Laman Webantu   KM2A1: 3616 File Size: 9.2 Kb *



TJ MT MGG: Imigresen Membeli Hotel
By M.G.G. Pillai

18/1/2001 5:34 pm Thu

MGG 1401

[Langkah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen membeli sebuah hotel sebagai pusat latihan memang pelik bin ajaib. Nampak sangat kepingin membuncit kepada keselesaan yang begitu menyeronokkan siap dengan irama ombak di pantai yang menyegarkan. Patutlah kakitangan Imigresen begitu lembab melayan kerana sudah disogok budaya selesa diri berlebihan sehingga ia menjadi tidak bersungguh untuk menolong orang. Ia asyik menunggu loceng untuk terbang melayang.... - Editor]

Penterjemah: -MT-


Imigresen Membeli Hotel

(MGG: Immigration Buys A Hotel)

Oleh kerana Jabatan Imigresen menduduki tempat ke empat dalam pungutan hasil negara, ketua pengarahnya, Dato' Aseeh Che Mat beranggapan tibalah masanya untuk jabatan itu membeli sebuah hotel di Port d##kson. Dia mahu menggunakan hotel itu sebagai pusat latihan. Berapa agaknya kos pembelian hotel itu? Bukan mudah mengetahui harganya. Rupanya, pusat latihan mesti diletakkan di tempat percutian. Kerana itu Port d##kson menjadi pilihan. Apabila jabatan itu mampu mengutip hasil bernilai RM1,000 juta dalam satu tahun, apakah dia tidak boleh membeli sebuah pusat latihan untuk pelatihnya berhimpun? Adakah Parlimen dirujuk akan hal itu? Ataupun itu semua sudah tidak perlu? Apakah memang sudah sedia peruntukannya? Perlukah itu diambil kira? Apakah pusat latihan ini akan mempertingkatkan khidmat melayan rakyat? Apakah itu mesti diambil berat? Apa perlunya membeli sebuah hotel dan kemudiannya diubahsuai dijadikan pusat latihan? Ah, kalau sudah naik mencapai nombor empat takkan membeli pusat latihan tidak boleh dibuat?


Memang, Dato' Aseh layak dilantik menjadi menteri kabinet kerajaan Darulboleh. Dia selalu cakap main lepas sahaja, kerana tidak mampu berfikir dengan cermatnya. Dia membuat pengumuman itu supaya akhbar menyiarkan rencana jabatan imigresen berkhidmat kepada rakyat. Dia menegaskan kerja melayan 3.5 juta manusia setiap bulan, bersamaan degnan satu per enam jumlah penduduk negara, termasuk lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang diambil kira. Apakah tujuan sebenar mahukan hotel itu? Perlukah pusat latihan diwujudkan di Port d##kson? Kalau pusat latihan yang diperlukan kenapa tidak dibina ruang latihan di setiap pejabat imigresen di seluruh negara? Apa salahnya menyewa terus pusat yang ada untuk melatih, daripada menguruskan satu bangunan yang akan menjadi gajah putih?



Kesesakan manusia di pejabat imigresen seluruh negara ada kaitan dengan kakitangan yang tidak cekap dan perundangan yang mudah ditukar-tukar sesuka hati. Sesiapa yang mempunyai urusan dengan jabatan itu terpaksa datang di awal pagi menunggu sepanjang masa sehingga terlaksana hajat mereka. Kakitangan imigresen beranggapan bahawa kita berada di depan mata kerana mahukan sesuatu daripada mereka. Tidak ada langsung semangat mempercepatkan kerja ataupun berkhidmat dengan segera. Dalam hal ini sikap mereka itu memang tidak ada bezanya dengan sikap pegawai jabatan kerajaan yang lain. Kalau sebuah jabatan yang memperolehi satu bilion ringgit setahun memerlukan latihan, apakah jabatan yang lain tidak memerlukan latihan juga? Apakah dia mahu mendedahkan bahawa kakitangan imigresen yang ada, selama ini memang tidak cekap buat kerja?

