Laman Webantu   KM2A1: 3636 File Size: 12.8 Kb *



TJ MT MGG: Bila Gunung-ganang Bergema
By M.G.G. Pillai

23/1/2001 8:07 am Tue

MGG1801

[Mahathir memang takut ledakkan gunung berapi yang terpendam. Patutlah dia tidak menyentuh kabinet sedia ada, tetapi menambahkan potfolio sahaja. Dia mungkin telah dapat membaca reaksi akar-umbi dalam persidangan khas Umno baru(a) tidak lama dulu dan membaca air-muka yang berubah sejak khabar dihembus oleh angin yang berlalu.

Tindakkan Mahathir itu bukan hanya akan mempercepatkan dia sahaja berkubur, malah Umno sendiri. Kita perhatikan banyak perjumpaan atau pamiran Umno diadakan sejak akhir-akhir ini untuk membasuh fikiran ahli. Dia juga tidak merubah kementerian yang mengagihkan projek mewah (kewangan, industri, tanah, luarbandar dll.) kerana kroni belum cukup selamat lagi. Oleh itu tambahan kabinet kali ini lebih merupakan strategi untuk menyelamatkan dirinya sendiri, bukan untuk menyelamatkan Umno. Beberapa orang baru(a) yang dilantik itu memang pakar putar belit - patutlah mereka diketengahkan. Soalnya mampukah mereka memutar jika bercakap pun terketar-ketar? - Editor]


Penterjemah: -MT-

Bila Gunung-ganang Bergema
(MGG:The Mountain Roars....)

Gunung-ganang bergema sehingga seekor tikus keluar menjelma. Inilah kiasan terbaik yang dapat kita berikan terhadap apa yang dikatakan rombakan kabinet Mahathir Mohamed seperti yang diumumkan semalam, sebelum beliau berlepas ke Jepun. Rancangan awalnya untuk melakukan rombakan besar terpaksa dilengahkannya setelah menyedari betapa mereka yang digugurkan masih mempunyai sokongan akar umbi dan berkemungkinan melancarkan cabaran terhadap parti.

Tetapi, kalau mereka terus dikekalkan, kabinet barunya itu masih boleh ditumbangkan dengan kuasa terpendam. Dia memang mahu merombak kabinetnya, tetapi tidak mampu untuk melakukannya. Dengan lain perkataan, dia sudah menjadi kekalutan apa juga yang perlu dilakukan.

Dia telah mencipta sebuah kementerian baru, melantik dua menteri baru, dua timbalan menteri, seorang setiausaha parlimen, tidak menyingkirkan sesiapa ataupun melakukan perubahan kepada portfolio yang sedia ada. Semua muka baru adalah senator. Kejengkelan orang UMNO terhadap perlantikan Tan Sri Musa Mohamed masih belum reda lagi. Beliau bukan sahaja tidak ada keahlian dalam parti, dilantik pula menjadi menteri pendidikan selepas pemilu 1999 selesai dilaksanakan.

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Shahrizat Abdul Jalil menerima kenaikan pangkat mengepalai kementerian hal ehwal wanita. Hanya beliau yang pernah memenangi kerusi pemilu, di kalangan yang baru dilantik itu. Ketua Pengarah Pusat Islam, Abdul Hamid Zainal Abidin, adalah seorang panglima bersara yang menjadi imam besar angkatan tentera. Kini dia menggantikan Dato Abdul Hamid Othman, yang telah meletakkan jawatannya.

Semua ini menunjukkan Perdana Menteri memang kaget dengan sokongan rakyat yang semakin merudum. Seperti yang jelas berlaku di Kelantan dan Kedah undi wanita telah menekan Barisan Nasional. Untuk memperbaiki keadaan dia tubuhkan Puteri UMNO dan kini satu kementerian mengenai hal ehwal wanita diwujudkan pula.

