Laman Webantu   KM2A1: 3594 File Size: 11.0 Kb *



B3: Mahathir Sedang Berhadapan Dengan Malapetaka Ciptaan Tangannya
By Amin Sapiro

15/1/2001 1:07 am Mon

Amin Sapiro (bertanya: Bila lagi bola lisut ini nak diterajang buang?)

[Tidak guna membina bangsa Melayu yang bersatu tetapi terlalu dungu sehingga sanggup bersatu dengan Umi Hafilda yang sudah lama ditolak keluar oleh bapanya sendiri. Sudah tentu bapa beliau tidak ingin penyakit itu menganggu nama baik keluarga yang sudah lama terjaga itu. Mengapa pula Umno berdamping dengan anak terbuang itu? Apakah itu makna melayu bersatu atau melayu barua yang bersatu?

Orang melayu boleh kekal menyokong Umno jika Mahathir tidak bertindak melulu. Tetapi dia membiarkan buku-buku palsu dan dakyah memurtadkan orang melayu. Dia menghina Nabi (saw) dan menghantar khatib untuk membaca kutbah yang membuatkan jemaah berpecah lari untuk sembahyang sendiri. Di surau-surau guru al Quran dibuang walaupun hanya itulah yang diajar selama ini. Mufti dipecat dan ulamak diseluar-pendekkan dengan hina sekali. Kini Anwar dituduh tanpa henti tetapi buktinya terlalu samar jika tidak nescaya mahkamah syariah sudah lama dapat menyelesaikan kemelut ini.

Nyatalah Mahathir cuba menyembunyikan kecemaran yang dilakukan oleh dirinya sendiri tetapi dia lupa kebenaran itu tidak akan padam walaupun dia cuba menangis, berdoa atau membebel berjam-jam. Sudah lebih dua tahun dia berperang tetapi sokongan yang tinggal semakin berkurang. Kalau bertambahpun hanyalah penyakit yang tidak berkesudahan. - Editor]



MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA CIPTAAN TANGANNYA

Bahagian: 3


ORANG Melayu tidak terfikir kununnya mereka berpecahbelah. Sejak berkurun, mereka sudah ada satu pegangan yang merangkum kesatuan mereka dalam satu rupa ikatan sejagat. Mungkin pandangan politikus moden tersalah tafsir dengan 1001 khayalan. Tetapi pada rohaninya, orang Melayu tetap bersatu dan berpadu dalam satu sistem 'setiakawan'.

Islam: Agama Penyatuan

Prhatikan ini: Dari hujung kaki ke hujung rambut, orang Melayu sudah membudayakan agama Islam yang jadi anutan sepanjang zaman. Walau mungkin ada diantara mereka yang terbabas serba sedikit, namun mereka akan kembali ke pangkal jalan. Mereka tidak akan menyimpang terlalu jauh hingga berlaku pula perpecahan. Satu waktu nanti, mereka akan sedar bahawa mereka perlu akur dengan tuntutan bangsa dan agama yang menjadi anutan dan budaya mereka, dan dikekalkan.

Dengan itu, jangan sesiapa cuba terfikir memainkan fenomena yang menyebut orang Melayu sudah berpecah - hilang perpaduan. Itu bukan satu kenyataan yang benar. Peristiwa 13 Mei adalah pernyataan sebuah insiden yang membuktikan bahawa dogma dan ideologi politik kepartian tidak termampu memecahbelah kesatuan orang Melayu. Mereka sanggup bersama menghadapi sebarang ancaman. Tidakkah terbukti, dalam sekelip mata, orang Melayu berjaya merapatkan barisan dalam satu acuan?

Bermakna, orang Melayu tidak akan 'terpukau' dengan sebarang adu-domba puak yang berhasrat memecah-belahkan mereka. Peringatan ini semakin terbukti benar dan nyata, antara contohnya:



  1. kekuatan UMNO tergugat hampir merudum setelah teras perundangan Islam diketepikan begitu saja. Contohnya: dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kesannya: sejak mula kes ini dibicarakan, orang Melayu tidak yakin ia akan berlandaskan kebenaran dan keadilan. Sebaliknya ia ditafsirkan sebagai suatu kezaliman dan penganiayaan!

