orang bernama Mahathir Mohamad, pemimpin paling korup dalam sejarah hubungan Jepun-Malaysia!! Ini yang merunsingkan Mahathir!

Mahathir Tidak Ada Keistimewaan Apa-apa

Urutan peristiwa politik yang melanda negara Tenggara Asia sekarang, makin nampak menunjukkan bahawa politik negara-negara terbabit semakin terbuka menyebelahi rakyat sebagai agen penentu.

Konsep 'Diktator Feudal' sudah terkikis. Proses mengundurkan pemimpin yang tidak mendapat sokongan rakyat akan dilakukan secara terbuka. Walaupun ada tekanan seperti Myanmar - lawatan Mahathir ke sana baru-baru ini pasti melihat kerosakan yang berlaku dalam segala aspek.

Masakan orang Melayu dan rakyat negara ini akan terus bersabar membiarkan negara hancur demi menjaga hati seorang Diktator yang tidak tahu berterima kasih kepada rakyat. Cuba cari satu negara yang dikendalikan oleh sebuah regim Diktator yang pentingkan diri dan keluarga yang kekal?

Apa yang dilakukan Mahathir sekarang tak ubah seperti seorang anak-anak yang bermain dengan sebuah 'anak-anak patung'. Rakyat yang sudah matang semakin gigih dan suka 'menyakat' kanak-kanak itu. Sesekali dicuit anak patung itu; maka kanak-kanak tadi terjerit. Semua orang ketawa!! Jari-jari menuding ke arah kanak-kanak itu sambil ketawa menghilai 'Woooikkkk! UNDOR MAHATHIR..!!'

Momokan Penjajahan Asing

Rakyat tidak runsing dengan momokan penjajahan asing lagi. Tetapi rakyat makin resah dengan gejala 'penjajahan bentuk baru' dari kalangan pemimpin sendiri yang merompak hak rakyat dan berkukubesi memaksa rakyat menurut agenda kelompok mereka.

Untuk makluman Mahathir dan UMNO/BN, itulah faktor yang menyebabkan rakyat negara ini bangkit menentang regim Mahathir hingga UMNO punah dan BN semakin ranah.

Adakah Mahathir bersifat seorang pemimpin yang bakal membincangkan 'perpaduan Melayu'? Lebih-lebih lagi bila orang Melayu sendiri sudah melihat bahawa beliau 'is genetically NOT a Malay'!

Eloklah Dr. Mahathir Mohamad ambil 'hint' bahawa beliau adalah pemimpin yang tidak laku lagi. Mahathir sudah luput 'self-life'nya' Sudah jadi kertas tisu terpakai?.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)