Laman Webantu   KM2A1: 3637 File Size: 11.6 Kb *



TJ MT MGG: Hu, Ha, Hi!!!! Timbalan Menteri India Sudah Mari
By M.G.G. Pillai

23/1/2001 11:58 am Tue

MGG1901

[Perlantikkan Kayveas tidak mengindahkan apa-apa melainkan ia semakin mengaibkan semua pemimpin kaum India yang ada. Mengapa Mahathir memilih Kaveaus sedangkan masih ramai pemimpin India, khususnya wakil rakyat mereka (walaupun MIC) yang lebih banyak berjasa kepada kaum India. Nampak sangat Mahathir mahu mengajar Samy Vellu kerana menyandarkan kekalahan di Lunas kepadanya. Perlantikkan itu turut menaikkan satu tetapi menjatuhkan seribu. Campur tolak, tindakkan Mahathir seperti memberi susu masam yang dicampur sesudu gula kepada anak yang menangis siang malam. Sampai bila pun anak itu tidak akan duduk diam. Dia akan terus meragam dan mengerang kesakitan. Sudah tentu Mahathir akan menutup telinganya dan terus beredar dari situ. - Editor]


Penterjemah: -MT-


Hu, Ha, Hi!!!! Timbalan Menteri India Sudah Mari

(MGG Hear! Hear! The Indians Have A Deputy Minister)

Saya menerima berdozen emel sebaik sahaja saya mengirimkan artikel untuk 'chiaroscuro' mengenai rombakan kabinet di malaysiakini/Sang Kancil semalam. Mereka mencemuh saya kerana tidak mahu membicarakan mengenai 'orang kita', Dato' M. Kayveas, yang dilantik menjadi timbalan menteri baru kepada kementerian perumahan dan kerajaan tempatan. Di satu majlis makan malam diplomatik malam tadi, saya diberitahu perlantikan seorang timbalan menteri baru seharusnya memberi kebanggaan kepada masyarakat India, walaupun presiden MIC, Dato' Seri S. Samy Vellu terpaksa memeram dendam mengenai perlantikan itu. Dato' Kayveas secara peribadinya, merasa bangga dan terhutang budi kepada Perdana Menteri kerana memberikan 'kepercayaan besar' kepadanya. Apa jenis kepercayaan yang dimaksudkan itu, agaknya?

Penghormatan apakah yang dibanggakan oleh masyarakat India kalau seorang timbalan menteri pernah satu ketika dulu dituduh mengutip RM100,000 daripada pegawai partinya untuk satu perhiasan kecil yang cantik tetapi tidak berharga? Sama ada perkara itu ada kebenarannya ataupun tidak, bukan menjadi soalnya. Di Darul Boleh apa juga boleh berlaku, sehinggakan tuduhan semacam itu tidak pun merunsingkan sesiapa. Cuma kebebalan insan yang membuat bayaran yang tinggi semata-mata dijanjikan satu bintang penghormatan daripada istana, tentulah patut direnungkan juga. Dia sepatutnya membersihkan dirinya dulu. Selagi dia tidak berbuat begitu, keraguan itu akan terus terpaku.

Baiklah, eloklah kita singkap cerita daripada mulanya. Siapakah namanya? Kayveas adalah satu satu mainan bunyi daripada abjad namanya K.V.S. Perkara semacam itu memang tidak boleh dianggap pelik. Lagi pun bukannya jawatannya itu hasil daripada pilihan rakyat; kalau dia diberikan kerusi negeri ataupun persekutuan, siapakah di kalangan marhaen yang akan mengetahui ejaan nama sebenarnya? Sepatutnya kalau Perdana menteri mahu memberi penghormatan kepada masyarakat India dia tentu boleh membuat pilihan daripada ramai lagi calon yang lebih berkelayakan dan menjadikannya seorang senator. Tugas perdana menteri tidak akan menjadi lebih hangat kalaulah dia melantik seorang ahli Parlimen yang sedia ada, walaupun di kalangan MIC. Terdapat beribu insan yang lebih berkelayakan dan lebih berwibawa untuk mengisi kekosongan itu.

