Laman Webantu   KM2A1: 3635 File Size: 12.7 Kb *



TJ MT MGG: Rencana Pengecut Super Bumiputera yangSemakin Mengecut
By M.G.G. Pillai

23/1/2001 8:28 am Tue

MGG1701

[Krisis SRJK Cina Damansara akan menjerut BN lagi. Pak Lah pula hanya akan memusnahkan lagi kredibiliti BN dengan mengirim polis ke situ. Sebagai TPM Pak Lah tidak harus 'berbincang' dengan membawa binatang bersenjata api, kerana pelajar hanya berbekal lidah dan gigi sahaja. Sepatutnya binatang itu dihantar untuk mengnyahkan Vincent Tan dari mengambil tanah sesuka hati, barulah polis boleh dipercayai. Tan Sri Musa nampaknya telah belajar sesuatu walaupun matanya masih kelabu. Tetapi Pak lah buta terus walaupun projek Vincent Tan itu budak sekolah pun sudah tahu. Patutlah Mahathir memilih Pak Lah sebagai timbalannya kerana dia masih belum betul-betul bersekolah lagi. Mungkin Vincent Tan perlu membina sebuah tadika segera buat Pak Lah, jika tidak Umno akan lebih cepat gulung tikar.... - Editor]


Penterjemah: -MT-

Rencana Pengecut Super Bumiputera yang Semakin Mengecut

(The Super Bumiputra's Hot Iron: The Plot Chickens)

Timbalan Perdana Menteri, Dato. Sri Abdullah Ahmad Badawi, naik berang kerana pelajar-pelajar berdemo untuk menyelamatkan sekolah mereka. Dia menuduh para ibubapa pelajar itu mengajar anak-anak mereka dengan kelakuan yang tidak senonoh. Tetapi, menteri pendidikan, Tan Sri Musa Mohamed telah pun membuat keputusan bahawa SRJK(C) Cina di Damansara itu tidak perlu dipindahkan lagi. Mengikut menteri itu, kalau 1,000 pelajar yang telah berpindah ke kawasan sementara tidak mampu memujuk 100 pelajar yang bertegas enggan berpindah mereka semua terpaksa berpindah balik ke sekolah lama. Tanpa syarat itu bolehkah beliau berlembut? Lagi pun polis sedang berkawal di depan pintu masuk sekolah untuk menyekat yang 100 pelajar itu daripada memasukinya.

Kisah pengalihan sekolah ini, sebenarnya menguntungkan satu kumpulan manusia yang bergelar 'Super-Bumiputra' ataupun (aka) seorang peniaga antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya, yang bernama Tan Sri Vincent Tan dan adiknya Dato' Daniel Tan. Inilah caranya mereka menimbun satu empayar hutang besar di Darul Boleh. Inilah caranya mereka bermuka-muka untuk menjadi kroni yang diperbadankan. Peranan Super Bumiputera dalam usaha mengaibkan Insan yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara jua mesti didedahkan. 'Kejayaaan' yang dicapainya secara berkesinambungan dalam Darul Boleh bergantung kepada beberapa peranan yang terpaksa dilakukannya untuk menerima kerugian dan kekalahan. Demikianlah 'kejayaan' yang dicapainya setiap projek penswastaan yang diserahkan kepadanya di atas dulang kencana menghadapi kegagalan, dan seperti kisah Oliver Twist, dia akan datang mengadap lagi untuk mendapatkan habuan baru lagi. Dia terus disokong dan diberikan kemudahan kerajaan walaupun dia kerap menunjukkan kebebalan untuk melaksanakan janji-janji yang dituturkannya.

Kenapa?

Dasar yang dirangka oleh kerajaan adalah laksana sebiji bawang. Pada kulitnya, ia kelihatan seperti sesuatu yang dilakukan untuk kepentingan awam. Tetapi apabila kulit itu dikopek dan isinya dilihat, seseorang akan dapat melihat penglibatan peribadi pihak yang memegang kuasa. Setiap kali sesuatu lapisan isi itu diperiksa, persis mengopek bawang, akan semakin jelas kereputan dan kepentingan diri pihak yang sedang berkuasa, yang melibatkan para kroni, suku-sakat dan juak mereka. Pada satu ketika kerajaan terlalu angkuh terhadap sesiapa yang menyanggah mereka. Kini, keangkuhan itu tidak laku lagi. Setiap dasar rasmi kerajaan menjadi satu titik pendedahan yang melumpuhkan pihaknya kerana disanggah. Lagi banyak kisah mempertahankan kepentingan peribadi, lebih banyak lagi arang keaiban yang akan terconteng di muka ketokohan kerajaan.

