Laman Webantu   KM2A1: 3646 File Size: 15.5 Kb *



TAG MT 7: Presiden Baru Filipina Ditabalkan
By MSNBC

24/1/2001 1:39 pm Wed

TAG 007

[Kuasa Rakyat jangan dipandang sebarangan. Kali ini ia menyebabkan bukan sahaja polis dan tentera berpaling tadah, malah hampir seluruh kabinet meletakkan jawatan. Yang menariknya benua Asia sekali lagi menyaksikan pemimpin wanita berjaya menyatu dan memacu kesedaran rakyat marhain.

Peralihan kuasa sudah berlaku di Pakistan, Indonesia, Thailand dan Filipina. Fenomena kebangkitan di Filipina amat menakjubkan sekali kerana suara rakyat berjaya memukau semua pihak yang selama ini tampak setia kepada kerajaan. Sewajarnya Mahathir sudah membaca isyarat di negara jiran ini sebelum terlambat. Undurlah segera sebelum rakyat tidak dapat memaafkan lagi. Dia sudah hilang sokongan orang melayu dalam pemilu November lalu. Dan sokongan kaum Cina semakin surut sejak Lunas dan isu Suqui berlalu. Teknik pengundi hantu pula sudahpun terbongkar dan sentuhan Samy Vellu sudah tidak semujarab dulu lagi. Tambahan kabinet baru-baru ini menggambarkan Mahathir perlu memutar habis-habisan jika tidak dia akan mudah terhumban sendirian. - Editor]


Presiden Baru Filipina Ditabalkan

(New Philippine President Sworn In)


Timbalan presiden Gloria Macapagal-Arroyo telah ditabalkan sebagai presiden baru Filipina pada hari Sabtu setelah Joseph Estrada menerima arahan Mahkamah Tinggi Filipina memecat jawatan yang disandangnya.

Gloria ternyata menahan kesebakan hatinya ketika mengangkat sumpah di hadapan puluh-ribuan para penyokongnya di Edsa Shrine di Manila. Itulah juga tempatnya pada 1986 dulu kuasa rakyat marhaen telah menggegarkan bumi Filipina sehingga dictator Ferdinand Marcos tumpas.

"Rakyat Filipino telah melakukannya sekali lagi di tapak bersejarah ini," kata beliau ketika berucap kepada rakyat jelata yang hadir sambil memuji "Kuasa Rakyat II" yang telah membantu beliau menjadi presiden terbaru republik itu.

"Saya terima tanggungjawab menjadi Presiden Republik ini," kata beliau kepada rakyat yang ada. "Saya melakukannya dengan semangat penuh keinsafan dan ketakjuban."

Kedudukan Estrada telah menjadi semakin lemah pada hari Jumaat apabila angkatan tentera dan polis menarik sokongan mereka dan mengalihkan kesetiaan kepada Gloria Macapagal-Arroyo. Ramai ahli kabinetnya yang meletakkan jawatan untuk memihak kepada kumpulan yang melakukan bantahan.

Para pemerhati berkata inilah Kuasa Rakyat yang berlaku secara songsang. Pada 1986, askar pemberontak bertindak dulu menyanggah Marcos diikuti kemudiannya oleh rakyat marhaen. Minggu yang lalu, rakyat marhaen menggegarkan jalan raya dengan bantahan mereka untuk diikuti pula oleh pasukan tentera.

Bertepatan dengan kata-katanya, Estrada tidak pun meletakkan jawatannya tetapi dilucutkan kuasanya oleh Mahkamah Tinggi yang bertindak pada pagi Sabtu. Beliau keluar bersama ahli keluarganya meninggalkan istana dengan menaiki tongkang, dua jam selepas Macapagal-Arroyo mengangkat sumpah. Beliau telah membuat pengumuman kepada television tempatan betapa dia "akan hidup dan mati di negara ini" dan tidak akan lari keluar seperti yang dicadangkan.

