Laman Webantu   KM2A1: 3633 File Size: 21.4 Kb *



TAG MT 3: B3 Kisah Agen Perjalanan
By Michael Winchester

22/1/2001 9:56 pm Mon

TAG 003 (sambungan akhir)

[Ramai terjebak dalam sindiket ini kerana itu sajalah nyawa untuk mengongkos hidup yang semakin tertekan kini. Kegawatan ekonomi menyebabkan peluang yang ada sudah semakin tertutup kerana telah disapu oleh pihak tertentu. Terpaksalah mereka mencari peluang di dalam gelap untuk mencari rezeki.

Sindiket penyeludupan menjanjikan pendapatan yang begitu lumayan walaupun risikonya amat tinggi. Sudah banyak kali mereka dikesan sehingga terpaksa mengubah beberapa strategi. Namun demikian, selagi ada pihak yang sanggup menerima, memang akan ada ada pihak yang sanggup memberi. Ia berlaku di mana-mana, termasuk di bumi Malaysia sendiri. Ia adalah sebahagian dari underground economy (ekonomi bawah-tanah) yang hidup akibat pemimpin yang sudah tidak boleh diharapkan lagi.
- Editor
]


Penterjemah: -MT-

Kisah Agen Perjalanan

(The Travel Agents)

Oleh: Michael Winchester

Asiaweek; January 19, 2001 Vol. 27 No.2

(Bahagian 3)


Mengenang Zaman Gemilang

Jakarta ialah sebuah bandaraya yang hingar-bangar. Inilah pusat industri penyeludupan manusia yang besar. Kebesaran aktibi industri itu tertumpu kepada satu kawasan satu batu persegi di sekeliling Jalan Jaksa. Satu ketika dulu, jalan ini merupakan satu jalan yang sibuk sekali. Ia sungguh popular laksana Khaosan Road di Bangkok yang dianggap sebagai taman firdausi kumpulan hippi. Di sini terdapat satu lorong sepanjang 500 meter yang dipenuhi dengan rumah pelacuran murahan, restoren, bar, dan kafe internet. Semua ini merupakan tumpuan kumpulan pelancong yang menggalas beg pakaian di belakang badannya. Kini, dua tahun selepas Indonesia dihenyak himpitan ekonomi dan krisis politik, Jalan Jaksa bertukar menjadi satu lorong yang dihuni oleh kumpulan pelacur murahan yang mudah memaparkan wajah keletihan.

Benny ialah seorang agen perjalanan yang bertauliah. Dia masih mampu menjual sekeping tiket ke Bali ataupun Bangkok dengan harga yang murah. Tetapi, ketika menikmati Cola di sebuah gerai, bekas professional yang berkacamata itu masih mampu bercerita mengenai bisnesnya yang semakin tergugat. "Dua tahun yang lalu anda tidak mudah mendapat tempat duduk di tempat ini. Hari ini?" dia menunjuk ke arah kerusi meja yang serba kosong. "percayalah, 90% perniagaan ini sudah lama mati. Bukannya kami mengungkit hal keuntungan lagi. Kami hanya mahu terus bernyawa." Dia terdiam sebelum menyambungnya semula. "Itu sebabnya kami terpaksa melakukan kerja-kerja haram sekali-sekala."


Pertama kali Benny membawa botnya ke Australia ialah di awal 1997 menuju ke Pulau Krismas. Ini merupakan keistimewaannya. Tujuannya memang amat jelas kerana Pulau Krismas adalah kawasan naungan Australia. Namun, ia lebih dekat dengan Indonesia daripada tanah besar Australia. Bot para nelayan di selatan Jawa memang mudah digunakan. Malangnya, Pulau Krismas itu hanya laksana satu titik nokhtah di tengah-tengah semudera yang luas. Kalau angin dan taufan mendatang secara kasar, destinasi pelayaran pun akan tersasar.


Pelayaran dua hari ke Pulau Krismas itu Benny bersama awak-awaknya seramai tiga orang telah membawa 15 penumpang secara haram, termasuk beberapa orang Iraqi. Di kalangan mereka ada yang merupakan bekas ahli sains nuklear, dan seorang doktor perempuan dan juga tiga orang Afghan. Pelayaran masih baru lagi tetapi mereka sudah dilanda musibah. "Ketika kami memulakan pelayaran itu, keadaan laut memang tenang. Tiba-tiba pada malam pertama itu kami telah diserang ribut. Itu merupakan kali pertama saya ke laut! Gelombang besar datang menggunung! Saya menjadi kecut-perut dan menjadi semakin takut. Kalau boleh saya mahu cabut.....!" Kemudian, enjin bot itu berhenti tidak semena-mena. "Kami terumbang-ambing selama dua jam tanpa keruan, hanya kematian yang menjadi ingatan."


