Laman Webantu   KM2A1: 3574 File Size: 10.7 Kb *



Umno Semakin Terjebak - PAS dan KeADILan Cekap Bertindak
By Amin Sapiro

11/1/2001 12:52 pm Thu

Amin Sapiro (nampak Mahahir jalan 'terhengkang')

[Pihak BA telah mengorak satu langkah yang bijak dengan mengajak BN membincangkan isu dalam konteks mengatasi kepentingan satu kaum. Sekaligus ia membuatkan Umno termalu kerana ia merencanakan perpaduan satu kaum sahaja (walaupun melayu). Nampak jelas siapa yang matang dan siapa yang cuba mengambil kesempatan isu perkauman.

Sebuah parti yang asyik pecah di dalam selalunya tidak mungkin dapat menjadi juara satu menyatu. Apatah lagi jika ia begitu banyak berpecah sejak seorang yang mengaku melayu menjadi ketuanya sejak dulu. Ramai yang menjadi ahli Umno bukan untuk bersatu tetapi untuk mendapat sesuatu kerana Umno sudah lama mengajar budaya 'give and take' (sokong dan dapat) itu. Malangnya Umno juga mengajar budaya 'punish dan kill too' (hukum dan aibkan) itu walaupun semuanya palsu. Surat layang, buku cercaan dan akhbar harian sudah lama memainkan peranan jijik sejak Mahathir menjadi orang nombor satu. Patutlah Umno retak seribu, malangnya ia sendiri berpura-pura tidak tahu. - Editor ]


UMNO SEMAKIN TERJEBAK - PAS & KeADILan CEKAP BERTINDAK

KEMATANGAN politiking Pembangkang Melayu khususnya dan BA amnya telah memperlihatkan laluan sukar lagi sulit bagi UMNO dan Dr. Mahathir untuk terus beragenda dan berlagak ego, sombong dan takbur.

Ini adalah suatu hakikat yang terjana dari didikan pengalaman yang dilalui melalui pelbagai peristiwa yang diperhatikan sekian lama, dan semakin terdedah sejak DS Anwar diaibkan sehina itu.

Tahap Kematangan Politik Yang Tinggi

Mungkin tidak keterlaluan jika saya sebagai pengamat pergolakan politik tanahair berkata dengan merusmuskan bahawa:

[[Dengan kehadiran PAS yang sejak penubuhannya sentiasa konsisten memperjuangkan natijah Islamiah menjurus kearah islah yang unggul, bersekali dengan semangat juang wirawan Reformasi dan cerdik-pandai yang membentuk KeADILan hingga terbentuk gabungan Barisan Alternatif (BA) bersama komponen lain; maka hari ini kita nampak bahawa orang Melayu dan semua kaum sudah sampai ke tahap kematangan politik yang tidak mampu diperlekeh lagi oleh Mahathir-UMNO dan BN]]

Itu pandangan saya secara peribadi. Saya tidak bertujuan men'turningover' sesiapa dari kepimpinan puak UMNO. Lebih-lebih lagi, kita sama-sama faham, jika orang yang berminda seperti Rafidah Aziz dan Ibrahim yang masih terperosok dalam kepompong Rasuah dan budaya takut, ampu-bodek dan mengharap rezki dari sumber haram - pasti sulit lagi mereka mengakui kebenaran.

Kita juga tidak berharap bekas UMNO yang begitu lantang menyeranah UMNO dulunya, kini melorot 'cirit' ke betis memperakui 'kebenaran'. Contoh yang jelas ialah Rais Yatim bekas pelopor dan perancang parti Melayu Semangat 46 itu. Beliau dan Ku Li bersikap 'lebih MahathirSHIT dari MahaFIRAUN'.

Kita lihat di setiap Perhimpunan UMNO di PWTC, bagaimana setiap mereka seramai lebih dua ribu pemimpin UMNO terpongah mulut sampai masuk langau hijau dari tandas Pan Pacific bila Dr. Mahathir berucap. Kununya 'mamak tongkang' Datuk Seri Presiden mereka sedang menyampaikan 'amanat tahunan' dan menuntut mereka merapatkan barisan untuk berjuang.