Kenapakah Dato Kayveas dipilih? Yang pertama, Dato Seri Samy Vellu ada membuat sindiran di satu majlis sambutan Krismas betapa Perdana Menteri bertanggungjawab di atas kekalahan di Lunas. Sindiran ini telah disampaikan ke telinga seorang diktator tua dan membuatkannya bertindak untuk memberikan satu pengajaran kepadanya. Lagi pun, dia tidak mahu seseorang yang akan menggoncang perahu politik yang ada. Dia lebih pentingkan kesetiaan daripada anjing ribaan yang mengharapkan sepinggan makanan kini menerima jemputan bankuasi sebagai balasan. Lantikan itu dianggap sebagai satu penghormatan, kepada PPP (People's Progressive Party) sedangkan apa yang sebenarnya diterima ialah perlantikan presiden parti menjadi seorang senator dan dilantik menjadi timbalan menteri pula. Selepas kepimpinan parti dilepaskan oleh mendiang Seenivasagam dan juga adiknya, kualiti pemimpin yang mengambil-alih memang bertahap selekeh. Malahan salah seorang pemimpin yang mendahului Kayveas telah dijatuhkan hukuman tidak boleh mengamalkan kelulusan guamnya.

Apakah Perdana Menteri sememangnya mahukan kaum India mendapat perwakilan yang secukupnya di dalam kerajaan beliau? Tidak. Dia sedang dirundung lebih banyak masalah yang besar-besar untuk beliau memikirkan jenis kualiti wakil kaum India yang sepatutnya mewarnai kerajaannya. Perlantikan Dato Kayveas adalah bertujuan untuk menyindir Dato' Samy Vellu betapa kesetiaan yang menyimpang, walaupun dilakukan di kalangan sahabat rapat, adalah sesuatu yang tidak mudah dimaafkan. Nampaknya, masyarakat India mendapat seorang pemimpin yang dilantik untuk membolehkan seorang pemimpin India yang lagi satu merasakan aibnya. Apakah perkara semacam ini akan mendatangkan faedah kepada masyarakat India?

The New Straits Times telah secara gelojoh memberitahu kita betapa perlantikan beliau itu merupakan pertama kali ianya berlaku kepada jawatan kerajaan persekutuan sejak 1952. Adik beradik Seenivasagam, SP dan DR, merupakan tokoh politik di Ipoh yang memimpin PPP dan mampu menonjolkan kepimpinan yang unggul dan menyemarakkan harapan golongan rakyat marhaen dengan jayanya. Terutama sekali DR yang mampu berpidato dengan berapi-api, walaupun SP lebih merupakan seorang ahli politik yang lebih berhati-hati. Kematian DR telah merungkai keunggulan PPP dan selepas tragedi 13 Mei, SP telah bersetuju membawa PPP untuk bergabung dengan BN. Tetapi dia tidak pula bersedia memegang sebarang jawatan apabila ditawarkan oleh Tun Abdul Razak.

Kilauan api yang menyemarakkan PPP padam serta merta. Kerangka parti yang tinggal telah diambil alih oleh beberapa pemimpin MCA yang pernah dipecat daripada parti mereka. Namun PPP tidak pernah menerima sebarang peruntukan kerusi untuk dipertandingkan di Ipoh. Pada pemilu 1969 dulu satu koalisi yang dipimpin oleh SP telah berjaya memenangi setengah daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan dalam Dewan Undangan Perak, seperti juga yang pernah berlaku kepada koalisi yang dipimpin oleh Gerakan di Selangor. Inilah yang menggerakkan arus gelombang ketuanan Melayu ciptaan Tun Abdul Razak. Sejarah berikutnya melihatkan ketua PPP diberikan darjah gelaran 'Datuk', sedangkan pemimpinnya yang sebelum itu sudah pun dijatuhkan hukuman kemuflisan.

