Laman Webantu   KM2A1: 3598 File Size: 6.0 Kb *



Jika Penyangak Maing Menyamar Sebagai 'Reformis' - Beginilah..!!
By Amin Sapiro

16/1/2001 8:27 pm Tue

Amin Sapiro (berterusan anti-penyangak maling)

[Penulisan reformasi adalah satu khazanah yang sepatutnya dijaga dan dihormati walaupun kandungannya tidak seberapa atau tidak berisi. Ia tidak sepatutnya diciplak dan diperdagangkan sesuka hati sehingga sanggup memadamkan nama penulis dan penterjemah asal untuk menonjolkan diri sendiri. Malah sumber rencana turut disembunyikan - seolah-olah ilmu itu perlu disembunyi nanti tidak ramailah orang yang membeli, atau melayari laman mereka nanti.

Kita hairan mereka menjerit reformasi tetapi mereka rupa-rupanya mencuri kegigihan dan penat lelah orang lain untuk menonjol kehebatan diri.

"Jika tulisan pun sanggup dicuri, apakah mereka ini boleh diharapkan untuk menjaga kemewahan negara selepas semua penyangak itu lari?" (wl) - Editor ]


JIKA PENYANGAK MAING MENYAMAR SEBAGAI 'REFORMIS' - BEGINILAH..!!

DALAM rencana saya bertajuk 'MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA CIPTAAN TANGANNYA' [Bahagian: 3], saya menulis:

[[Dengan merecupnya bilangan Laman-lamanWeb Reformasi di internet yang memberi ruangan Forum berinteraksi sesama mereka, dan Laman-lamanWeb artikel/rencana yang ditulis oleh pelbagai pihak seperti cendawan tumbuh lepas hujan - maka konsep dan maksud Reformasi semakin diperjelas dan difahami.

Mereka menulis, berceramah dan berdebat sesama sendiri. Mereka tidak perlu dibayar dan diupah. Mereka mengeluarkan perbelanjaan dari kocek sendiri. Mereka menggunakan tenaga dan masa memanifestasikan kebencian, kebosanan dan kejijikan mereka terhadap ketidakadilan, kezaliman, keborosan, pembaziran, korupsi, kronisme dan nepotisme yang merosakkan fabrik hidup sebuah masyarakat yang dimerdekakan.

Mereka menggunakan seluruh tenaga dan minda untuk mencapai maksud dan tujuan yang luhur. Mereka berjuang dalam satu prinsip yang sama, iaitu 'menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman'. Perjuangan mereka semakin diterima rakyat banyak]].

ITU adalah suatu pandangan ikhlas berasaskan kebenaran yang semakin jelas. Memang sudah ada bukti bahawa tulisan mereka dan kerjasama PW terbabit telah mendapat perhatian umum.

Kita wajar berbangga kerana telah ada tanda-tanda kerja amal mereka mewujudkan satu barisan 'Pendemo Siber' yang semakin nyata kekuatan, pengaruh dan keberkesanan kerja amal mereka.

SEHUBUNGAN itu pula, terbertik di hati saya kegusaran setelah membaca 'KENYATAAN BERSAMA' yang termuat di LamanWeb Fitnah-e-UMNO [FeU]; berjudul 'HENTIKAN SEGERA KERJA MEMPLAGIAT HASIL USAHA INTELEKTUAL DI INTERNET UNTUK KEPENTINGAN DIRI!'

Setelah membacanya, samasekali tidak menyangka ada pihak yang cuba mengaut keuntungan tanpa merestui bahawa keikhlasan penyumbang wajar diberi terima kasih (paling kurang). Baginya, mungkin keringat orang lain halal baginya untuk diambil kesempatan melampias sikap rakus yang jijik dan hina.

Karenah paling tidak bermaruah, tamak dan bersifat penyangak yang dipamirlakukan oleh sesetengah individu yang layak ditafsirkan sebagai seorang perompak @ penyangak maling itu berkemungkinan dilakukan oleh pihak reformis sendiri (baca huraian di Laman FeU diturunkan dibawah).

Jika tanggapan itu benar, tidak wajar individu terbabit menggelarkan dirinya (mereka?) sebagai reformis yang membawa makna 'agen perobahan'. Lebih baik ia statik dengan terus bersekongkol dengan mana-mana kelompok 'mafia' supaya karekter mereka akan lebih ketara dan keinginan yang sedang merundung rohani mereka akan terlampias.

Catatan di FeU itu tidak wajar dibiarkan berlalu tanpa perhatian dan komen pendukung reformasi. Jika bibit-bibit 'buruk laku' ini dibiarkan bermula, maka akan rosaklah 'susu sebelanga kerana kontaminasi nila yang se titik' ini.

Sebagai suatu perjuangan, inilah sikap yang sedang ditentang habis-habisan dalam mengimarahkan prinsip ?menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliamn?..!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)




[Diturunkan sebahagian Kenyataan tersebut]:

Salam hormat kepada semua pengunjung setia,

Sebagai pengendali laman web pro-reformasi yang tidak terikat dengan mana-mana parti siasah atau mana-mana individu, KAMI (PW FeU, MindaRakyat, WeBantu & Tok Ayah) ingin menarik perhatian para pengunjung kepada tindakan tidak beretika seorang penulis tempatan yang telah memindah-salinkan bentuk tulisan daripada media elektronik ke media cetak untuk tujuan komersial tanpa kebenaran mahupun 'acknowledgement/credit' yang sewajarnya daripada Penulis/Penterjemah dan laman-laman asal di mana tulisan atau bahan terjemahan itu diterbitkan pertama kalinya.

Daripada apa yang dimaklumkan kepada KAMI, banyak tulisan (yang dianggap sebagai intellectual properties) yang menjadi hakmilik salah-seorang penulis prolifik pro-reformasi, Saudara Marhaintua, telah diciplak dan diterbitkan semula dalam bentuk hard-copy dan diedarkan secara komersial oleh seorang penulis / penyunting / penyusun yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan peribadi.

Malahan, banyak artikel penulis prolifik MGG Pillai yang telah diterjemahkan oleh Sdra Marhaintua turut menjadi mangsa tanpa menyebut sumber asal mahupun nama penterjemah. Perlu ditegaskan di sini, Sdra. Marhaintua dan FeU sendiripun telah berusaha untuk mendapatkan keizinan MGG Pillai untuk memetik dan menyiarkan terjemahan tulisan beliau (MGG Pillai). Amatlah mendukacitakan apabila ada pihak lain menerbitkan semula bahan-bahan berkenaan untuk tujuan komersial tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan pihak-pihak yang berkaitan.

..baca seterusnya..

Rujuk Rencana KM2 No: 3597