Kumpulan Super Bumiputera dan para kroni, suku-sakat, dan juak mudah mengeluarkan belanja sogokan untuk membuat yang memperlekehkan rakyat marhaen dengan tujuan memberi ruang kepada orang lain untuk meraih keuntungan besar daripada projek itu. Kerana itu, walaupun dia diaibkan dalam kisah SRJK (C) itu, dia masih mampu berlenggang ke bank untuk menyelesaikan hutangnya. Ada lagi cerita dalam kisah ini yang membabitkan padang sekolah yang luasnya hanya 0.38 hektar. Di sebelah padang itu terletak satu kampung setinggan yang luasnya sekitar enam hektar. Ini adalah satu perkampungan setinggan yang dihimpunkan di situ di zaman darurat dulu sebagai taktik mengnyahkan bekalan makanan kepada kumpulan pengganas. Seperti penghuni perkampungan baru (kem perkampungan darurat), mereka menetap di situ atas syarat pajakan sementara, yang sudah pun pupus tarikhnya. Para penduduk di situ, sepatutnya diberikan hak milik tanah mengikut hukum undang-undang, tetapi dalam hal ini, mereka dinafikan hak itu. Kerajaan memang tidak berminat melunaskan janji-janji lama kepada setinggan itu kerana adanya kumpulan terpilih yang akan meraih keuntungan maha besar dalam perkara itu. Saya diberitahu betapa semua geran hakmilik telah sengaja diperam. Apa tidaknya, kalau harga semasa tanah di situ adalah sekitar RM300 bagi setiap satu kaki padu.

Pengalihan sekolah di situ adalah langkah pertama untuk menjolok penduduk di situ keluar dari situ. Tanpa melakukan tindakan itu, ibu bapa kanak-kanak yang terbabit sudah tentu merasa tergigit oleh kenaikan tambang bas yang naik menyungkit. Sekolah yang baru dijanjikan itu sepatutnya akan dibina berdekatan dengan Tropicana Resort yang terletak beberapa kilometer jauhnya daripada sekolah yang ada. Pemiliknya ialah kumpulan Super Bumiputera itu. Inilah caranya yang dilakukan dengan jayanya di masa yang lalu. Kali ini ia tidak mudah dilakukan kerana semua kejijikan ini telah didedahkan dalam akhbar bertulisan Cina. Akhbar media yang lain tidak mempunyai agenda begini kerana lebih suka memberi tumpuan kepada berita dongeng yang dikatakan lebih sensasi.

Semakin jelas kini, apa yang diluahkan oleh Menteri Pendidikan itu adalah sesuatu yang tidak berniat suci. Begitulah juga kalau ada pembabitan kementerian yang lain. Itu sebabnya semua orang tertanya-tanya kenapakah MCA, Gerakan dan para menteri sekelian tiba-tiba bersikap berdolak-dalik ataupun bersikap mengelak semata.

Kalaulah benar kerajaan merancang memindahkan sekolah itu disebabkan laluan lebuh raya yang diperbesarkan, kenapakah sekolah yang baru itu tidak mula dibina sebaik sahaja kerja-kerja persediaan membina lebuh raya itu bermula? Bukankah para pelajar itu sudah boleh dipindahkan di sekolah yang sudah siap terbina? Buat masa ini, perpindahan dilakukan kepada kawasan sementara, dalam satu sekolah cina kerajaan yang padat dan tumpat kesesakannya. Yang lebih mengaibkan siapa boleh memberi jaminan bahawa sekolah yang dijanjikan itu tidak akan terbina langsung?

