Laman Webantu   KM2A1: 3579 File Size: 9.5 Kb *



B2: Agenda Busuk Umno diWarwarkan Di Media 'Subsidi' Mereka!!
By Amin Sapiro

12/1/2001 3:22 am Fri

Amin Sapiro (tengok orang Melayu tak pedulikan UMNO)

[Kita perhatikan budaya barua semakin menular sejak Umno dipimpin oleh seorang yang hanyut dari Kerala. Dia menipu, menghasut, mengambil kesempatan, melaga-lagakan, memfitnah, memecat, mengaibkan, menuduh, dan memutar minda orang melayu. Yang tinggal dalam Umno kini hanyalah mereka yang amat setia kepada beliau, atau dengan kata lain, BARUA. Mahathir melantik mereka yang boleh berjasa kepadanya sahaja, bukan kepada Umno. Yang berjasa dan berpengalaman di dalam Umno sudah lama keluar atau 'terkeluar' termasuk Tunku Abdul Rahman sendiri.

Mahathir tidak sanggup bertemu untuk mencari penyelesaian, apatah lagi untuk hadir ke mahkamah menyatakan kebenaran. Dia banyak menyerang dari mendamaikan tetapi tidak malu menangis dan berdoa pula bila ketandusan sokongan. Tetapi siapakah yang menari girang sehingga Shahrul Khan tersenyum panjang? - Editor]


AGENDA BUSUK UMNO DIWARWARKAN DIMEDIA 'SUBSIDI' MEREKA!!

Bahagian: 2

KITA tidak sedar, sebenarnya pemimpin UMNO dan Presiden mereka telah menipu orang Melayu. Begitu lama!! Samada orang Melayu yang menyokong UMNO yang dibaru(A)kan pemimpin mereka mau pun mereka yang menyokong Pembangkang Melayu, setelah melarikan diri dari cengkaman tipu-helah parti (UMNO) itu, masing-masing telah menjadi mangsa Presiden UMNO.

Siri Agenda Mahathir

Dr. Mahathir telah beragenda sejak dari mula beliau menceburi UMNO. Beliau berhasrat besar melihat orang Melayu TIDAK membudayakan kebebasan dan keaktifan bergerak, bertindak dan berfikir secara demokratik dan matang.

Pada mulanya Dr. Mahathir menulis buku hasutan awal pertamanya berjudul Delima Melayu. Disebut didalamnya pelbagai hujah mengaitkan budya orang Melayu dan anutan keislaman mereka.

Bertepatan pula, pada waktu itu, orang Melayu dalam keadaan terdesak kesan dari Peristiwa 13 Mei yang tiba secara mendadak. Orang Melayu memang berhajat besar untuk mengisi kemerdekaan tanahair. Mahathir sepantas kilat menyambar kesempatan keadaan kucar-kacir yang terlahir.

Membaca kandungan buku itu, rata-rata orang Melayu telah terpesona dengan sebuah pemikiran yang berbeda dari pemimpin UMNO sebelum beliau (Mahathir).

Dr. Mahathir dengan licik menyalahkan pucuk pimpinan UMNO - khusunya Tungku Abdul Rahman (musuh beliau sampai allahyarham meninggal dunia) tentang kesulitan yang ditanggung oleh orang Melayu, kununya.

Tetapi pada realitinya, Tunku dengan kerjasama pemimin UMNO Asal yang dedikasi telah menubuhkan FELDA dan MARA, merancang Pembangunan Luarbandar, Biasiswa tanpa bayar semula, dll. dan pelbagai kemudahan selari dengan tuntutan orang Melayu sebagai bukti pemimpin mereka memberi manfaat kepada rakyat vis a vis orang Melayu.

Bila Mahathir Berkuasa - Apa Jadi?

Mahathir merombak falsafah perjuangan politik orang Melayu. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diubah halatuju dan dijuruskan bagi kepentingan diri kuncu-kuncu pilihan beliau yang tergolong dalam 'inner circle' yang beliau taja.

PAS yang diberi perakuan oleh allahyarham Tun Razak telah ditendang keluar BN oleh UMNO (yang didalangi oleh Mahathir - Timbalan Presiden UMNO waktu itu). Tun Hussein Onn - yang uzur dan kerap diserang sakit jantung turut difitnah dan di KONSPIRASI oleh Mahathir. Akhirnya beliau meletakkan jawatan. UMNO bertukar presiden..!!

SERTA-MERTA Mahathir menampakkan belang dan memulakan agenda busuknya. Tanpa bertangguh, beliau mula menyerang PAS dalam ucapan pertama beliau di Perhimpunan UMNO. Tujuan beliau adalah untuk menghapuskan PAS yang menjadi parti tunjang Pembangkang Melayu.

Mahathir menggunakan media UMNO. Disebut dan diwarwarkan beliau kununnya, 'My government supports press freedom'. Akhbar UMNO bebas membelasah pembangkang dan PAS adalah mangsa kekejaman yang saban hari kena tekan dan kena terajang! Orang Melayu dalam parti PAS saban hari dilaga-lagakan.

Ramai veteren UMNO (yang tiada kepentingan diri dalam politik) tidak suka cara Dr. Mahathir melaga-lagakan orang Melayu dan Islam. Antaranya ialah Tunku Abdul Rahman. Beliau sudah ada pengalaman. Pertelingkahan sengit beliau dengan PAS hingga sanggup 'bersumpah' membawa padah (Peristiwa 13 Mei).

Tun Hussein dan Datuk Harun Idris, dan puluhan veteren UMNO membantah beramai-ramai. Keadaan semakin parah bila dilihat Mahathir semakin ghairah, sombong, angkuh dan ego tak betul cara.

