Laman Webantu   KM2A1: 3592 File Size: 12.8 Kb *



Mahathir Sedang Berhadapan Dengan Malapetaka Ciptaan Tangannya
By Amin Sapiro

14/1/2001 8:30 am Sun

Amin Sapiro (sedang tengok UMNO-Mahathir main kuda kepang)

[Memang benar banyak isu yang pelik-pelik berlaku sejak akhir-akhir ini. Minggu ini sahaja saham berdetap jatuh kerana berita rahsia rombakkan terterbang dari sangkar Umno. Pelabur-pelabur semakin resah lagi bila Projek Bakun akan dihidupkan semula tanpa sebarang perubahan skala. Syarikat MNC A.S. dilapurkan mungkin membuang pekerja di sini kerana kelembapan ekonomi A.S. Umno bermesyuarat tetapi isu rombakkan kabinet tidak pula dibincang.

Mahathir dilapurkan mahu ke Jepun pula selepas ini. Dia baru sahaja memuji Myanmar dan ingin mengimpot mereka kemari. Tentu kita belum lupa sindiket pengemis Myanmar yang pandai menyamar. Apakah mereka nanti akan menyamar sebagai pengundi atau bertopeng sebagai gurkha memecah pintu lagi? Kita harap di Jepun Mahathir tidak akan menjemput pula Yakuza kerana kita pernah kecoh dengan kisah tentera merah Jepun yang berani mati menawan bangunan AIA satu ketika dulu. Mungkin ada Yakuza ekonomi muncul nanti kerana dana yang hampir kontang kini sudah cukup untuk membuat banyak syarikat lingkup dan mati.

Kini debat Pemuda juga telah dibatalkan dan isu SRJK Cina pula muncul. Komen Rustam Sani nampaknya diterjemah sesuka hati untuk memercik api. Kita juga belum lupa Hamid Othman meletak jawatan dengan seribu persoalan.

Isu panas itu lebih berkisar kepada kelemahan Umno yang terpaksa menepis diri akibat sentuhan sewel presiden mereka sendiri. Negara kini sedang kesusutan dana dan digugat inflasi. Malapetaka ini sudah hampir sehingga ramai kroni diselamatkan sejak akhir-akhir ini.

Nampak jelas ada sesuatu yang tidak kena. Mahathir sudah tidak dapat duduk diam lagi. Dia mencipta isu dan dia mengembara lagi. Penggantinya yang ada masih belum bersedia untuk menjadi hamba yang taat setia, jika tidak dia sudah lama bersara. Ada sesuatu yang masih tercari-cari tetapi Mahathir belum menemuinya lagi. - Editor ]



MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA CIPTAAN TANGANNYA

Bahagian: 1

SEMUA netters yang peka terhadap perkembangan politik negara terkini, tidak boleh tidak, pasti perlu meneliti dan memfokus perhatian terhadap cara Dr. Mahathir bertindak menangani siri masalah luar/dalam UMNO dan BN.

Tunjang penelitian seseorang pemerhati tidak akan lengkap jika tidak melihat setiap tindakan dan serang balas Mahathir dan siri permasalahan beliau dan kuncu-kuncunya yang berkarenah dan beragenda membabitkan beliau dengan komponen Barisan Alternatif, pemimpin mereka dan sebarang gerakkerja Barisan itu.

Pelbagai isu terkini secara tiba-tiba terjelma tanpa 'angin ribut dan taufan'. Alih-alih, pepokok satu rimba sudah bergoyang!

Ramai orang bertanya kehairanan: Mengapa diakhir-akhir ini Mahathir semacam bertukar haluan bagai seorang yang terjaga dari lamunan mimpi yang molok-molok dan bukan-bukan. Sudah nak meninggal 'tebiat' kah? Betul-betul dah nyanyok dimamah usia mungkin? Atau masih menyusun strategi dan agenda menyelamatkan diri? Mau ke mana? Ke liang lahad sebelum sempat bertaubat? Tunggu dan lihat!!

Penilaian Senario Politik Semasa

Seperkara yang nyata dan mungkin ramai yang tidak menyedari perkembangan terkini diakhir-akhir ini ialah tidak terdengarnya sebarang suara menteri-menteri UMNO/BN yang bercakap dan memberi komen mengenai perkembangan politik bernada 'sensasi semasa' selain dari Abdullah Ahmad Badawi. Yang lain sudah jadi 'tikus jatuh ke beras' saja. Macam lidah masing-masing dikerat seribu!!

Dulu kita selalu tengok muka-muka jagoan barua bangsat di kalangan UMNO, cukup gian bercakap. Maka hingarlah masing-masing bertempik terlolong bagai orang dikejar 'polong' apabila si 'munafiq tua' yang satu itu mengeluarkan kenyataan sensasi.

Kita tau siapa diantara mereka yang cukup berselera membuat komentar - samada komenter kategori bangang ketetel, sewel kurang akal maupun mereka yang boleh dikira 'OK' jugak lah.