Islam sudah merupakan isu yang hangat. Mahathir masih beranggapan dia mampu mengganyang PAS, walaupun dia menyedari adanya usaha bersemuka untuk membincangkan perpaduan Melayu, seperti yang amat difahami oleh Abdul Hamid. Mahathir pada mulanya mahukan Mufti Johor, tetapi dia tidak berjaya memujuknya. Abdul Hamid pernah berlagak angkuh di satu majlis Jumaat di Masjid Negara sehingga ramai manusia bingkas bangun sebaik sahaja dia cuba memberikan khutbah. Ini akan mencetuskan beberapa isu yang lebih hangat lagi: Apakah Islam mesti dijadikan alat pertelagahan di antara UMNO dan PAS, ataupun mungkinkah agama itu dihormati sebagai wadah penyatuan ummah? Perlantikan Abdul Hamid setelah dia dilantik sebagai seorang senator akan hanya mampu memburukkan suasana.

Dua timbalan menteri terbaru dan seorang setiausaha parlimen adalah muka-muka yang menjadi senator terlebih dulu. Setiausaha kerja UMNO, Tengku Adnan Mansor, menjadi timbalan menteri di jabatan perdana menteri; Presiden PPP, M. Kayveas menjadi timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan; bekas ketua pengarang Utusan Malaysia, Zainuddin Maidin menjadi setiausaha parlimen di kementerian penerangan.

Sebagai seorang wartawan saya terkejut betapa ZAM sanggup menerima perlantikan itu. Sebagai seorang ketua pengarang, dia memang tidak ada tolok bandingannya di negara ini, tetapi kini dia hanya merupakan seketul besi tempelan dalam satu roda yang besar. Lagipun berapa besar sangatkah nanti peranan yang akan dimainkannya? Dia seorang yang baik dan sepatutnya diberikan jawatan yang lebih tinggi lagi. Dia mungkin boleh menjadi seorang menteri yang lebih berkesan daripada mereka yang pernah mewarnai jawatan itu.

Kabinet baru ini menunjukkan tidak akan berlaku perubahan besar. Cuma ia menyerlahkan betapa keberkesanan Mahathir sebagai seorang pemimpin sudah banyak menurunnya. Kalau diamati senarai yang ada, ia seolah-olah memudahkan tugas timbalan perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk memperteguhkan kubunya. Sekarang ini dia disakat oleh akar umbi kerana menjadi timbalan presiden UMNO secara di Brahminkan.

Kalau di lain masa, perkara ini mungkin dianggap remeh sahaja. Tetapi, perkara itu semakin penting sekarang ini. Sepatutnya rombakan kabinet itu tidak mempunyai sebarang unsur-unsur sandiwara seperti yang terbayang kini. Segala teka-teki mengenai perubahan besar itu laksana gunung-ganang yang akan bergema sehingga mencetuskan tikut-tikus yang datang menjelma sepatutnya menjadi satu drama. Malangnya, tidak pula.

Sifat keangkuhan Mahathir yang muncul seiring dengan melakukan perubahan kabinet tidak menjadi satu perkara yang menghambat perasaan rakyat marhaen. Semua pihak menyambutnya sebagai satu perkara biasa sahaja, yang melecehkan. Apa yang akan berlaku seterusnya menjadi lebih penting lagi. Akan berlakukah beberapa perubahan kecil ataupun sikap, dalam usaha menutup rahsia yang sentiasa terbocor; merupakan kerja-kerja di sebalik tabir yang dinanti-nantikan untuk diamati.

Mahathir tidak melakukan perubahan seperti yang sepatutnya untuk membolehkan beliau diterima kembali oleh arus politik orang Melayu. Yang lebih pelik, beliau berkemungkinan mengundurkan diri lebih awal daripada persaraan yang dijangkakan. Kalau dia terus kekal di kerusinya, segala usaha untuk menonjolkan kewibawaan penggantinya Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi tawar hambar. Kalau dia enggan undur, tekanan agar jawatan presiden UMNO mesti dipertandingkan; akan membuatkan salah seorang mereka menolak pencalonan yang sengaja dicetus oleh akar umbi.

Sesungguhnya, perubahan kabinet itu bukannya sesuatu yang akan memperteguhkan kedudukan Mahathir, kabinetnya ataupun Barisan Nasional ataupun sesiapa yang bakal menggantikannya. Lainlah, kalau perubahan itu mengambil tindakan spontan, yang pasti tidak akan dilakukan, untuk menentukan agar kemelut Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut kehendak budaya Melayu yang selama ini didesak oleh para penyokong parti itu.

