Laman Webantu   KM2A1: 3572 File Size: 1.7 Kb *



Entah Ya Entah Tidak
By La Domeng3

11/1/2001 6:10 am Thu


Assalamualaikum wbt.
Tengahari tadi seorang kawan beritahu HAmid othMan akan dilantik Menteri Besar Kedah sebab sebenarnya Mamak Tua tu tak berapa suka Syed Razak sebab baik sangat dengan Sultan dan PAS. Lebih-lebih lagi sebab Lunas dah terlepas. Pelik bin ajaib jugak aku dibuatnya. Ikut mana benda boleh akan terjadi.

Tetapi dalam masa sekarang ni Mamak Tua tu sering memeranjatkan orang dengan keputusan merapunya. Lihat sajalah bagaimana dia boleh ambik HAmid othMAN dulu naik jadi menteri walaupun kalah dalam pilihanraya. Musa Mohd jadi Menteri Pendidikan tanpa melalui pilihanraya. Jika diteliti mungkin ada betuinya cakap kawan aku tu. Tapi entahlah..

Kalau betullah dedahan Sdri. Dahlia, tAM akan dilantik Menteri Wilayah tidak mustahil. Antara lain si Mamak Tua ni suka sangat buat perkara yang mustahil pada akal kita.

Tengahari tadi juga Buletin 1.30 TV3 tiba-tiba hilang suara semasa siarkan berita tentang Dollah Bedawi. Ingatkan TV aku rosak. Isteri aku balik kerja beritahu kawan diapun kata perkara yang sama...apa hal...ada benda tak sempat nak 'censored' ke?.. Tapi entahlah...entah ya entah tidak.

Aku tunggu berita Jam 6.00 tiada apa yang berlaku. Buletin Utama malam ini pula sibuk siarkan berita oleh Menteri MCA dan Gerakan...Liong Shit kata MCA akan akur apa sahaja arahan Perdana Menteri mengenai rombakan kabinet..sahlah ada rombakan.

Rombaklah Mamak ikut suka hati kau sementara nafas semput kau tu masih berfungsi. Kalau dah kau dah takde nanti lagi baik.


La Domeng
10.1.2001