Laman Webantu   KM2A1: 3627 File Size: 11.5 Kb *



Siri 2: BPMP Bila Suka Menjadi Duka
By Kapal Berita

19/1/2001 8:35 pm Fri

Siri 2: BPMP

BILA SUKA MENJADI DUKA

Harapkan pagar, pagar memakan padi. Itulah yang berlaku kepada mandat yang telah diberi oleh rakyat kepada pemimpin negara masakini. Institusi polis menjadi sekumpulan samseng berlesen yang ditakuti. Gejala lesen terbang dan video haram berakhir dengan tiada seekor pun gajah tertangkap. Sebaliknya ikan bilis yang halus-halus diserkap. Pejabat JPJ dibakar tetapi isu lesen terbang tidak pula terbang bersekali. Kalau dulu polis disayangi dan dihormati, mereka kini digeruni kerana belantan dan seksaan yang ngeri. Hati siapa tidak hiba melihat mak cik tua diterajang masuk longkang dan Pak Din nyaris buta. Itu belum dikira lagi nasib seorang ibu yang kehilangan ayahnya (selama-lamanya) selepas ditemuduga sahaja kununnya. Bagaimana pula nasib anak-anak Anwar yang terpisah dengan seorang bapa angkara dalil yang samar belaka?

Semenjak September 1998, kita menyaksikan ramai wira negara pergi meninggalkan kita. Ada yang menulis buku sebagai tanda, dan ada yang terbunuh tetapi diperapkan sahaja. Ada juga 'hero' yang mati tiba-tiba setelah muncul dua gambar seantero negara. Yang peliknya penyangak negara masih tidak mati-mati tetapi disambung lagi nyawa mereka (dengan wang pastinya). Tetapi wang siapa sebenarnya?


PERANG SIBER UMNO KEMANA?

Kita kepingin untuk berdialog 'chit-chat' dengan Mahathir di alam siber, tetapi asyik tertangguh pula. Sejak September 1998, laman pro reformasi tumbuh laksana cendawan musim hujan dan pelbagai rahsia dan jenayah kerajaan Mahathir telah didedahkan. Fakta-fakta tersebut dianggap fitnah belaka dan kerajaan mengugut dengan akta hasutan. Tetapi sampai sekarang tiada seorang pun ditangkap atau dituduh kerana memberi maklumat songsang!

Kita ingin tahu kenapa Hakim Aidid tidak dituduh menyebar fakta palsu. Apakah itu bermakna perilaku badan kehakiman yang memakan rasuah dan melanggan melacur mewah adalah satu kebenaran? Mengapa juga AG Baru(a) tidak mencabar kenyataan Datuk Shapei di mahkamah jika ia satu kepalsuan?

DIMANA UMNO BERPERANG SEBENARNYA

Orang yang benar ialah orang yang sentiasa bersedia untuk memberi jawapan. Malangnya itu semua tidak ada dalam kamus Mahathir dan Umno. Sebaliknya mereka hanya pandai menendang pintu dan mencuri semua bukti yang ada. Yang timbul di padamkan sahaja dari berita dengan hakim sebagai juru bicara.

Nampak jelas BN dan Umno berperang untuk menggelapkan semua bukti yang ada. Kemunculan pasukan bertopeng yang bersenjata hidup menangkap Anwar 2 tahun dulu menggambarkan Mahathir tidak menghargai nyawa. Mengapa tidak dihantar FRU kesana atau polis biasa kerana selama ini rakyat tidakpun membunuh polis, tetapi 'polis'lah yang membunuh polis dan rakyat yang tidak berdosa.

Era Mahathir mengerikan kita dengan jenayah yang luar biasa yang berakhir dengan pembunuhan. Ramai yang terkorban tetapi kes mereka digelapkan begitu sahaja. Bukti dibakar tidak kira ia sebuah diari atau sebuah bangunan. Yang tinggal hanyalah nama Jalil Ibrahim, Mustakizah, Ja'far Puteh dll. Kita masih belum lupa pembunuhan seorang polis di Johor baru satu ketika dulu dan bagaimana dua mayat di Sauk disiksa. Tidak ada sesiapa dapat dibuktikan membunuh mereka. Perbicaraan al Maunah tidak menyentuh pembunuhan ini, jika tidak hukumannya mestilah lebi dari penjara!

Kisah Memali dulu masih segar dalam ingatan. Nama-nama polis yang terlibat menggambarkan mereka semua barua belaka kerana sanggup meminum arak dan berbincang dengan peluru hidup tanpa belas dan tanpa kesihan. Sekejap dikatakan sarang kominis, sekejap lagi dituduh ajaran sesat. Siapakah yang bermain kata-kata sebegini jika tidak seorang yang suka menggunakan perkataan 'ekstrim'?


ROMBAKKAN ATAU TAMBAHAN?

'Rombakkan' kabinet baru-baru ini menampilkan beberapa fokus utama untuk mempopularkan Mahathir sahaja. Itulah prioriti utama, bukannya Umno. Dia rupa-rupanya 'menambah' kabinet kerana sebarang rombakkan tentu akan memecah-belahkan lagi Umno. Mungkin itulah punca sebenar dia sengaja membiarkan khabar angin tersebar agar dapat membaca rentak akarumbi yang menjalar.

Dengan menambah anggota kabinet Mahathir mendedahkan betapa kerajaan yang ada kini sudah semakin lemah dan kurang berperanan. Dia tidak merombak kerana itu akan menyebabkan keretakkan dari dalam. Pandaikah Mahathir? Tidak juga....