Dengan berpakaian jaket berwarna kulit langsat dan baju berwarna kelabu, Estrada nampak keletihan. Dia yang ditemani oleh isterinya Luisa menoleh kepada para wartawan. Kumpulan wartawan itu sibuk siku-menyiku untuk mendapatkan gambaran pasangan itu sebelum mereka melangkahkan kaki menaiki sebuah tongkang yang sedia menunggu untuk membawa mereka ke bahagian selatan provinsi itu. Anak lelaki Estrada, Jinggoy nampak sebak menahan airmatanya.

Sambil memperagakan senyuman paksa, Estrada mengucapkan "Salamat!" ataupun "thank you" dalam bahasa Tagalog dan memberikan tabik hormat terakhir kepada para pengawalnya.

Sebelum itu dia ada mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia "mempunyai banyak kesangsian" mengenai kesahihan dan ketepatan mengikut perlembagaan akan perlantikan Gloria Macapagal-Arroyo. Namun, dia lebih selesa melepaskan jawatan untuk kebaikan negara.

"Saya tidak ingin menjadi satu faktor yang menghalang pemulihan perpaduan dan keselamatan masyarakat negara kita," katanya.


KUASA RAKYAT


Berita keaiban Estrada itu muncul sebaik sahaja puluh ribuan rakyat marhaen yang menunjuk perasaan bergerak ke arah istana rasmi presiden. Di situlah Estrada telah bertahan sedangkan rakyat marhaen semakin galak mahukan beliau meletakkan jawatan. Tunjuk perasaan itu berlaku secara aman, hanya di saat terakhir gesaan mereka itu, kumpulan itu telah membolosi sekatan polis sehingga ada di antara mereka yang tercedera.

Pasukan keselamatan istana telah memberikan amaran sebelum itu kemungkinan berlakunya tumpahan darah seandainya para pembantah cuba menyerang istana.

Macapagal-Arroyo, merupakan anak perempuan kepada seorang bekas presiden Filipina. Beliau telah mengucapkan terima kasih kepada rakyat marhaen yang membantunya merangkul kuasa, termasuklah mantan Presiden Corazon Aquino yang pernah mengepalai kebangkitan rakyat marhaen terhadap Marcos pada 1986.

Beliau juga berterima kasih kepada mantan presiden Fidel Ramos dan Ketua Gereja Katholik manila, kardinal Jaime Sin yang telah mengepalai protes 1986 dulu dan juga yang terkini itu. Sin telah memainkan peranan yang besar dalam kempen mengnyahkan Estrada kerana dia menjadi penasihat kepada Macapagal-Arroyo.

Wakil MSNBC Orlando de Guzman telah melaporkan daripada manila bahawa beberapa Filipino, terutama sekali mereka di kelas menengah, lebih selesa dengan Macapagal-Arroyo daripada populis Estrada kerana sebagai lulusan Harvard, Gloria memang telus dan mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris yang sungguh baik. Lagipun beliau merupakan anak perempuan kepada seorang mantan Presiden Filipina.

Yang pentingnya, mengikut de Guzman, ramai rakyat mengharapkan Gloria akan mampu memecahkan tradisi politik naungan di Filipina.


Sokongan Amerika

Dengan berlangsungnya majlis angkat sumpah Gloria dan pengunduran Estrada, berakhirlah kebangkitan rakyat marhaen yang memakan masa lima hari lamanya selepas Dewan Senat melakukan pengundian pada hari Selasa yang lalu untuk mengenepikan apa yang sepatutnya bukti penting dalam proses pendakwaan Estrada. Kedutaan Amerika di Manila mengalu-alukan perlantikan Arroyo itu.

Kita memang mempunyai hubungan yang kuat dengan Presiden Gloria Macapagal-Arroyo sejak dulu lagi. Kami bersedia mengeratkan hubungan ini seterusnya," demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh kedutaan itu.





