Laman Webantu   KM2A1: 3641 File Size: 7.5 Kb *



Sampai Bila Rakyat Dijadikan Kuda Tunggangan oleh Elite Politik UmnoBN
By Amin Sapiro

23/1/2001 11:15 pm Tue

Amin Sapiro (sudah panas miang?..)

[Mahathir nampaknya menggelabah sakan sejak Lunas tertewas. Dia masih mampu gembira dengan keputusan pilihanraya umum November lebih setahun sudah tetapi Lunas adalah kejutan yang menakutkan. Tentu kita masih belum lupa selepas pilihanraya kecil Arau dulu DSAI terkeluar. Kali ini Mahathir tidak mengeluarkan sesiapa, cumanya Hamid Othman yang berundur sendiri. Apakah Hamid terikut dengan rentak Md Rahmat dan Sabaruddin Cik? Tiada rombakkan sebenarnya, tetapi tambahan untuk mendinding diri diktator dari disengat dari luar dan dalam Umno.

Lunas adalah satu sentuhan ajaib dari perhimpunan bersejarah Jalan Kebun. Mahathir cukup bimbang dengan perhimpunan-perhimpunan seperti ini. Bukankah Anwar ditangkap selepas satu perhimpunan terbesar di Dataran Merdeka lebih dua tahun lalu?. Gambar-gambar dan rakaman video perhimpunan ini begitu bermakna sekali, kerana ramai yang melihatnya akan terasa ingin pergi. Perhimpunan di Banting mungkin tidak seramai mana kerana lokasinya agak jauh dari kampus universiti. Pihak penganjur perlu mengambil iktibar dari kelemahan perhimpunan kali ini. Kaum pelajar adalah nadi reformasi, dan mereka tidak ramai yang berkereta. Itu jangan kita terlupa sampai bila-bila.
- Editor (sedikit kecewa)
]


SAMPAI BILA RAKYAT DIJADIKAN KUDA
TUNGGANGAN OLEH ELITE POLITIK UMNO/BN?


Nota: Maaf, kali ini saya akan berbicara secara serius.

PERTARUNGAN elite politik sesama pimpinan UMNO dengan Dr. Mahathir semakin tenat. Mahathir semakin nampak menyebelahi mereka yang berketurunan India muslim bergelar 'malbari' atau lebih dikenali 'mamak'. Keadaan ini semakin ketara diakhir-akhir ini terbukti dari petambahan Kabinet baru(A) beliau.

Dalam pertambahan beberapa orang Menteri dan S/U Parlimen, Mahathir tidak lagi mempedulikan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat berketurunan Melayu. Malah, Dr. Mahathir telah memberi tempat kepada kemasukan beberapa orang kami ampu beliau walaupun melalui 'senatorship'.

Seorang wakil dari parti 'nyamok PPP' telah diberi kesempatan. Orang itu adalah penyangak bertaraf perompak yang ligat dalam beberapa kes penipuan wang.

Apa yang terjadi dewasa ini adalah dinilai sebagai persoalan yang mencemarkan elite politik UMNO yang semakin merudum. Mahathir semakin nampak lebih cenderung menyelamatkan dirinya saja dari menyelamatkan parti atau menepati janji kepada parti, rakyat dan orag Melayu.

Mahathir memang dalam keadaan paling sukar dan tertekan untuk mempertahan dan merebut kekuasaan politik kebelakangan ini.

Kewibawaan Pembangkang Melayu khusunya sudah semakin mengehebat kebelakangan ini. Mereka sudah mengupas setiap perbuatan pemimpin regim Mahathir, khususnya perihal kekorapan mereka yang terbabit dalam isu-isu rasuah dan pnyelewengan mega. Mereka adalah individu-individu yang terkait dengan Mahathir secara langsung mau pun melalui hubungan politik UMNO/BN. Meeka pasti akan dilindungi Mahathir.

Pembangkang sudah mebogelkan segala karenah busuk, nepostisme, kronisme dan korupsi serta pelbagai dasar Mahathir yang tidak menyangkut kepentingan rakyat banyak. Wakil-wakil rakyat UMNO sendiri makin merasa mereka hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan untuk melegitimasi perilaku elite-elite yang dipertikaikan itu, khususnya yang menyebelahi Mahathir.

