Laman Webantu   KM2A1: 3617 File Size: 11.4 Kb *



TJ MT MGG: Super Bumiputra Menyerang Lagi
By M.G.G. Pillai

18/1/2001 4:46 pm Thu

MGG1501

[MGG menyingkap rahsia disebalik krisis SRJK cina Damansara baru-baru ini. Seperti biasa Menteri Pendidikkan baru(a) dilantik oleh Mahathir supaya senang orang tertentu menerokai bidang itu. Malangnya Tan Sri Musa tidak pandai bermain kata, tetapi mahu 'merotan' dan membuang pelajar pula. Mahathir seharusnya mengadakan kelas percuma untuk mendidik Tan Sri Musa terlebih dahulu, dan biar dia berguru dengan Samy Vellu. Kegagalan Tan Sri Musa memberikan tamparan hebat kepada Mahathir kerana dia semakin memberatkan lagi beg yang perlu dipikul untuk menghadapi pengundi cina.

Vincent Tan rakus lagi dan masih belum mahu berhenti walaupun projeknya sudah banyak yang rugi. Menteri asyik berdalih untuk melepaskan diri. Ibu bapa tidak sanggup sekolah bertuah musnah begitu kerana kasihkan sentuhan kesaktiannya. Siapa yang pening kepala jika tidak pengiklannya? - Editor]


Penterjemah: -MT-

Super Bumiputra Menyerang Lagi
(MGG: The Super Bumiputra Strikes Again)

Setelah mengarahkan polis berkawal di pintu masuk SRJK cina di Damansara, kerajaan telah mengugut menyingkirkan para pelajar yang engkar. Di waktu yang sama tidak pula disebut kenapa sekolah yang berusia 70 tahun itu mesti dipindahkan. Sekolah itu terpaksa berpindah tempat ke satu tapak sementara di kawasan sebuah sekolah lain. Lokasinya berdekatan dengan sebuah projek yang dibangunkan oleh seorang peniaga yang bertaraf antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya. Itulah dia Super Bumiputra Tan Sri Vincent Tan dan adiknya Dato Daniel Tan.

Keadaan masih tegang lagi. Kesilapan kerajaan menangani perkara itu telah membabitkan perkara itu kepada soal pembelajaran masyarakat Cina dan membabitkan para pendidik Cina pula. Ibu bapa dan anak-anak murid sekolah itu telah berpiket di hadapan kementerian pendidikan dua hari yang lalu.


Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamed, telah berdolak-dalik lagi ketika bertemu dengan golongan ibu bapa semalam (16 januari 01), dan mengumumkan bahawa sekolah itu akan terus dibuka. Ini amat bertentangan dengan kenyataan seorang pegawai lain pula. Dia telah memberitahu media kalau Lembaga pengarah SRJK(C) tidak mampu memujuk para pelajar untuk berpindah ke sekolah yang baru, sekolah yang ada akan terus dikekalkan. Tetapi apakah yang dikatakannya itu sesuatu yang bersifat kekalutan juga? Kerajan telah mengambil sikap untuk memuaskan kehendak masyarakat yang meminta mengikut persetujuan yang diberikan oleh Lembaga sekolah itu dulu. Tetapi, berita persetujuan awal lembaga sekolah itu masih tidak dapat disahkan. Dalam hal ini lembaga sekolah itu yang mesti memberikan penjelasan. Nampaknya ada satu muslihat yang tersorok sehingga berlakunya ketegangan itu.


Kita diberitahu, sekolah itu terpaksa dipindahkan untuk memberi ruang kepada pembinaan satu lebuh raya apabila pembinaannya dimulakan. Oleh kerana lokasi sekolah menghalang pembinaan laluan itu, makanya ia terpaksa dialihkan. Kalaulah itu masalahnya maka senanglah untuk menyelesaikannya. Tetapi, ada pula alasan tersorok di sebalik itu semua. Ia mempunyai kaitan dengan rancangan projek yang dilaksanakan oleh dua Super Bumiputra itu. Harga projek itu tidak akan naik nilainya, kerana terdapatnya tanah lapang yang menjadi padang di situ. Sebuah syarikat kepunyaan Suepr Bumiputra itu amat memerlukan tanah lapang tersebut untuk digunakan sehingga mampu menaikkan lagi harga hartanah mereka. Oleh kerana kerajaan mudah berlembut dengan kemahuan mereka, makanya diarahkan sekolah itu berpindah walaupun sekolah pengganti belum siap terbina. Akan terbinakah sekolah gantian itu nanti? Saya yakin ia akan terbina juga: kepantasannya tentulah sama irasnya dengan projek monorel yang merupkan satu lagi projek Super Bumiputra itu. Projek itu sepatutnya siap pada tahun 1998, tetapi kita diberitahu akan siap hanya pada tahun hadapan sahaja.


Inilah mata lebam kerajaan yang disengajakan sendiri, berbeza dengan yang dialami oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Dulu ia menjadi gelabah kerana rancangan Sekolah Wawasan, kerana itulah satu sandiwara untuk mengaut tanah yang mahal nilainya dan digantikan dengan sekolah baru yang dibina di tempat yang jauh-jauh letaknya. Kerajaan mahukan rakyat marhaen akur dengan segala rencana untuk memuaskan nafsu-nafsi para kroni dan sukusakat, tidak kiralah kalau rancangan itu menyusahkan akhirnya. Tetapi, setiap kali rancangan kerajaan itu ditentang seperti yang berlaku sekarang ini, kerajaan akan mengalah pula. Sudah menjadi satu hakikat bahawa setiap program penswastaan diserahkan kepada para kroni dan sukusakat ini. Masalahnya setiap projek itu gagal dilaksanakan dan ada yang sudah diserahkan balik kepada kerajaan untuk dikitar sebagai penswastaan baru semula.

