Laman Webantu   KM2A1: 3640 File Size: 15.1 Kb *



TAG MT 4: Lantunan (FEER)
By S. Jayasankaran

23/1/2001 9:02 pm Tue

TAG 4

[Masalah pencemaran tayar terpakai menyebabkan ada usaha untuk mencipta proses untuk mengitarnya. Proses dan formula itu sudahpun ditemui tetapi tiada kesungguhan pemimpin negara untuk mengkomersilkannya. Akhirnya formula itu 'dicipta kembali' oleh seseorang yang pernah berkhidmat di RRI dengan rakannya. Sudah tentu itu hasil usaha bertahun-tahun RRI sebenarnya - mengapakah begitu mudah teknologi itu diciplak keluar? Ganjaran sepatutnya diberi kepada SEMUA saintis-saintis RRI dan hasilnya sebaiknya dimanfaatkan kepada penoreh getah kerana rata-rata hidup mereka teramat susah. Dengan tidak mengendahkan mereka, getah akan kekal menjadi satu industri yang tidak mengenang budi. Patutlah penoreh mundur sampai kini. (Sila baca nota kaki oleh Pak -MT-) - Editor]



Penterjemah: -MT-


Lantunan

(Bouncing Back: Oleh S. Jayasankaran/Kuala Lumpur)

FEER INVENTION: ISSUE COVER-DATED January 18, 2001)


Manusia menghadapi masalah dengan getah kerana tidak mampu memusnahkannya sama sekali apabila diperlukan. Di Amerika Syarikat, lebih 300 juta tayar dibuang setiap tahun sehinggakan sudah ada lebih dua billion tayar terbuang yang disumbatkan di lubang-lubang besar dan tempat buangan sampah di seluruh negara itu. PBB telah memberi amaran betapa getah yang terbuang kini merupakan salah satu masalah utama dunia.


Mungkin ada insan yang mahu menempelak Charles Goodyear kerana semua masalah ini. Pada tahun 1839, dia terserempak dengan teknik memanaskan getah asli dengan belerang ataupun peroksida. Inilah yang kini dikenal dengan terma 'vulcanization' (vulkanisasi). Proses ini mampu menghasilkan pembikinan tayar kereta. Malangnya hasil proses itu terlalu kuat dan teguh untuk dikitar balik kepada bentuk asalnya. Sejak itu dunia masih tercari-car cara yang mudah untuk mengitar semula tayar ataupun untuk memusnahkannya.


Seorang usahawan Malaysia, Vinod Sekhar, memang amat mengharapkan masalah yang sedia ada itu dapat dijadikan satu usaha yang menguntungkan. Kerana itu dia menyenaraikan syarikatnya di pasaran saham Kuala Lumpur, sebagai sebuah syarikat yang mempunyai satu formula untuk mengitar semula getah seperti yang dicipta oleh bapanya.

Pada 1995, Balachandra Sekhar, merupakan bekas ketua eksekutif Institut Penyelidikan Getah (Asli) di Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya mencipta formula yang disebut itu bersama seorang pakar getah tiruan berbangsa Russia, Vitaly Kormer. Ciptaan mereka adalah satu penemuan baru yang mampu merobah industri getah dan persekitaran dunia. Mereka telah berjaya menemukan formula untuk mengitar semula getah yang pejal itu untuk mengembalikan sehingga ke tahap 80%, unsur-unsur getah yang asli.

Usaha Vinod Sekhar bersama-sama rakan niaganya dimulakan dengan membina sebuah kilang pada 1996 di Malaysia. Tetapi, keadaan ekonomi Asia merudum. Kini, dengan berbekal hak reka cipta bersifat 'global patent', Sekhar berniat untuk memasarkan hasil ciptaan yang dipegangnya itu ke seluruh dunia.