Mahathir sebenarnya telah menghina semua pemimpin Umno yang lebih berkaliber. Dia memilih orang yang boleh menguatkan dirinya sendiri, bukan untuk menguatkan Umno. Pilihan pengundi dan akarumbi dipersetankan sahaja. Bukankah itu satu pemerintahan bersifat oligarki (berpusat) dan diktator namanya?

Kehadiran tAM, ZAM, dan iMAM mengampu tidak bertauliah menggambarkan Mahathir akan terus memutar kepala kepada tiga bidang: fitnah palsu, putarbelit media dan penafsiran modernis mengubahsuai ugama. Shahrizat pula menjadi penyeri tambahan yang dihidang sebagai umpan untuk mengail kaum wanita. Sebelum itu Dr Zeti, Azalina dan Ainum Said telah diketengahkan. Mampukah keempat-empat wanita ini menjadi satu barisan untuk menguatkan wanita jika memandang mereka pun sudah membuat ramai sakit mata?


Dimanakah Umno berperang sebenarnya? Apakah yang diperjuangkan selama ini? Siapakah yang istimewa di dalam Umno sebenarnya? Pilihan akar umbi atau pilihan presiden parti?

Jika mata sudah sakit, kemana lagikah rakyat akan memandang? Jika utusan sudah meloya lebih baik dimuntahkan sahaja. Jika kutbah sudah kena boo, bersedialah dengan langkah seribu mencari pintu. Jika chek sudah hilang, buatlah sekeping lagi, hukum karma akan menjelma nanti.





Rencana Rujukkan:

Source: SCMP : Web surfers to wait for Mahathir chat

The South China Morning Post, HK

18th January 2001

Web surfers to wait for Mahathir chat

IAN STEWART

The United Malays National Organisation's long-awaited Internet chat show goes online today - but participants will have to wait to talk to its proposed star.

Party secretary-general Khalil Yaacob is scheduled to take questions from the public first, followed by other leaders. If all goes well, the party president, Prime Minister Mahathir Mohamad, will go online at the Umno Web site - www.umno-online.com - possibly in March.

Dr Mahathir was tentatively scheduled to make his Internet chat debut on November 18. However, the date passed without any explanation of whether the plan had been cancelled or merely postponed.

This week when the new launch and format were announced, it was said technical problems led to cancellation of the original proposal. But analysts said Dr Mahathir would have been especially busy in November ahead of a key state by-election at the end of the month and would probably not have wanted to engage in a public political discussion immediately after the poll, in which Umno was defeated.

Even before the Government suffered its embarrassing loss of the supposedly safe Lunas seat, the organisers had decided to take precautions against Dr Mahathir being confronted by aggressive members of the public or opposition supporters.

The head of the Web site and content developer, Shariff Hamid, said questions for the Prime Minister would be screened because "some irresponsible surfers" were "only interested in forwarding vulgar messages".

This week Mr Shariff said that by starting the chat show with Mr Khalil, who is also Information Minister, and then other ministers, the organisers wanted to ensure it attained a high standard before the Prime Minister made his appearance.

The Government has been slow to exploit the Internet effectively despite Dr Mahathir's strong support for an information technology-oriented society, while opposition Web sites have flourished.

Supporters of Anwar Ibrahim, the jailed former deputy prime minister, have used the Internet, which Dr Mahathir has promised not to censor, to launch scores of Web sites denouncing the Government in language that would get print media closed or prosecuted.

Government Web sites have also been hacked, forcing officials to employ security experts.

http://www.scmp.com




Source: The South China Morning Post, HK 18th January 2001

Cabinet shuffle political play for women voters

IAN STEWART in Kuala Lumpur

Prime Minister Mahathir Mohamad yesterday announced a cabinet reshuffle, the main result of which is the creation of a new Women's Affairs Ministry. Analysts described the changes as pragmatic and largely politically motivated.

"Indeed we value the contribution of women and their role and that is why we created the ministry," Dr Mahathir was quoted as saying by the official Bernama news agency.

The new ministry will be headed by Shahrizat Abdul Jalil. She was formerly a deputy minister in the Prime Minister's Department. Women's groups have been pressing for the creation of such a ministry for many years but the growing threat of Parti Islam se-Malaysia (PAS), the leading opposition party, to the dominance of the United Malays National Organisation (Umno), the main government party, has created an immediate reason for the move.

PAS, a fundamentalist male-controlled Islamic party, has been making small overtures to women, whom it has previously spurned as leaders or political candidates, to broaden its constituency. At the same time it wants to cement its relations with its partners in the opposition alliance called the Alternative Front, who are more open to giving women a political role.

The appointment of Ms Shahrizat as Minister of Women's Affairs is aimed at demonstrating that Umno is more progressive than PAS where women are concerned. Her duties can be expected to include highlighting the differences between PAS and Umno on women's matters, including the famously sexist remarks of Nik Aziz Nik Mat, the PAS Chief Minister of Kelantan state.

Her appointment increases the number of women in the cabinet to three. The others are Rafidah Aziz, Minister of International Trade and Industry, and Siti Zaharah Sulaiman, Minister of National Unity and Community Development.

The other important change in the cabinet was the appointment of Abdul Hamid Zainal Abidin, the armed forces' top Islamic official, as Minister in the Prime Minister's Department. He fills a gap left by the resignation of Hamid Othman, who was in charge of Islamic affairs.

In addition to the moves aimed at boosting Umno's standing with women voters and Muslims, Dr Mahathir made an appointment that will win the approval of members of the Indian community. He named M. Kayveas, head of the People's Progressive Party, as Deputy Minister of Housing and Local Government.


Opposition supporters said they would go ahead with a "100,000 People" rally on Saturday even if police refuse a permit for it. A previous rally in November ended bloodily after police with water cannon, tear-gas and batons broke it up.

http://www.scmp.com