Mujur juga kapten bot itu seorang yang berpengalaman. Dia berjaya mengemudi bot untuk mendarat di Pulau Krismas di mana mereka ditahan dan bot itu dirampas. Waktu itulah Benny mengaku menjadi tukang masak yang tidak pandai bertutur Bahasa Inggeris. Kelasi kapal telah dipisahkan daripada kumpulan yang mencari perlindungan suaka dan diterbangkan ke Port Hedland di Western Australia. Mereka ditahan selama tiga bulan dengan layanan yang dianggap setara dengan penginapan di hotel. "Makanan yang dihidangkan memang menyelerakan. Kami diberikan bekalan video setiap hari untuk menghiburkan hati. Setiap hari kami dibenarkan mandi-manda di pantai, malahan pada satu hari kami dibawa pula bersiar-siar di bandar," demikian certai Benny sambil tersenyum riang. "Mereka memang orang baik-baik. Di waktu kami bertolak-pergi, mereka adakan jamuan untuk kami!"


Tetapi, semua itu cerita dulu-dulu. Apabila jumlah pelarian bot naik meninggi hingga beribu ramainya, Australia pun menghentikan segala hidangan percuma. Pendatang yang masuk tanpa dokumen terpaksa merengkok selama berbulan-bulan menunggukan permohonan merka diproses. Canberra pula menjanjikan hukuman berat kepada setiap nelayan Indonesia yang ditangkap membawa masuk pendatang haram. Denda sehingga $150,00 dan hukuman jel 20 tahun lamanya. Tetapi, bot yang datang tidak pernah berkurangan dan sebabnya amat jelas sekali. Setelah menolak harga pembelian bot dan bayaran menyogok polis Indonesia, satu kapyang membawa 100 penumpang haram mampu memberikan keuntungan sebanyak $100,000 dollar. Benny memberitahu, "bagi setiap pelayaran yang mereka lakukan untuk saya, para nelayan ini mendapat keuntungan yang lebih besar daripada apa yang mampu mereka perolehi daripada kerja nelayan selama bertahun-tahun."


Kini, perdagangan mengangkut manusia sudah berubah kepada mengisi penumpang secara berlebihan. Para pengusaha telah mengubah tempat berlepas daripada tempat kebiasaan di Jawa kepada Timor Barat. Yang menjadi pilihan ialah di Lombok, Bali dan Flores. Dari sana kapal-kapal itu bertolak ke arah timur menuju Pulau Roti, tidak jauh daripada Timor Barat. Kemudian, bermulalah satu pelayaran selama 30 jam menghala ke Australia merentasi Ashmore Reef yang terletak 600 km di utara tanah besar itu.


Begitulah cara Sayed Omid menghantar kumpulan Bashir ke Australia. Daripada Jakarta mereka berpindah ke sebuah hotel di Surabaya untuk dua minggu. Setelah membayar antara $1,000 hingga $2,000 setiap seorang, kumpulan itu dibawa dengan bas yang disewa khas daripada Jawa ke Lombok. Akhirnya kumpulan seramai 61 orang itu menaikki sebuah kapal kecil daripada perkampungan nelayan di sebuah pantai. Kapal itu dilanda ombak dan taufan tidak jauh daripada Roti dan terpaksa berpatah balik. Mereka telah diserang hendap oleh polis tempatan yang diberitahu akan kehadiran mereka. Akhirnya mereka ditahan di sebuah kem di Timor Barat.

<<<<>>>>


Kegawatan yang Semakin menjadi

Desas desus yang kenang bertiup di Jakarta mengatakan adanya satu sindiket yang teratur dan berjaya yang diuruskan oleh seorang rakyat tempatan yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan dan orang ini dikenali oleh para pelanggannya dengan panggilan 'Ahmad Indonesia'. Dia pernah menguruskan satu pengiriman terbesar setakat ini dengan menggunakan sebuah kapal yang sarat dengan penumpang seramai 352 orang kebanyakannya orang Iraq yang mendarat di Ashmore Reef pada November 1999.