Penemuan tersebut memang akan menukarkan wajah industri pembikinan getah. Selain daripada memberi kemudahan komersial yang berbentuk penyelesai masalah yang mencemar persekitaran global, formula yang ditemui itu akan mengurangkan kos buatan dengan cara mengnyahkan bahan-buangan di antara 5% hingga 40%, bergantung kepada barangan yang mahu diproses itu. Satu bahagian bahan getah terbuang yang murah harganya boleh dicampurkan dengan getah asli yang memang mahal harganya untuk menghasilkan pelbagai barangan - daripada sarung tangan kepada sisip pakaian 'scuba'; tanpa sebarang penurunan dalam kualiti hasil barangan itu.


Bagaimanakah proses ini boleh dilaksanakan? Sejenis 'compound' bernama Delink yang merupakan sebatian yang dianggap satu rahsia perniagaan, dicampurkan dalam bentuk pellet kepada barangan getah terbuang yang sudah dikecai-kecaikan. Campuran yang berbentuk 'crumb rubber' itu dikisar dengan mesin selama 10 minit dengan menggunakan suhu dalam rumah. Hasilnya, mengikut Sekhar ialah kepingan getah yang diberi jenama 'Devulvc' yang telah dibersihkan daripada belerang yang terkandung di dalamnya untuk mendapatkan kembali ciri-ciri yang menyerupai getah asli.

Delink tidak merupakan sesuatu yang toksik malahan ia tidak berbau. Hanya sedikit sahaja diperlukan untuk menjadi berkesan - 2.5 bahagian diperlukan untuk setiap 100 bahagian barangan getah buangan. Harganya pun murah. Mengikut Sekhar, satu kilogram barangannya berharga 66 cents Amerika untuk menghasilkan satu 'Devulc'. Di pasaran dunia harga getah asli ialah di antara $1 hingga $6 untuk setiap kilogram.


Undang-undang persekitaran yang ketat telah merangsang usahawan dan pengeluar barang buatan getah mencari kaedah menggunakan barang buangan sebagai bahan pengeluaran mereka. Di Amerika Syarikat sekitar 35% getah buangan digunakan semula dalam pelbagai bentuk. Ada yang dibakar sebagai bahan bakar, tetapi ia amat mencemarkan alam. Ada yang cuba memisahkan getah untuk menjadi hydrocarbona seperti minyak dan gas dalam satu usaha yang sungguh mahal kaedah prosesannya. Sebahagian besar getah buangan digunakan sebagai campuran asphalt dan juga perisian kepada barangan getah.


Vinod Sekhar mempunyai tugas besar untuk meyakinkan industri getah menggunakan ciptaannya itu. Ini bukannya satu perkara yang mudah kern dia berhadapan dengan satu industri yang sungguh maju dan telah membangun sejak lebih satu ratus tahun yang lalu. Namun, sejak kegagalan yang menghantuinya pada 1996 dulu, bapanya telah berjaya memperbaiki formulanya itu di mana semakin kurang getah kompaun yang diperlukan untuk proses kitaran.


Sekhar kini sudah mewujudkan satu usahasama dengan Tengku Imran Tengku Jaafar, seorang anak raja yang terkenal dalam dunia usahawanan di Malaysia. Mereka telah menubuhkan sebuah syarikat bernama Petra Technologies Inc., ataupun Petra yang didaftarkan di Delawarea. Syarikat ini memegang kuasa hak cipta kepada penemuan itu.

Sekhar berpendapat rencana untuk menyenaraikan Petra di New York akan bergantung kepada keadaan pasaran. Namun dia masih optimis. "Kali ini kami akan mulakannya di Amerika, di mana getah yang terbanyak digunakan. Kami akan mulakannya dengan betul sehingga terlaksana."