Latar belakang seperti ini sudah pasti tidak akan menceriakan masyarakat India walaupun mereka kini sudah mempunyai seorang timbalan menteri yang baru.

-MGG Pillai-
19 Januari, 2001.

>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Hear! Hear! The Indians Have A Deputy Minister!

I had a dozen emails, after I posted my Chiaroscuro column on the cabinet reshuffle in malaysiakini (http://www.malaysiakini.com) on Sang Kancil yesterday, berating me for not saying something about "our" new deputy minister of local government and housing, Dato' M. Kayveas.

At a diplomatic dinner last night, I was told this new Indian deputy minister should make Indian community proud, even if the MIC president, Dato' Seri S. Samy Vellu, sulks at it. Dato' Kayveas himself is proud and grateful for the Prime Minister's "great trust" in him. What trust is that, I wonder?

What honour do Indians acquire with a deputy minister not long ago accused of collecting RM100,000 from a party official for a minor bauble? Whether it is true or not is beside the point. But like much that happens in Bolehland, such accusations do not raise an eyebrow, though the naievity of the man who willingly paid such huge sums for what he thought was a title is touching indeed. He should clear himself of that. He has not. The doubts remain.

Let us begin from the beginning. What is his name? Kayveas is a literal rending of his initials K.V.S. There is nothing wrong with that, and since he could never ever elected, or for that matter given a state or federal seat, one would never know. If the Prime Minister wanted to honour the Indian community he should have chosen some one more fitting and bring him in through the Senate. It would have taken some of the heat off him if he had appointed an MP, even if from the MIC. If he had wanted someone outside the MIC, there are literally thousands better qualified and with more honourable intentions who would fit the bill.

Why was Dato' Kayveas chosen? For one thing, Dato' Seri Samy Vellu's remark, at a Christmas party, of the Prime Minister's responsibility for what happened at Lunas must have reached him, and had to be taught a lesson. For another, he wanted someone who would not rock his boat. Poodle-like loyalty he can expect from someone who wanting a meal gets a banquet instead. It is said to be a great honour for the People's Progressive Party, whose only benefit in the National Front is for its president to be given a senatorship and appointed a dato'. As for the quality of its leaders, after the Seenivasagam brothers, none who followed could hold a candle to them. One of his immediate predecessors is disbarred as a lawyer.

But does the Prime Minister want the Indians to be adequately represented in his government? He does not. He is mired in far too serious problems which he tries to shake off to be bothered about the quality of Indian representation in his government. Dato' Kayveas is appointed to tell Dato' Samy Vellu that disloyalty, even amongst close friends, is verboten. So, the Indians have a man appointed so that the Indian leader could be given a black eye. How does that benefit the Indian community?

The New Straits Times gushingly tells us he is the first to attain federal political office since 1952. The Seenivasagam brothers, SP and DR, were giants in Ipoh and the PPP represented their ideals and hopes, went out to root for the underdog and, especially DR, fiery parliamentarians; SP, on the other hand, was more calculating and less prone to histrionics as his brother was. DR's death robbed the PPP of its vitality, and in the aftermath of May 13, SP brought the party into the National Front but refused to hold office when Tun Abdul Razak offered it to him.

The PPP fire dimmed permanently, its carcass taken over by dismissed MCA leaders but it never got a seat to contest even in its once-stronghold of Ipoh. In the 1969 general election, a coalition it led under SP won half the seats in the Perak state assembly, as the Gerakan-led coalition in Selangor, that led the move to "ketuanan Melayu" (Malay dominance" of Tun Abdul Razak. In the revolving door leadership that followed they came into the public eye when its president made a dato' or appointed a former president became a bankrupt. This is not the kind of background that would the Indians proud that it has a new deputy minister.