Kebijaksanaan Pembangkang Melayu Yang Terserlah

Akhbar pembodek Mahathir sudah mula perang adu-domba sesi ke-2. Jawapan YB Datuk Fadhil Nor kepada pemberita diperbetulkan semula oleh editor supaya nampak ada pergeseran ide antara beliau/PAS dengan pemimpin KeADILan. Itu biasalah. Sebagai pihak yang lemah, UMNO harus berterima kasih kepada Presiden PAS kerana tidak menjatuhkan sangat maruah Mahathir.

Tetapi, Mahathir sudah terkena cangkuk dawai berduri kepimpinan komponen BA. Mereka mempelawa Mahathir dan UMNO supaya berbincang mengenai isu 'cabaran-cabaran genting' yang dihadapi negara ini.

Kepimpinan BA menyampaikan jemputan itu dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Presiden Pas Datuk Fadzil Noor, Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Pengerusi DAP Lim Kit Siang, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden Pas Mustafa Ali, Timbalan Presiden Keadilan Dr Chandra Muzaffar, Setiausaha Agung DAP Kerk Kim Hock dan Setiausaha Agung PRM Dr Sanusi Osman.

Menurut kenyataan itu, Sekretariat BA akan menghubungi Setiausaha Agung BN (Tan Sri Mohamed Rahmat) untuk menguruskan hal-hal teknikal berhubung pertemuan itu.

Dalam percaturan 'Games of Smartness', nampaknya UMNO dan Mahathir terbelit ekor sekarang. Jika Sang Hanuman terbakar ekor yang dibelit dengan kain 7 gudang, hingga terpaksa melompat mencicip ekor yang terbakar di lautan Kalzum, kita mahu tengok 'b*nt*t' Mahathir yang digilap dek Rais Yatim akan dicicip kemana? Hahaha?..

Khabarnya Suqiu sedang memerhatikan perkembangan. Semakin nampak, agenda Mahathir sudang tunggang-langgang. Inilah bukti kebijaksanaan dan tahap kematangan Politik Pembangkang Melayu sudah begitu tinggi dan semakin terserlah. Apa riaksi Mahathir? TUNGGU! TUNGGU! TUNGGU?!! Hehehe..

Apakah Perjuangan UMNO?

Pergolakan sebegini bercelaru dalam UMNO semua orang tahu sebab-musababnya..!! Ia berpunca dari perjuangan UMNO cuma berasaskan 2 maudhuk besar; iaitu:



  1. Berjuang demi 'kepentingan tembolok dan membuncitkan perut' pemimpin rakus;
  2. Mengutuk orang Melayu yang menyokong PAS dan parti Pembangkang Melayu di luar UMNO.


Kebetulan, saya sempat meneliti semua pita rakaman ucapan Dr. Mahathir yang berpuluh keping tersimpan baik dalam arkib di gerobok usang disudut 'bilik study' saya. Dr. Mahathir tidak boleh menafikan karenah yang beliau sendiri pernah ucapkan.

Secara langsung atau tidak, samada sedar atau sebaliknya - apa yang beliau luahkan telah menjurus kepada 'perpecahan perpaduan Melayu dan orang Islam' di bumi negara warisan nenek moyang kita Mahathir wajar bertanggungjawab terhadap karenah beliau selama ini. Itu tidak boleh dikompromi.

Antara yang paling ketara ialah:

i. Agenda meng'si Kitul'kan UMNO

Mungkin Mahathir tidak pernah mengulang tayang apa beliau pernah ucapkan barangkali. Tetapi, jika beliau dan Dollah Bedawi atau pemimpin UMNO yang lain berbuat seperti apa yang saya dan teman-teman lain pernah lakukan (tengok ulang tayang); pasti mereka akan lihat bagaimana Mahathir sebegitu cekap bersadiwara dan melakunkan karekter sebijik 'Raja Mandeliar'.

Saya cuba mencari siapa sebenarnya layak jadi si Kitul' Hahaha? sulit saya nak pastikan. Sebab, masing-masing berebut-berebut sangat nak berperanan sebagai hamba si Mandeliar (Memanda Ular Liar) itu! Hehehe? (memanda ular liar pulakkkkk?!!). Jika saya katakan Dollah Bedawi itu replika si Kitul, ditakuti Rais Yatim kecil hati. Rais lebih unggul untuk memegang watak si Kitul.

