Laman Webantu   KM2A1: 3573 File Size: 13.7 Kb *



TJ MT MGG: Persidangan Melayu Yang Pramasa
By M.G.G. Pillai

11/1/2001 10:54 am Thu

MGG1001

[Terasa begitu indah dan lembut rencana yang bisa ini. Ia MESTI DIBACA kerana iramanya yang indah itu pasti akan membuat pihak yang terkena insaf dan kembali kepangkal jalan seandainya mereka empunya telinga dan hati yang terbuka.

Sejarah membuktikan Mahathir dan UMNO lebih banyak lari dari ikhlas bertemu. Dan publisiti asyik digendang tetapi perjumpaan yang diharapkan tidak pula menjadi realiti. Dia mengoyakkan PAS dari UMNO, setelah menusnah PAS di Kelantan sedangkan dulunya dia meminjam PAS untuk bersuara. Dia juga meminjam Anwar untuk menjadi juara. Dan kali ini Suqui dipinjam untuk menang percuma. Tetapi rakyat sudah kenal dengan putar alamnya dan bagaimana dia sanggup mencederakan sesiapa dengan kejamnya dengan tindakan dan dengan suara. Dia sebenarnya maharaja kerala yang berpura-pura melayu. sejak dulu. Dan kini dia cuba lagi mengganggu, tetapi semua orang sudah pun tahu melainkan yang dungu. - Editor ]


Penterjemah: -MT-


Persidangan Melayu Yang Pramasa

(MGG Chiaroscuro: Malay Meeting premature)

Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad, mahukan debat ketua pemuda PAS-UMNO dibatalkan. Dia takut isu yang dibincangkan dalam debat itu akan menggugat pertemuan di atara tiga orang presiden yang mengetuai UMNO, PAS dan Keadilan. Itulah satu saranan yang sepatutnya tidak dilakukan.

Di antara tiga parti yang disebut itu, UMNO memang terlalu ghairah mahukan pertemuan itu sebagai satu usaha menonjolkan imej kepimpinan yang tersohor di kalangan masyarakat Melayu. Tetapi saranan Abdullah itu menyerlahkan betapa samarnya pendapat beliau dan juga UMNO menegenai apa yang disebut sebagai perpaduan Melayu itu. Perpaduan Melayu sebenarnya jauh berbeza daripada apa yang difikirkan oleh para pemimpinnya.

Memang Abdullah tersilap menegah Hishamuddin Hussein membatalkan debat itu. Alasannya bahawa debat akan mencetuskan isu yang mungkin menggugat pertemuan tiga orang presiden itu memang tidak boleh diterima-pakai.

Masalah perpaduan memang tidak boleh diselesaikan tanpa perdebatan dan perbincangan. Ia difikirkan tidak bersesuaian dalam suasana politik yang hangat. Tetapi kalau lebih kerap dilaksanakan perbincangan di antara orang Melayu, Cina dan India, lebih berkemungkinan munculnya satu konsensus yang dapat diterima oleh semua pihak.


Perpaduan Melayu bukan lagi merupakan isu orang Melayu sahaja. PAS nampak perkara ini lebih jelas lagi dariapda parti yang lain. Keadilan terperangkap di antara usaha menonjolkan imej multi-kaum dengan usaha pemimpin ulungnya untuk mengalihkan sokongan orang Melayu dalam sikap kepartian mereka. Inilah yang hakikatnya yang tidak dapat diperakui oleh UMNO betapa sokongan orang Melayu terhadapnya sudah lama berlalu.


Isu perpaduan orang Melayu bukannya sesuatu yang mudah dibincangkan diantara tiga presiden parti itu di meja hidangan minuman semata-mata. Sebagai ketua sebuah kerajaan yang memerintah dan juga seorang perdana menteri, beliau jarang sekali bersua muka dengan presiden parti yang lagi dua ini. Kini, dia meraih sokongan mereka untuk terus berkuasa. Apakah mungkin pertemuan dengan agenda begitu terdesak dapat melakar perjanjian yang dipersetujui oleh semua pihak?


Bukan itu sahaja masalahnya. Perkara itu mesti dibincangkan secara menyeluruh, bukan dari pandangan UMNO semata-mata ataupun dominasi Melayu sahaja. Malahan ia mesti mengambil kira kesannya terhadap masyarakat berbilang bangsa yang ada. Perkara semacam ini bukan sahaja mesti dibincangkan oleh pemimpin politik, semua pihak yang berminat harus turut terlibat dan ia mesti mengambil kira suasana masyarakat Malaysa yang majmuk secara keseluruhannya. Inilah yang paling sesuai untuk dilakukan kerana inilah sahaja jalannya. Rangka perjanjian mesti dilakar dulu dan semua itu hanya dapat dipastikan dengan adanya debat dan perbincangan secara terbuka.


