Laman Webantu   KM2A1: 3596 File Size: 8.2 Kb *



SOH20 - SIKAP EVASIF MAHATHIR DAN KALUT-MALUT UMNO
By La Domeng3

15/1/2001 4:56 pm Mon


SOH20 - SEMDKMU

SIKAP EVASIF MAHATHIR DAN KALUT-MALUT UMNO


Menyoallah sang wartawan Bernama kepada si Mamak Diktator Tua - MDT - (sila rujuk BH - Jumaat 29 Disember 2000 / ms 22), "Adakah Datuk Seri akan biarkan orang terus meneka bila Datuk Seri akan memberikan kuasa kepada pengganti yang akan mengambil alih tempat Datuk Seri?"

Maka menjawablah MDT, "Sebab sebenar kenapa saya tidak menyatakan bila saya akan berundur atau apa-apa, ialah kerana ia (pengumuman) akan memberi kesan kepada ekonomi dan pasaran. Saya tidak mahu pilihan saya itu memberi kesan kepada pasaran."

Betulkah apa yang dia kata? Pasaran apa, pasaran saham? Macamlah dia seorang sahaja yang faham tentang ekonomi dan pasaran secara mendalam? Selama ini siapa yang hanyut dan tenggelam? Bukankah ke dalam syarikat anak-anak dan kroninya sahaja wang rakyat dipam? Berapa ramai pula pelabur yang sudah lari malam?

Daim dan para ekonomis negara kenapa mendiam? Tergamakkah saudara membiarkan ekonomi negara terus jatuh menjunam? Cukupkah sekadar menyatakan teori dan pandangan kusam? Atau ramai yang takut kalau keluar kenyataan bertentangan dengan kehendak MDT akan dipaksa gulung tikar dan tilam? Atau mungkin diugut anak-bini hingga tidak tidur malam?

Kepada MDT diingatkan tidak usahlah ego dan bersikap evasif. Apa asasnya kenyataan itu? Sebelum dan selepas DSAI dipecataibkanpun ekonomi dan pasaran saham sudah jatuh merudum hinggalah kini. Masa itu siapa yang jadi PM? Lepas pecat DSAI teringin pula hendak jadi Menteri Kewangan lagi. Bukankah kalut-malut namanya ini? Bolehkah dia ini digelar Perdana Menteri lagi?

Adakah MDT ingin menyatakan (secara berkias) bahawa dialah penyebab sebenar kepada kelembapan pasaran saham selama ini? Atau adakah dia juga ingin mengakui bahawa dialah penyebab pelabur-pelabur luar cabut lari? Atau adakah dia ingin terus melindungi anak-anak dan kroni yang dikasihi? Atau entah apa-apa alasan dalam kepala kalut-malutnya itu lagi. Sebab semuanya kini, apa yang keluar dari mulut MDT sudah tidak boleh dipakai lagi. Sekejap begitu, sekejap begini. Semua alasan telah basi. Kalau hendak dijual dipasar malam, sekupang tigapun sudah tidak laku lagi.

Semua maklum, MDT takut dan ngeri kalau serah jawatan kepada orang lain (yang belum dikenal hati budi) nanti nahaslah anak-anak dan kroni nanti. MDT sudah tidak percaya kepada semua orang lagi kini. Ingat - Kalau dia percaya kepada DSAI kenapa dia pecataibkan bakal pengganti yang diwaritakan (banyak kali) akan menggantikan dia satu masa nanti? Kenapa 'body guard' MDT ramai bukan orang Melayu kini?

Apakah sandiwara semasa MDT kali ini? Kununnya hendak mengajak orang Melayu bersatu melalui perbincangan peringkat pemimpin tertinggi UMNO dan PAS, tetapi kenapa pula KeADILan dikatakan sudah tidak berpadu dengan PAS lagi? (Sila rujuk tulisan penulis upahan MDT - Syed Akhbar Ali dalam Komentar Hujung Minggu : BH - Ahad, 14 Januari 2001/ms 13)

Untuk apa tulisan seperti ini diterbitkan di saat kununnya Melayu tidak berpadu. Kalau difikirkan sebaliknya tulisan ini tiada lain adalah bertujuan untuk menggugat perpaduan khususnya Pembangkang Melayu. Sebenarnya ini menunjukkan betapa Pembangkang Melayu sentiasa bersatu-padu. Kalau tidak masakan Pak Syed ini bersusah-payah untuk meruntuhkan perpaduan PAS dan KeADILan yang jitu.

Dalam kata lain yang tidak bersatu-padu adalah UMNO dan Melayu. Itu sahaja. Oleh itu perlu apa KeADILan turut sama dalam perbincangan UMNO dan PAS kalau sekadar hendak menyelamatkan kapal buruk UMNO yang berlubang dan hampir tenggelam itu? Paling tepat sekali semuanya ini adalah untuk kepentingan peribadi MDT yang kebelakangan ini sibuk membilang hari.

