Laman Webantu   KM2A1: 3620 File Size: 6.6 Kb *



Siri 1: Bila Pagar Memakan Padi
By Kapal Berita

18/1/2001 7:36 pm Thu

Siri 1: BPMP

BILA PAGAR MEMAKAN PADI

Apa yang berlaku kepada industri beras negara amat menyedihkan. Badan-badan penyelidikkan kelihatan tidak dapat menyumbang apa-apa untuk membaiki nasib penanam padi yang majoritinya kaum melayu sejak dulu lagi. Kementerian Pertanian lebih berminat dengan pemikiran pemimpin Umno yang penuh dengan angan-angan mat jenin. Penanam padi telah di anaktirikan sejak dulu, dan dibiarkan mundur supaya harga tanah tidak tinggi agar mudah disapu murah oleh pihak tertentu. Itulah yang berlaku di Kerpan dan akan berlaku di mana-mana khususnya di pulau yang bernama Redang atau Langkawi walaupun mungkin lain apa yang tertanam dibuminya. Peneroka FELDA sudah pun terkena dan ramai lagi sedang menunggu untuk merana.

INDUSTRI MEMBENCANAKAN NEGARA

Kita hairan mengapa isu beras sengaja didiamkan sedangkan hampir setiap penduduk di negara ini memakannya sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kita kerap mendengar keluhan pembeli betapa beras Bernas mudah lembik serta basi. Bagaimanakah rakyat mahu menyokong Bernas jika ia tidak menjaga mutu dan kualiti? Sepatutnya dengan penswastaan, beras Bernas itu lebih murah dan menjadi sebutan semua penjual dan pembeli. Malangnya beras itu menjadi beras yang paling tidak diingini. Pekedai runcit mengeluh kerana ia 'memenuhkan kedai sahaja' dan menjadi sarang bubuk bermaharajalela.

Lebihan stok beras negara kini sudah mencecah paras 30,000 dan 50,000 tan. Dikatakanlah penyeludupan beras yang lebih murah sebagai sebab kemerosotan. Mengapa tidak ditugaskan pegawai anti penyeludupan berjaga siang malam membuat sekatan jalan? Tidak seperti dadah, beras adalah sesuatu yang berat dan sukar disembunyikan. Yang mudah disembunyikan hanyalah angka yang tercatat kepada kertas yang ditunjuk kepada pihak yang berkenaan. Disinilah terletak semua jawapan yang sengaja pemimpin negara buat-buat tak faham.

PINTU DITUTUP TINGKAP TERBUKA

Kita sebenarnya mampu meningkatkan kualiti dan mutu beras negara, tetapi kesungguhan itu tidak ada kerana ada dalang yang telah lama bermain kayu tiga. Mereka mendapat permit 'sah' dan 'agen haram' membawa masuk beras berguni-guni tanpa pihak kastam dapat berbuat apa-apa. Satu panggilan talifon sudah cukup untuk membuat pegawai kastam melarikan diri untuk selamanya... begitulah hebatnya mereka menjadi penyangak negara!

Malaysia kini bercadang untuk membina menara kawalan yang entah berapa juta kosnya. Penyeludupan menjadi kata-sebab untuk menjaga air muka padahal tanahlah yang menjadi rebutan untuk memusnahkan warisan orang melayu sekian lama. Cukuplah peristiwa Kerpan dan nasib peneroka Felda menjadi satu pengajaran pahit buat semua. Negara sedang dijajah oleh pemimpin yang bermuka DUA. Binalah seribu menara, selagi sibermuka DUA itu ada, segalanya akan SIA-SIA BELAKA!

-Kapal Berita-





Rencana Rujukkan:

http://www.globalsources.com/TNTLIST/
2001/01/15/xfdws/0416-1885-BERNAS-SEEKS-BUYERS.sked..htm

Jan 16 News

Bernas seeks buyers for excess rice

NEW STRAITS TIMES-MANAGEMENT TIMES
Associated Press

January 15, 2001

PENANG, Sat.-Padiberas Nasional Berhad (Bernas) is negotiating with several countries to import its excess stock of rice.

''Among them are Indonesia, the Philippines and several African countries,'' Import and Trading Bernas rice sales support services head Mamat Daud said today.

''However, if the excess rice is absorbed by local demand, then the proposal to export will not be implemented.

''Our present stock in Peninsular Malaysia (is in) excess of between 30,000 and 50,000 tonnes,'' he said.

Mamat was speaking to reporters at the Butterworth wharf where 4,000 tonnes of rice were being sent to Sabah. The rice was loaded onto the MV Builder Fortune yesterday for shipping tomorrow.

Mamat said 1,400 tonnes would be sent to Kota Kinabalu while the balance would go to Lahad Datu.

''The shipment is expected to reach both destinations by next Sunday,'' he said, adding that it was the first shipment to Sabah since supply exceeded demand in Peninsular Malaysia several weeks ago.

In view of the excess supply, the Government had directed Bernas and suppliers to buy up the excess rice so as not to jeopardise the local rice supply before the Hari Raya.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has said that the Government will monitor rice production in the country.


http://www.planetrice.net/newspub/story.cfm?id=593

Malaysia To Erect Watch Towers to Stop Thai Rice Smuggling

January 16, 2001

KUALA LUMPUR--Malaysia will build watch towers and place guards along its border with Thailand to check rampant smuggling, especially of rice and fuel, between the two countries, Malaysia's Star Daily reported on Jan. 10.

Consumer Affairs Minister Muhyiddin Yassin said that the government had approved construction of the towers to stem smuggling, which is on the rise. He did not say how much the security measure will cost.

The towers will reinforce a wall--also to prevent smuggling--that Malaysia built along the length of the 154-kilometer border in 1996.

The Star quoted Muhyiddin as saying that his ministry would recruit more than 700 men, plus police and custom officials, to deploy on the border and check smuggling.

Organized gangs also use the hilly border to bring in foreign workers from countries such as Myanmar and Bangladesh.

Despite beefing up enforcement and fencing its border with Thailand, which sprawls across three provinces, Malaysia has had little success in checking smuggling activities, a problem for decades.

The smuggling of Thai rice, which is cheaper and higher-quality than local rice, is hurting local farmers and causing a glut in the market.

Government officials estimate that Malaysia lost more than 400 million ringgit ($1=MYR3.8) in fuel subsidies last year because of smuggling of diesel from Malaysia into Thailand, where the fuel costs nearly double.

Although the government hiked fuel prices marginally in September, diesel smuggling into Thailand has continued unabated. Diesel fuel worth nearly 1 million ringgit was discovered stolen from a plant in northern Malaysia last Friday.