Laman Webantu   KM2A1: 3631 File Size: 9.4 Kb *



B2: Mahathir Masih Tak Sedar Taringnya Sudah Tercabut!!
By Amin Sapiro

20/1/2001 3:15 am Sat

Amin Sapiro (masih bergigi 32 belum tinggal guri)

[Sebelum Mahathir hendak menulis sesuatu di Jepun, dia sepatutnya memandang dahulu ke Singapura. Tidak ada dasar yang pelik-pelik pandang sini sana. Yang ada pandang diri sendiri dan cungkil keistimewaan yang terpendam selama ini.

Begitu jugalah orang melayu. Kita terkenal sejak dulu sebagai pusat perniagaan penting dimana emas dan rempah bertukar tangan. Kepandaian berniaga dan budi bahasa rakyat tempatan membuatkan pedagang terpesona. Mereka sanggup meredah lautan beribu-ribu batu untuk tiba dan berniaga ke sini. Ada yang terus menetap untuk menjadi kaum cina, india, mamak, serani, dll lagi untuk mengecap kemewahan itu sehingga anak cucu. Melaka akhirnya ditakluk kerana penjajah pun tidak mahu tertinggal untuk membolot semua kekayaan yang istimewa itu.

Ekonomi Malaysia hanya naik mencanak dan memecahkan rekod ketika Anwar menjadi menteri kewangannya. Walaupun terpaksa beralah dalam beberapa perkara, Anwar masih dapat mengemudikan ekonomi dengan jaya sehingga bank dunia amat menghormati beliau. Mahathir sebenarnya mewarisi kekuatan kewangan yang diasaskan oleh lain, malangnya dia mengaku dialah hero yang menyelamatkan Malaysia. Dia lupa Malaysia sebenarnya paling banyak berhutang selepas Anwar terkeluar. Takkan Jepun yang pintar pun tidak sedar? Jangan buat pandai kepada budak besar, nanti ditenyeh boleh terb*rak dalam seluar.... - Editor (sedang kembara ke jamuan raya)]


MAHATHIR MASIH TAK SEDAR TARINGNYA SUDAH TERCABUT!!

Bahagian: 2


Baru Tahu Dimana Silapnya

NAMUN dari apa yang berlaku disepanjang 'Dasar Pandangan Ke Timur' (DPKT) itu dilaksanakan; Dr. Mahathir secara peribadi tidak langsung samasekali menerapkan budaya Jepun itu sebagai amalan budaya kerja dan falsafah mentadbir yang dibudayakan orang Jepin; sebagai aspirasi untuk diri beliau mengapplikasinya.

Puncanya ialah, beliau sebagai Perdana Menteri tidak percaya dan tidak yakin. Beliau cuma mahu bikin eksperimen semata-mata. Rakyat tidak langsung nampak beliau membudayakan ciri-ciri keterampilan budaya kerja, pengurusan dan sikap yang menjadi tunjang dan teras nadi perkembangan politik, ekonomi, sosial dan pentadbiran masyarakat Jepun itu.

Memang ada nampak Dr. Mahathir memakai baju kerja warna biru tua dan 'topi lekup bercepiau' mencontohi pakaian seragam pekerja Jepun dan Korea; namun 'Mahathir tetap Mahathir'. Hidungnya masih besar seperti yang dilukis oleh Zunar dalam karikaturnya; dan temberang Mahathir masih saling tak tumpah lagak ragam Samy Vellu, tarian beliau masih berentak Shah Rukh Khan dan 'kencing beliau masih pencong'..! Hihihih.

Budaya Jepun Berpaksikan Samurai

Sebagai sebuah masyarakat yang sudah matang, Jepun sudah mengalami pembangunan minda dan fisikal sebelum Mahathir lahir ke dunia. Jepun telah terlibat dalam 'League of Nations' dan menjadi 'big power' sekian lama.

Sebelum Mahathir cuba berlagak 'heroic' mengajar Jepun supaya mengahayati budaya Asia (seperti dalam bukunya), Jepun sudahpun menerapkan slogan 'ASIA UNTUK ASIA' yang paling terkenal sebelum Perang Dunia Ke-2.

Slogan itulah yang telah membawa kepada penjajahan rantau Tenggara Asia oleh Jepun. Kerana karenah tentera Jepun begitu aib, maka negara-negara Asia Tenggara benci dan bangkit menentang Jepun mengikut kemampuan masing-masing.

Indonesia adalah negara paling mengutuk Jepun. Presiden Soekarno meminta pampasan gantirugi dari Jepun kerana kemusnahan yang ditanggung oleh rakyat dan negara Indonesia. Malaysia tidak terkecuali. Begitu juga Burma (Myanmar).

Kecuali Thailand, sebuah negara yang selamanya Meredeka dan berkerajaan sendiri; negara itu tidak mahu menentang bagi mengelak diri dari terjebak dalam kancah peperangan Asia. Tetapi negara-negara dibawah takluk penjajahan British dan Belanda teraniaya kerana negara penjajah terbabit merasa ego mereka diperlekeh oleh Jepun.

Mujur baik bom Atom meletup di Hiroshima. Jepun mengaku kalah dan sorot ke belakang. Secara otomatis Dasar Jepun bertukar. Jepun tidak yakin dengan 'penjajahan menggunakan senjata' (ala falasafah Samurai); sebaliknya beriltizam menjajah Asia dan dunia dengan kepintaran sains perdagangan, pelaburan berpaksikan kemajuan teknologi.