Karenah Pemimpin UMNO

Personaliti karekter-karekter kategori 'mulut celupar' seperti Rafidah kita semua nampak. Pantang saja si 'munafiq tua' bukak mulut, Rafidah akan menyusul dengan 'mulut betina'nya. Cuma yang kita tak nampak si Rafidah ini bukak seluar dalam saja, tetapi 'bukak kain' memang kelaziman beliau - walaupun dihadapan Madelein Albright, Setiausaha Amerika Syarikat! Bagi Rafidah, itulah dia perjuangan menegakkan kebenaran si 'munafiq tua' Mamak Tongkang itu!

Rais Yatim pasti akan mencelah dengan gaya personaliti seorang jagoan. Beliau akan menilai keadaan ekoran dari kenyataan Mahathir, si 'munafiq tua' boss agungnya, melalutkan versi 'undang-undang belantara' yang bersandarkan Ph.D yang dibeli dari 'kilang sijil' bercop trade-mark 'Made in England'.

Kemudian, kita akan lihat Mokhtar Abdullah 'dugong' akan mengarahkan Ghani '4-tahil sekati' berbicara dengan puak Eusof Chin di mahkamah 'belantara' untuk merangka hukuman terlebih dahulu sebelum membicarakan sesiapa yang bakal diheret ke hadapan hakim yang dipilih mengikut kelulusan si 'munafiq tua' itu.

Segala-galanya akan berakhir samada di Jalan TAR, di Masjid Jamek Kg. Baru, di depan Sogo atau di mana-mana juga. Paling terkini ialah di Jalan Kebun.

Perkembangan Terbaru

Khabar angin sedang bertiup kencang sekarang dan semakin hebat tersebar diseluruh negara bahawa satu lagi perhimpunan 100,000 ribu manusia sedang dirancang di Teluk Panglima Garang - tempat kelahiran 'peneroka bandar anak tani terkemuka' bernama Hamid Tuah.

Hamid yang berdarah Melayu dan seorang insan berjiwa marhain tulin telah mencatat sejarah rengkas 'Tuntutan Orang Melayu' terhadap hak asasi mereka selepas menumbangkan Malayan Union.

Jika hari ini kita melihat sdr. Anwar Ibrahim sebagai seorang pejuang marhain yang dihormati rakyat dan pemimpin antarabangsa; jika Hamid hidup di zaman IT dan asakan Globalisasi; sekiranya di zaman beliau pemimpin UMNO/BN seperti si 'munafiq tua' bernama Mahathir ini yang mentadbir UMNO/BN dan 23 juta rakyat - pasti Hamid tidak akan tersisih dari penumbok sulung Ketua Polis Negara (semacam Rahim Nor) yang menggelarkan diri 'Bapak Anjing Gila' dengan anak anak buah 'anjing kepala merah'.

Begtulah parahnya sari catatan rebah bangun orang Melayu merebut kembali Kemerdekaaan mereka yang kerap tercemar setelah negara dibebas dan dimerdekakan dari pejajahan luar.

Orang Melayu tidak putus-putus dirundung malang, nasib mereka terumbang-ambing dan jiwa mereka diresahkan oleh pelbagai peristiwa dan kejadian. Semua ini mengajar orang Melayu semakin 'hardened' dengan pengalaman dalam bertindak menghadapi cabaran.

Tahniah Anak Bangsaku

Kini kita sudah tengok bagaimana sulit dan sukarnya orang Melayu dalam mentafsir, menegak dan mengisi kemerdekaan yang telah diwariskan oleh nenek-moyang mereka yang telah berjuang menumpahkan darah sejak kapal-kapal Alfonso de Albuqarque berlabuh dari Goa di Kuala Melaka.

Orang Melayu era ini wajar insaf bahawa punahnya kerajaan dan empayar Melayu Melaka waktu itu bukan kerana orang Melayu tidak punya teknoloji canggih 'senapang lantak' atau lela-rentaka.

Tetapi, kejatuhan orang Melayu adalah bersebab dari minda, falsafah, budaya dan agama Islam anutan orang Melayu telah dikhinati, dicemari dan diperkosa oleh seorang pendatang haram yang mencampuri urusan 'istana' yang menjadi lambang perpaduan orang Melayu!!

'Raja Mandeliar' namanya. 'Si Kitul' hamba sahayanya. Dan 'Patih Karma Wijaya' talibarut istana yang paling hina.

Dengan KONSPIRASI yang terancang teliti, maka dengan difaraitkan lah upah se bahara emas cuma bagi setiap orang dari mereka yang mengikut hawa nafsu, rakus-tamak dan haloba harta dunia. Pembesar-pembesar Melayu telah terpukau sedemikian rupa hingga sanggup menjadi petualang bangsa dan negara tanpa menyedari satu empayar Melayu yang merdeka dan berwiba runtuh punah ranah.