Presiden Penuh Kontroversi

Ketika pendakwaan berjalan, Estrada digugat untuk disingkirkan kalau didapati bersalah terhadap salah satu tuduhan terhadapnya - korupsi, rasuah, pecah amanah dan melanggar hukum perlembagaan. Dia mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu.

Antara Tuduhan Terhadapnya:



  1. Rasuah: Bahawa Estrada telah menerima sekitar $8.5 juta daripada pengurus judi haram;

  2. Korupsi: Estrada dituduh menerima $2.7 juta daripada cukai tembakau dan tidak membuat laporan yang betul akan hartanya.

  3. Pecah Amanah: Estrada campur tangan dalam siasatan terhadap seorang kawannya di Suruhanjaya Sekuriti yang bersangkutan dengan satu skandal berkaitan penetapan harga saham;

  4. Menyalahi Perlembagaan: Estrada mengambil peranan dalam bisnes hartanah urusan keluarganya. Sedangkan ada peraturan yang mencegahnya mempunyai kepentingan niaga ketika memegang jawatan presiden.


Sebagai presiden Filipina yang ke-13, pada Jun 30, 1998, Estrada memang sengaja mengundang kontroversi yang menakjubkan rakyat marhaen yang majoritinya beragama Kristian Katholik. Dia memang ditentang oleh Gereja Katholik kerana kelakuannya yang suka berpoya-poya dengan wanita, berjudi, pemabuk dan menghasilkan zuriat di luar nikah.

Popularitinya sebagai pelakon filem terkenal satu ketika dulu dan personaliti yang dilakonkannya telah mempersonakan rakyat marhaen untuk menyokongnya. Pengaruhnya itu memang menakjubkan golongan miskin walaupun dia tidak diterima secara selesa oleh kumpulan ningrat dunia politik.

Gloria Macapacal-Arroyo telah menyindir cara hidup Estrada dalam ucapan utamanya. Dia berjanji "untuk menonjolkan satu budaya kerja yang anggun" dengan menekankan betapa pentingnya melaksanakan tugas daripada berpura-puraan.

"Jawatan presiden bukannya satu jawatan untuk berseronok-seronok, ia adalah satu jawatan di mana seseorang itu perlu bekerja keras," katanya.

Secara kebetulan, Macapagal-Arroyo telah mengangkat sumpah sebagai presiden Filipina yang ke-14 beberapa jam sebelum George W. Bush mengambil upacara yang serupa di Washington. Mereka berdua adalah anak kepada bekas presiden negara mereka.

-MSNBC Staff And Wire Reports-

>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Sumber: http://www.msnbc.com/news/default.asp

New Philippine president sworn in

Macapagal-Arroyo replaces corruption-tainted Estrada


Gloria Macapagal-Arroyo is sworn in as the new president of the Philippines in Manila on Saturday.

by MSNBC STAFF AND WIRE REPORTS

MANILA, Philippines, Jan. 20 - Vice-President Gloria Macapagal-Arroyo was sworn in as the new Philippine president on Saturday after disgraced incumbent Joseph Estrada accepted a Supreme Court order stripping him of his title. Macapagal-Arroyo choked back the tears as she took her oath of office before tens of thousands of cheering supporters at the Edsa shrine in Manila, the stage of the 1986 'people power' revolt that toppled dictator Ferdinand Marcos.

Colt reports on Joseph Estrada's prospects. Colt on Estrada's likely successor Gloria Macapacal-Arroyo.

'THE FILIPINO has done it again on the hallowed ground of Edsa,' she told the crowd, praising the 'People Power II' that helped sweep her into office.

'I accept the privilege and responsibility to act as President of the Republic,' she told the jubilant masses. 'I do so with a sense of trepidation and a sense of awe.'

Estrada's position was severely weakened on Friday when the military and police withdrew their support and shifted allegiance to Macapagal-Arroyo. Most of his cabinet also resigned and sided with the protesters.

