Laman Webantu   KM2A1: 3606 File Size: 12.9 Kb *



TJ MT MGG: Kesenian Debat Politik Di Darulboleh
By M.G.G. Pillai

17/1/2001 2:59 am Wed

MGG 1201

[Pendapat sdr Rustam A. Sani nampaknya mengegarkan MCA sehingga pemuda mereka mahu Rustam memohon maaf kerananya. Padahal itu jugalah persepsi Umno terhadap MCA, tetapi MCA buat-buat diam sahaja. Kisah itu menyerlah dalam isu letak-dan-ambil jawatan Dr Ling. Begitu juga Suqui yang letak-dan-pinggir rayuan mereka. Umno pun tidak jauh beda kerana ia mengamalkan letak-dan-ambil juga dalam kes Aziz Sheikh Fadzir dan debat terbuka. Atau terima-dan-tolak rayuan Suqui sebelum dan selepas pilihanraya. Nampak jelas tiada prinsip dan tidak boleh dipercayai, satu penyakit yang sudah berjangkit dari pemimpin nombor satu UMNO, Dr Mahathir dan pemimpin MIC, Samy Vellu yang berikrar tidak ingin keluar dari Lunas jika tewas.

Nampak jelas semua pemimpin BN tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai. Mereka gemar bermain dengan kata-kata laksana sandiwara yang tidak sampai kemana. Kata-kata mereka asyik bertukar mengikut arus yang beredar. Lama-lama mereka akan tersadai dan terhumban ke gaung yang dalam. Ketika itu melaung meraung pun sudah tidak mampu mendapatkan sebarang pertolongan... - Editor]


Penterjemah: -MT-

Kesenian Debat Politik Di Darulboleh
(MGG: Bolehland's Fine Art Of Political Debate)

Naib Presiden PRM, Saudara Rustam A. Sani telah beterus terang pendapatnya bahawa pengundi Cina amat 'mudah dimanipulasi, kekurangan prinsip dan pada umumnya tidak mudah dipercayai'. Pendapatnya ini telah menaikkan kemarahan pergerakan pemuda MCA yang berpendapat Rustam telah mengaibkan kebijaksanaan, kehormatan dan juga maruah masyarakat Cina. Beliau menuntut agar Rustam meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana pendapatnya itu.

Pendapat Rustam diluahkannya terhadap pihak Suqui yang kemudiannya mengambil tindakan untuk menyelesaikan perkara itu dengan pergerakan pemuda UMNO. Ketika itu MCA tidak pun menunjukkan hidung mereka; baik parti induknya mahupun pergerakan pemudanya. Kenapa? Kerana Pergerakan Pemuda UMNO pun berpendapat kerana mereka 'mudah dimanipulasi, kurang prinsip dan pada umumnya tidak boleh dipercayai.' Di manakah MCA ketika perjanjian itu ditandatangani? Nampaknya Pemuda MCA berada di kawasan pasir jerlus. Jika tidak masakan mereka mahu mengenakan saman malu yang bernilai beribu juta. Inilah caranya parti komponen Barisan Nasional bertindak setiap kali berhadapan dengan berita yang tidak mempu mereka terima.


Apakah Pemuda MCA sanggup mengatakan bahawa presiden parti Dato Seri Ling Liong Sik, tidak pernah dimanipulasi, mempunyai prinsip hidup yang tinggi dan sungguh amanah ketika dia bertindak menarik balik hasrat perletakan jawatannya kerana Perdana Menteri enggan melepaskannya? Kalau tindakan Dr. Ling itu betul, bererti Saudara Rustam memang bersalah. Dia telah membuat satu kesilapan besar memikirkan bahawa dalam dunia politik perkataan membawa makna yang berlainan dari apa yang dicatatkan dalam kamus manusia. Seperti yang pernah dikatakan oleh George Orwell, dalam penulisannya yang termasyur dulu, dalam dunia politik perkataan kerap membawa makna yang berbeza. Para pemimpin MCA telah teringatkan pesanan Orwell itu walaupun mereka tidak kenal beliau dan kenapa esseinya membawa beribu makna.


