Laman Webantu   KM2A1: 3630 File Size: 7.1 Kb *



B1: Mahathir Masih Tak Sedar Taringnya Sudah Tercabut!!
By Amin Sapiro

19/1/2001 6:22 pm Fri

Amin Sapiro (masih bergigi 32 batang lagi)

[Ekonomi Amerika kini sudah menampakkan kelembapan. Gergasi IT termasuk IBM dan HP sudah meramalkan kemerosotan keuntungan. Syarikat seperti Gateway sudah memberi amaran akan membuang ribuan pekerja di seluruh dunia. Perubahan kuasa pemimpin Amerika dari Clinton kepada Bush dalm pertarungan sengit baru-baru ini menyebabkan dunia politik dan niaga Amerika bergegar.

Menurut Daniel Kunstler, seorang analis dari J.P. Morgan H&Q, "Things simply started sliding faster than they anticipated. It looks more like an economic rather that a supply-specific or execution thing".

Kelembapan ekonomi Amerika tentu akan meresahkan banyak negara, termasuk Jepun juga. Dan ia turut membuatkan Malaysia terketar-ketar kerana kedua-dua negara di atas akan mengecilkan operasi jika mereka tidak mengangkat kaki.

Daim baru-baru ini sudah mula membuat kenyataan agar pelabur tidak panik. Satu strategi baru sedang dirangka untuk meningkatkan FDI. Mahathir baru ke Burma dan dia kini ke Jepun pula. Satu idea baru ala 'IMF' untuk timur Asia dicadangkan beliau.

Mahathir melancarkan buku 'Reflections on Asia' di Jepun. Dalam buku tersebut beliau mengatakan ekonomi Jepun merosot kerana terlalu mengikut barat. Dia juga mencadangkan Jepun mengenakan kawalan modal untuk pulih. Tindakkan tersebut seolah-olah mahu menunjuk pandai kepada Jepun. Sepatutnya Mahathir hormat dan malulah sedikit. Jika Jepun mengikut rentak Malaysia, Jepun pun akan lingkup. Kita dengar apa komen Wak.... - Editor (simpan komen dulu)]


MAHATHIR MASIH TAK SEDAR TARINGNYA SUDAH TERCABUT!!

Bahagian: 1


DR. MAHATHIR tak habis-habis merasa dirinya masih punya kewibawaan sebagai seorang pemimpin yang masih didengar rungutannya. Kemarin, beliau berlepas ke Jepun dengan tujuan mempromosikan sebuah buku beliau yang terbaru.

Seseorang 'avid reader', tidak akan melepaskan peluang membaca apa saja yang releven mengenai Malaysia tanpa mengira siapa penulisnya. Mungkin ramai yang cuba mencari buku 'hasutan' Mahathir pertama 'The Malay Delimma' di dalam simpanan. Mungkin sudah berdebu atau sudah carik dimakan kepoyok (lipas).

Anak Muda Melayu Telah Mengalami 'Anjakan Paradigma'

Dari situ, pembaca akan dapat membuat kesimpulan bahawa Mahathir telah menjadi seorang pemimpin stereotype, cuma taat dan taksub mengakuri pendapat yang diluahkan dalam 'kitab' beliau itu saja. Beliau tidak sedar bahawa apa yang beliau tulis mengenai orang Melayu 30 tahun dulu sudah tidak releven dan tidak boleh diterimapakai lagi.

Dr. Mahathir harus membaca perkembangan politik, ekonomi, sosial dan minda orang Melayu dan rakyat negara ini hari ini dan bertindak selari dengan kemahuan rakyat yang semakin maju dan punya daya berfikir yang terbuka.

Sementara tempoh itu, minda anak-anak muda lahiran selepas 13 Mei dan beberapa tahun sebelumnya, sudah mengalami 'anjakan paradigma' yang cukup ketara - sudah jauh berbeda dari pemimpin berusia melebihi tujuh (7) dekad (dan mereka yang terpuruk dicelah ketiak beliau).