Observers said it was People Power in reverse. In 1986, rebel soldiers moved first against Marcos - and then civilians acted. Last week, civilians erupted in protest, and the soldiers followed. Estrada, true to his word, had not resigned from office but was stripped of power by a Supreme Court ruling on Saturday morning. Estrada and his family left the presidential palace by river barge about two hours after Macapagal-Arroyo was sworn in. But the deposed leader declared to local television that he 'will live and die in this country' rather than flee overseas as had been suggested. Wearing a beige jacket and gray shirt and appearing worn down by fatigue, Estrada and former first lady Luisa had a fleeting last encounter with journalists.

Pushing, shoving, panting, reporters fought to catch a last glimpse of the Estradas as they boarded the barge on their way to a southern province. Estrada's son, Jinggoy, appeared to be holding back tears.

Forcing a smile, Estrada said 'Salamat!' or 'thank you' in Filipino and gave a final salute to his guards.

Earlier, he said in a statement he had 'strong and serious doubts' about the legality and constitutionality of Macapagal-Arroyo's appointment, but said he would leave for the good of the country. 'I do not wish to be a factor that will prevent the restoration of unity and order in our civil society,' he said.

'PEOPLE POWER'

The news of Estrada's downfall came soon after tens of thousands of protesters had surged towards the presidential palace - where Estrada had been holed up - demanding his resignation. The protests had mostly been peaceful, but in a final push through barricades and police, some protesters were bloodied.


Presidential security forces had earlier warned of bloodshed if the protesters were to storm the palace. Macapagal-Arroyo, the daughter of a former president, thanked many people for helping her to power, including former President Corazon Aquino - who led the 1986 uprising against Marcos. She also thanked former president Fidel Ramos and the Roman Catholic Archbishop of Manila, Cardinal Jaime Sin, who was a key organizer of the Edsa protests in 1986 and again this time. Sin played a major role in the campaign to oust Estrada and is an adviser to Macapagal-Arroyo.



MSNBC.com's Orlando de Guzman reported from Manila that some Filipinos, especially those in the middle class, can better relate to Macapagal-Arroyo than the populist Estrada, because she is Harvard-educated, articulate, and speaks excellent English. She is also the daughter of a former Philippine president. Moreover, de Guzman reported, many people hope she can break the cycle of patronage politics in the Philippines.

U.S. SUPPORT

Macapagal-Arroyo's swearing-in and Estrada's departure brought to a head five days of protests following a controversial senate vote on Tuesday to suppress supposed crucial evidence in Estrada's impeachment trial.

The U.S. Embassy in Manila welcomed Arroyo's appointment. Hundreds of thousands of anti-Estrada
protesters pack a street just outside of the presidential palace in Manila on Saturday, demanding the resignation of beleaguered President Joseph Estrada.

'We have had an exceptionally strong working relationship with new President Gloria Macapagal-Arroyo in the past, and are looking forward to working with her to strengthen U.S.-Philippine relations even further,' the embassy said in a statement.

CONTROVERSIAL PRESIDENT

In the impeachment hearings, Estrada faced removal from office if convicted of any one of the charges against him -corruption, bribery, betrayal of public trust and culpable violation of the constitution. He pleaded not guilty to all charges.

Prone to controversy since he became the 13th president of the largely Roman Catholic country on June 30, 1998, Estrada was opposed by the church which was mortified that a man who had owned up to womanizing, gambling, binge drinking and fathering several children out of wedlock should be elected president. His movie star past and up-front personality helped win him massive support, especially among the nation's poor, but he was never accepted by the political elite.

Macapagal-Arroyo made thinly veiled attacks on Estrada's lifestyle and persona in her acceptance speech, saying she would 'promote a work ethic and a dignified lifestyle' and saying performing was more important than grandstanding.

'The presidency is not a position to be enjoyed, it is a position where one must work very hard,' she said. By coincidence, Macapagal-Arroyo was sworn in as the 14th president of the Philippines only hours before George W. Bush was to take the oath in Washington - and both are children of former presidents.