-MGG Pillai-

18 Januari, 2001.

>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


CHIAROSCURO" The New Cabinet: The Mountains Roar ...


18 January 01

CHIAROSCURO

MGG Pillai


The Mountains Roared ...

The mountains roared, and out jumped a mouse. This is the best description one can put on the alleged cabinet reshuffle Dr Mahathir Mohamed announced yesterday, a few hours before he left for Japan. His earlier plans for a major reshuffle took a back seat when he realised that those dropped still had much ground support and could well move towards UMNO challengers.

But if they retained them, his new cabinet would bring the government down by inertia. He must reshuffle his cabinet, but he cannot. He is, in other words, worse off either way.

He created one new ministry, appointed two new ministers, two deputy ministers, one parliamentary secretary, dropped no one nor reshuffled portfolios. The new faces are all Senators. The UMNO anger at Tan Sri Musa Mohamed, then not an UMNO member, appointed education minister after the 1999 general elections can only increase.

The deputy minister in the prime minister's department, Shahrizat Abdul Jalil, is promoted to the newly created women's affairs ministry. Of the new appointees, she is the only elected. The director-general of Pusat Islam, Abdul Hamid Zainal Abidin, a retired brigadier-general who was chief imam of the armed forces, succeeds Dato' Abdul Hamid Othman, who resigned.

This reflects the twin concerns the Prime Minister has to wean declining support. The last election showed, especially in Kelantan and Kedah, that women turned the tide against the National Front. Which is why he formed Puteri UMNO, and now creates a women's affairs ministry.

Islam is the other contentious issue. Mahathir still believes in confronting PAS, despite the forthcoming talks on Malay unity, and Abdul Hamid is known for that. He would have preferred the mufti of Johore, but he could not obviously get him to come. Abdul Hamid so defends his turf that it angers the congregation at the National Mosque that worshippers leave the prayer hall when he rises, as occasionally, to deliver the "khutbah".

This raises an even more contentious issue: should Islam be confronted, as now, between the forces of UMNO and the forces of PAS, or should it be viewed in context with both joining hands to making Islam the religion of the land by acclamation? Abdul Hamid's appointment, for which he becomes a senator, would only grate.

The two new deputy ministers and one parliamentary secretary, all Senators, are the UMNO executive secretary (PSE CHECK), Tengku Adnan Tengku Mansor, who becomes deputy minister in the prime minister's department; the People's Progressive Party president M. Kayveas as deputy minister of housing and local government; the former Utusan Malaysia editor-in-chief Zainuddin Maidin as parliamentary secretary in the information ministry.

As a journalist, I am appalled Zam, as he is popularly known, took the job. As editor-in-chief, he is equal to the best in the land, now he is a minor cog in a big wheel. Besides, how important a role would he play in this role? Or is it a reward for political loyalty? He is good man, and should have been entrusted higher office. He would have been a far better minister than many we have.

This cabinet evinces no major policy changes. If anything, it reduces Mahathir's effectiveness as leader. It would seem, looking at the new list, that the minimal changes is to make it easier for the deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, to strengthen his forces. He is already under pressure from the UMNO ground as successor because he is an unelected deputy president of UMNO.

This would not have mattered at other times. It is crucial now. This cabinet reshuffle should have gone beyond the "sandiwara" is is. The guessing game of major changes -- the mountains roaring -- to what is -- the mouse -- could be high drama. But it is not.

The supercilliousness with which Mahathir treated the changes did not work this time. The general reaction this morning is one big yawn. But what happens now is more serious: little change in policy or attitudes while scurrying behind the scenes to stop the leaks that occur.

Mahathir did not make the changes he should have to give him a fighting chance to return to the Malay mainstream. Curiously, what this envisions is his earlier than expected retirement. If he now stays on too long, it would all but neuter his chosen successor, Abdullah Ahmad Badawi. Even if he does not, the pressure for an elected UMNO president could be one either could refuse.

On balance, the changes are not one which would strengthem him, the cabinet, the National Front, or his successor, whoever he is. Unless it takes immediate steps, which it would not, to ensure the Anwar Ibrahim affair is settled to the demands of the Malay cultural ground.