Begitu juga Mid Man, takut pulak Hj. Nakhie, Wan Mokhtar atau Yusof Nor marah!! Terpulanglah kepada pengamat 'Sandiwara UMNO' semasa. Mungkin semua pemimpin UMNO adalah layak memegang watak 'kitul-kitul' Mahathir yang bertaraf 'Memanda Ular Liar' ini.

Tetapi yang pasti Kabinet Mahahir sudah lengkap dengan struktur sebuah regim yang boleh berfungsi untuk jadi penyebab orang Melayu hilang arah dan tujuan untuk menterjemahkan aspirasi dan hasrat pejuang kemerdekaan tanahair yang telah lama pergi meninggalkan zuriat yang masih hidup.

Satu Karekter Fenomena Baru

Hari ini, Mahathir sudah melengkapkan agenda beliau dengan wujudnya suatu fenomena baru dalam skima struktur pemerentahan beliau - iaitu meng'Karma Wija'kan pemimpin UMNO.

Hasilnya, kita nampak bukti: di Selangor sudah wujud karekter 'monTOYO' yang dipelopori oleh bekas pengutip akhbar Utusan - Dr. (GiGi) Mohd Khir..!! Orang Selangor sudah tinggal gusi dengan lidah saja!! Hahah? lawak. Nok konyeh tak leh doh, tepakso telei sajo..!!

Di Johor sudah ada Ghani anak Cikgu Osman 'kancil' (gelaran arwa ayah Ghani). Dan di Pahang sudah ada Adnan Yakob bekas 'mahaguru Tai Chi' yang pernah buat demonstrasi pengiklanan di Sanggang..Hhihihih..!!

Semakin hari 'kabinet' Mahathir khabarnya akan diperlengkap dengan nama-nama pemimpin Melayu yang rupa masing agak ganjil dan berlainan. Jika diteliti, maka jelas kelihatan bahawa UMNO yang dimaksudkan 'United Malay' itu saling tak tumpah dengan Kabinet Congress India, Bangladesh, Kepulauan Maldives dan Sri Langka.

Khabarnya, Mahathir sengaja melewat-lewatkan senarai nama aggota Kabinet barunya. Mahathir mahu 'test' riaksi pemimpin Melayu 'original' dulu - samada mereka tersinggung hati atau sebaliknya. Pemberita kawan lamo saya berkata, "Wak!! Kabinet baru Mahathir akan mencerminkan peralihan UMNO 'United Malay' kepada UMNO 'United Mamak Nandrek Organisation'..!!"

Sambil berbisik kepada saya, beliau menambah, "Se jenis dengan Kadir sheik Fadhil akan di tambah lagi. Sorang jantan sorang lagi betina..' katanya. 'Yang jantan 'tengku' warisan 'raja' Mandeliar juga. Yang betina macam nenek kebayan yang digomol celah dan lip-stick" katanya. Taulah saya maksud beliau.

Saya jawab selamba aja, "Itu akan elok, nampaklah UMNO 'Eastman Color' sikit. Lagi terang nampak waktu siang - cuma susah sikit bila dah senja" kata saya ketawa sengeh.

"Lagipun, apa juga jenis 'belukang' berwarna yang jadi Menteri dalam Kabinet Mahathir, orang Melayu tak kesah. Itu cuma gangguan sementara sebab pancangan micro dari MEASAT dilindungi kabus. Tak jadi masalah. Tahun 2004 nanti, orang Melayu BA akan 'repaint' semula. Tak payahlah Mahathir nak buat suspense!! Orang bukan pedulik.." ulas saya menyambung.

Supir Tua Yang Saya Hormati

Sewaktu kami dalam perjalanan ke Seberang Tambak di sebelah sana, supir tua kawan lamo saya lebih se dekad itu berkata, "Wak, apa yang Dr. Mahathir cadang buat sekarang semua tak bermutu. Kalau ayam, boleh kira macam ayam tua dah boleh lagi bertelor". hehehe!?.

Saya masih terfikir sampai sekarang, tak sangka 'orang tua' sebegitu pendiam sesekali 'meletop' kuat gegarnya. Kalah Rais Yatim yang mengaku, kununnya ada Ph.D Undang-undang, kan?

Memang betul lah. Pengalaman adalah sebaik-baik guru. Mampu mengajar manusia berfikir matang dan tajam. Tidak semesti berbangga dengan usia 75 tahun. Mungkin dah SEWEL. Hihihihih?.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO berkerat Rotan)