Laman Webantu   KM2A1: 3639 File Size: 16.0 Kb *



TJ MT MGG: Polis Buat Jualan-Murah
By M.G.G. Pillai

23/1/2001 7:52 pm Tue

MGG 2101

[Diskaun saman yang dilancarkan baru-baru ini semakin meruntuhkan lagi imej institusi polis. Jika perkara mudah seperti mengutip saman pun sukar dilakukan, apakah pihak polis dapat diharapkan untuk menyelesaikan pelbagai kes pembunuhan dan jenayah misteri yang lain? Sepatutnya pihak polis boleh menghantar nota (reminder) berkala setiap bulan kepada pesalah tetapi itupun masih tidak mampu dilakukan walaupun sudah berjuta membeli komputer dan peralatan menangkap yang gila-gila. Sesuatu perlu dilakukan dengan SEGERA untuk merombak institusi polis. Jika tidak sia-sia sahajalah membeli peralatan berjuta-juta, hasilnya diketawakan oleh pesalah juga akhirnya.... - Editor]


Penterjemah: -MT-


Polis Buat Jualan-Murah

(The Police Hold A Fire Sale)

Polis Di Raja Malaysia pernah mengugut dan memujuk rayu orang awam mengenai undang-undang dan saman yang bertapuk-tapuk tidak dijelaskan bayarannya. Selalunya salakannya itu tidak setara dengan gigitannya. Yang lebih teruk lagi, ia tidak mampu melaksanakan apa yang ditugaskan kepadanya.

Kini, pihak polis menawarkan harga potongan istimewa kepada semua pemandu yang telah dikenakan saman. Ini bererti segala tindakan yang digembar-gemburkan untuk menangkap pelanggan saman kesalahan lalu-lintas dulu berakhir dengan satu kegagalan juga. Nampak sangat mereka tidak mampu menyeragamkan segala penguatkuasaan itu.

Kita pernah diberitahu ketika itu betapa operasi polis akan diteruskan dengan berkesan sehinggalah sekitar 4.3 juta pemandu ditangkap kerana memperlekehkan saman.

Kini, polis pun terpaksa meniru gelagat para peniaga kedai untuk melancarkan jualan murahnya. Aksi melelong dengan harga potongan (diskaun) ini akan berterusan sehingga akhir Februari. Mereka yang datang menyelesaikan saman akan diberikan diskaun. Selepas itu tidak ada tempoh lanjutan lagi - ini bererti pihak tempoh lanjutan akan diumumkan juga - inilah urusan polis sehingga menjadikannya bahan ketawa orang awam sahaja.

Tidak ada orang yang bertanya kenapa berjuta surat saman dibiarkan bertimbun-timbun. Kenapakah polis tidak bertindak sebaik sahaja saman itu dikeluarkan? Pernahkah mereka yang bertanggungjawab dengan kerja bertapuk itu dikenakan tindakan disiplin?

Kenapakah denda maksimum bagi setiap kesalahan itu dipraktikkan? Bukankah itu memberi ruang kepada budaya korupsi? Selalunya seseorang boleh berunding dengan pegawai polis yang mahu mengeluarkan saman agar tidak diberikan saman itu akhirnya, dengan membayar sebahagian daripada nilai denda tertinggi saman itu.

Kaedah ini terlalu lumrah sehinggakan ia tidak lagi dianggap satu korupsi - Ia menjadi satu budaya hidup pula. Kalau anda mahu terus memandu di jalan raya anda mesti bersedia dengan budaya itu. Kalau denda yang dikenakan berharga rendah, semua orang akan membayarnya. Jika tidak, ramai pemandu yang sengaja enggan membayarnya, selagi mereka tidak tertangkap.