Saudara Rustam telah menunjukkan hati yang murni. Masyarakat Cina memang mudah marah tanpa sempadan apabila masalah mereka dijadikan bahan perbincangan. Inilah hakikatnya. UMNO telah melakukan satu dosa besar apabila mendedahkan rayuan Suqui itu kepada NEC II (Mapen II). Dari situ perkara itu merebak hingga ke pengetahuan umum sebelum pemilu 1999 dilancarkan. Secara liciknya perkara itu menjadi masalah orang Cina sehinggakan semua orang termasuk Barisan Nasional menerima beritanya. MCA tersilap langkah apabila menuntut jawatan ketua menteri Pulau Pinang, sedangkan UMNO menolak permintaan itu. Politik mencetuskan kuasa, kerana itu UMNO menggunakan kuasa yang ada untuk memperlekehkan MCA.

Seperti yang dideritai oleh presiden UMNO masakini, presiden MCA sedang digugat oleh rusuhan dalaman. Timbalannya memimpin kumpulan yang menghambatnya. Di waktu itulah Dr. Ling mengambil tindakan untuk melepaskan jawtannya. Di waktu itu juga dia menunjukkan kewibawaannya yang sebenar. Dia sanggup terus memegang jawatan setelah presiden UMNO (dan juga Perdana Menteri) mengatakan dia tidak boleh melepaskan jawatan itu. Saya masih ingat betapa Pemuda MCA tidak pun meminta presiden parti mereka meletakan jawatan selepas beliau mengaibkan masyarakat Cina.

Kalaulah tidak kerana isu Suqui dan Sekolah Wawasan, masyarakat Cina pada keseluruhannya tentu telah memihak kepada Barisan Nasional, seperti yang mereka lakukan pada 1999 dengan jelasnya. Saudara Rustam, yang merupakan anak kepada Aruah Ahmad Boestamam, memang amat arif akan perkara ini. Apa yang tidak disebutkannya ialah kalau tidak kerana sesuatu isu yang menghambat mereka, masyarakat Cina memang mudah membiarkan diri mereka di manipulasi. Inilah hakikatnya dan saya sanggup melangkah setapak lagi: Masyarakat Cina yang merupakan golongan yang kedua terbesarnya di negara ini, tidak memandang jauh seperti yang sepatutnya - mereka sepatutnya berani berdepan untuk diharapkan bukan kerana kontrak yang disogokkan, tetapi untuk masa depan cucu cicit yang masih belum dilahirkan.

Perubahan sudah menjelma kerana cucu-cicit generasi merdeka sudah semakin berusia. Kerana itulah Saudara Rustam memang berada di jalan yang benar dengan pendapatnya.


Cuba kita lihat hanya satu contoh yang ada: DAP naik berang apabila Suqui 'meminggirkan' tujuh fasal dalam cadangan mereka dulu. Tindakan Suqui itu tercetus untuk menyelamatkan air muka Pemuda UMNO yang tercemar disebabkan tersilap langkah dalam sandiwara perpaduan Melayu mereka. Pada mulanya saya berpendapat Suqui telah memainkan peranan mereka dengan baik. Tetapi, DAP mendesak perkara itu seharusnya dibincangkan terlebih dulu dengan semua persatuan Cina yang bergabung di bawah Suqui. Saya telah berbincang dengan beberapa penyokong muda Suqui yang berpendapat pertubuhan itu telah membuat tindakan yang bijak. Tetapi, itulah isu yang memeningkan masyarakat Cina. Mengikut pendapat DAP itulah isu yang sepatutnya digunakan untuk menenyeh UMNO dan juga Barisan Nasional.

Debat (yang digambar-gemburkan) itu tidak pula menjadi. Ia diganti dengan cakap-cakap yang bercanggahan. Ugutan dan kenyataan yang sengaja dicetuskan melalui laman web dan bukan secara rasminya untuk santapan umum. Semua parti pembangkang sudah bersedia untuk berdebat bila-bila masa mengenai sebarang isu. Parti kerajaan memulakan satu inisiatif untuk memulakan satu isu dulu. Tetapi kemudiannya bertindak mencari alasan untuk memungkirinya. Sebagai wakil orang Cina dalam kabinet, MCA telah menunjukkan betapa mereka sudah gagal menjalankan peranannya sehingga mampu dikotak-katikkan sahaja. Apabila ada satu isu tulin yang muncul seperti Sekolah Wawasan dan juga cadangan Suqui itu, mereka hanya mampu untuk diam membisu. Mereka hanya mampu menuduh pihak lain yang cuba mengemukakan penjelasan mereka. Inilah yang mereka katakan sebagai debat politik. Inilah seninya debat itu dalam Darul Boleh ini. Sememangnya tidak ada sebab kenapa Saudara Rustam perlu meminta maaf kepada Pemuda MCA itu.

