Laman Webantu   KM2A1: 3570 File Size: 6.3 Kb *



SOH17 : SAYANGKAN UMNO BENCIKAN MAMAK
By La Domeng3

11/1/2001 1:32 am Thu


SOH17 - SUBM

SAYANGKAN UMNO BENCIKAN MAMAK

Sebelum ke Pantai Timur aku sempat mengunjungi abangku di Johor. Hari Rayalah katakan. Sebagai adik aku kena hormat orang lebih tua. Semasa berhariraya di sana aku berpeluang bertemu dengan beberapa orang rakan-rakan yang masih pekat dan berkarat dengan keUMNOannya.

Biar apapun yang berlaku sekarang ini mereka tetap DULU,KINI DAN SELAMANYA dengan UMNO. Tetapi dengan Mamak Tua tu mereka benci dan meluat. UMNO dah banyak berjasa kata mereka. Kalau tiada UMNO tiada jalanraya..(tergelak aku bila melihat kebangangan...mereka ini)..begitu cetek pemikiran mereka...tapi dengan si Mamak Tua tu tahu pulak mereka membencinya.

Untuk mereka di Johor dan pengampu-pengampu UMNO di seluruh negara,kali ini aku lampirkan sedikit penerangan dan pandangan tentang hubungan agama dan politik. Sengaja aku tidak mahu mengulas lanjut takut nanti disalahertikan pulak. Hayatilah semoga saudara-saudaraku yang masih berkeras dengan sikap SAYANG UMNO BENCI MAMAK akan dapat berlembuthati, melihat semula dan menilai diri serta bertanyalah kepada diri, apakah wajar terus berpegang dengan sikap seperti itu dari dulu, kini dan selamanya?


La Domeng
10.1.2001

p.s. - dilampirkan tulisan mengenai hubungan agama dan politik


HUBUNGAN AGAMA DENGAN POLITIK
MENURUT PANDANGAN IMAM HASSAN AL-BANNA


Setiap kali anda mendengar manusia memperkatakan tentang politik dan Islam. Anda akan mendapati mereka memisahkan antara keduanya dan meletakkan makna setiap satu kalimah ini secara tersendiri. Di sisi orang ramai keduanya tidak akan bertemu dan tidak akan bersatu. Dari sini timbulnya, pertubuhan ini dinamakan sebagai pertubuhan Islam bukannya pertubuhan politik dan perhimpunan itu pula adalah perhimpunan agama yang tiada politik padanya. Saya telah melihat terpapar di hadapan buku undang-undang pertubuhan-pertubuhan Islam yang menentukan halatujunya, dinyatakan bahawa : "Pertubuhan ini tidak camputangan dalam urusan politik."

Sebelum saya memberikan pandangan, sama ada berbentuk pujian ataupun menyalahkannya, saya suka untuk menarik perhatian kepada dua perkara penting :

1. Perbezaan yang jauh antara kepartian dan politik. Keduanya kadang-kadang berhimpun dan kadang-kadang berpisah. Mungkin seorang lelaki itu adalah seorang ahli polotik dengan sepenuhn pengertiannya tetapi dai tiada hubungan atau kaitan dengan mana-mana parti. Mungkin dia seorang yang berparti yang berpolitik sekaligus. Saya sewaktu bercakap tentang politik secara mutlak iaitu melihat kepada urusan dalaman dan luaran umat tanpa terikat dengan soal kepartian.

2. Golongan Non-Muslim, apabila mereka jahil tentang Islam ini ataupun apabila mereka menyedari keadan agama ini, kukuhnya ia dalam jiwa para penganutnya, kuatnya ia dalam hati orang-orang yang beriman denganya dan mereka tahu bahwa setiap orang Muslim sedia untuk berkorban dengan jiwa dan harta untuk Islam, mereka tidak akan cuba untuk melukakan perasaan orang -orang Islam, tidak akan cuba merosakkan nama Islam, gambaran dan bentuknya. Tetapi mereka akan cuba untuk menghadkan maknanya.dalam ruang sempit yang menghilangkan sudut-sudut yang kuat dan praktikal padanya. Setelah itu ditinggalkan untuk orang-orang Islam 'kulit' Islam yang berupa gelaran, rupa bentuk dan gambaran yang tidak mengenyangkan apatah lagi untuk menggemukkan….Lantas mereka menanamkan kepada umat Islam kefahaman bahawa Islam adalah satu perkara dan perkumpulan (kemasyarakatan) adalah satu perkara yang lain. Islam adalah satu perkara dan undang-undang adalah perkara lain (yang tiada kaitan dengannya). Islam adalah satu perkara dan masalah-masalah ekonomi tiada hubungan dengannya. Islam adalah satu perkara dan pengetahuan umum tiada kaitan dengannya, dan akhirnya Islam adalah suatu perkara yang mesti dijauhkan daripada politik.

Beritahukan kepada saya wahai al-Ikhwan, sekiranya Islam adalah satu perkara yang tiada kaitan dengan politik, perkumpulan, ekonomi dan pengetahuan, maka apakah Islam itu? Apakah ia sekadar rakaat-rakaat yang kosong daripada kehadiran hati ataupun apakah ia hanya lafaz-lafaz yang sebagaimana disebutkan oleh Rabi'ah al-'Adawiyah : Istighfar yang perlukan kepada istighfar yang lain. Apakah untuk ini wahai al-Ikhwan, al-Quran diturunkan sebagai satu sistem yang sempurna, menguasai dan terperinci.

Firman Allah : (Surah al-Nahl : 89) - Terjemahannya : "Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan setiap sesuatu dan menjadi petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengenbirakan, bagi orang-orang Islam."

Pengertian yang rendah bagi pemikiran Islam dan batasan sempit yang menghadkan makna Islam inilah yang telah diusahakan oleh musuh-musuh Islam untuk mengepung umat Islam di dalamnya dan mengetawakan mereka dengan berkata kepada mereka : Sesungguhnya kami telah memberikan kamu kebebasan beragama dan perlembagaan telah menetapkan bahawa agama rasmi negara ialah Islam.

Saya mengisytiharkan wahai al-Ikwan daripada atas mimbar ini dengan begitu jelas, terang dan penuh kekuatan bahawa Islam adalah suatu perkara yang tidak sama dengan makna yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam dan tali barut mereka ini yang mahu menyempitkan dan menghadkan makna Islam. Sesungguhnya Islam adalah akidah dan ibadah, negara dan kewarganegaraan (bangsa), toleransi dan kekuatan, akhlak dan material, tsaqafah dan undang-undang. Seorang Muslim disebabkan keIslamannya adalah dituntut untuk mengambil tahu semua urusan umatnya. Sesiapa yang tidak mementingkan urusan umat Islam maka dia tidak termasuk golongan mereka.

Saya berkeyakinan bahawa golongan salaf kita hanya memahami Islam dengan penertian ini. Dengan kefahaman inilah mereka memerintah, untuk kefahaman inilah mereka berjihad, atas asas inilah mereka berhubungan dan dalam lingkungan inilah mereka menjalankan semua urusan kehidupan praktikal dunia sebelum urusan kerohanian akhirat. Semoga Allah merahmati Khalifah pertama yang menyatakan : "Sekiranya hilang daripadaku seikat tali unta nescaya aku akan mendapati hukumnya dalam Kitab Allah."

(Nota : Rencana ini disalin terus dari Buku Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam karya Dr. Yusuf Al-Qardhawi - Bab Kedudukan Negara Dalam Islam - Ms 23-25)