Inilah dilema pihak polis untuk menyelesaikan masalah saman yang dicetuskan oleh perbuatannya sendiri. Buat masa ini rakyat marhaen menganggap anggota polis itu sebagai makhluk yang merimaskan. Lagi kurang kita berurusan dengannya lebih baik kesannya. Setiap kali kita bersemuka dengan polis dan meminta sebarang nasihat, perkataan yang mula-mula sekali tersembul daripada mulutnya ialah bahagian undang-undang yang bersangkutan dan jumlah denda yang tertinggi yang terbit daripada melanggar undang-undang itu.

Setiap kali polis melancarkan sesuatu, seluruh negara akan cepat tahu. Akhbar dan media elektronik sentiasa berada untuk merakamkan aktiviti mereka itu. Kalau gerakan itu bertujuan mengesan penjenayah tertentu, ada sahaja keributan yang diketengahkan sehinggakan pada akhirnya tidak ada seorang pun penjenayah yang dapat ditangkap.

Ketika polis melancarkan kempen, adalah segelintir yang tidak bernasib baik tertangkap dan dikenakan denda yang tertinggi sekali. Ini dilakukan sebagai amaran kepada rakyat marhaen. Selepas itu tujuan sebenar kempen itu pun dilupakan.

Kalau berlaku pembunuhan, pihak akhbar akan berlumba-lumba untuk meneka di kalangan mereka akan gerak geri polis dalam operasi mengesan si penjenayah. Lapuran mengenainya pun dibuat mengikut tekaan tertentu sehingga satu hari di mana semua orang, termasuk polis akan lupa kisah jenayah itu.

Seorang gadis sekolah Audrey Melissa telah dibunuh di sebuah lorong pejalan kaki berdekatan sekolahnya di Kuala Lumpur (berhampiran Masjid Negara -penterjemah), beberapa tahun yang lalu. Apakah pembunuhnya telah ditangkap? Ahli Dewan Perundangan Negeri Kedah untuk kawasan Lunas, Dr. Joe Fernandez telah mati dibunuh. Keseluruhan gagasan Barisan Nasional bergegar, tetapi apakah pihak polis berjaya dengan menangkap pembunuhnya yang masih bebas berlegar? Berapa banyakkah lagi pembunuhan yang belum diselesaikan? Agak-agaklah sendiri untuk mendapatkan jawapan yang memuaskan.

Setiap kali pengedar dadah ditangkap, ataupun ada dadah yang ditemui, pihak akhbar memang cepat melaporkan cerita polis akan pembabitan 'raja dadah' tertentu ataupun kisah sindiket tertentu yang telah dilumpuhkan. Tetapi, selepas itu tidak pun kita dengar apa yang terjadi seterusnya kepada semua malaun itu. Kalau mereka dikenakan dakwaan di mahkamah, tidak pun kita dapat mengikuti kisah dakwaan itu, melainkan sekiranya ada peguam terkenal yang ikut terlibat.

Bagaimana agaknya, kalau semua raja-dadah dan sindiket itu telah dilumpuhkan, masih ada lagi urusan niaga yang mampu mereka lakukan semula?

Kenyataan sebenarnya, tidak kiralah apa yang cuba dipertahankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia; mereka ini seperti juga institusi kerajaan yang lainnya, sudah lama kehilangan kewibawaan dan maruah diri mereka. Mereka tidak lagi mengamalkan amalan biasa dalam penyiasatan mereka. Ramai di kalangan rakyat marhaen yang pernah membuat laporan polis mengenai kecurian ataupun kes ugutan akan mengesahkan perkara ini, betapa polis hanya mengambil laporan dan bertindak kemudiannya untuk melupakan perkara itu sahaja.

Kalau ada sesiapa yang melanggar kereta anda, bererti anda terpaksa menunggu berjam lamanya di balai, untuk membuat laporan polis. Inilah kisah yang pernah saya lalui satu ketika dulu. Oleh kerana pihak yang melanggar itu tidak membuat laporan walaupun saya memberikan keterangan mengenainya, polis tidak akan bertindak juga. Inilah yang diberitahukan kepada saya dengan tegasnya oleh seorang sarjan yang bertugas ketika itu. Soalnya sekarang, kita perlu melaporkan kemalangan itu kalau kita mahu membuat tuntutan kepada syarikat insuran.