  2. ucapan putarbelit berunsur keagamaan yang lafazkan oleh Dr. Mahathir Mohamad dalam setiap Perhimpunan UMNO menyebabkan majoriti orang Melayu mentakrifkannya sebagai 'pensekularan' Islam. Kerana itu, UMNO dan Dr. Mahathir semakin tersisih dan tertolak. Sekali Mahathir berucap, ratusan ribu penyokong UMNO bertindak keluar! hingga Pembangkang Melayu ampuh dengan sokongan orang Melayu bagai gelombang di lautan.

  3. bila UMNO dan pemimpin mereka semakin takbur dan tidak selari dengan perjuangan kemerdekaan yang menobatkan agama Islam dan budaya santun orang Melayu (asik bercakaran sesama sendiri demi kepentingan tembolok rakus); apa sudah jadi setelah tercetus insiden yang memalukan bangsa? Tidakkah UMNO bergerak dalam kepayahan?


Hasil yang semakin nampak ialah: Orang Melayu nampak semacam berpecah. Namun perpecahan itu mencetuskan satu perpaduan yang lebih saksama, iaitu: orang Melayu cabut lari dari menyokong UMNO dan berbondong-bondong bersatu dibawah naungan Islam dan dan parti politik berkonsepkan keadilan.

Bermakna, UMNOlah sebenarnya yang berpecah. Sebaliknya orang Melayu semakin erat berpadu dalam satu ruang baru bergelar Pembangkang Melayu. Itu adalah saja hakikat sebenarnya. Berpecah dari UMNO dan menyokong dan bersepadu di bawah panji-panji Islam dan Keadilan ada suatu perobahan ke arah kebaikan. Tidak perlu dirisaukan!

Pendidikan Membuka Minda

Mungkin ada diantara pihak dalam parti Kerajaan BN yang memerentah tidak sedar bahawa pendidikan orang Melayu sudah sampai ketahap mampu membedakan antara yang benar dengan yang salah. Saraf dan nadi baru dikalangan anak-anak Melayu yang berpendidikan semakin yakin dengan pandangan yang membentuk pendirian mereka.

Sebagai urutan dari manfaat pendidikan itu, minda mereka semakin terbuka luas dengan perspektif yang lebih peka.

Contohnya: Jika tahap pendidikan orang Melayu dalam tahun 30-an cuma setakat membentuk minda mereka untuk merasakan betapa pentingnya merebut KEMERDEKAAN bangsa dan negara; namun tahap pendidikan dekad 80 - 90-an memberi ketajaman minda untuk MENGEVALUASI sejauhmana Kemerdekaan yang dicapai sudah tercemar dan parti politik terbabit tidak mampu mengisi aspirasi negara, bangsa dan agama mereka.

Itu penting dan teramat penting diperhatikan. Ledakan dari keinsafan itulah yang membentuk gelombang kecil ketidakpuasan hati orang Melayu umumnya dan mendorong anak muda golongan yang berpendidikan itu bersatu dalam satu kerangka yang berbeda dari sebelumnya.

UMNO dan Pemimpin Mereka Yang Terlupa

UMNO dan pemimpin mereka mungkin terlupa bahawa fenomena baru itu semakin berkembang, dihayati dan dianuti oleh majoriti anak-anak Melayu. Akhirnya, tumbuh satu iltizam baru yang semakin kuat bertapak dalam sanubari mereka.

Maka, dengan tercetusnya insiden 2 September 1998 yang membawa peristiwa Datuk Seri Anwar (sumber ilham penjana reformasi yang berkarisma di negara ini) dipenjarakan (yang ditafsirkan mereka sebagai satu kezaliman); maka tidak siapa diantara regim Mahathir menyangka ratusan ribu anak-anak muda Melayu berkampung di belakang beliau!

Cuba tanya tiap-tiap orang diantara mereka: Apakah yang mereka perjuangkan? Pasti jawapan mereka ialah: REFORMASI. Mungkin segelintir mereka tidak sefaham Anwar mengenali maksud Reformasi itu; namun mereka punya naluri untuk merasakan apa yang dimaksudkan dengan Reformasi itu.