Perniagaan mengangkut orang Afghan selalunya dilakukan oleh para peniaga yang mempunyai kaitan dengan peniaga di Pakistan. Terdapat satu sindiket yang diketuai oleh seorang yang kita akan sebut dengan nama 'Akbar'. Dia berbadan kecil, kurus dan berniaga di sebuah kedai karpet di sebuah kompleks beli-belah di jakarta. Di kedai itulah saya menemuinya. "Sudah sampai 60% orang ekspatriat yang pernah menetap di sini, meninggalkan negeri ini." Akhbar menceritakan kisah perniagannya sambil membuka sehelai karpet lagi untuk diperiksa. "Perniagaan sudah tergugat sehingga teruk sekali."


Akbar tidak menyebut-nyebut secara berkias akan perniagaannya menyeludup manusia, namun ada sumber yang mengatakan betapa dia mendapat pampasan yang berlebihan daripada penurunan perniagaan karpet yang disebabkan oleh pemerintahan Taliban di Afghanistan dan pelarian kumpulan minoriti Hazaras yang mencetuskan perbalahan di situ. Pelarian manusia itu bermula di Pakistan melalui jalan darat ke Bangkok dan kemudiannya Kuala Lumpur. Dari K.L. barulah ia sampai ke kedai Akbar. Pada awal tahun ini perniagaan Akbar sudah membesar sehingga menarik perhatian pihak berkuasa di Canberra yang meminta bantuan Jakarta untuk bertindak. Akbar terpaksa bersembunyi dan menjual sebahagian kedainya kepada seorang rakan Pakistan untuk meneruskannya sebagai satu perniagaan yang sah. Akbar mensyaratkan pembayaran wang pendahuluan sebanyak $50,000 yang digunakannya untuk menyogok pihak berkuasa tempatan.


Aku banyak belajar mengenai keadaan perniagaan menyeludup manusia itu dan cara Australia cuba menyekatnya melalui Tareq yang sedang minum bersamaku di bar itu. Kadangkala Tareq menjadi kawan Akbar juga. Pertemuan kami itu bermula selepas aku bertindak menghubungi Tareq dengan menggunakan telefon bimbit daripada sebuah restoren yang dipunyai oleh seorang Pakistan yang kenal rapat dengannya. Aku memperkenalkan diri sebagai seorang kawan kepada seorang kawan yang aku temui di sebuah parti (majlis jamuan) di Lahore. Kawan inilah yang mencadangkan aku menghubungi Tareq. Aku mengajaknya pergi ke satu tempat untuk berborak sambil menikmati minuman. Dia terdiam seketika sebelum bersetuju menerima pelawaan itu. Kami beremu di sebuh bar di Sarinah. Aku melihatnya sebagai seorang yang berusia sektar 40-an, kemas, pintar dan serbatahu - inilah insan yang memang banyak pengalamannya di majlis koktel. Kami berborak kosong pada awalnnya, sebelum berbincang mengenai pelaburan asing, korupsi dan jenayah. Hanya selepas itu barulah dia menghenyak aku dengan satu pandangan yang amat berbisa. Dia faham bahawa tidak ada seorang pun di Lahore yang kenal beliau dengan nama Tareq. Itu nama yang beliau gunakan di Indonesia. Jadi, dia mahu tahu apa muslihat aku sebenarnya?


Aku masih tidak perlu panik lagi. Tetapi, kalau seorang insan yang mempunyai hubungan rapat dengan sindiket haram tidak gembira dengan majlis wawancara yang aku minta, sudah tentu kehadiran aku di situ semakin berbahaya. Bahaya begini memang tidak ada liputan risikonya dalam polisi insuran perjalanan aku. Semua sindiket penyeludupan bergelumang dengan jumlah wang yang besar-besar. Sudah tentu mereka tidak akan teragak-agak untuk melindungi operasi mereka. Kejadian kapal karam yang berurutan menunjukkan mereka memang tidak peduli sangat dengan nyawa manusia. Tetapi, Tareq semakin yakin yang dia sedang berurusan dengan seorang perisik daripada Australia yang sedang menilai kewibawaannya. Dia beranggapan bahawa kini sudah ada satu cara untuk memberi isyarat kepada pihak berkuasa di Australia yang cuba menyekat perniagaannya. Dia merasa lega bahawa minuman yang dinikmatinya adalah dibayar dengan duit pembayar cukai di Australia. Aku pula memang bersedia mendengar apa juga yang mahu diperkatakannya.