Ketika ketua polis negara membalun muka seorang timbalan perdana menteri yang baru saja ditarik balik jawatannya, si pemukul dibiarkan bebas begitu sahaja. Inilah yang diikuti oleh semua anggota polis terhadap rakyat marhaen yang mereka tangkap. Ikan memang mereput daripada bahagian kepala, barulah ia menurun ke badannya. Inilah yang berlaku sebenarnya.

Apakah agaknya penjelasan menteri dalam hal negeri akan hal semua ini? Tidak ada yang boleh diharapkan darinya. Kenapakah dia tidak mengarahkan satu penyiasatan terhadap keengganan mengutip segala saman yang tertunggak itu? Sudah amat jelas kini, tindakan polis untuk mengadakan 'jualan murah' itu adalah satu kesalahan melanggar undang-undang.

Anda akan disaman kerana meletakkan kereta di tempat yang salah. Ini adalah satu perkara biasa kerana ketiadaan parking-kereta yang secukupnya disebabkan pihak berkuasa mahu mengurangkannya. Perkara semacam ini memang boleh dijumpai di merata tempat di Kuala Lumpur. Helahnya ialah mengalihkan kedudukan-salah kereta itu dua kali sehari, sebaik sahaja warden parking menunjukkan mukanya. Anda tidak akan kerugian apa-apa. Tetapi, kalau anda ditangkap kerana kesalahan begini, tunjukkan sahaja beberapa keping ringgit yang digenggam bersahaja kepada orang yang patut menerimanya. Saman kesalahan itu tidak akan menjelma.

Seandainya pihak polis mahu dihormati dan dipercayai, mereka mesti bertindak melebihi tindakan memberikan diskaun harga kepada bayaran saman yang telah dikeluarkannya. Ia mesti merombak keseluruhan institusi itu untuk berwajah baru seperti yang sepatutnya. Sebagai awalannya ia mesti mengubah cara kesamsengannya terhadap rakyat marhaen. Ia mesti merobah wajah daripada kumpulan bajingan yang dibenci oleh rakyat kepada satu kumpulan yang disenangi oleh rakyat.

Perubahan seperti itu tidak akan mampu dilakukan dalam tempoh sehari suntuk. Imej kewibawaan polis telah jauh tercemar disebabkan cara ia mengugut Anwar Ibrahim dan para penyokongnya. Nampak sangat ia menonjolkan imej sebuah pasukan polis yang memusuhi rakyat sebuah negara, semata-mata untuk menjadi penyokong totok pemerintah negara. Inilah gelagat satu pasukan yang sudah jauh menyimpang kerana berani mengganggu-gugat dengan tujuan jahat, untuk mencederakan sesiapa yang tidak bersekongkol dengan pemerintah yang durjana.

Kalau inilah fahaman anggota polis itu keseluruhannya, berpuluh lelongan dan diskaun serta 'jualan murah' lagi pun tidak akan mencapai sasarannya.

-MGG Pillai-
20 Januari, 2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

19 January 01

CHIAROSCURO

MGG Pillai


THE POLICE HOLD A FIRE SALE


The Royal Malaysian Police threatens, seethes, hectors, threatens with perdition if rules are disobeyed and summonses unsettled. But often its bark cannot match its bite. Worse, it does not even do what it is expected of it.

In what it describes as a "show of goodwill", it has offered a "fire sale" of traffic offenses. Its highly publicised crackdown on traffic summons defaulters ended in a whimper. It could not be sustained.

We were then told the crackdown would continue "relentlessly" until all the 4.3 million motorists with summons issued are "caught.

Now it takes on the practice of shopkeers to perk up business with a "fire sale": till the end of February, those who settle their summonses can do so at cut rates. There would be no more extensions -- which means there would be -- and the police takes another tack to make sure it is a laughing stock.