Menjana Pertentangan

'Stereotype' Dr. Mahathir dan 'Anjakan paradigma' pemimpin muda sekarang telah membawa satu pertentangan yang hebat dan sengit. Antara beliau (Dr. Mahathir) dan UMNO yang dibaru(A)kannya vs majoriti rakyat muda yang berminda terbuka, pertentangan itu mencetuskan gelombang besar semacam Tsunami (meminjam istilah oceanografi).

Dr. Mahathir tidak sedar dan masih bermimpi bahawa bakal pengundi muda yang menganggotai suatu Barisan Pembangkang yang makin menghebat; ternyata punya kemungkinan besar berkemampuan melenyapkan UMNO/BN dari muka bumi bertuah ini.

Mahathir juga mungkin tidak sedar bahawa pemimpin Pembangkang yang lebih muda usia dari beliau yang menerajui Barisan Alternatif telah menguatkan iltizam dan telah mengeras (hardened); berpotensi besar mentadbir negara secara telus, bersih, berwibawa dan bervisi.

Mereka terdiri dari golongan rakyat yang terpelajar, berpendidikan dan berilmu agama, dan berminda terbuka. Mereka berpotensi dan mampu membawa negara ke satu era baru selari dengan kemajuan yang dituntut bagi menghadapi cabaran globalisasi melinium ini. Senario dan perkembangan ini semakin nyata.

Tetapi, melihat senario politik orang Melayu dan politik negara yang semakin bergolak (hasil kesembronohan penulis buku itu membaca keadaan semasa), mungkin ramai yang ingin mengetahui di mana silapnya dan siapa yang buat silap.

Dengan itu, maka dapatlah kita sebagai rakyat membuat kesimpulan, seterusnya membuat perkiraan untuk membuat keputusan muktamat. Itu amat penting - tambahan pula, tahun 2004 semakin dekat.

Mahathir: Bagai Ayam Mengajar Itik Berenang

Seseorang yang membaca siri tulisan Dr. Mahathir di akhbar Jepun, Mainichi Daily News; seseorang akan dapat melihat Mahathir adalah seorang penciplak ide orang lain. Tidak dapat dinafikan seolah-olah pembaca sedang mebaca ide wadah tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam buku beliau 'The Asian Renaissance' yang menjadi bacaan pemimpin antarabangsa.

Bezanya, Dr. Mahathir membawa pendekatan yang tidak mencerminkan budaya Asia dan Ketimuran. Mahathir lebih mirip berlagak sebagai 'seekor ayam yang cuba mengajar itik berenang' dan 'Kokok berderai tapi ekor bergelumang taik'.

Dalam kompilasi rencana-rencana beliau yang dibukukan dalam "Reflections on Asia", satu bab bertajuk 'Japan Must Regain Confidence'; sesorang akan dapat membuat kesimpulan bahawa Mahathir tidak sedar bahawa beliau seolah-seolah melupakan bahawa Jepun tidak seharusnya beliau nilai setaraf sebuah negara di benua Afrika (yang lazim beliau lawati dan berpidato).

Mahathir pasti ingat bahawa beliaulah pemimpin negara ini yang mengarahkan 'Dasar Pandangan Ke Timur (DPKT)' yang satu masa dulu cuba beliau canang-canangkan di negara ini supaya diterapkan menjadi satu Dasar dalam pelbagai aspek dan bidang dalam pentadbiran regim beliau.

Mungkin beliau akan memberi alasan bahawa kerana kehebatan budaya bekerja Jepun itulah maka DPKT itu dijadikan dasar perlaksanaan segala bagai budaya dalam aspek cara bekerja dan perlaksaan sektor perindustrian di negara ini.

Mahathir mengarahkan sektor swasta dan awam membudayakan cara berfikir dan bekerja ala Jepun. Mahathir semakin membenci Barat dan sentiasa celupar mulut mengutuk tradisi dan budaya bekerja dan falsafah negara Barat. Mahathir cuba membuat eksperimen sendiri.

Persolan: Di mana silapnya dan siapakah yang bikin silap?

Kita akan teliti di Bahagian Ke-2

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)