Sebagai perbandingan cuba kita lihat cerita lama membabitkan Sekolah (terkenal) MGS di bukit Bintang. Tapak tanah sekolah itu telah pun diagihkan kepada seorang kroni bernama Tan Sri Francis Yeoh yang amat memerlukan tapak tanah itu dengan segera. Sebaliknya dia mengambil satu masa yang panjang untuk membina satu sekolah gantian yang baru di Cheras. Kerajaan terlalu kerap memberitahu kita bahawa pendidikan ialah 'nadi pendidikan negara'. Kalau begitu kenapakah saluran darah itu selalu sangat dicemari oleh AIDS?

-MGG Pillai-
18 Januari, 2001.

>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

The Super Bumiputra's Hot Iron: The Plot Chickens

The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, is annoyed that pupils demonstrate to save their school, and accuses their parents of teaching them bad civic habits. Indeed. But the education minister, Tan Sri Musa Mohamed, decided after it the SRK (C) Chinese school in Damansara should not be relocated after all: if the 1,000 pupils who have moved to temporary premises cannot persuade the 100 who stay put, they would have to move back to the old school. Without it, would he have relented? After all, police guarded the locked gates of the school to prevent the 100 turning up.

In this school's relocation, the immediate beneficiaries are the "Super Bumiputra" aka international business man of unequestioned repute, one Tan Sri Vincent Tan, and his brother, Dato' Daniel Tan. This is how they built their empire of debt in Bolehland. This is how they ingratiated themselves into the establishment's cronies. The Super Bumiputra's role in the humiliation of He Who Must Be Destroyed At All Cost remains to be told. His continued "success" in Bolehland depends on such roles for which he occasionally has to take the fall. And so "successful" is he that every privatisation given him on the proverbial platter is in trouble, but, like Oliver Twist, comes seeking more. But, unlike Oliver Twist, gets it. He is propped up, and given continued government largesse even after he proved himself incapable of producing what he promised. Why?

Government policies are like an onion. On the surface, it looks one done in the public interest. But as one looks closely, one finds a personal involvement of those in office and power. As each layer of policy is checked, as one peels an onion, the rot and self interest of those in power, their cronies, siblings and courtiers becomes clearer. At one time, the government could ride roughshod over those who question it. Now it cannot. So official policy unravels into defeat with each challenge. The more the self-interest, the more mud eventually on the government's face.

The Super Bumiputra and other cronies, siblings, courtiers go along for a substantial fee in the form of projects and public ridicule so that others could make a great killing. So, he takes the fall for the SRK (C) school and laughs all the way to the bank to settle his debts. There is more. The school grounds comprise a mere 0.38 hectares. It is attached to a squatter settlement of about six hectares, an old new village of squatters resettled during the Emergency to cut off supplies to the communists. Like all new villages, they were on temporary leases which have since expired. The squatters, which is what they are in law, are not given their titles to the land. There is no interest in government to carry through their frequent promises when its favoured supporters can make millions of ringgit out of it. The land titles, I am told, are now held back. At RM300 a square foot, they would continue to be.

The transfer of the school was the first step to move out those who live there. Without it, and the added cost of sending their children to the new school which the government would build for them near the Tropicana resort a few kilometres ahead - owner: the Super Bumiputra's brother; who else did you think it was? -- those in the new village could be forced out. At least, that is how this has worked out in the past. Not this time. The Chinese press report this. The other language newspapers have other fish to fry, like shooting themselves in the foot, do not even attempt to report it. What becomes clear is that the education minister's intentions in the transferring the pupils are impure. As the other ministries involved. This is why everyone asked about it, the MCA, the Gerakan, ministers, suddenly are evasive or defensive.

If indeed the government had planned to transfer the school because the expanding highway made its location unsuitable, why was not the new school built when work on the highway and ancilliary works began so that the pupils would have moved to the new school now? As it is, it moves to temporary premises, in another overcrowded government chinese school, with the prospect of no school at all for years to come. The MGS school in Bukit Bintang, given to a crony business man for the land, still does not have a proper school promised it to transfer. As in every case, the crony, Tan Sri Francis Yeoh, needed the land immediately and took his time to build an indifferent school in Cheras. If, as the government regularly informs us, education is the "lifeblood of the nation", why is this lifeblood almost always infected with AIDS?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my