Laman Webantu   KM2A1: 3593 File Size: 6.8 Kb *



ITJ KB LKS: Hamid Tuah Dalam Kenangan
By Lim Kit Siang

14/1/2001 10:47 pm Sun

AWALKATA

Saya kepilkan satu rencana oleh Lim Kit Siang yang telah terpesona dengan kegigihan Hamid Tuah, seorang pejuang tanahair yang terbilang. Kegigihan itu masih terasa walaupun dia telah pergi meninggalkan kita, Perhimpunan di Teluk Panglima Garang nanti seharusnya cuba mengimbau beberapa detik perjuangan beliau. Saya menterjemah sedikit sambil memetik beberapa pengalaman diri saya sendiri. Memang saya dikenali oleh beberapa keluarga beliau yang telah banyak mengajar saya erti perjuangan ini.

Teringat saya akan beberapa orang anaknya yang sering dilanda kepiluan tetapi mereka tidak terkaram. Semangat dan kegigihan bapa itu telah meresap ke dalam jiwa anaknya, tidak kira lelaki atau pun perempuan. Teringat satu kisah waktu kecil dahulu, anaknya luka parah sehingga berdarah tetapi dia tidak menangis sedikitpun, malah membalut luka itu sendiri tanpa memohon sebarang bantuan.

Ada juga anak beliau yang terpaksa bersembunyi kerana diintip musuh siang dan malam. Ada yang didera dan di'sah'kan gila oleh pihak yang berhati setan. Tetapi semangat itu masih tidak kunjung padam, dan bisa menyentuh jiwa sesiapa sahaja yang berdekatan, termasuk penulis sendiri. Ada yang menjadi ahli PAS seumur hidup dengan berani sekali.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hamid Tuah dan anak-anak beliau yang menjadi perangsang untuk saya menulis di laman ini. Sesungguhnya orang melayu mempunyai ramai pahlawan yang terbilang, malangnya mereka sengaja dilupakan bila seorang yang hanyut dari Kerala mahu menjadi tuan di negara ini.

Hamid Tuah sudah pergi tetapi semangat itu akan tetap terabadi. Ia akan tetap hidup selagi ia diimbau kembali. Tidak ada bersara di dalam perjuangan ini. Itulah sentuhan yang amat mengusik hati dari Hamid Tuah dan anak-anaknya sehingga kini.

-Kapal Berita-

--ooOoo--


Penterjemah: -KB-


HAMID TUAH DALAM KENANGAN

Hamid Tuah dipanggil menemui ilahi pada tanggal 7 Januari 1997, kira-kira 4 tahun yang lalu. Beliau adalah pejuang hak rakyat yang tidak memiliki tanah sedang itu bumi mereka sendiri. Dia kerapa di tahan di bawah akta ISA dan diawasi rumahnya tidak kira malam ataupun siang hari.

Lim Kit Siang bersua dengan Hamid Tuah sewaktu berada di dalam tahanan ISA yang ngeri itu. Dari situlah mereka berdua mengenal dan menghormati sesama sendiri, sehingga terjalin persahabatan yang akrab sekali. Kisah di Muar pada tahun 1969 dan 1970 itu menjadi kenangan yang abadi.

Hamid kerap mengalami keperitan hidup akibat memperjuangan hak rakyat marhain untuk memiliki tanah yang diusahakan mereka. Skim FELDA adalah antaranya.

Semangat beliau tidak kunjung padam walaupun di penghujung akhir hayatnya. Walaupun badannya semakin lemah dan tidak berdaya, semangatnya masih berbara.

Pada lewat tahun 1994 dan awal 1995, ketika berusia 75 tahun, beliau masih mengikuti protes penyalah-gunaan tanah dan kezaliman di seluruh negara. Kes Gelang Patah, Johor, Seremban, Pantai Kundor dan Paya Mengkuang di Melaka, Sepang di Selangor, Kerpan dan Sungai Patani di Kedah tidak dibiarkan sahaja.

Walaupun kesihatan begitu getir, Hamid Tuah masih mampu hadir satu mesyuarat peringkat nasional pada 8/1/1995 untuk membincangkan pelbagai kezaliman dan penyalahgunaan tanah oleh kerajaan. Akhirnya pengambil-alihan tanah oleh pihak swasta dibekukan sehingga satu pindaan akta Tanah digubal terlebih dahulu di Parlimen.

Malaysia amat memerlukan insan seperti Hamid Tuah, seorang yang sentiasa bersedia untuk memerangi jenayah sosio ekonomi seperti hilangnya tanah, kemiskinan dan eksploitasi dengan begitu gigih sekali. Dia tidak merasa jemu atau rugi untuk berbakti, walaupun dilanda perit silih berganti.

Hamid Tuah telah menabur bakti yang amat tinggi untuk membina satu bangsa dan satu masyarakat tanpda mengira penat dan lelah. Maka amat wajarlah rakyat mengingati pengorbanan dan perjuangan beliau selama ini.

-Lim Kit Siang-



Terima Kasih Hamid Tuah, Jasa mu di kenang oleh anak-cucumu berzaman........

-Kapal Berita-






http://www.malaysia.net/dap/sg219.htm

Statement by Lim Kit Siang - Parliamentary Opposition Leader, DAP Secretary-General and MP for Tanjong in Petaling Jaya on Wednesday, 8th January 1997


Nation should honour the struggle and memory of Hamid Tuah, Champion of the Landless

The champion of the landless, Hamid Tuah, 77, passed away on Tuesday, 7th January 1997 at about 11 p.m.

For championing the rights of the landless in Malaysia to be given land to eke out a living in their own country, Hamid Tuah was repeatedly placed under restricted residence and detained under the Internal Security Act.

It was during one of the ISA detentions that we came to know and respect each other, when both of us were detained in the same section in the Muar Detention Centre in 1969 and 1970, starting a life-long friendship.

There is no doubt that Hamid Tuah?s campaigns to open land for the landless, which though repeatedly landed him in trouble, was one important factor in the expansion of FELDA as a major land settlement scheme throughout the country.

Even in his final years, Hamid Tuah?s fighting spirit had never been dimmed although his body had become weak and infirm.

In late 1994 and early 1995, at the age of 75, he still followed closely the protests against land acquisition abuses and injustices in various parts of the country, giving moral support to the fights for justice in cases such as in Gelang Patah, Johore; Seremban; Pantai Kundor and Paya Mengkuang in Malacca; Sepang in Selangor; Kerpan and Sungai Patani in Kedah.

Despite his poor health, Hamid Tuah attended a national meeting in Kuala Lumpur on January 8, 1995 specifically to focus national attention on land acquisition abuses and injustices of the government, resulting in the freezing of government land acquisitions for private development until an amendment to the Land Acquisition Act, which has still to be submitted to Parliament.

Malaysia needs more persons like Hamid Tuah, who are prepared to stand up and fight against socio-economic injustices as landlessness, poverty or exploitation regardless of his personal privations and sufferings.

Hamid Tuah had made a great contribution to nation building in making Malaysia a better society and the country should honour his struggle and memory.

(8/1/97)