Tetapi UMNO memang takut untuk berdebat ataupun untuk berbincang. Ia pernah menolak usaha membincangkan isu Anwar dengan ahli partinya, seperti juga kerajaan yang takut membincangkan perkara yang sama dengan rakyat jelata. UMNO mahukan rakyat memperakukan sebarang penjelasan yang dibuatnya dan sesiapa yang menyanggah penjelasan itu dikafirkan untuk dihapuskan. Tetapi perpaduan orang Melayu sudah melampaui batasan politik. Bagaimana pun tiga presiden itu membincangkan perkara yang hangat ini, perkara itu tidak boleh dipaksa ke atas masyarakat Melayu yang tidak akan menerima pendapat mereka.


Orang Melayu mungkin akan menerima perkara perpaduan Melayu itu kalau beberapa perkara dapat diselesaikan dulu: a) Episod Anwar, b) Tindakan Kerajaan pusat membalun royalti petroleum hak rakyat Trengganu, c) Menghentikan peranan Jabatan Kehakiman Negara sebagai alat perkakasan kerajaan menekan para pengkritik dan musuhnya; d) menghentikan gelagat biadap pihak polis serta merta. Peranan mereka berhubung kait rapat dengan (a), (c) dan (d) tidak boleh menonjol dalam segi kepentingan peranan mereka itu.

Kekecewaan UMNO semakin berganda setiap kali kerajaan Barisan Nasional bertindak untuk memperkecilkan peranan mantan timbalan perdana menteri, Saudara Anwar Ibrahim daripada sinario politik Malaysia. Kalaulah Perdana Menteri menyinggirkannya dulu dan membiarkan beliau begitu sahaja, sudah tentu dia tidak terjerut dalam keadaan politik yang mengancam masa depannya.


Sebaliknya dia bertindak rakus dengan memfitnah beberapa tuduhan palsu menyangkuti l**** dan juga rasuah. Dengan semua jentera penyiasatan di bawah telunjuknya, perdana menteri tidak dapat menonjolkan sebarang tuduhan yang berat selain daripada apa yang direncana secara jijiknya oleh Ketua Peguam Negara yang membuatkan sistem kehakiman negara mejadi haprak setelah mengenakan tuduhan penjara ke atasnya musuh ketatnya.


Keghairahan UMNO menjuarai perpaduan Melayu adalah hasil perbuatan yang sungguh jijik ini. Masyarakat Melayu marhaen menjadi terkejut dan terpinga-pinga melihatkan kelakuan seorang pemimpinnya yang menyongsang peranan seorang ketua feudal. Dia menyongsang kerana terlupa adat dan budaya Melayu lama bahawa sorang pemimpin yang mahu dipinggirkan tidak boleh diaibkan. Dengan lain perkataan, yang disebut sebagai masalah perpaduan Melayu itu, bukannya berputik daripada arena politik Melayu tetapi ia menyanggah amalan budaya Melayu. Inilah masalah yang tidak mungkin dapat diselesaikan oleh tiga pemimpin parti sambil menghirup secangkir teh ataupun kopi.

Kemelut Suqui hanya merupakan satu lencongan untuk memutarkan minda. Ia merupakan satu krisis yang sengaja direncanakan, seperti juga ugutan akan berulangnya peristiwa Mei 13 setiap kali menjelangnya pilihanraya. Trik dan putar alam itu tidak berkesan kali ini, kerana orang Melayu tidak lagi menyokong kerajaan. Perjanjian yang dicapai oleh Pemuda UMNO dan juga kumpulan Suqui bukannya menyelesaikan krisis yang dicetuskan, tetapi ia memperkecilkan lagi kuasa MCA dalam urusan masyarakat Cina. Ini akan mencetusakan lebih banyak masalah lagi kepada masyarakat itu di satu hari. Ia akan menjadi pasak yang sedia tertanam untuk disangkuti ugutan orang bukan Melayu terhadap perpaduan Melayu, satu hari nanti.