Falsafah Pemimpin Jepun

Rakyat dan para pemimpin yang menerajui Kerajaan Jepun beriltizam tidak mau mengulangi sejarah pahit Peperangan Dunia Ke-2. Mereka beriltizam mentadbir secara bersih, telus dan berwibawa mengikut peredaran dunia bertamaddun.

Mereka adalah kelompok pemimpin yang beramanah dan pantas memantau 'mood' rakyat terhadap kewibawaan diri masing-masing jika mereka seorang pemimpin. Seseorang pemimpin yang didapati bersalah atau tercium sebagai melanggar tata budaya yang diterimapakai itu; mereka akan dihukum dan wajib menerima hukuman rakyat.

Itu adalah budaya kerja dan cara berfikir pemimpin Jepun. Falsafah itulah yang mendorong mereka maju 'with leaps and bounds' dalam tempoh yang amat singkat.

Dr. Mahathir Menempelak Diri Sendiri

Mahathir sendiri dalam rencananya dalam buku itu menyebut iaitu: seseorang pemimpin tidak sewajarnya bertahan selama-lamanya; sebaliknya harus tahu bila dirinya sudah tidak berupaya lagi. Waktu itu, ia hendaklah redha undur dan turun takhta!

Hari ini bukan saja rakyat negara ini kehairanan dan menggaru kepala asyik bertanya, malah satu dunia sudah gatal biji mata tergarok-garok sambil bertanya: Adakah Mahathir sendiri telah membudayakan 'Dasar Pandang Ke Timur' itu? Mengapa Dr. Mahathir 'tak bikin serupa cakap'?

Makin diteliti perkembangan terkini terhadap pergolakan dan senario politik, ekonomi dan sosial yang dialami negara dan rakyat Malaysia, semakin dunia nampak bahawa pembudayaan 'Dasar Pandang Ke Timur' oleh Mahathir secara peribadi dapat diumpamakan sebagai seorang jurutera otomobil yang tahu setakat mencuci 'plug' cuma.

Kerana itu 'mobil' yang dibaiki di bengkel Mahathir itu berjalan 'Tiga Silinder'. Banyak injin dan injap-injapnya yang terlalu kotor dan perlu di'decarbonised'. Injin itu semakin teruk dan tidak mampu memacu laju dan tidak 'economical' lagi.

Ia sudah tamat tempoh 'usiapakai'nya. Sebaik-baik cara ialah dengan membuangnya dan dijadikan besi buruk untuk dilebur semula dipercairi di dalam dandang pelebur.

Logiknya Iltizam Rakyat

Nah!! Disitulah wajar dan logiknya injin buruk berjenama UMNO Baru(A)/BN itu segera dilebur supaya daki-daki Nepotisme, Kronisme, Korupsi dan segala macam jenayah dan pemecahan undang-undang yang dilindungi Mahathir sendiri; habis terkikis sebelum membudaya ditengah-tengah masyarakat Malaysia 1000 milinium lagi.

Itulah faktor buruk yang membentuk kewibawaan regim Mahathir yang direstui pemimpin UMNO Baru(A)/BN itu yang amat perlu diubah ganti 100% dengan wujudnya satu barisan rakyat yang terbaru. Semakin terserlah bahawa Barisan baru itu sungguh-sungguh beriltizam memberi pilihan dan khidmat terbaik kepada rakyat.

Seperti nama yang sepadan dan selari dengan keperluan, kepentingan dan masa depan rakyat dan negara - ia dinamakan BARISAN ALTERNATIF.

NAH..!! Di sinilah terletakkan kehebatan seorang anak rakyat yang berpandangan jauh yang dipelopori oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau jugalah seorang yang paling dicemburui oleh Dr. Mahathir, dan kini sedang merengkok sebagai tahanan politik; dipurukkan oleh Dr. Mahathir dan para Konspirator yang dibayar upah diberi ganjaran kedudukan dalam Kabinet oleh beliau (Mahathir).

Anwar jugalah penulis 'Asian Renaisance' yang menjadi semacam bahan ciplakan Mahathir untuk menulis rencana beliau di Mainichi Daily News itu; walaupun pendekatan Mahathir lebih berbau adu-domba dan memperkecilkan kebijaksanaan (wisdom) pemimpin matahari terbit itu.

Mahathir Semakin Ternggelam Punca

Mahathir semacam tidak senang dan mungkin cemburu melihat negara matahari terbit itu cuba condong kearah matahari mati. Jika benar, Mahathir adalah berjiwa dan berperangai seorang 'saddist'. Seharusnya, sebagai seorang yang berjiran dalam dunia globalisasi, Mahathir sepatutnya 'wishes others well', kerana seorang yang berjiran sehat walafiat saja seseorang itu akan hidup lebih selesa dan sejahtera.

Hematnya, seseorang yang membaca buku Dr. Mahathir itu akan terdorong untuk membuat kesimpulan bahawa sebenarnya Dr. Mahathir bukan setakat mengajar 'Itik berenang' saja; malah beliau sendiri sedang 'tenggelam punca'.

Wajar dibuat kesimpulan - membaca buku dan rencana-rencana tulisan Dr. Mahathir itu seakan-akan kita nampak bahawa beliau 'menempelak diri sendiri'. Mungkin cendekiawan dan pemimpin Jepun dan dunia sudah dapat menjangka dan berkata, "Mahathir is a dreamer. He's talking SHIT..!!". Hehehehehe!.

Dengan itu, jika Dr. Mahathir sudah TERCICIR, beliau harus UNDOR saja.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)