Kemelut Lunas, rencana penyelamat MAS, hak istimewa orang melayu adalah kayu pengukur kepada semua keangkuhan itu. Kumpulan Super Bumiputra yang juga dikenali sebagai (aka=also known as) pedagang antarabangsa yang tidak ada tolok bandingnya telah mengkucar-kacirkan setiap projek penswastaan yang diberikan oleh kerajaan kepadanya. Termasuklah projek Sports Toto yang sungguh lumayan itu. Begitu juga halnya dengan pemberian tanah hutan simpan yang beribu hektar luasnya di beberapa negeri. Tetapi si malaun ini terus juga menghadapi kegagalan berulang kali.


Apakah Tan Sri Vincent Tan dan adiknya membeli tanah itu mengikut kadar yang ditetapkan oleh pasaran? Tentu tidak. Apakah tanah sekolah itu diberikan opsyennya untuk ditukar syaratnya daripada tapak sekolah kepada tapak komersial, untuk membolehkan tanah itu dipajakkan bagi tujuan mendapatakan kemudahan pinjaman bank? Tentu tidak. Bila si malaun itu mahu memajukan sebuah kelab golf di Damansara, Universiti Malaya terpaksa melepaskan pegangan ke atas sebidang untuk memberi ruang kepada pembikinan lebuhraya yang sepatutnya dibuat di atas tanah kepunyaan si malaun itu. Itu sebabnya dia sentiasa dirundung kerugian setiap kali dia cuba bangkit daripada kerugian yang baru dialaminya. Kenapakah agaknya dia dibenarkan menyekat pembangunan sistem pendidikan untuk menjamin keuntungannya? Semua saham syarikatnya yang tersenarai di BSKL tidak pun mempunyai nilai setara dengan harga par saham itu. Namun, dia tegtap diselamatkan setiap kali dia dirundung kerugian. Kenapakah agaknya?


-MGG Pillai- 17.1.01.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


The Super Bumiputra Strikes Again

The Government had the police guard the locked gates of the SRJK Chinese school in Damansara, threatened the pupils with expulsion, would not say why the 70-year-old school must be moved. The school must shift to temporary quarters in another school a few kilometres away near a completed project of that internationally known business man of unquestioned repute and "Super Bumiputra", Tan Sri Vincent Tan and his brother, Dato' Daniel Tan. But the pressure refused to die down. The government's mishandling of the affair turned into a question of Chinese education, and Chinese educationists entered the fray. The parents and students demonstrated in front of the education ministry two days ago.

The flexible and, and true to style, unbending minister, Tan Sri Musa Mohamed, flip flopped when he met the parents yesterday (16 January 01) and decreed the school would remain open. The official spin is different, of course. He told the press if the SRJK (C) board of governors could not persuade pupils to move to new schools, the school remains it is. But is it the storm in a tea cup he says it is now? Is it? The government inexplicably raised the ante in the run-up to the move, riding roughshod over the needs of the community. Its argument that the board of governors had agreed to move is neither here nor there. The board of governors, in this instance, has much to answer for. This hidden motive is hinted of in news reports of the confrontation.

The school has to be removed, we are told, to realign the area once the tolled highway nearby comes on stream. The school stood in the way and had to move. Were it that, it ould not have been a problem. It is more sinister. The development plans of Super Bumiputra and brother around the school would not be profitable without the schoolgrounds betwixt their properties. Indeed, a Super Bumiputra company builds an office block and needs the school grounds for added value. Since the government gives them what they want, it ordered the school moved out even before its new school is built. Would it be constructed? I am sure it would, but at the pace of the monorail project, another Super Bumiputra project, which was to have been completed in 1998 but would now be, we are told, next year.

The government's black eye, self-inflicted unlike Dato' Seri Anwar Ibrahim's, it gets so soon messing up its Vision Schools plans, an elaborate smokescreen to divest schools of valuable land for indifferently built schools in distant suburbs. It insists Malaysians should not object when its cronies, siblings and courtiers get what they covet, however inconvenient to those consequently deprived of services. When it goes out to bat for them, it is resisted, as now, and it must back down. It is an incontrovertible fact that all privatisation of government assets went to them, even one of them. Every one is mishandled. Some have returned to the government for re-privatisation.

The Lunas typhoon, the MAS bailout, the Malay rights fiasco are markers in this arrogance. The Super Bumiputra aka the internationally known business man of unquestioned repute made a mess of every privatised project the government gave him, including the cash-cow Sports Toto. With every failure, he gets large parcels of land, including forest reserve of a few thousand hectares in several states, and yet he stumbles and helped again and again.

Did Tan Sri Vincent Tan and his brother pay for the land at market rates? Not on your life. Was the school given an option to convert the land first from that for use as a school to commercial use, so that it could have ample funds to keep it well-funded with facilities? Not on your life. When he wanted to develop his golf club in Damansara, the Universiti Malaya was forced to give up its land for the highway that would otherwise have gone through his land. Why? He continues to rack up losses and is picked up every time he stumbles. Why? And more important why is he allowed to prevent the growth of education for personal gain? His shares on the KLSE are but a fraction of its par value. Yet he is rescued, again and again. Why?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my