Laman Webantu   KM2A1: 3578 File Size: 6.4 Kb *



B1: Agenda Busuk Umno diWarwarkan Di Media 'Subsidi' Mereka!!
By Amin Sapiro

12/1/2001 3:04 am Fri

Amin Sapiro (sudah guna media UMNO sebagai kerta tisu tandas)

[Akhbar tempatan sudah lama menjadi lidah kedua Mahathir untuk memenjarakan minda orang Melayu. Cukuplah bagaimana Raja, Ku Li dan Anwar diaibkan menjadi iktibar betapa lidah itu sudah tidak lagi berbudaya Melayu yang amat berbudi dan berbahasa. Media hari ini gagal mengambil iktibar keruntuhan kegemilangan empayar kesultanan Melaka yang terkenal seantero dunia. Kalau dulu kuasa dirampas oleh pelayar di selat Melaka, Kuasa negara kini sudah berpindah kepada seorang mamak yang hanyut dari Kerala.

Dia bukan sahaja menjadi raja, malah menjadi 'nabi' yang tersangat dipercaya, sehingga tutur katanya yang menyimpang dari ajaran Islam itu tidak disanggah sesiapa. Ahli Umno lebih takut kepada Mahathir lebih dari segala-galanya sehingga mereka akur sahaja sebarang perintahnya. Kini Umno telah menjadi parti yang barua. Semua pihak dituduh dan dilaga di akhbar. Itulah sentuhan budaya yang diimpot dari Kerala. - Editor]


AGENDA BUSUK UMNO DIWARWARKAN DI MEDIA 'SUBSIDI' MEREKA!!

Bahagian: 1

MAKIN kita teliti membaca berita yang tersiar di media pro UMNO, semakin itu kita diamuk pelbagai kesangsian yang bukan-bukan. Rupa-rupanya parti itu dan pemimpin jaguhnya Mahathir Mohamad benar-benar berkeinginan melihat orang Melayu usah berpadu.

Sebaliknya, parti itu melalui media mereka yang diurusbicara oleh 'makhluk perosak' yang menganggotai reduksinya dan didalangi puak bekepentingan poltik dalam UMNO; telah berwenang-wenang beragenda mengambil kesempatan merapat barisan melampias nawaitu busuk mereka, iaitu 'mahu melihat orang Melayu berpecahbelah' betul-betul..!!

Lebih dahsyat dari itu, mereka mahu isu perkauman dibangkit dan dihidupkan.

Subsidi: Punya Pukulan

Pemimpin UMNO dan media dibawa kuasa arah-paksa mereka bukan setakat beragenda memecahbelah perpaduan orang Melayu saja; malah mereka lebih berhasrat membunuh keharmonian kaum di bumi bertuah ini.

Kesimpulannya, daripada membaca berita yang termuat di media pro-UMNO hasil cernaan pemberita warga negara, lebih sempurna kita berfikir dan menentukan hala pemikiran dengan meneliti berita paparan media asing luar negara.

Ini tidak bermakna rakyat negara ini tidak patriotik. Dari apa yang terhasil, rakyat pasti akan diamok resah bersebab dari adu-domba dan 'sesi laga ayam' yang diwarwarkan oleh media UMNO yang cuma menjaga kepentingan periok nasi atas tanggungan parti yang memberi mereka subsidi bernilai ratusan juta RM.

Seperti pemimpin UMNO yang menerima imbuhan pendapatan ratusan juta melalui RASUAH dan PENYELEWENGAN hak rakyat banyak, yang diiktiraf dan diberi perlindungan oleh president UMNO (melalui dasar Nepotisme, Kronisme dan Korupsi); masing-masing hidup dalam gobra-ketakutan.

Akhirnya 'subsidi' itu telah membunuh rohani 'kepimpinan' yang amanah yang sewajarnya wujud dalam diri seseorang pemimpin. Itu nasib yang dicipta oleh pemimpin nomor wahid UMNO yang dijulang setinggi langit sebagai 'nabi' mereka!!

Isu Perbincangan Anjuran UMNO - SANDIWARA!

Rakyat, khususnya orang Melayu tidak dapat bersetuju yang lain selain dari mentafsirkan bahawa cadangan UMNO mengadakan perbincangan dibawah tajuk komunalistik perkauman yang sempit ie. 'perpecahan Melayu' sebagai janggal dan paling tidak sesuai setelah Malaysia merdeka 43 tahun.

Jika orang Melayu benar-benar berpecah, tidak ada siapa yang bersalah melainkan UMNO dan pemimpin mereka yang beragenda memulakannya.

Sejak dulu Dr. Mahathir begitu ghairah menyusun strategi busuk memecah orang Melayu bagi meraih kuasa dalam UMNO sejak beliau mula mencampuri UMNO.

Buktinya, nama Mahathir dicop sebagai 'Ultra' - satu konotasi bahawa beliau adalah petualang yang memecah perpaduan Melayu dalam UMNO 'asal'. Ini adalah bukti nyata dan tersimpan sebagai dokumentasi sejarah pergolakan UMNO.

Isu 'perpecahan orang Melayu' adalah khayalan Dr. Mahathir setelah melihat UMNO sudah terpuruk umpama 'kapal orang hanyut' yang patah tiang layar.

Hari ini, UMNO tidak mendapat sokongan orang Melayu lagi. Seharusnya Dr. Mahathir diberi tahniah oleh UMNO kerana berjaya memecahkan UMNO!! Itulah pencapaian Mahathir paling ketara!! Lain dari itu tidak, selain dari berKONSPIRASI memenjara Timbalan Perdana Menteri yang bakal menggantikan beliau.

Mahathir Memenjara Dirinya Dan UMNO

Dalam tempoh 20 tahun beliau menjadi Presiden parti dan Perdana Menteri, Dr. Mahathir dan sekongkolnya telah berjaya menubuhkan UMNO versi baru(A) setelah UMNO asal hasil aspirasi dan wadah pejuang Anti Malayan Union diKUBURkan oleh Dr. Mahathir setelah menerajuinya selama 7 tahun cuma!! Hebat Mahathir ini.

Itu adalah satu pencapaian paling pantas bagi seorang ahli politik yang beragenda seperti Dr. Mahathir dan kuncu-kuncunya; berbanding dengan kesungguhan pemimpin dan parti PAS yang lebih berusia 40 tahun - malangnya PAS tidak mampu 'menyatupadukan seluruh orang Melayu di bawah panji-panji pemerentahan cara Islam' demi perpduan ummah dan rakyat.

Hari ini, PAS masih terkial-kial tanpa letih dan bosan meneruskan perjuangan. Pemimpin mereka berkhidmat memberi maklumat terkini melalui ceramah siang dan malam bersama teman dalam satu barisan parti komponen.


Dengan izin Allah swt. PAS telah mendapat rakan se jiwa dan sehaluan untuk bergabung. Rakan terbaharu diberi nama KeADILan, PRM dan DAP, mereka bergabung dibawah panji-panji gabungan BARISAN ALTERNATIF.

Ini menyebabkan UMNO terasa kain yang dipakai sudah koyak rabak..!! Akhbar-akhbar UMNO telah memula rentak menerapkan adu-domba untuk membohongi rakyat. Saban hari media itu menjana sikap dan sifat jahat hati - tidak senang melihat rakyat negara ini meneruskan perjuangan menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman.

Apa agenda UMNO-Mahathir lagi? Akan disambung dalam Bahagian ke-2.


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)