Dengan merecupnya bilangan Laman-lamanWeb Reformasi di internet yang member ruangan Forum berinteraksi sesama mereka, dan Laman-lamanWeb artikel/rencana yang ditulis oleh pelbagai pihak seperti cendawan tumbuh lepas hujan - maka konsep dan maksud Reformasi semakin diperjelas dan difahami.

Mereka menulis, berceramah dan berdebat sesama sendiri. Mereka tidak perlu dibayar dan diupah. Mereka mengeluarkan perbelanjaan dari kocek sendiri. Mereka menggunakan tenaga dan masa memanifestasikan kebencian, kebosanan dan kejijikan mereka terhadap ketidakadilan, kezaliman, keborosan, pembaziran, korupsi, kronisme dan nepotisme yang merosakkan fabrik hidup sebuah masyarakat yang dimerdekakan.

Mereka menggunakan seluruh tenaga dan minda untuk mencapai maksud dan tujuan yang luhur. Mereka berjuang dalam satu prinsip yang sama, iaitu 'menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman'. Perjuangan mereka semakin diterima rakyat banyak.

Penghayatan Universal

Bukan setakat orang Melayu saja yang menghayati prinsip 'menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman' itu, malah rakyat umum sudah semakin sedar bahawa perjuangan 'reformasi' itu ada suatu daya bermaksud 'perjuangan ke arah perubahan cara mengurus sistem yang kini dilihat semakin korup'.

Adakah UMNO dan pemimpin mereka sedar bahawa mereka sedang berhadapan dengan situasi 'head-on collision' dengan rakyat?

Jika sedar, cuba cari dimanakah mereka tersilap. Jika belum sedar juga, dan tidak mahu menerimanya - amat-amati apa yang berlaku dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan ini. Pasti, jika keadaan tidak ditangani mengikut kemahuan rakyat: Satu ketika nanti, regim Mahathir yang kununnya perkasa pasti akan tumbang. Kerana, belum ada satu pemerentahan yang mampu bertahan dengan berperang dengan rakyat. Fahami itu baik-baik!

Perjuangan Anwar Berasaskan Karisma

Mungkin Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO/BN tidak mahu menerima hakikat bahawa Anwar punya kelebihan yang tersendiri. Jika ditilik dari mula beliau sebagai pelajar dan mahasiswa, Anwar semakin jelas mempunyai satu kelebihan istimewa yang mungkin sukar dimengerti. Kelebihan itu tidak ada pada setiap pemimpin UMNO hari ini.

Dr. Mahathir jangan tidak percaya. Begitu juga pemimpin hari ini. Perhatikan saja, Anwar tidak berkempen seperti Mahathir, jentera parti dan seluruh media massa dibawah kekuasaan mereka. Kurang lebih, beliau cuma ada 20 hari sebagai orang bebas sebelum dipurukkan oleh Mahathir ke penjara.

Tetapi keadaan yang diperlakukan ke atas Anwar, apa yang beliau perjuangkan dan bagaimana sambutan rakyat menghayati konsep perjuangan beliau; sekaligus menafikan keangkuhan Mahathir dan UMNO/BN yang menjangka bahawa kepimpinan akan 'mati' dalam seminggu cuma!!

Perhatikan hari ini: Benarkah anggapan itu? Tidakkah UMNO/BN dan Dr. Mahathir sendiri sudah semakin tersingkir? Apa sudah jadi pada November 29, 1999? Apa sudah jadi tepat di Lunas setahun kemudan? Dimana diletakkan rakyat UMNO/BN dan Mahathir yang mengaku diri beliau pemimpin jagoan? Isk..isk? Mungkin tempoh Mahathir dan UMNO/BN semakin hampir 'menyembah bumi', kan?

Hakikat inilah satu petanda bahawa rakyat sudah maklum apa yang dimaksudkan dengan Reformasi yang menjana perubahan. Ia telah diyakini menjadi satu wadah paling penting, berkesan dan amat sulit dibanteras oleh pihak yang ANTI REFORMASI dan Kebangkitan Islam.

Persoalannya:

Apakah Reformasi dan Islah akan terus jadi teras perjuangan era baru dan gelombang rakyat banyak. Adakah ia akan menjadi fenomena yang akan mencetuskan Perpaduan dan melenyapkan Perpecahan?

Kita akan semak di Bahagian 4 nanti.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)