Laman Webantu   KM2A1: 3576 File Size: 2.1 Kb *



Re: TJ MT MGG: Persidangan Melayu Yang Pramasa
By La Domeng3

11/1/2001 8:00 pm Thu


Semuanya sudah terserlah kini. Setakat mana keikhlasan agenda UMNO mengenai
perpaduan Melayu ini. Tidak syak lagi PAS dan KeADILan akan tetap dengan
kerjasama mereka selama ini. Malahan secara peribadinya saya nampak semakin
bertambah erat lagi. Inilah yang kita nanti-nanti untuk mengajar si Mamak
Tua sejak dulu lagi.

Ditambah pula dengan jemputan balas dari para pemimpin BA. Bertambah gundah gulanalah si Mamak Tua. Mengira saat dan ketika untuk menonggeng menyorok muka. Kununnya hendak jadi juara. Rupanya kecundang sebelum berlaga. Apa nak buat sendiri punya angkara. Jika diikutkan hati agaknya mahu dia meninggalkan negara untuk selama-lamanya, tetapi apakan daya takut pulak anakanda-anakanda merana kerana ditinggal bapa. Maklumlah anakanda semuanya harapkan daddykasi kalau tidak sudah lama kena duduk dalam kandang besi.

Sebelum inipun si Mamak Tua selalu guna taktik serupa tetapi cuma sementara sahaja. Bila ada masalah, melurulah dia ke luar negara dengan alasan lawatan kerja. TPM yang tinggal terpaksa tebalkan muka. Tolong 'cover' mana yang terbuka supaya tidak terlopong dan ternganga. Menggilap ketua sepanjang masa walaupun tak kena cara dan ketika. Oleh kerana perangai ampubodek sudah jadi budaya. Rakyat sindirpun tidak terasa.

Melayu diisukan supaya nampak berpecah. Malangnya rakyat macam tidak kisah. UMNO semakin bertambah resah. Jerat yang dipasang bingkaslah sudah. Pelanduk tidak kena, mereka jadi marah. Malu pula hendak mengaku kalah. Inilah dia perangai dan sifat manusia yang lupa kepada qada' dan qadar Allah. Berhidung tinggi dan ke langit suka meludah. Sekarang siapa yang susah?

Cubalah dari dulu, kini dan selamanya sedar diri. Tidaklah terjadi apa yang berlaku hari ini. Kita hidup bukannya sendiri-sendiri. Bila matipun kena orang lain angkat keranda bawa pergi, ke kuburlah mana lagi?



La Domeng
11.1.2001