-MGG Pillai-

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

Bolehland's Fine Art Of Political Debate

The Parti Rakyat Malaysia (PRM) vice-president, Mr Rustam A. Sani, said, rightly, Chinese voters are "easily manipulated, lacked principles and generally cannot be trusted". This, in the view of an incensed MCA Youth, insults the "intelligence, honour and integrity" of the Chinese, and wants him to apologise. Mr Rustam made his remarks over the Suqiu proposals, one its organisers "settled" with UMNO Youth. The MCA, youth or national body, was nowhere in the picture. Why? Because even UMNO youth decided both could be "easily manipulated, lacked principles and generally cannot be trusted". Where was the MCA when that pact was signed? The MCA Youth obviously stands on quicksand. Otherwise it would have sued for millions of dollars in defamation damages. That is how parties in the National Front react to news it cannot stomach.

Would the MCA Youth say that its national president, Dato' Seri Ling Liong Sik, was not manipulated, highly principled and thoroughly trustworthy when he decided he would not resign, after telling the MCA leadership he would, because the Prime Minister would not let him? If what Dr Ling did was correct, then Mr Rustam is wrong. He made the fatal mistake to assume that in politics words are not what the dictionary tells you they mean. As George Orwell, in his famous essay, tells you, they do not. The MCA leaders have taken Orwell to heart even if they do not know who he is or why his essay is important.

Mr Rustam was too kind. The Chinese are incensed to high heaven when Chinese issues are involved. That is a fact of life. UMNO made the unpardonable sin of releasing the Suqiu proposals, presented not to the public but to NECC II, where it was thoroughly aired, to the public domain before the 1999 general elections. It was then cleverly turned into a Chinese issue, to which everyone, including the National Front, accepted. But the MCA stumbled when it demanded the chief ministership of Penang and UMNO refused. Politics is power, and UMNO took the upper hand and put the MCA in its place. As the UMNO president now finds himself in, the MCA president faced an internal revolt, with the deputy president leading the charge against him. It is at this point, Dr Ling offered to resign -- and proved he was not his own man when he stayed on after the UMNO president (and Prime Minister) said he could not. I recall the MCA Youth did not ask the MCA president to resign after this gross insult to the Chinese community.

Without the Suqiu proposals and visions schools, the Chinese community, as a whole, would have swung towards the National Front -- as it did in 1999 -- with alacrity. Mr Rustam, the son of the redoubtable Ahmad Boestaman, knows this only too well. What he did not say is that if no Chinese issue confronts, the Chinese would allow itself to be easily manipulated. This is a fact of life. I would go one step further: the Chinese, as the second largest community in Malaysia, have not looked upon its future as it should -- how it can stand up and be counted, not for the contracts given its way but to ensure the future of generations yet unborn. This changes, as the grandchildren of the independence generation comes of age. But at this moment, Mr Rustam is right in what he says.

Let us take just one example: The DAP is incensed at Suqiu "putting aside" seven points in its proposals. It was done to save UMNO Youth from its predicament over its false steps over Malay unity. I thought the Suqiu committee handled this well. But the DAP wants this discussed with all the organisations that lent its name to it. I spoke to some of the younger supporters of Suqiu, who thought it was the right decision. But it is a Chinese issue, which throws the Chinese communities into a tizzy, and, in DAP's view, something you could stick a finger into UMNO and the National Front.

But there is no debate. We talk at cross purposes. Threats and statements are made not in public but in their own websites and self-serving one-way statements. The opposition parties are ready to debate at any time on any issue. The government parties takes the initiative for one and then finds creative reasons why it should not be held. The MCA, as representative of the Chinese in the cabinet, has failed so badly that it is kept on as a pro-forma representatives of the community, malleable and kept on its toes. So when a genuine Chinese issue turns up -- as the vision schools and the Suqiu proposals -- they shut up. And throw the blame on anyone who suggests why. That is now political debate. But in Bolehland it is. There is nothing Mr Rustam need apologise to the MCA Youth for.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my