-S. Jayasankaran-

>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<




Catatan Penterjemah:

Saya menterjemahkan tulisan ini dengan harapan yang sungguh besar. Semoga orang Melayu terutama sekali para pemimpin politik dan juga para penoreh getah sedar. Ayah Vinod Sekhar adalah pengarah RRI (Instititu Penyelidikan Getah Asli) sebelum jawatan itu diambil alih oleh Tan Sri Ani Arope. Ketika Balachandra Sekhar memegang tampuk kuasa RRI itu ratusan anak Malaysia daripada kaum India yang dihantar bekerja di Makmal Getah Asli di England. Ramai di antara mereka tidak pun mempunyai kelulusan yang tinggi untuk bekerja di sana. Memadai dengan pangkat pembantu makmal sahaja. Tujuan sebenar ialah untuk membolehkan mereka belajar di waktu malam untuk memperbaiki diri. Ramai yang pulang dengan berkelulusan tinggi, tetapi tidak kekal di RRI untuk terus berkhidmat.

Pada awal 1970-an, ada satu jenis kimia yang berasaskan 'etheral'. Apabila disapu di permukaan kulit getah yan sudah dikikis kulit arinya, getah itu akan mengeluarkan susu tanpa ada sekatannya. 'Etheral' adalah kimia yang digunakan untuk pokok getah yang mahu ditebang semula. Siapakah pencipta kimia itu sebenarnya kalau bukan warga Malaysia termasuklah anak-anak Melayu yang membuat kajian bertahun lamanya dengan melakukan ujian di makmal dan juga di ladang-ladang. Siapakah yang meraih untung besar daripada penjualan formula kimia itu?

Kini, formula terbaru untuk mengitar barangan getah sudah ditemui. Ramai anak-anak Melayu yang turut serta dalam segala bentuk ujian penciptaan formula itu sudah pun lama bersara. Ramai lagi yang sudah menjadi aruah. Ini menunjukkan bahawa kajian untuk mendapatkan formula ini bermula begitu lama sekali selepas kita mencapai kemerdekaan lagi. Kini, orang lain yang tidak ada kena mengena dengan segala kerja berat-berat untuk mengsahkan kajian replikasi ujian formula itu dulu, yang akan meraih keuntungan besar darinya. Kalaulah ada keinsafan di kalangan pemimpin Melayu untuk mengetahui masalah ini, alangkah eloknya kalau formula seperti ini dikeluarkan dengan 'patent' yang lain pula kerana semua benda yang dikatakan formula itu masih ada lagi di otak anak-anak Melayu yang masih bertugas lagi ataupun yang baru bersara.

RRI harus mengeluarkan formula baru dengan segala hasil kajian yang ada di Sungai Buluh, di England dan di mana sahaja anak-anak Melayu melanjutkan pelajaran mereka yang pernah mengambil secebis formula itu untuk pengajian mereka. Keluarkanlah formula itu sebagai ciptaan anak Malaysia yang boleh dipasarkan dan hak royaltinya dinikmati oleh warga penoreh getah yang memang sudah lama sengsara di negara ini. Ambillah iktibar, kedaifan warga petani di negara ini adalah disebabkan kepimpinan yang menyeleweng yang bersikap sambil lewa terhadap masalah mereka.

Industri Getah Asli berusia hampir 75 tahun. Apakah jenis royalty yang ada dipegang oleh Malaysia ataupun anak-anak Melaysia hasil keunggulan industri itu dulu dan hasil jutaan ringgit yang dilaburkan untuk mengekalkan Pusat Makmal Getah Asli di negara orang?

Fikirkanlah untuk masadepan cucu-cicit warga petani di negara ini, terutama sekali mereka dalam industri getah asli. Ambillah iktibar dan soal diri sendiri, apakah kaedah yang sama sedang dilalui oleh industri kelapa sawit melalui segala hasil kerja penyelidikan di PORIM dan MARDI?