Para pemimpin PAS berhati-hatilah. Telah berkali-kali diingatkan sudah. MDT itu cuma mencari helah untuk terus berkuasa dan memerintah. Dia peduli apa dengan orang Melayu yang ramai masih miskin, merempat dan tidak punya rumah sendiri di seluruh negara termasuklah di Negeri Kedah, dengan anak Melayu yang tidak cukup bersekolah, menghidu gam dan menagih dadah, dengan gadis-gadis Melayu yang murtad dan moralnya rendah serta melahirkan anak tanpa ayah, dengan sedih pilu orang Melayu bila dapat tahu Putra Jaya sudah jadi Wilayah.

Kalaulah jadi perbincangan itu, PAStikanlah nanti jangan sampai orang Melayu sendiri menerima padah. Jangan sampai dua kali pisang berbuah. Kalaulah terjadi seperti yang sudah-sudah. Keyakinan rakyat akan jadi tidak tentu arah. Harapan rakyat jangan dipandang rendah. Kepada Allah kita berserah supaya 'pertemuan abad ini' jikalah benar-benar terjadi akan membawa cahaya yang cerah. Semoga nasib anak-cucu nanti tidak akan bertambah parah. Itupun kalaulah UMNO benar-benar ikhlas dan tidak banyak karenah.

Berbalik kepada kenyataan MDT tadi, ingin disorot kembali sikap evasifnya selama ini. Sudah acap kali dia 'melarikan diri' sebelum ini. Contohnya untuk jadi saksi dalam kes-kes perbicaraan DSAI sebelum ini dan juga dalam laporan polis Datuk Shafie. Kenapa mesti minta bantuan Timbalan Menteri untuk membersihkan diri? Kalau benar-benar tidak bersalah dan punya harga diri, MDT susah hati untuk hadir ke mahkamah tempohari? Biasanya kalau sudah terbiasa bermadah berhelah, seseorang itu tidak akan janggal mengulanginya sampai sudah.

Apakah kata-kata dan sikapnya boleh dipercayai? Kalau daripada mulut marhaen biasapun kita kena hati-hati, inikan pula daripada mulut Perdana Menteri. Sebab kenyataannya nanti akan mempengaruhi pasaran dan ekonomi. Sebab itulah katanya sampai kini belum ada calun penggantinya lagi.

Tidak perlulah diulas tentang hamburan air matanya dulu dan kini. Orang tua dikampungpun sudah tahu betapa MDT sudah tidak relevan lagi. Kalau tidak, masakan ramai yang terus membencinya kini, baik remaja, dewasa mahupun orang tua yang sudah tinggal gusi?

Pada hemat saya, pertemuan Presiden UMNO - PAS (entah jadi entah tidak - lihat sajalah apa jadi dengan debat) sebenarnya tidak membawa erti dan makna apa-apa kepada orang Melayu. Soalnya adakah MDT akan hadir? Silap-silap nanti Dolah Bedawi yang jadi 'kambing hitam' lagi. Entahlah, susah hati ini untuk mempercayai MDT yang makin kalut-malut kini. Sudahlah begitu, dirinya pun macam tidak terurus lagi, lihat sahajalah wajahnya di TV semasa pulang dari Myanmar baru-baru ini.

Entah ada yang perasan entah tidak, program dakyah UMNO telah bermula sudah. Khabarnya berjuta-juta peruntukkan disediakan untuk dimuntahkedarah. Adakah ini sebabnya banyak projek kerajaan terbengkalai termasuk sekolah rendah dan menengah? Aziz Shamsudin kata kontraktor punya karenah, tetapi masakan kotraktor yang sama buat semua kerja pembinaan dua-tiga buah sekolah dalam satu daerah? Jis, sudahlah, tidak habis-habis hendak mengampubodek MDT yang kabarnya marah-marah kerana banyak rahsia UMNO dan kabinat terbongkar sepeninggalannya ke Myanmar dan negara ketika itu dijaga oleh si Dollah.

Fikir-fikirkanlah. Untuk apa pagi-pagi tadi (14.1.2001) Wanita UMNO Johor dikunjungi oleh Rafidah? Kalau bukan kerana UMNO sudah reput dan hampir musnah, masakan dia buang masa datang menjengah. Sebelum ini bukankah ke luar negara sahaja lawatannya mengarah? Mengejar pelabur yang sudah tidak mahu membahayakan diri melabur di negara ini, yang kata Dolah Bedawi perpaduan Melayunya boleh dicapai melalui musyawarah? Perlukah musyawarah untuk menunjukkan Melayu berpecah? Bukankah ini akan lebih menakutkan pelabur yang mungkin keyakinan mereka terhadap ekonomi negara sudah mula berubah?

Berapa ramai yang hadir program Rafidah tak tahulah? Berita radio menyatakan bukan Wanita UMNO sahaja yang dikerah, tetapi termasuk ahli-ahli wanita NGO lain, agaknya supaya majlis tidak menjadi parah sebab kabarnya telah ramai Orang Johor kini terhadap MDT mereka marah dan anak emasnya Rafidah. Inilah salah satu program mega UMNO menyebarkan dakyah.


La Domeng - 15.1.2001

(…tersenyum melihat telatah MDT merenung bulan putih dalam katun Ragam oleh Zoy…sambil pegang dagu lagi…macam ada rencana sendiri aje nampaknya…hehehe)