"Tengok sini," katanya selamba sahaja, "orang kamu mesti faham bahawa di negara ini kalau anda mempunyai wang, anda boleh melakukan apa saja. Tengok Akbar, dia dapat $50,000, dia mampu menyelesaikan segala masalah yang ada." Patutlah dia tidak gentar bercakap dengan seorang agen daripada Australia. Inilah yang aku fikirkan sambil menghirup minumanku.


"Lagipun, sedarkah awak apa anggapan orang sini terhadap Australia?" Aku hanya mampu mengerakkan bahu sahaja. Biarlah aku berikan jawapannya. "Selepas melihatkan apa yang terjadi di Timor-Timor, orang di sini tidak ambil pusing dengan kisah di Australia. Aku kenal polis dan tentera di sini yang merasa gembira mengetahui anda berada di sini untuk cuba menangani masalah ini."


Inilah yang dihadapi oleh Australia selepas meraih simpati untuk mendapatkan kerjasama serantau. Tareq tersenyum lagi sambil menghirup kandungan gelasnya. "Kalau orang anda di Australia berfikir keadaan akan menjadi bertambah baik, bermakna mereka akan merasa hampa dan bertambah serik. Aku fikir keadaan akan menjadi lebih teruk dan terik."


Dia bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan aku. "Keep in touch", katanya. Ini bererti kami akan bertemu lagi. Sejak itulah aku bertindak menggunakan nama samaran untuk menulis artikel ini. Itu saja caranya untuk menjamin aku mampu terus bernafas dan bercerita lagi.


-Michael Winchester-
19 JANUARI, 2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

GOOD OLD DAYS

Jakarta, chaotic, teeming, is the heart of the people trade. To the extent it's visible, the traffic is concentrated in the square mile around Jalan Jaksa. In its heyday, the street was once Jakarta's answer to Bangkok's hippy haven, Khaosan Road - a vibrant 500-meter-long stretch of guest houses, restaurants, bars and Inter-net-cafes, the mecca of back-pack travellers. Today, two years into Indonesia's economic and political crisis, it's a near-empty strip peopled by surly touts and tired-looking hookers.

Benny is a local "travel agent" - of the sort that once didn't require inverted commas. He can still sell you a cut-price ticket to Bali or Bangkok. But sipping a Pepsi in a street-side bar, the bespectacled former professional is surveying the ruins of his business. "Two years ago you couldn't get a seat in this place. Now?" He gestures round at empty tables. "Believe me, 90% of the trade is dead. We're not talking making a profit here. We're talking surviving." A pause, a shrug. "So sometimes we do illegal business."

Benny ran his first boat to Australia in early '97 on the Christmas Island route - his "speciality," he says with a grin. The advantages are obvious: Christmas Is-land is Aussie territory, but it's closer to Indonesia than to mainland Australia, and the fishing villages of south Java are handy. The disadvantage is that Christmas Island is a very small dot on a large ocean, and if bad weather blows you off course . . . .

On the two-day run to Christmas Island, he and his crew of three carried 15 illegals - Iraqis including, he recalls, a former atomic scientist, plus an Iranian lady doctor and three Afghans. It wasn't long before they ran into trouble. "When we set out at night the water was calm, then on the first day we ran into a storm. This was my first time at sea! These waves were big, I tell you I was so scared, man, I was close to shitting myself. I wanted to turn back." Then the engine gave out. "For two hours we didn't have any power, I thought hell we're all going to die."

Thanks to the experience of the captain, they did reach Christmas Island, where their boat was im-pounded as a crime tool. Benny - now claiming to be ship's cook and speaking no English - and the crew were separated from the asylum seekers and flown to Port Hedland in Western Australia. There they spent three months detained in what for the fishermen amounted to hotel accommodation. "The food was good and they brought us new videos every day. We'd go down to the beach for a swim in the afternoon and one day they took us for a tour of the town," smiles Benny. "These were really good people. When we left they gave us a party!"

Those were the days. As the numbers of boat people surged into the thousands, Australia has cut back on the room service. Undocumented arrivals now face months of detention as their asylum claims are processed, and Canberra is promising Indonesian fishermen caught ferrying them stiff sentences - up to $150,000 in fines and 20 years in jail. But the boats keep coming, and it's not difficult to see why. After the cost of purchasing a boat and paying off Indonesian police, one vessel laden with 100 people can translate into a $100,000 profit. And, as Benny notes, "These fishermen made more money on one trip for me than they could have in years of fishing."