Empat ratus lima puluh (450) tahun kemudian baharulah orang Melayu merasa diri mereka terbebas dari tekanan agenda Penjajah dan Penjajahan. Tempoh itu amatlah panjang. Satu demi satu penjajah asing datang. Empayar Melayu lumat dicincang. Terbalik kiranya, orang Melayu yang sepatutnya diiktiraf sebagai anak watan, dianggap sebagai 'pendatang haram dari kumpulan makhluk yang terbuang'..!!

Kemana orang Melayu akan pergi. Kepada siapa mereka harus mengadu?

Kita akan perhaikan di Bagaian Ke-2


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)



Amin Sapiro (kuda kepang Mahathir tersepit celah MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA? (BAH 2) Sat Jan 13 21:49:46 2001


Amin Sapiro (kuda kepang Mahathir tersepit celah kangkang)

MAHATHIR SEDANG BERHADAPAN DENGAN MALAPETAKA CIPTAAN TANGANNYA

Bahagian: 2


Hari Ini Bagaimana?

Tidak jauh bezanya!! Tidak jauh!! Teliti setiap sudut dan liku-liku hidup orang Melayu yang kununnya mengaku telah merdeka. Pandang kelilling dan pekakan minda. Tanya jiran dan sahabat handai bagaimana hidup mereka.

Tanya diri kita, siapa yang menentu dan menetap faktor harga di pasar? Kaum mana dan siapa mereka? Itu adalah kesan dan implikasi dasar dan aturcara siapa?

Jika Dr. Mahathir berkata kununnya faktor harga ditentukan oleh 'permintaan dan penawaran', betulkah perimbangan itu?

Tanya Dr. Mahathir: Berapakah jumlah orang Melayu yang terbukti sanggup membeli rumah seharga setengah juta RM berbanding dengan pendapatan purata seorang ayah 5 orang anak bergaji RM1000 sebulan membelinya? Berapa jumlah mereka dalam kategori ini? Siapa yang ambil pedulik memperjuangkan nasib mereka nasib mereka gini? Siapa yang menyebabkan hidup mereka jadi begini?

Tanya Mahathir, Presiden UMNO dan Perdana Menteri tertua di Asia: Berapa jumlah rakyat termiskin di Terengganu atau di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur bergaji dibawah paras 'miskin', masih tinggal sebagai setenggan dibawah bumbung atap zing berkarat? Mewahkah hidup mereka dengan Kentucky Fried Chicken jadi hidangan minum petang? Adakah mereka mampu berbuka puasa di restoran Hotel 5-Bintang dengan bayaran satu kepala cukup bagi mereka membeli beras se bulan?

Perbandingan Yang Menyedihkan

Bandingkan hidup mereka dengan Kroni dan suku-sakat Mahathir dan kuncu-kuncu mereka. Perahan keringat mereka yang miskin inilah yang dipaksa membayar pelbagai macam cukai yang membolehkan Mahathir membina Mahligai, terbang dengan Global Express, berdansa dengan Shah Rukh Khan di Genting Highland, memberi ganjaran si Mirzan berjudi di Macau dan Las Vegas dan menampung kekalahan bermillion-million!!

Tanya Mahathir-Daim: Itu duit siapa? Betulkah duit hasil perniagaan mereka? Jika benar duit hasil keuntungan perniagaan mereka yang berkroni, mengapa ia disauk dan dari kocek rakyat melalui 1001 macam penipuan? Ada yang disebut sebagai bailout dari Danamodal, dan seumpamanya.

Sebaliknya, Mahathir-Daim lah perancang segala 'papan catur' ekonomi negara. Apa yang kita lihat sekarang, KWSP - kumpulan wang saraan pekerja bagi menghadapi masa tua, dan Tabung Haji - simpanan umat Islam bagi membolehkan mereka menunaikan Rukun yang difardukan Allah swt.; kini sudah dijadikan sebagai dana cagaran.

Apakah itu bermakna Dasar Pengkopratan dan Penswastaan Mahathir-Daim begitu cemerlang? Apakah dendang lama menyalahkan George Soros sah diperlakukan?

Persoalan dan Soalan WAJIB

Rakyat dan orang Melayu cuba tanya diri sendiri! Wajarkah Mahathir-Daim dan mereka yang sekongkol dalam poitik UMNO/BN dikekalkan memerentahkan rakyat dan negara 100 tahun lagi?

Jika puak ini tidak disingkir dan dihumbankan dalam tempoh tedekat, orang Melayu di negara ini akan kembali merasa betapa pedihnya nenek-moyang kita hidup dalam pemerentahan empat (4) kuasa luar yang pernah mengurustadbir mereka sejak Portugis menjejak kaki di bumi Melaka sebagai penjajah!!

Berbalik kita kepangkal jalan
Bukan bermaksud sebagai hasutan
Cuma bermadah sebagai pesanan
Tidak salah jika dijadikan amalan:

Tepuk dada tanya selera?!!
Kuasa sebenar ada di tangan kita

Raja adil raja disembah?.
Raja zalim raja disanggah

Pantang mati sebelum ajal,
Pemerentah yang zalim?.
tidak wajar dikekal?.

Masihkan kita wajar dijadikan landasan mencincang?


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)