Imigresen memerlukan satu semangat berkhidmat yang lebih bermakna. Kewujudannya kerap mendorong rakyat marhaen memkikirkan elok lagi kalau mereka tidak ada. Ada satu ketika dulu dimana orang awam perlu beratur pada jam empat pagi semata-mata untuk mendapatkan nombor yang sungguh terhad. Kesannya, seperti yang saya pernah lalui, memerlukan sesaorang datang berkali-kali untuk mendapatkannya. Memanglah ada cara jalan pintas yang boleh diambil untuk menyenangkan diri. Itu sebabnya ada orang tertentu yang mudah memperolehi nombor mereka sedangkan orang yang menunggu dan beratur lama-lama tidak pula mendapatnya. Apabila perkara ini dilaporkan, saya diberi pengecualian pula dan diberikan layanan segera. Namun, ini menunjukkan memang ada sebab kenapa pengecualian itu diberi; untuk menutup cerita misteri.


Apakah yang akan dilakukan oleh pusat latihan ini? Apakah untuk merancang menambahkan beban orang yang datang menunggu ataupun memberikan keselesaan kepada beban kerja yang tidak seberapa? Penjelasan harus dibuat bukan oleh Dato Aseh, tetapi oleh menteri dalam negeri, kenapa ketika kegawatan ekonomi melanda negara, jabatan imigresen mahu menceburi bisnes perhotelan pula? Ini memang satu bisnes perhotelan, kerana semua bilik yang ada akan terus dikekalkan. Kalau ruang latihan bertul-betul diperlukan bukankah lebih murah untuk menyewa ruang latihan? Apakah jabatan Imigresen merasa segan kerana ketiadaan pusat latihan ?

-MGG Pillai- 17 Januari,2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:


Immigration Buys A Hotel

The director-general of immigration, Dato' Aseh Che Mat, decides his department, as the "fourth revenue generating department", is in need of a hotel in Port d##kson. Not for what hotels are for, but to turn it into a training centre. How much would the hotel cost? You would know of it on a need-to-know basis. Training centres, you understand, must be in places people go for holidays. And Port d##kson is as good a travel destination as any. With the department collecting RM1,000 million a year, how could it not have a training centre worth its name? Was Parliament consulted? Does it matter? Is it provided for in the estimates? Does it matter? Would this training centre improve service to the public? Does it matter? Why then does the immigration department need a hotel-converted-into-a-training centre? Because it is the fourth revenue generating centre?

But Dato' Aseh is true to form. He would make a good cabinet minister from Bolehland. He talks rubbish. He does not think through his ideas. He says it because the newspapers would tell readers what great plans the immigration department has for the people. He says it deals with 3.5 million people each month, roughly one is six of the population, man woman and child. This seems excessive, even taking foreign visitors into account. Never mind, the immigration wants a hotel, the reasons why it needs it should not be questioned. The important question is unanswered: Does the immigration department need a training centre in Port d##kson? If it does, why is not built into the immigration department offices itself throughout the country, instead of concentrating it in one area, as it now plans? What is wrong with hiring existing training centres as and when required, instead of maintaining a white elephant.

The huge crowds at immigration offices throughout the country has more to do with staff inefficiency and rules that can be changed at will so that one who has business with the department must come early and spend about a whole morning there for what he came for. The staff has this view that we are there at their convenience. There is no sense of purpose or urgency in what they do. In this, they are no better than staff in government departments elsewhere. If a department earning a billion ringgit a year needs a training, should not that be for all departments as a whole, if the aim is to increase efficiency. In any case, is he saying he has horribly untraining staff?

More than training centres, the immigration needs a sense of purpose. It exists now to make the public wish it never had anything to do it. Once, it required the public to queue up as early as 4 am to get a number, severely restricted, so that one had to come, as I had to, two or three times before one was obtained. Sure enough, short cuts were taken. Suddenly, newly arrived people got the numbers those queueing up for hours could not. When this was reported, I was waved aside though, to prove it had something to hide, I was attended to immediately.

What is this training centre going to do? How to make life for those who deal with it difficult, or an extension of the leisure they indulge in at work? Not only Dato' Aseh but the home minister himself must explain why, in these times of hardship and lack of funds, the immigration department goes into the hotel business. Hotel business? Yes, the rooms would have to be kept in shape for those attending. If one is needed, would it not have been cheaper in the long run to hire it as and when required? But how could the fourth largest revenue earner go and not have its own training centre?

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my