The trade has shifted in favor of larger loads of people than fishing boats can accommodate. Organizers are also diversifying points of departure from the usual Java and West Timor. Favored now are Lombok, Bali and Flores. From there vessels hop eastwards to Roti Island, off West Timor, and then embark on the 30-hour crossing to Australia's Ashmore Reef, located 600 km north of the country's mainland. Sayed Omid shipped Bashir's group that way. From Jakarta they moved to a hotel in Surabaya for two weeks. Then, having paid a further $1,000 to $2,000 per head, his group was driven from Java to Lombok in a chartered bus. Finally, now 61-strong, they embarked one night from a fishing village on the island's south coast. The ship ran into a storm south of Roti and had to turn back. Betrayed to local police, they ended up in a camp in West Timor.

"IT'S GOING TO GET WORSE"

Word on the street in Jakarta suggests that the best organised syndicate is run by a well-connected, Arabic-speaking local with government contacts known to his clients as "Ahmed the Indonesian." He organized what is believed to be the largest single shipment to date, a vessel with 352 mostly Iraqis aboard that reached Ashmore Reef in November 1999. The trade in Afghans, however, has been largely cornered by businessmen with connections in Pakistan. At the center of the largest syndicate is a man we'll call "Akbar." A slightly built, almost frail man, he runs a carpet shop in a Jakarta shopping mall. That's where I met him. "As many as 60% of the expatriates who used to live here have now gone," Akbar sighs as he rolls out yet another rug for my inspection. "Business has suffered badly."

No hint of it drops from Akbar's mouth, but sources say he has been more than compensated for the collapse of the carpet trade by the imposition of Taliban rule in Afghanistan and the exodus of minority Hazaras that triggered. From Pakistan, the road leads through Bangkok and K.L. to Akbar's shop. Earlier this year, his side business had grown so large that Canberra noticed, and leaned on Jakarta to take action. He had to go underground and sell part of his carpet shop to a fellow Pakistani running a legitimate business. The down payment of $50,000 allowed Akbar, his acquaintances say, to solve his problem with local authorities.

But it is Tareq, my friend at the bar and a sometime colleague of Akbar, who offers the best perspective on the trade - and to Australia's attempts to stem it. I ring him cold - a cellphone number, of course - from a Pakistani restaurant that knew him, and introduce myself as a friend of a friend I met at a party in Lahore who'd suggested I look him up. Could we meet for a drink? Brief pause, then agreement. We meet in a quiet bar near the Sarinah. I find myself talking to an urbane 40-year-old, articulate, intelligent, well-informed - diplomatic c##ktail-circuit material. We talked local politics for a while, foreign investment, corruption, crime. Only then does he hit me with it: Nice try with the friend-of-a-friend routine but no one in Lahore knows me as Tareq. That's a name I use in Indonesia. So what's the game?

It's not yet time to panic. But if a man with serious criminal connections is not enjoying the interview, we're moving into uncharted waters. Areas probably not covered by my travel insurance. The syndicates are playing for big money and unlikely to be fussy about how they protect it. The frequent sinkings show they have little regard for human life. But Tareq is stubbornly convinced that he's dealing with an Australian spook checking him out. And that gives us both what we want. He thinks he's got a direct line to raise a finger to authorities in Canberra who'd love to put him out of business - and the satisfying illusion that the Aussie taxpayer is paying for his drinks. And I'm happy since he's finally ready to give me a piece of his mind.

"Look," he says, relaxing again, "your people need to understand that in this country if you have money you can do anything. Take Akbar: he got his 50,000, he solved his problem." Little wonder he's not worried to be talking to an Australian agent. I digest this while he draws on his beer. "Plus, do you know what they think of Australia round here?" I shrug. "I'll tell you: After Timor they don't give a f-k about Australia's problems. I know people in the police and military delighted to see you having to deal with this business." So much for Canberra's pleas for regional cooperation. Tareq smiles and drains his glass: "So if your people in Australia think this is going to get better, they're making a big mistake. My guess'd be it's going to get a lot worse." He gives me a parting handshake: "Keep in touch." That's when I decided to use a pseudonym on this story. That way, I live to tell the tale.