Demikianlah halnya, saya berpendapat pertemuan yang dijadualkan itu belum bertepatan masanya lagi. Sepatutnya mereka merundingkan apakah yang difikirkan oleh kumpulan Melayu dan juga orang Malaysia, malahan juga kumpulan cerdik pandai, mengenai apa yang patut berlaku secara perbincangan terbuka. Jika tidak, pertemuan itu adalah laksana satu sandiwara lagi. Ia hanya mampu menyorok segala perkara jelek-jelek dan dihimpunkan di bawah permaidani bidalan orang Melayu yang cantik-cantik untuk dijadikan bahan antik juga.

-MGG Pillai-
9.1.2001

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<




Rencana Asal:

08 Januay 01

CHIAROSCURO

MGG Pillai


Malay Meeting Premature

The deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi, wants the UMNO-PAS youth chiefs' debate on Malay unity to be called off. He fears that issues raised in that could disorient the tripartite meeting amongs the presidents of UMNO, PAS and Parti Keadilan Negara. He could not have made that call.

UMNO, more than the other two parties, wants Malay unity talks, if only to reassert itself as the cultural leader of the Malays. But Abdullah's call suggests UMNO and he are still unclear what all this Malay unity is all about. Malay unity is not what its leaders think it should be.

He is wrong in wanting the UMNO Youth chief, Hishamuddin Hussein, to call off his debate with the PAS chief, Mahfuz Omar. His reasoning -- that the debate would spawn issues that might hamper the meeting of the presidents -- more so.

This cultural unity cannot be got without debate and discussion. It cannot not be, as now, in a highly charged politicial atmosphere. The more groups meet, not just the Malays, but the Chinese and Indians as well, to discuss it, the more likely a concensus would emerge that all could accept.

Malay unity is no more purely a Malay issue. PAS sees this clearer than the other parties. Keadilan is caught in coming to terms with its multiracial image and its imprisoned eminence grise's role in shifting Malay loyalties. And UMNO cannot accept it forced the Malay cultural ground to move away from it.

It is certainly not one which can be discussed over tea amongst leaders of the three parties. The Prime Minister, as head of government and as UMNO president, does not see or meet them as often as he should. Now he wants their help to remain in power. This meeting, when it takes place, would therefore not be fruitful, even if broad agreement is reached.

But that is not enough. It should be thoroughly discussed, not in the context of UMNO or Malay dominance but how it would mesh in with a multiracial society. Not just by politicians but by interested parties and discussed in the context of a multiracial Malaysia. It can be. It should be. The broad agreement must be fleshed out, and that can only come with open debate and discussion.

But UMNO fears debate and open discussion. It would not discuss the Anwar imbroglio as it should with its members, as the government would not with the country. It decides its is the only true version, and all others with different views kaffirs who ought to be destroyed. But Malay unity transcends politics. However much the three leaders may discuss it, it cannot be enforced if the Malay ground does not accept it.

For it to accept it, a few hurdles must first be cleared: (a) the Anwar affair; (b) the federal government reneging on petroleum royalties to Trengganu; (c) the judiciary must cease to be the instrument of government to put down its enemies or critics; (d) the police high-handedness must stop. They are interlinked; with (a), (c) and (d) would not have risen in importance as they have.

UMNO's frustrations double with every move the National Front government takes to remove the former deputy prime minister, Anwar Ibrahim, from Malaysian politics. If the Prime Minister had just sacked him and left it that, he would not be in the parlous political situation he is now in.

Instead, he went out of his way to have him charged with s###my and corruption. With all the investigatives agencies at his comment, the Prime Minister could not find a more serious charge he could pin on his former deputy than what made the Attorney-General's chambers and the judiciary looked stupid as he went on to jail.

UMNO's angst about Malay unity springs from this. The Malay ground is horrified he behaves not as a Malay feudal leader, forgetting the old Malay belief that he whom he wants destroyed should not be humiliated. In other words, the present crisis of Malay unity is not political but cultural, one that cannot be resolved with three Malay political leaders over a cup of tea.

The Suqiu affair is a red herring, a manufactured crisis, like the regular threat before general elections of another May 13. It did not work this time, because the Malay ground had already shifted from the government. The pact between the UMNO Youth and the Suqiu group underlined not a resolution of the crisis but of sidelining the MCA even further from Chinese affairs. This cannot but cause more problems, especially within the Chinese community, farther on. It became a convenient peg on which to hang on perceived non-Malay threats to Malay unity.

Indeed, I would argue that the meeting is premature. They should meet to discuss what Malay and Malaysian groups and intellectuals think and feel, one that can only come about with open discussion. Otherwise, this meeting is as important as a sandiwara, yet another rootless exercise that heaps more items under the proverbial carpet.

Ends