Rakyat sudah mampu menilai keadaan sebenar hasil keikutsertaan massa Pembangkang dan tulisan rencana dan artikel internet pro Reformasi dan Pembangkang yang membuat pelbagai pendedahan benar dan tepat. Ceramah-ceramah memainkan peranan besar dan kelangsungan amat berkesan. Ribuan penyokong mendapat maklumat. Media massa sudah ketandusan ide.

Semakin dilihat sekarang bahawa, jika masa lampau, pertarungan elite-elite politik sesama UMNO menyokong Dr. Mahathir adalah upaya mobilisasi untuk menjatuhkan lawan politik masing-masing. Tetapi fokus sebenar sekarang adalah untuk menubuhkan kesatuan sesama mereka dalam UMNO/BN untuk menjatuhkan Dr. Mahathir dan beberapa pengampu beliau. Ini satu perkara yang amat serius.

Mass media pro UMNO bukan lagi menjadi bacaaan yang diminati penyokong UMNO. Rakyat yang semakin sedar dan rasional sudah semakin membenci parti UMNO dan BN. Keadaan ini membuat rakyat mengambil kesimpulan bahawa mereka (rakyat) adalah korban dari petualang-petualang politik di tingkatan elite dalam UMNO/BN yang semakin rakus.

Ironisnya, mobilisasi orang perseorangan yang dilantik Mahathir menduduki elite-elite politik menerajui regim beliau ternyata telah menyebabkan bukan saja rakyat mencemuh mereka, malah puak UMNO sendiri.

Selain rakyat banyak, golongan muda terdiri dari mahasiswa sudah mulai nampak bergiat di dalam ledakan politik massa, termasuk beberapa NGO yang semakin peka bersebab dari penindasan oleh regim Mahathir yang keterlaluan.

Walaupun dimasa-masa lampau, golongan cendekiawan tidak pernah menyuarakan sebarang bantahan terhadap dasar kerajaan secara formal dan sama sekali tidak pernah menyatakan sikap untuk mendukung salah satu elit politik tertentu, namun sekarang keadaan sudah berbeda jauh. Mereka adalah penyokong Pembangkang.

Beberapa pensyarah sudah lantang bersuara kerana Kementerian Pendidikan negara ini tidak mempedulikan kesimbangan anak-anak Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke bidang sains dan teknoloji, kemudhan biasiswa dll.

Kementerian terbabit telah membatalkan Asasi Sains di Universiti Malaya, dan biasiswa akan dikenakan faedah bunga 4% tanpa menimbangkan kemiskinan keluarga Melayu. Padahal Mahathir masih sibuk membailout Kroni beliau dalam angka puluhan billion RM.

Hari ini, 20 Januari 01 dijangka akan menyaksikan aksi Perhimpunan aman demonstrasi rakyat bertempat di Kg. Medan, Telok Panglima Garang, Selangor.

Mungkin regim Mahathir menganggap Perhimpunan 100,000 rakyat itu sebagai suatu tindakan memalukan yang dilakukan oleh rakyat terhadap regimnya. Sebelum ini para demo kerap diugut dengan FRU yang bersenjata. Mereka dizalimi dengan pelbagai cara.

Perbuatan polis memukul rakyat cuma diberi alasan paling bodoh iaitu 'Kerajaan sama sekali tidak bertanggung jawab atas segala tindakan kamu berdemo."

Sikap buruk dan diktator regim Mahathir sudah sampai saat menyikapi, bukan saja pertarungan antara-elite politik sesama UMNO, malah Mahathir tidak sedar bahawa pemimpin UMNO/BN sendiri sudah menimbulkan isu dan persoalan 'dukung-mendukung' Mahathir sebagai Presiden parti. Mahathir semakin tertolak!!

Bagi Mahathir, ketidakpedulian beliau terhadap rakyat dan orang Melayu seharusnya adalah persoalan yang lebih genting sekarang. Mahathir harus menganggap isu ini amat penting bagi pemimpinnya menanganinya demi survical parti. Tetapi, sampai hari ini, hak-hak rakyat masih dipinggirkan secara struktural dan sistematis oleh regim Mahathir.

Bermakna Pembangkang Melayu dan Barisan Alternatif semakin jelas membuktikan kepada penyokong UMNO/BN atas pagar bahawa regim Mahathir wajib ditumbangkan pada Pilihanraya umum tahun 2004 ini.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)