Keborosan beliau (Mahathir) menggunakan wang rakyat sesuaka hati tanpa boleh ditegur-tegah menyebabkan ramai pemimpin UMNO yang berjawatan melihat karenah Mahathir sebagai sebuah 'Agenda Mega'. Latarbelakang agenda itu berkait rapat dengan Nepotisme, Korupsi/Rasuah dan Kronisma yang menjadi dasar urustabir beliau - samada dalam UMNO dan juga Kerajaan.

Politik Wang Dan Jaminan Jawatan

Politik wang bermain dengan kencang. Mahathir membenarkan semua pemimpin UMNO/BN mencari sumber wang sendiri samada untuk diri sendiri maupun untuk membiayai parti bagi menghadapi pilihanraya. Jika Datuk Harun Idris dipenjarakan kerana sebab itu, Mahathir membebaskan pemimpin UMNO melakukannya RASUAH tanpa segan-silu!! Mahathir memberi jaminan mereka akan diberi perlindungan.

Mahathir memulakan dasar Penswastaan dan Pengkopratan. Projek Mega bernilai berbillion-billion adalah umpan beliau meraih komisyen 10 - 20%. Mahathir sendiri bergelar 'PM 10%' dan 'Mahathir Bapak Mirzan. Bermakna, Mahathir menggunakan anaknya sebagai 'saluran' meraih kekayan menjadi jutawan secara spontan.

Inilah Dasar Ekonomi Baru (DEB) tajaan si Mamak Tongkang. Orang Melayu yang mula berusaha kecil-kecilan kian 'terkangkang' tanpa bantuan. Mereka terpaksa mencari dan menyembah 'godfather' dikalangan orang politik.

Hampir semua pemimpin UMNO/BN ada simpan kroni. Itu belum kira berapa jumlah mereka menyimpan 'concubine' dan bersekudukan tanpa nikah. Kita sudah baca cerita Rahim TC, Shahidan Kassim dan Hassan Omar. Itu baru mereka yang mengaku kalah dan menyerah. Ramai lagi"ramai..ramai"!! Kan UMNO berkuasa dan boleh keluar fatwa!!

Korupsi melimpah-ruah tanpa sekatan dan cegahan (boleh pilih mana-mana pemimpin UMNO, kecuali Anwar dan pemimpin KeADILan cuma).

Bukti yang nyata: Daim Zainuddin, Mohd Taib, Rafidah Aziz, cuma bertiga. Tetapi dalam fail BPR, sudah ada tiga lori banyaknya. Tanya TG Hj. Hadi Awang, sepuluh gerabak belum cukup. Itu baru satu negeri miskin macam Terengganu saja. Apathlagi, Selangor dan Johor? Hahah! (malas nak cerita, tunggu BA merentah kita bongkar semua).

Perpecahan UMNO Mula Bercambah

Akhirnya, Mahathir semakin resah kerana karenah beliau dibantah. Sebelum kedudukan beliau parah; Musa Hitam dan Ku Li beliau sengaja diagenda supaya dilagakan. Mereka yang punya penyokong sendiri telah mulai berpecah. Itulah perpecahan Melayu 'dalam UMNO' pertama selepas merdeka.

Tetapi itu bukan bermakna orang Melayu umumnya sudah berpecah. Cuma penyakit adu-domba perecahan UMNO saja.

Tetapi 'perpecahan Melayu' sebegitu bukanlah sesuatu yang 'real'. Mahathir buat diam saja, tak resah sikit pun. Sebaliknya beliau bertepuk tangan tanda suka. Kerana, 'perpecahan' itu sudah diagendakan beliau sejak mula, dan penguasaan beliau keatas politik Melayu semakin jitu dan nyata.

Sebaliknya, PAS semakin ketandusan penyokong. Terpuruk dalam kepompong politik cara lama, tanpa isu konteroversial, tidak ada populariti dan sukar meraih penyokong.

Mahathir Sendiri Menggali Kubur UMNO

Samada sedar atau tidak, Mahathir yang semakin takbur, sombong dan bongkak melihat orang Melayu melonjak tidak sedarkan songkok mereka teperesuk dan celana mereka koyak. Mahathir semakin riak. Semakin nampak beliau beragenda banyak. Antaranya:



  1. Mahathir melaksanakan agenda pemusnahan kewibawaan pemimpin politik anak watan Melayu dalam UMNO, dan mengadu domba mereka beterusan;

  2. Tiap-tiap pemimpin Melayu yang beragenda dibelakang beliau dipantau dan dikambinghitamkan;

  3. Mahathir menguasai punca-punca kekayaan yang sepatutnnya diagihkan kepada rakyat, tetapi dibolot oleh anak-beranak, suku-sakat dan kroni pilihan beliau (NKK) untuk melakukan rasuah dan penyelewengan.


Faktor tamak dan kerakusan memecahbelah UMNO disemua peringkat. Ketelusan dan kejujuran tidak ada lagi dalam UMNO.

Akhirnya, apa agenda Mahathir dan kuncu-kuncu pilihan beliau lagi? Daim sudah menjadi Karun dan penasihat ekonomi beliau - bersama Yahudi Solomon and Barney!!

Orang Melayu disemua peringkat tanpa mengira parti dan ideologi politik menerima padah. Apa falsafah Anwar dan apa jadi kepada beliau? Iakah benar orang Melayu berpecah atau UMNO sendiri yang terbelah parah? Kita akan teliti di Bahagian ke-3.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)