No one asked why millions of summonses were left to accumulate. Should not the police have acted on them when it should have? Why did it not? Have those responsible been punished for dereliction of duty?

But why is the maximum for the offence imposed as a matter of course? When it is, there is room for corruption. One can negotiate with the policeman issuing the summons and not get it for a fee, usually half that of the maximum for the offence.

This is so prevalent it is no more what would be petty corruption. It is a way of life. If you want to drive on the road, you have to live with it. If penalties are low, one will try to settle it. If not, and are unlikely to be found out, none would pay.

This is the dilemma the police face to wipe the summonses off the book. It is the police that brought this upon itself. As it is, to the average Malaysian, the policeman is a figure of dread. The less one has to do with him the better. The first word from the police when advise is needed is to be told the relevant sections of the law which provide for high penalties.

When it moves, the whole country knows of it, the newspapers and the electronic media on hand to record its move. If it is after criminals, enough noise is made to ensure no one is caught in the end.

When it launches a campaign, a few unfortunates get caught in the net and is fined the maximum possible, the public told to own up or face worse. And the campaign is forgotten.

A murder is committed? The newspapers will second guess each other to report every move for a few days, and everyone, including the police, forgets everything about it.

The schoolgirl Audrey Mellisa was murdered in a little-user pedestrial tunnel near her school in Kuala Lumpur a few years ago. Has the murderer been caught? The Kedah state assemblyman for Lunas, Dr Joe Fernandez, was murdered. It gave the National Front a seismic shock, but did the police go through with its promise to arrest the murderer? How many murders remain unsolved? It is a fair guess most are.

Whenever some drug dealers are caught, or some contraband is discovered, the newspapers are quick to report the police claim that this "kingpin" or that "syndicate" is crippled. But we hear precious little of what happened to the fellows. If they are charged in court, we hear precious little of the proceedings, unless a high profile lawyer is involved.

How is it that if these kingpins and syndicates are repeatedly crippled, they seem to have a remarkable to be back in business within days of their crippling?

The sad fact is, whatever the official spin, the Royal Malaysian Police, like the other institutions of state, has lost its raison d'etre. It does not investigate or initiate the routine police investigations -- as any Malaysian who had had occasion to report a robbery or an assault would tell you -- and then it is forgotten.

Someone knocked your car? Be prepared to spend the next five or more hours, as I once had to, at the police station waiting for a report to be filed. Since the other fellow did not, and although I gave it the details, I was told no further action would be taken. Not reporting a traffic accident is an offence. But the police sergeant was adamant. But one must unfortunately report an accident if one wants to claim from his insurance company.

When the inspector-general of police beats up the just detained former deputy prime minister to a pulp, he is let off with a slap on his wrist. This encourages the policeman to do likewise at those he arrests. The fish rots in the head first. And it spread down. As it has.

What has the home minister to say to all this? Precious little. Why has he not ordered an investigation at this blatant refusal to collect penalties? What the police ensure in this "fire sale" exercise is that it is all right to flout the law.

You are given a ticket for parking illegally, which you do because there are not enough car parks and the authorities do not look into this. There are few places in Kuala Lumpur where tens of cars are parked illegally every hour of the day. So long as the cars are removed before the twice-a-day grand entrance of the traffic wardens, nothing would happen. Should you be caught, a few dollars discreetly pressed into their hands would make them go away.

If the police want to be believed and trusted, more than a fire sale of traffic summonses must ensue. It must revamp itself into what a police force should be. For that, it must not threaten and already frightened citizen about to caught in a Kafka-like world. It must reorient itself into a friend, not enemy, of the people.

That cannot be in a day. Its copybook is blotted after how it treats Anwar Ibrahim and his supporters. It is seen not a police force of the people but of the establishment, out to harass and manhandle any who disagrees with it. So long as that remains, even "fire sales" would not help.