-MT-




Rencana Asal:

Source: http://www.feer.com/_0101_18/p037innov.html

FEER: INVENTION

Bouncing Back

A Malaysian entrepreneur plans a second attempt at marketing a novel way of recycling rubber

By S. Jayasankaran/KUALA LUMPUR

Issue cover-dated January 18, 2001


THE PROBLEM with rubber is that you can't get rid of it. In the United States, 300 million tyres are discarded annually, leaving more than two billion of them filling dumps and landfills across the country. The United Nations has warned that waste rubber is fast becoming one of the world's foremost environmental problems.

Blame it on Charles Goodyear. In 1839, he discovered that heating rubber with sulphur or
peroxides--vulcanization--produced a material strong enough to be used as car tyres. Unfortunately, it was too strong. And because vulcanization was considered irreversible, there seemed to be no way to recycle or dispose of used rubber.

Until now, that is. Vinod Sekhar, a Malaysian entrepreneur, hopes to turn a problem into a profit with a New York listing this year of a company that uses a rubber-recycling formula discovered by his father. In 1995, Balachandra Sekhar, former chief of Malaysia's Rubber Research Institution in Kuala Lumpur, and Vitaly Kormer, a Russian synthetic-rubber specialist, made what could prove to be a breakthrough for both industry and the environment. They hit upon a way to devulcanize rubber to the point where it regains up to 80% of its virgin properties.

Vinod Sekhar and others tried to exploit the discovery commercially in 1996 by setting up a factory in Malaysia. But then Asia's financial crisis hit. Now, global patents in hand, he's trying again. Sekhar intends to market the product worldwide, raising funds from a planned initial public offering on the American Stock Exchange within the next few months.

The discovery could revolutionize the rubber-products industry. Besides offering a commercially viable solution to a global environmental problem, it promises to cut production costs by eliminating waste--which ranges from 5% to 40%, depending on the product. A proportion of the cheaper, recycled rubber can be added to more expensive virgin rubber to make various rubber products--from gloves to scuba-diving fins--without any significant loss in product quality.

Independent tests first conducted in 1996 by rubber research institutions in Malaysia, India and Britain and by Ford Motor Co. in the U.S. upheld Sekhar's claims: that his father's discovery devulcanizes rubber without significantly harming the material's quality. Subsequent tests conducted in Britain in August last year confirmed the results.

How does the process work? A compound called Delink--whose composition remains a trade secret--is added in pellet form to broken-down waste rubber, or crumb rubber, and mixed in shearing machines for 10 minutes at room temperature. What emerges is what Sekhar has trademarked as "Devulc"--sheets of rubber stripped of its hardy sulphides and returned to its latex origins.

What's even more impressive is that Delink is nontoxic and odourless and that only a small amount is needed to work its magic--2.5 parts to every 100 parts of rubber waste. It's also cheap: According to Sekhar's business model, it would cost 66 U.S. cents a kilogram to convert waste rubber to Devulc. On the world market, virgin rubber costs between $1 and $6 a kilogram.

Stricter environmental laws have sent rubber-product makers scrambling to reuse waste rubber. In the U.S., around 35% of waste rubber is utilized in various forms. Some is burned as fuel, but that's highly polluting. Another application involves splitting rubber into hydrocarbons such as oil and gas, but the process hasn't reached commercially viable proportions. The bulk is used as a low-value addition to asphalt and as an inert filler in rubber products.

The real challenge for Sekhar is to convince industry to use his product. That's not easy, given that he's up against practices that have developed over more than 100 years. But since the failed effort in 1996 to market the product, his father has refined the formula so that less of the compound is needed in the recycling process.

Sekhar has teamed up with Tengku Imran Tengku Jaafar, an entrepreneur and Malaysian prince, to form Petra Technologies Inc., or Petra, a company registered in Delaware that controls the patent rights to the discovery.

This month, Petra will place out less than 5% of its share capital to U.S. institutional investors for $5 million, providing cash to help it introduce Delink to America.

Sekhar says the plan to list Petra in New York will depend on market conditions, but he's clearly optimistic. "This time, we are going to do it from America, which is the biggest rubber user," he says. "And we are going to do it right."